You are on page 1of 7

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara muka surat

1
1.0 PENGENALAN
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah berteraskan pemupukan kefahaman,nilai
dan amalan tentang gaya hidup yang sihat dan cergas, terutama sekali keperluandan
masalah berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan remaja. Ini termasukpengetahuan
tentang proses pertumbuhan dan perkembangan pesat remaja,kefahaman tentang
kesihatan jasmani, mental dan emosi mereka, serta kemahiran-kemahiran bagi
memelihara dan meningkatkan lagi taraf kesihatan dan kecergasan diri.Perhatian akan
diberi kepada pengaruh luar, khususnya pengaruh daripada keluargarakan sebaya dan
keadaan alam sekitar, serta isu-isu yang timbul hasil daripadainteraksi dengan
pengaruh-pengaruh ini. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan memberi pelajar
peluang menyedari akan keadaan dirinya, membuat penyesuaianterhadap masalah-
masalah lokomotor seperti koordinasi anggota badan, demi untukmemupuk keyakinan
diri.
Bermain merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak-kanak. Bermain
merupakan proses semulajadi dan spontan. Bermain adalah kerja kanak-kanak
yangdapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain
jugamembenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak
yangsedang membesar, bermain merupakan satu keperluan dan perkara
yangmenyeronokkan. Bermain juga tidak dianggap sebagai satu bebanan kepada
merekamalahan ia merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini kanak-kanak juga
dapatbelajar pelbagai perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.

Permainan kecil pula adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-


kanak.Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi motor-
halus. Koordinasi motor-kasar melibatkan pergerakan otot-otot besar sepertimelompat,
berlari dan lain-lain manakala koordinasi motor-halus melibatkanpergerakan otot-otot
kecil seperti menggunting, melipat dan lain-lain. Antara ciri-ciripermainan kecil ialah
melibatkan kemahiran-kemahiran asas, mempunyai peraturanyang minimum,
menggunakan peralatan yang sedikit, menggunakan ruang yang kecil atau sederhana
serta mudah dijalankan.

2
Kesihatan dan kecergasan adalah di antara keperluan asas bagi
pencapaiankejayaan dan kesejahteraan dalam segala kegiatan hidup seseorang setiap
hari untuksepanjang hayat.

Kegiatan-kegiatan jasmani yang dicadangkan akan membantu memudahkan


proses sosiolisasi dengan memberi pelajar peluang berinteraksi di antara satu sama
lain, dan berinteraksi dalam masyarakat di sekolahserta di komuniti.

Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu pemukul dan


pemadang, sasaran, jaring serta dinding dan serangan. Dalam permainan kanak-
kanak,murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan
asasseperti kriket, boling, badminton, skuasy, bola sepak dan sebagainya. Selain itu
murid-murid juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan
selaindapat menjadi lebih kreatif, meningkatkan kesihatan, dapat fokus terhadap
sesuatu perkara, meransang otak kiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan
banyak lagi faedah lain yang boleh kita perolehi melalui permainan kanak-kanak ini.

Melalui permainan kanak-kanak juga kita dapat mengeluarkan idea yang


bernasdan kreatif untuk mencipta sesuatu permainan yang baru dan dapat
memanipulasisesuatu alatan itu kepada suatu permainan yang baru yang lebih menarik.

2.0 TAJUK

Kategori : Permainan kecil


Permainan : Hoki

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama mempelajari permainan kecil ini ialah :


1. Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.
2. Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu
mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada
masyarakat.

3
3. Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh
melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif.
4. Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan
Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak.
5. Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan
dalam diri.
6. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam
permainan.
7. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor
8. Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri.
9. Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan

4.0 OBJEKTIF

1.Memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang cara melakukan aktiviti


permainan kecil serta cara-cara mengaplikasikan dalam kurikulumPJK sekolah.
2.Membantu para guru pelatih membezakan model dan kategori permainan kecil.
3.Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti permainan kecil untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kurikulum PJK sekolah.
4.Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni semasa menjalankan
aktiviti permainan sesama murid.
5.Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana konduksif.
6. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta membentuk
sahsiah dan disiplin diri individu.
7. Membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
menyertai palbagai kegiatan fizikal

5.0 MALUMAT PERTANDINGAN

HARI : KHAMIS

4
TARIKH : 3/3/2011

MASA : 8.00 pagi

TEMPAT : Padang IPGKRM

6.0 KUMPULAN SASARAN

1. Guru Pelatih Unit Bm/Pj/Pendidikan Seni/ Ambilan Jun 2010


Permainan ini akan dijalankan dalam proses melengkapkan sukatan pelajaran
pendidikan jasmani dalam topik permainan kecil dan permainan tradisional. Guru
pelatih dari unit ini akan terlibat secara lansung dalam memastikan permainan ini
berjalan dengan lancar. Permainan ini dirancang untuk mnguji kemahiran
psikomotor guru pelatih serta kemahiran kognitif dalam usaha melhirkan guru
yang kreatif dalam proses pembelajaran dan penganjaran (P&P).

7.0 BILANGAN PESERTA

1. Bilangan peserta yang akan mengambil bahagian dalam permainan ini adalah
seramai 22 orang. Para peserta akan dinahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap
kumpulan akan terdiri daripada 3 orang ahli dan ada satu kumpulan yang
mempunyai 4 orang ahli.

8.0 PANDUAN PERLAKSANAAN PERMAINAN

8.1 JAWATANKUASA KERJA

Pembimbing Permainan : Nooramiza bt Zainol Abidin


Peralatan : Nurul Azmee bin Othman
Pencatat : Noor Mas Ayu binti Awang Teh
Mohd Faiz bin Mohd Jaihan

5
8.2 SENARAI SEMAK PERMAINAN

8.2.1 Sebelum Permainan


1. Tempat perlaksanaan permainan tidak digunakan oleh pihak lain
sebelum aktiviti permainan dijalankan.
2. Tempat permainan adalah bersih dan selamat digunakan.
3. Semua peserta permainan berada di padang sebelum 7.30 pagi
dan berpakaian sukan yang kemas
4. Sebelum aktiviti permainan dimulakan, peserta melakukan aktiviti
memanaskan badan
5. Selepas memanaskan badan, peserta akan diberi taklimat mengenai
permainan ini.

8.2.2 Semasa permainan

1. Semua peserta permainan haruslah memahami peraturan.


2. Peserta permainan berada dalam kedudukan masing-masing dan
sedia menerima arahan permainan.
3. Peserta permainan perlu peka terhadap persekitaran permainan.
4. Pastikan bilangan ahli pemain mencukupi dalam setiap kumpulan.
5. Peralatan dibahagikan secara sama.
6. Pencatat markah sentiasa peka terhadap markah dan masa permainan.

8.2.3 Selepas permainan

1. Semua peralatan dikumpulkan di satu tempat.


2. Peserta permainan dikumpulkan di tengah kawasan mengikut
kumpulan supaya keputusan senang disampaikan.
3. Pastikan tiada ahli kumpulan yang cedera semasa aktiviti
permainan dijalankan.

6
8.3 PERALATAN YANG DIPERLUKAN
i. Bola baling
ii. Kon
iii. Kayu hoki
iv. Kayu
9.0 CARA PERMAINAN
1. Peserta perlu memasukkan bola baling ke dalam gol dengan
menggunakan kayu hoki.
2. Semasa proses hantaran bola dan menjaring bola, bola tidak boleh
berada di udara walaupun sekejap.
3. Semasa peserta ingin menjaringkan gol, peserta haruslah memijak bola
sedikit dan terus membuat gol.
4. Jika peserta tidak memijak bola sebelum menjaringkan gol, gol tidak akan
dikira.
5. Peserta perlu menjaringkan gol dalam kawasan gol

10.0 PERATURAN PERMAINAN


1. Setiap kumpulan haruslah terdiri daripada 3 orang peserta.
2. Setiap kumpulan haruslah membuat ‘tag line’ bagi melayakkan kumpulan
itu untuk bermain.
3. Masa 5 minit akan diberikan bagi setiap perlawanan dan apabila sudah
tamat kedua-dua kumpulan haruslah keluar dan dua kumpulan lagi akan
masuk untuk bertanding.
4. Peserta tidak boleh keluar dari kawasan permainan semasa permainan
dijalankan.
5. Semasa permainan dijalankan, pengadil akan mengadili permainan.
Segala keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad.

You might also like