Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
23Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah

Ratings:

4.67

(3)
|Views: 2,989 |Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
hikayat hang tuah
JOYNER ANAK SEDIN

falsafah dan logika melayu
hikayat hang tuah
JOYNER ANAK SEDIN

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/24/2013

pdf

text

original

 
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
 
JXEA 1104FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
 Nama Pelajar:JOYNER ANAK SEDIN No. Matrik : 
JEA080028
 No. Kumpulan Tutorial :
RABU(12.00-1.00 PETANG)
 Nama Pensyarah :
DR. AMRAN MUHAMMAD
 Nama Tutor :
CIK HADIJAH BT ABDUL RAHMAN
KARYA MELAYU KLASIK:HIKAYAT HANG TUAH
 
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba dan pertama kali digunakan oleh Pythagoras[570-504 Sebelum Masihi(S.M)] iaitu ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 S.M. Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua perkataaniaitu “philo” bermaksud “cinta”, dan “sophia” bermaksud “kebijaksanaan”. Oleh itufalsafah boleh diertikan sebagai “cinta akan kebijaksanaan”. Namun takrif ilmu falsafahseharusnya lebih terperinci daripada pengertian yang begitu luas dan longgar itu.
KESUSASTERAAN HIKAYAT
Dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional, genre kesusasteraanhikayat merupakan genre terbesar dari segi bilangannya. Menurut Hooykas(1940), genreini merujuk kepada “buku yang mengandungi fantasi India”. Emies(1952) pula berpendapat “hikayat merupakan lanjutan daripada cerita-cerita lipur lara yang diperkayadengan jalinan unsure-unsur cerita asing”. Menurut Zalila Sharif 
et al.
(penyelanggara,1993) pula, sastera hikayat ini merupakan hikayat-hikayat yang berbentuk cerita ataunaratif, bersifat hiburan dan didaktik. Hasil genre ini jelas lahir daripada tradisi tulisan berdasarkan banyaknya manuskrip atau naskhah yang terkumpul di pusat-pusatdokumentasi naskhah Melayu di serata dunia.Perkataan ‘hikayat’ berasal daripada bahasa Arab,
hikaya.
Makna asal yangdidukung oleh perkataan Arab ini ialah “pelbagai sejarah” tetapi menerusi peredaranzaman maksudnya berubah menjadi cerita rekaan yang berunsur naratif dengankecenderungan menghibur yang ketara. Kesusasteraan hikayat ini dihasilkan dalam bentuk prosa dan puisi. Oleh itu, karya kesusasteraan hikayat banyak membawakan ceritaajaib yang berunsur hiburan hasil daripada imaginasi pengarangnya.
 
KESUSASTERAAN EPIK 
Kesusasteraan epik juga dikenali sebagai kesusasteraan kepahlawanan. Genreini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yangdikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadisanjungan dan sumber inspirasi masyarakat khalayaknya. Watak wira dilukiskan dengansifat yang begitu unggul sama ada dari segi keperibadian, ketokohan, kepintaran,kegagahan, mahupun ketangkasan. Sifat yang dilukiskan ini dilebih-lebihkan sehinggamenjadikan watak berkenaan begitu sempurna. Kadangkala watak wira itu dikatakantidak mati dan dipercayai masih hidup hingga kini. Kesusasteraan epik ditulis dalam bentuk puisi yang panjang. Sebaliknya, dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional,genre ini ditulis dalam bentuk prosa. Kesusasteraan epik Melayu dapat diklasifikasikankepada epik kebangsaan dan epik bersumberkan Islam(Ismail Hamid, 1993).Epik kebangsaan Melayu diwakili oleh
 Hikayat Hang Tuah.
Dalam hikayatini dilukiskan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak zaman kecilnyahinggalah ia “ghaib”. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu Hang Jebat, HangKasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Zaman keagungan Hang Tuah melambangkankeagungan empayar Melayu Melaka. Di samping itu, Hang Tuah juga merupakanlambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak berbelah bagi terutamadalam masyarakat Melayu feudal. Hang Tuah melindungi rajanya dari sebarang ancamansehingga sanggup mengadaikan nyawanya sekalipun.
KARYA MELAYU KLASIK:HIKAYAT HANG TUAH
Petikan daripada Hikayat Hang Tuah

Activity (23)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
gempurmalaya liked this
Haiqal Aux liked this
Nadzriah Jaafar liked this
Jenny Jenicer liked this
norhidayahwatiy liked this
Latha Raamu liked this
yazb liked this
Shalsa Billa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->