Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Laporan Kajian Membaca Awal Kanak-kanak

Laporan Kajian Membaca Awal Kanak-kanak

Ratings: (0)|Views: 285 |Likes:
Published by Sallehuddin Hussin

More info:

Published by: Sallehuddin Hussin on Apr 25, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/10/2013

pdf

text

original

 
PERBANDINGAN TIGA PENDEKATAN PENGAJARAN AWAL MEMBACABAHASA MELAYU DI KALANGAN KANAK-KANAK TABIKAAZILA ALIASMAZLINA CHE MUSTAFALatarbelakang kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan tiga pendekatan pengajaran awalbacaan Bahasa Melayu iaitu melalui kaedah Abjad, Kaedah Seluruh Perkataan danKaedah Gabungan Bunyi Kata terhadap kanak-kanak tabika.. Penyelidikan ini dilakukanterhadap kanak-kanak di tiga buah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMASbagi melihat perlaksanaan ketiga-tiga pendekatan pengajaran awal bacaan iaitu kaedahAbjad, kaedah Seluruh Perkataan dan kaedah Gabungan bunyi KataPenyelidik berharap melalui kajian ini, satu pendekatan pengajaran yang mudahdan berkesan dapat dikenalpasti. bagi membantu guru-guru mengatasi masalah kanak-kanak yang tidak tahu membaca dan lambat membaca di peringkat awal..
Pernyataan Masalah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran telahmenjalankan satu kajian untuk menyelidik perlaksanaan program pemulihan khas disekolah rendah di Malaysia. Hasil Laporan Kajian Perlaksanaan Program PemulihanKhas di Sekolah Rendah (2002) menunjukkan bahawa bilangan murid-murid yangmengikuti kelas pemulihan khas Bahasa Melayu pada tahun 1999 ke 2000 telahmeningkat iaitu dari 78,495 ke 86,852 orang. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan bilanganmurid-murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu pada tahun 1999 dan2000.1
 
Jadual 1.1Bilangan murid-murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu pada tahun1999 dan 2000.TahapBahasa MelayuBilangan sekolahJumlah muridPurata murid persekolahTahap 1 : 199922434861422Tahap 2 : 199923312988113Tahap 1 : 200024905695723Tahap 2 : 200023952989512Namun begitu, didapati hanya 50% sahaja bilangan murid yang mengikutipelajaran di kelas-kelas pemulihan khas berjaya dipulihkan. Ini dapat dilihat dalamJadual 1.2 di bawah yang menunjukkan bilangan murid-murid yang mengikuti kelasPemulihan Khas dan telah berjaya dipulihkan pada tahun 1999 dan 2000.Jadual 1.2Bilangan murid-murid yang telah berjaya dipulihkan pada tahun 1999 dan 2000.TahapBahasa MelayuBilangan sekolahJumlah muridPurata murid persekolahTahap 1 : 19992012185129Tahap 2 : 19992102143757Tahap 1 : 20002064186259Tahap 2 : 20002041127196Perangkaan di atas menunjukkan bilangan murid yang lemah membaca diMalaysia agak membimbangkan. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untukmengatasi masalah ini .Dalam Laporan Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di SekolahRendah turut menjelaskan antara faktor penyumbang kepada masalah ini ialah keranapengajaran guru tidak berkesan. Mok Soon Sang (1994) pula, telah menyenaraikanfaktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam pelajaran. Antarafaktor yang dinyatakan ialah faktor pembelajaran yang melibatkan kurikulum yangkurang sesuai diterima oleh murid dan bahan bantu mengajar yang kurang sesuai untukmenarik minat murid.2
 
Pearson & Johnson (1978) mengatakan bahawa guru, rakan sebaya dan ekologisesebuah bilik darjah mempengaruhi kebolehan membaca dan kefahaman murid.Kegiatan dan perlakuan guru seperti menyediakan murid untuk pembelajaran bacaan ,pemilihan bahan bacaan dan alatan yang digunakan untuk mengajar, suasana pengajarandan pembelajaran yang diujudkan serta jenis dorongan dan pengukuhan yang digunakandapat mempengaruhi tahap kefahaman murid (ms19).Otto dan Smith (1980) pula mengatakan masalah dalam pembelajaran jugadisebabkan oleh faktor guru yang tidak cekap ataupun kelemahan kurikulum. Di sinimenunjukkan bahawa pendekatan pengajaran awal membaca merupakan satu aspek yangpenting untuk memastikan masalah ini tidak berlarutan.Justeru, melalui kajian ini penyelidik membuat tinjauan situasi sebenar di dalamkelas dan melihat keberkesanan tiga pendekatan pengajaran awal bacaan Bahasa Melayu.Dapatan yang diperolehi dari kajian ini diharap dapat membantu guru-gurumenyelesaikan masalah murid-murid yang lambat dan tidak boleh membaca BahasaMelayu.
Kepentingan Kajian
Membaca merupakan satu kemahiran asas yang penting untuk murid mendapat ilmupengetahuan. Staiager dan O.Anderson (1968) mengatakan
‘Reading is a key to communication and contributes to the solution of world problems of poverty and animosity . Reading is the key to continuingeducation, employment and enjoyment’.
Oleh itu pengajaran awal membaca Bahasa Melayu perlulah dikaji untuk melihat tahapkeberkesanannya terutama pada peringkat tabika lagi, iaitu kanak-kanak lima tahun. Iniadalah kerana membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh semuakanak-kanak.Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu peringkat awal , kemahiran asasbacaan permulaan amat diutamakan sebelum kemahiran yang lain diajar. Terdapatberbagai pendekatan dan perkaedahan pengajaran. Namun masalah tidak menguasaikemahiran membaca masih menjadi masalah utama di sekolah rendah.3

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Nurjannah Zainal liked this
Lechumi Cumi liked this
Usaila Md Jori liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->