You are on page 1of 10

1

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA
MELAYU

2
2008/2009

HIKAYAT BULAN BERBELAH


FALSAFAH : PERCAYA DIRI DAN KUASA PENCIPTA
Kebebasan berfikir, mengukuh iman

NAMA : MOHAMAD SHAHIR BIN ABDUL RAHIM

NO MATRIK : JEA080036

NAMA PENSYARAH : DR . AMRAN BIN MUHAMMAD

FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Petikan teks Hikayat Bulan Berbelah

Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu perhimpunan keluarga dan sahabatnya mengajar
mereka mengucap dua kalimah syahadat. Nabi juga menyebut kepada mereka bahawa
baginda nabi akhir zaman, mahkota, penghulu, dan makhdum segala nabi. Perkara
ini didengari oleh Abu Jahal yang segera menyampaikannya kepada Raja Habib serta
memujuknya supaya memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. menzahirkan tanda
kenabiannya sebagaimana yang diceritakannya.

Raja Habib yang terpengaruh dengan kata-kata Abu Jahal terus menghimpunkan
segala bala tentera dan rakyatnya di Padang Abtah sambil menanti kedatangan Nabi
Muhammad s.a.w. yang dijemput oleh seorang hulubalang Raja Habib. Sebelum
hulubalang itu tiba ke rumah Rasulullah, baginda dikunjungi oleh Jibrail yang ditemani
oleh tujuh ribu malaikat yang akan mengiringi Rasulullah ke Padang Abtah. Ketibaan

3
Rasulullah di Padang Abtah berseorangan diri, tetapi rakyat Raja Habib yang hadir di situ
merasakan baginda tidak berjalan seorang diri. Di hadapan Raja Habib, Rasulullah
diberitahu tentang tujuan baginda dipanggil. Baginda diminta membuktikan mukjizat
yang dimilikinya dengan memanggil bulan datang kepadanya, kemudian bulan itu
diminta mengelilingi Kaabah serta mengucapkan dua kalimah syahadat dengan suara
nyaring supaya setiap yang hadir mendengarnya. Setelah itu bulan itu hendaklah disuruh
masuk ke dalam lengan baju kanan Rasulullah dan keluar melalui lengan baju kiri
baginda dan kemudian hendaklah ia membelah dua, sebelah bergerak ke Maghrib dan
sebelah lagi ke Masyrik sebelum naik ke langit dan bercantum semula.

Rasulullah tanpa banyak bicara, terus naik ke puncak Bukit Kulis dengan diiringi oleh
sanak saudara, sahabat handai dan Raja Habib, dan kemudian baginda bersembahyang
sunat dua rakaat di sana. Setelah selesai bersembahyang, baginda berdoa ke hadrat Allah
S.W.T. memohon petunjuk dan hidayah agar maruah Islam tidak tercemar. Selesai berdoa,
nabi segera berseru kepada bulan agar melakukan segala kehendak Raja Habib. Dengan
kehendak Allah, bulan pun turun menyempurnakan permintaan Rasulullah itu. Akhirnya
raja Habib dan seluruh rakyatnya yang kehairanan dengan mukjizat nabi itu terus
memeluk Islam. Manakala Abu Jahal dan pengikutnya tetap berdegil dan tidak mahu
tunduk kepada nabi.

Keyakinan Raja Habib terhadap mukjizat Rasulullah, menyebabkan beliau


membawa anak perempuannya yang tidak berkaki dan bertangan kepada
Rasulullah, untuk dipulihkannya seperti sediakala. Rasulullah yang menerimanya dan
kemudiannya menyelimut budak itu dan bersembahyang dua rakaat. Selepas itu
Rasulullah berdoa memohon pertolongan Allah S.W.T. Akhirnya, anak perempuan Raja
Habib itu memperolehi tangan dan kaki yang sempurna.

Kesusasteraan zaman islam ialah sastera yang datang bersama –sama dengan

kedatangan islam. Sastera ini mempunyai tujuannya yang tersendiri iaitu menceritakan

tentang keagungan agama islam, serta nabi-nabi dan pahlawan-pahlawannya supaya

pembaca mengenali agama islam dan dapat mengukuh iman. Salah satu contoh sastera

zaman islam ialah Hikayat Bulan Berbelah.

4
Hikayat Bulan Berbelah ini juga dikenali sebagai Hikayat Mukjizat Nabi. Naskah

hikayat ini terdapat di London,Leiden dan muzium di Jakarta.. Hikayat ini menceritakan

tentang peristiwa Nabi Muhammad dicabar oleh Raja Habib yang ingin melihat mukjizat

yang ada pada dirinya setelah dihasut oleh Abu Jahal. Raja Habib ingin melihat mukjizat

nabi dan menyuruh melakukan beberapa perkara iaitu memanggil bulan turun dan

menyuruhnya mengucap syahadat, bulan itu kemudiannya harus masuk ke lengan baju

nabi yang kanan dan keluar ikut lengan kiri, dan bulan itu perlu berbelah dan bersatu

kembali. Segala permintaannya ditunaikan dan akhirnya Raja Habib memeluk islam

kerana yakin atas mukjizat Nabi Muhammad itu.

Falsafah percaya pada diri dan kuasa pencipta ini adalah perspektif falsafah yang

ingin saya ungkaikan dalam Hikayat Bulan Berbelah. Falsafah percaya diri dan kuasa

pencipta mampu memberi impak yang cukup besar dalam segenap pemikiran manusia.

Keseiringan dan kesinambungan antara kepercayaan perlu disatukan dengan kepercayaan

terhadap kuasa pencipta iaitu Allah. Kesan positif bakal terhasil apabila seseorang itu

mengamalkan corak pemikiran dan falsafah yang saya cuba tonjolkan ini. Sebenarnya

5
tanpa kita sedari dengan mempraktikkan falsafah percaya diri ini kita akan pergi ke satu

lagi tahap kebebasan dalam berfikir seterusnya mengukuhkan lagi tahap keimanan dalam

diri manusia. Hikayat Bulan Berbelah ini memberikan satu pandangan lahiriah tentang

kekuatan mukjizat Rasullulah dalam menghadapi musuh islam yang inginkan kebenaran

islam yang benar. Dengan berlandaskan falsafah percaya diri ini membuktikan baginda

adalah nabi akhir zaman yang mempunyai mukjizat dari Maha Pencipta dan memberi

laluan pemikiran kepada pihak musuh islam untuk terus menerima agama suci ini.

Percaya pada diri sendiri adalah tiang dari segala budi pekerti yang utama.

Falsafah ini menimbulkan kekuatan, kemahuan dan kehendak dengan tidak

mengharapkan usaha orang lain untuk terus berjaya. Maka percaya pada diri itulah

kemenangan suatu seruan, baik seruan bagi perubahan pemerintahan tetapi juga seruan

perubahan dalam agama. Kerana yakin terhadap falsafah ini Rasul-rasul berjaya dalam

menegakkan islam walaupun dilanda pelbagai rintangan.

Falsafah percaya pada diri ini diserapkan melalui Hikayat Bulan Berbelah ,

Rasullullah dengan yakin memberitahu bahawa beliau adalah nabi akhir zaman yang

mempunyai mukjizat dari Allah dihadapan umum dan yakin pada kekuasaan Allah,

baginda sanggup mengikut arahan Raja Habib untuk menunjukkan mukjizat yang

diberikan kepadanya agar pemikirannya berubah mengenai islam disamping mendapat

rahmat dan petunjuk keimanan dari Allah. Keadaan ini menggambarkan falsafah yakin

diri ini sebagai satu kekuatan rahsia yang menjadi senjata dalam memberikan yang

6
terbaik pada diri dan masyarakat. Orang islam adalah kaum yang sepatutnya percaya

kepada diri kerana kekuatan yang ada pada dirinya itu dipergantungkan kepada kekuatan

alam itu sendiri iaitu semangat terhadap si Maha Pencipta. Dua pelajaran dalam islam

yang menyuburkan kepercayaan kepada diri sendiri. Pertama Tauhid iaitu mengakui

bahawa Allah sendri dalam kekuasaannya, dan kedua adalah takdir iaitu mengakui baik

buruk, sakit senang dialam ini adalah dari izin Allah.

Oleh sebab hanya percaya kepada kekuatan diri sendiri sahaja, tidak ada pertalian

dengan kepercayaan akan kekuatan yang lebih tinggi. Maka pada permulaan kerja yang

kita lakukan belum terasa letih lagi, tetapi pada akhirnya kita akan rasa letihnya dan

timbullah keinsafan bahawasanya tidaklah segala yang dituju manusia akan tercapai,

melainkan dengan ketentuan Allah juga terjadi.

Kerana percaya kepada kekuatan yang ada pada diri sendiri itu, timbullah sifat

mulia yang lain iaitu kebebasan berfikir dan seterusnya mengukuhkan iman seseorang itu.

Kesinambungan percaya pada diri dan kuasa pencipta membawa kita untuk menyelami

kebebasan dalam pemikiran, setelah kita yakin dengan kemampuan yang kita ada sudah

pasti kebebasan dalam pemikiran dapat dibentuk bagi mencapai tahap iman yang tinggi

dan benar. Rasullullah telah menunjukkan mukjizatnya dengan yakin sehingga membuka

ruang iman kepada musuh islam. Selain itu pembentukan pemikiran terbuka ini dilihat

dari sifat baginda yang sentiasa berfikir positif dalam menghadapi musuh islam walaupun

7
mengharungi pelbagai dugaan tetapi tetap berjaya kerana niat dan iman yang kukuh

sebagai tembok kekuatan citanya.

Selari dengan falsafah percaya pada diri dan kuasa pencipta, ingin saya

menggabungkan nilai keyakinan pada zaman dahulu dan hari ini, jika kita lihat dahulu

masyarakat berfikir berlandaskan pemikiran teologis rasional iaitu percaya kepada

animisme dan lahir mentera sebagai puisi awal yang menjadi magik serta digunakan

dalam upacara memuja roh kemudian kepercayaan ini diperkukuhkan lagi dengan

kosmologi panteistik pengaruh hinduisme, secara beransur kepercayaan ini diganti

dengan kepercayaan ketauhidan dan kosmologi islam yang mengubah minda lama ini.

Ini membuktikan perubahan dalam kebebasan pemikiran yang dibentuk melalui

perubahan zaman. Ini juga bermaksud pemikiran teologis rasional pada masa dahulu

diubah kepada pemikiran yang lebih bebas selepas proses mentauhid sesuatu kepercayaan

itu. Maka sudah jelas lagi disuluh sejak zaman baginda lagi kebebasan berfikir ini telah

dilakukan melalui falsafah yakin diri dan kuasa pencipta.

Kesimpulannya, pada pendapat saya falsafah yang terkandung dalam Hikayat

Bulan Berbelah ini iaitu percaya diri dan kuasa pencipta mampu diungkap melalui sifat

Nabi muhamad itu sendiri dengan melihat keyakinan baginda menegakkan kebenaran

islam dihadapan musuh islam melalui mukjizat yang ada padanya seterusnya yakin

terhadap kuasa Maha Pencipta yang satu- satunya kuasa yang mampu membantu

8
hambanya yang lemah. Sebagai manusia kita seharusnya menanam falsafah yakin diri

dalam membentuk sahsiah dan jati diri yang lebih unggul.

Seseorang yang yakin pada diri dan kuasa penciptanya sudah pasti akan membuka

satu ruang perubahan dalam sistem pemikirannya sehingga membentuk kebebasan dalam

pemikiran. Kebebasan berfikir ini menjadikan seseorang itu lebih terbuka dalam

menghadapi dugaan disamping membantu diri untuk lebih optimis pada sesuatu masalah

Setelah kita yakin pada diri dan kuasa pencipta kita juga sudah pasti akan menuju kearah

pengukuhan iman akibat dari proses kesatuan kebebasan berfikir itu tadi. Maka ini

jelaslah dalam Hikayat Bulan Berbelah ini melalui falsafah yakin diri dan kuasa pencipta

Mampu memberi kesan yang luar biasa dalam kehidupan seharian manusia, jadi selaku

manusia kita seharusnya memulakan kehidupan ini dengan langkah positif dalam hidup

dan mengamalkan falsafah ini untuk terus maju.

Falsafah percaya diri dan kuasa pencipta mampu membuka kebebasan berfikir

seterusnya mengukuhkan tiang keimanan manusia.”

Bibliografi.

Dr.Liaw yock fang


Sejarah kesusasteraan melayu klasik, pustaka nasional pte ltd singapura

Hashim Bin Haji Musa,2001

9
Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Melayu.

Ismail Hamid, 1982.


Asas Kesusasteraaan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Muhammad Al-Ghazali, 1996.


A study islamic Epistemology. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Worawit Baru@ Haji Ahmad Idris, 2004


Pemikiran Melayu Tradisi Dan Kesinambungan: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Rujukan internet

http://wikipedia.org/wiki/hikayat_bulan_berbelah

10

You might also like