You are on page 1of 46

SISTEM

RANGKA
FUNGSI TULANG
STRUKTUR TULANG
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN TULANG
RANGKA AKSIAL

Disediakan oleh:
Muzakkir bin Md Rahim
Pismp Matematik kohot 5
SISTEM RANGKA
• Rangkaian tulang yang menyokong dan
melindungi organ lembut.
• Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi
tubuh. Terdapat 206 ketul tulang pada rangka
manusia. Sistem ini terdiri daripada tulang-
tulang dan struktur-struktur sokongan seperti
ligamen, tendon, kartilej dan sendi..
KOMPONEN SISTEM RANGKA
• Tulang
• Ligamen
• Kartilej
• Tendon
• Sendi
TULANG Mempunyai lapisan luar yang kuat,keras, tebal dan bahagian tengah berongga
yang mengandungi sum-sum

LIGAMEN Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh
bergerak. Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya
serta membolehkanpergerakan pada sendi.

KARTILEJ Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-hujung
tulang yang membentuk sendi. Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila
bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakan pada tulang.

TENDON Tisu berfiber tidak kenyal yang sangat kuat. Berfungsi untuk melekatkan otot dengan
tulang.
SENDI Tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan.Terdapat tiga jenis sendi pada manusia
iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses) sendi yang mempunyai gerakan terhad
(amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses).
FUNGSI RANGKA
Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu

FUNGSI HURAIAN CONTOH


Sokongan Tulang membentuk rangka Perlekatan otot-otot pada
tubuh bagi menyokong tulang-tulang rangka .
tisu-tisu lembut dan organ
tubuh.

Perlindungan Rangka melindungi organ Tulang rusuk melindungi


dalaman yang paru-paru dan jantung.
penting seperti saraf
tunjang, jantung
dan mata.
Pergerakan Tulang-tulang akan Sendi lutut melibatkan
bertindak sebagai tibula, fibula dan femur.
tuas bagi menghasilkan
pergerakan
apabila otot yang melekat
pada tulang
berkontraksi
FUNGSI HURAIAN CONTOH

Pembentukan Sum-sum dalam tulang Sternum, femur, pelvis


sel-sel darah menghasilkan dan humerus
sel darah merah, sel darah
putih dan
platlet
Penyimpanan mineral Sebahagian besar dari Lemak distorkan dalam
matriks tulang terdiri kaviti tulang. Jika
daripada kalsium dan diperlukan, lemak akan
fosforus. Mineral ini diserap ke dalam darah
menjadikan tulang-tulang dan digunakan oleh tisu
kuat dan rintang terhadap lain sebagai sumber
terkanan. tenaga.

AKRONIM :

Sokonglah Pergerakan Putera Puteri Pas


STRUKTUR TULANG
• Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang
teguh bagi membolehkan pergerakan dalam
aktiviti fizikal.

• Pertumbuhan tulang berlaku secara diameter dan


secara memanjang.

• Terdiri daripada empat lapisan iaitu periosteum,


tulang mampat, tulang berongga dan sum-sum
tulang.
• Periosteum
Lapisan pertama pada tulang dan
mempunyai selaput luar yang nipis. Terdiri
daripada osteoblas (sel pembentukan
jaringan tulang). Ia menyediakan saluran
darah dan saraf ke tulang. Berfungsi
menghasilkan sel-sel untuk membesar
secara diameter dan melindungi diafisis.
• Tulang mampat (diafisis)
Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai
bahagian batang yang halus dan keras serta
disaluti periosteum. Lapisan ini melingkari
kaviti medulari yang mengandungi lemak.
• Tulang berongga (epifisis)
Lapisan ketiga dan terletak pada kedua-dua
hujung tulang panjang. Terdiri daripada
lapisan nipis tulang mampat

• Sum-sum tulang
Lapisan paling dalam pada struktur tulang.
STRUKTUR TULANG PANJANG
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN
TULANG
Sel-sel tulang

• Tulang terdiri daripada sel tulang berfiber


kolagen dan bahan matriks bermineral padat.
Terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang
merembeskan bahan matriks organik fiber-
fiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas
yang matang dikenali sebagai osteosit.
• Osteoklas ialah sel-sel yang melarutkan
mineral dalam tulang. Osteoblas dan osteoklas
akan bertindak untuk mengubah ketumpatan
dan bentuk tulang. Osteoblas aktif ketika usia
muda atau kanak-kanak manakala osteoklas
aktif kepada orang dewasa.
Osifikasi tulang

• Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang


lembut) terbina daripada kartilej hialin. Tulang
lembut ini membentuk tulang keras yang
dihasilkan melalui proses osifikasi tulang.
Proses ini berlaku ketika usia embrio enam
minggu dan berterusan sehingga dewasa.
Proses Osifikasi Tulang
Peringkat semasa proses osifikasi tulang:

i. Osteoblas menyaluti kartilej hialin dengan


bahan matriks bermineral.
ii. Osteoblas memendapkan bahan matriks
bermineral dalam kartilej ke bahagian dalam
tulang. Osteoblas beransur-ansur bertukar
menjadi osteosit untuk membentuk tulang
baru.
iii. Kartilej yang terdapat pada bahagian dalam
tulang akan menjadi keras.

iv. Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang


dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk
kaviti medulari.
Tumbesaran tulang
Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Semasa
proses tumbesaran, sel-sel pada plat epifisial tulang
panjang akan membahagi secara mitosis untuk
memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku
osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis.

Pada akil baligh, hormon estrogen dan testosteron akan


merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifisial. Plat
efipisial akan mengecil. Pada usia 18 tahun, tumbesaran
tulang secara memanjang terhenti dan sel-sel pada plat
epifisial juga akan berhenti. Tetapi, osifikasi tulang akan
terus berlaku sehingga lapan tahun berikutnya.
Tumbesaran Tulang
Keperluan mineral, vitamin dan hormon

• Garam mineral
○ Kalsium dan fosfat diperlukan untuk
tumbesaran tulang.
○ Kedua-dua garam mineral ini diperlukan
untuk tumbesaran dari segi pertambahan
saiz dan berat tulang.
• Vitamin
○ Vitamin A, D dan C diperlukan untuk
tumbesaran tulang.
○ Vitamin D merangsang penyerapan serta
mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam
tulang. Ini membolehkan struktur menjadi
lebih kuat.
○ Vitamin A dan C pula diperlukan untuk
tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang
yang rosak.
• Hormon
○ Hormon-hormon tiroid, estrogen dan
testosteron diperlukan untuk merangsang
proses tumbesaran tulang.
RANGKA AKSIAL
Definisi
 Merupakan rangka tubuh yang disebut juga
sebagai rangka sumbu tubuh yang terdiri dari
tulang-tulang yang berfungsi menjaga organ-
organ utama tubuh.

 Contoh : otak, sumsung tulang belakang, jantung


dan paru-paru
Rangka aksial terdiri daripada :
 Tulang tengkorak
 Tulang hioid
 Tulang belakang (vertebrae)
 Tulang dada ( sternum)
 Tulang rusuk ( costa)

AKRONIM :

Tengkorak Hidup Balik Dari Rusia


Hubungan antara tulang yang Melindungi otak, organ
terdapat pada tempurung kepala pendengaran dan organ
termasuk jenis suture (tak boleh penglihatan
bergerak)

1) TULANG
TENGKORAK

Tulang tengkorak terdiri dari


tulang tempurung dan tulang
muka
Tulang tempurung kepala
• Dinamakan sebagai Kranium @ cranium
• Berfungsi melindungi otak.
• Meliputi :
- Tulang dahi (frontal)
- Tulang baji ( Sfenoid)
- Tulang pelipis (temporal)
- Tulang tapis (Elmoid)
- Tulang kepala belakang (oksipital)
-Tulang ubun-ubun ( pariental)
AKRONIM :

Fareh Suka Tembak Orang Eskimo Pemalas


 Pada bahagian bawah tulang tempurung
kepala, terdapat foramen magnum.

Foramen magnum adalah lubang besar


tempat keluar masuknya pembuluh darah dan
pembuluh saraf tulang belakang.
 Tulang muka
 Terdapat pada bahagian depan dari
tengkorak.
 Berfungsi untuk :
1) membentuk rongga mata
2) rongga hidung dan langit-langit
3) tulang pembentuk wajah
BAHAGIAN TULANG FUNGSI
Kranium Berfungsi untuk melindungi otak.
Mempunyai 8 keping tulang yang terdiri sendiri
dan disambungkan melalui ligamentum (sendi
yang tak bergerak)
Orbit  Berfungsi untuk melindungi kedua bola mata
Tulang hidung  Berfungsi untuk menyokong jaringan hidung
yang lembut.
Lubang telinga Berfungsi untuk melindungi bahan dalam
telinga.
Rahang atas (maksila) Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
Rahang bawah (mandibula)  Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.
 Rahang yang dapat bergerak
Foramen magnum  Berfungsi untuk menyambung tengkorak
dengan tulang belakang

AKRONIM :

Mak Faiz Kata Orang Malaysia Hidungnya Tembam


2) Tulang Hioid
• Tulang merupakan tulang yang berbentuk
seperti huruf U.
• Berfungsi sbg tempat melekatnya beberapa
otot mulut dan lidah.
• Terdapat hanya 1 tulang ini pada setiap
manusia.
3) Tulang vertebra
• Tulang belakang yang memiliki struktur yang
kuat sehingga dapat menopang berdiri
tegaknya tubuh dan menyangga tengkorak.

• Berfungsi sebagai tempat melekatnya tulang


rusuk.
Tulang belakang terdiri daripada 33 ruas.

 7 Vertebra serviks – bahagian leher


 12 vertebra toraks – bahagian toraks
 5 vertebra lumbar – bahagian pinggang
 5 vertebra sakrum – bahagian punggung
 4 vertebra koksiks – bahagian hujung tulang
belakang.
Akronim:

Syamim Tarik Lembu Sampai Kandang


TULANG TEMPAT YANG BERKAITAN AKIBAT KEPADA SARAF
LEHER

C1 Pembuluh darah bahagian leher, kelenjar Sakit kepala, gelisah (mudah tersinggung), sukar tidur
endokrin, bahagian wajah, bahagian otak, telinga (insomia), hipertensi, pening, sakit kepala berkala.
tengah, telinga dalam, sistem saraf simpatetik.

C2 Opthalmicus nerve, auricularis, sinuses, lingua, Sinusitis, allergic, gangguan pendengaran, penyakit
dahi, mastoidea mata, sakit telinga, pening

C3 Tulang wajah, gigi, externa auris, trigeminal nerve Jerawat, kulit kering (ekzema), neuralgia, neuritis

C4 Bahagian hidung, lidah, mulut, telinga, pharynx Hay fever, catarrahal imflammation,
(tengkorok)

C5 Vocal cords, cerviral gland, pharynx Hoarse (hilang suara), paryngitis (sakit tenggorok)

C6 Otot bahagian leher, tonsil Leher kaku, sakit pada lengan atas, tonsillitis, asma

C7 Tyroid, bahu, synovial bursal Penyakit tyroid, bursal synovitis


TULANG TEMPAT YANG BERKAITAN AKIBAT KEPADA SARAF
DADA

T1 Bahagian siku ke bawah, esophagus, trachea Tracheatis ashma, batuk, sesak nafas, sakit
pada pergelangan tangan.

T2 Jantung Functional heart disease, chest pain

T3 Paru-paru, trachea, pleura Tracheatis , pneumonia, influenza

T4 Gall bladder, bille ducts Penyakit gall bladder, herpes zoster,


jaundice (penyakit kuning)

T5 Liver (hati), large intestine, darah Penyakit hati, demam, tekanan darah
rendah, anemia, peredaran darah yang
tidak sempurna, arthritis

T6 stomach maldigestion heartburn, neurogastritis


TULANG TEMPAT YANG BERKAITAN AKIBAT KEPADA SARAF
DADA

T7 Pancreas, deodenum Diabetes, astritis

T8 Spleen (limpha kecil) Daya tahan tubuh menurun.

T9 Adrenal Allergy

T10 Kidney (ginjal) Penyakit ginjal, pembuluh darah


mengeras, fatigue, nephritis (infeksi ginjal)

T11 Kidney (ginjal), uretero Acne (Jerawat) , ekzema, pimples, penyakit


kulit

T12 Usus kecil, limpha, fallopian tube Rheumatic, pleuralgic, mandul


TULANG TEMPAT YANG BERKAITAN AKIBAT KEPADA SARAF
PINGGANG

L1 Usus besar, inguinall ring Constipation (Sembelit), colitis, dysentri,


hernia

L2 Sekum, abdominal, peha Appendicitis, sesak nafas

L3 Organ reproduksi, uterus, bladder (kantung Sakit kantung kencing, haid yang tak
kencing), knee (lutut) teratur, keguguran, sakit lutut.

L4 Prostate, lumbus muscle, sciatic nerve Scalatica, lumbago (Sakit pinggang), susah
buang air kecil,

L5 Betis, pergelangan kaki, kaki Peredaran darah pada bahagian kaki


kurang sempurna, kaki tidak bertenaga,
sakit pada pergelangan kaki.
Sacrum Tulang pinggul (pelvis), Sacrum arthritis, ruas tulang belakang
pinggul membongkok

Tulang ekor Usus rectum, anus Penyakit buasir, gatal-gatal, coccylagia


(sakit tulang ekor)
tamat

You might also like