You are on page 1of 6

REFLEKSI

NUR RAIHAN BINTI AHMAD FIRDAUS

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya


melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) sesi pertama bagi tahun 2011. BIG yang
telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Dataran Dr.Maznah. BIG yang
mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah memberi saya
banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.

Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan
dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya
sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif
yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah
pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat
mencapai motif tersebut.

BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu
pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini
tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat
bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai
keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang
proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak,
“water confident”, “jungle trecking”, latihan dalam kumpulan(LDK),masakan
rimba,dan malam persembahan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua
aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun,
saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif tersendiri dan hanya kami
semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti.
Pada hari pertama, kami semua seramai 61 orang guru pelatih telah
dibahagikan kepada 6 kumpulan dari tiga unit yang berbeza. Jika dilihat pada
mata kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk memudahkan sesuatu
kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada
kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya
tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih
terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan
sebenar profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu
berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai
pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih
bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang
saya kenal sebelum ini.

Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan.


LDK yang dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila
bercakap dihapadan ramai. LDK ini telah membantu saya untuk lebih berani
melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk mendengan kritikan atau
pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi
seorang yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea
atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini
adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru. Sebagai contoh apabila
bermesyuarat saya pasti diberikan peluang untuk bercakap dan memberikan
idea kepada ahli lain dan mendengar idea-idea dari orang lain. Tanpa nilai murni
seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama dengan guru-guru lain
dan gagal meneruskan agenda mesyuarat.
BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih
yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu.
Ketika aktiviti “water confident”, saya terpaksa menyelam didalam air dan
berenang di Pantai Keluang. Walaupun saya tidak pandai berenang dan takut
pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga semangat
yang diberikan oleh rakan-rakan saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini
saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya
faham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh
lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain.
Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam
diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan
perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat
penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas
sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan
seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi tugasan,
saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu
dengan sempurna dan jayanya.

Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu
sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan
telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah
malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat memenatkan telah
berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama
berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan
seorang lagi rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi
telah berkawal di sekitar khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa
juga perkara yang mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak
mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak
mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti pasti
saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain untuk
melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya
matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan
saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu.

Kreatif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang
insan bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk
menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu
perkara. Ketika melakukan persiapan bagi malam persembahan, kami semua
telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan bertepatan dengan
malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan
persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas dan
fleksibel dengan suasana tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di
institut. Dekorasi yang dilakukan menggunakan item-item yang berada
dipersekitaran dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan bagi memeriahkan lagi
majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut
tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu
hari nanti apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di
sekolah yang infastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang terhad.
Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat
mereka satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada
di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu pelajar
dalam pembelajaran mereka.

Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk


berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Semasa berada di Dataran
Dr.Maznah, kami semua iaitu seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan
kepada 6 kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan pula masing-masing diberikan
satu tugas pada satu masa seperti ketua, setiausaha, tukang masak, penolong
tukang masak, tugas-tugas khas dan lain-lain lagi. Sistem yang diketengahkan di
BIG ini ialah sistem putaran atau “rotation” tugas. Hal ini memberi peluang
kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam
kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh
pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami
semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpim. Pendedahan ini
merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya
terutama apabila saya menjadi ketua kumpulan. Ketika itu saya sedar bahawa
tugas menjadi seorang ketua amat berat kerana semua kebajikan, tugas dan
banyak perkara lagi menjadi satu tugas ketua. Pengalaman berorganisasi ini
akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di
alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi
pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin.

Aktiviti pagi iaitu akiviti senam pagi di padang juga mempunyai objektif
tersendiri. Berdasarkan pemerhatian saya ketika di BIG, saya dan rakan-rakan
semua telah diajar untuk menepati masa dalam melakukan aktiviti itu. Ketika
melakukan senam pagi pada sebelah pagi, tepat jam 7.30 pagi kami semua
mesti berkumpul di padang. Arahan yang diberikan oleh pensyarah merupakan
satu lagi latihan yang saya lihat satu usaha bagi membentuk guru pelatih
menepati masa. Perkara ini penting kerana sebagai seorang bakal guru dan
seorang guru, masa memainkan peranan penting dalam kehidupan. Ketika di
insitut atau di sekolah nanti, saya perlu berada di sana sebelum jam 7.45 lagi
dan ini bermakna untuk sampai kesana saya perlu bersiap dengan lebih awal.
Jika dilihat sekarang, ramai guru pelatih sama ada lelaki atau perempuan yang
datang lewat ke kuliah dan ini merupakan satu fenomena yang amat
merungsingkan pensyarah. Pendedahan di BIG ini telah merubah saya dan
rakan-rakan lain supaya menepati masa sama ada ketika ke kuliah ataupun
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kami.

Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program BIG ini, begitu hebat saya
rasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas
matahari,kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat
mencabar telah saya lalui. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan
yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat
mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari segi mental
dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti
lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini.
Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan
diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini
membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri
kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang
mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini
yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri
saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri
seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang
seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi
mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang ,
gemilang, dan terbilang.

You might also like