Professional Documents
Culture Documents
MENYOA
L
ERTI FALSAFAH PENDIDIKAN
Satu pedoman,arah tuju atau pandangan
terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan.
Falsafah Pendidikan Negara dianggap
sebagai satu proses aktiviti pendidikan
yang dapat mencerminkan pemikiran dan
hasrat sesebuah masyarakat atau Negara.
Hubungan antara Falsafah dan
Matlamat pendidikan serta
Peranannya.
Falsafah pendidikan perlu selari dengan
matlamat pendidikan yang menjadi teras
ideologi dan aspirasi masyarakat di sesebuah
Negara.
Matlamat Pendidikan Negara akan menjadi lebih
jelas,mantap,bermakna dan sempurna apabila
unsur-unsur pendidikan yang tersirat dalam
ideology dan aspirasi masyarakat dijelmakan
dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara.
-Segala bentuk perancangan dan reformasi
yang hendak dilakukan dalam Sistem
Pendidikan Negara akan dapat mencapai
matlamatnya jika mengikut haluan dan
pedoman yang dinyata atau digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Matlamat Pendidikan Malaysia
Bertujuan melahirkan insan yang baik
dan sempurna supaya menjadi
warganegara Malaysia yang
bertanggungjawab dan memiliki serta
menghayati ciri-ciri berikut:
Percaya dan patuh kepada Tuhan.
Berakhlak mulia,memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu.
Memupuk amalan toleransi bagi mewujudkan
perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Taat setia kepada raja dan cintakan negara
serta memahami prinsip-prinsip demokrasi
berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia.
Berilmu pengetahuan,progresif,mahir dan
cekap agar dapat melaksanakan tugas secara
produktif serta sempurna,demi memberikan
sumbangan terhadap kemajuan dan
pembangunan negara.
Peranan Falsafah Pendidikan
terhadap sistem pendidikan:
Unsur jasmani:
Keadaan fizikal-memerlukan penjagaan
kesihatan.
Unsur intelek:
Mempunyai fikiran yang waras,kreatif dan
inovatif
Kepercayaan dan kepatuhan Tuhan:
Mempercayai kewujudan Pencipta yang
menyedarkan manusia tentang
tanggungjawab mereka memakmurkan
alam
Berilmu pengetahuan:
Manusia yang mempunyai ciri-ciri yang
mencintai ilmu,gemar membaca dan
menyebarkan ilmu.
Berketerampilan:
Mempunyai kecekapan dan kebolehan
dalam menjalankan tugas.
Berakhlak mulia:
Mengamalkan tingkah laku yang baik
Bertanggungjawab:
Melaksanakan amanah terhadap
Tuhan,negara,masyarakat dan diri.
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri:
Memiliki ketenangan, kekuatan diri dalam
menghadapi cabaran hidup.
Sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara:
Rela berkorban demi agama,masyarakat
dan negara
Faktor-faktor Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:
Faktor Individu
• Membentuk semangat kerjasama, bersatu
padu, hormat menghormati, ikhlas dan
jujur.
• Menanam semangat cintakan negara rasa
kekitaan dan penyayang.
• Mengalakkan penglibatan yang aktif dalam
semua aktiviti sekolah.
• Berusaha menyemai dan mengamalkan
nilai-nilai Islam.
• Memupuk tabiat suka membaca sepanjang
hayat.
• Memupuk semangat berusaha mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran dan ko-
kurikulum.
Implikasi terhadap
kokurikulum
perubahan sukatan pelajaran yang
berorientasikan kepada program
bersepadu
Rohani
Pengetahuan Nilai
Kemahiran
Intelek Emosi
Jasmani
Implikasi Falsafah
Pendidikan Guru
Peranan Guru Sebagai Pendidik
Berpekerti mulia:
menerima setiap murid dengan baik dan
bersedia menolongnya.
rela menjalankan aktiviti permulihan bagi
murid yang lemah dan aktiviti pengayaan
bagi murid yang baik pencapaian.
Berpandangan progresif dan saintifik:
sentiasa menokoh tambah ilmunya
dengan membaca dan menghadapi
seminar dan bengkel.
menyedari perkembangan baru dalam
bidang pendidikan dan dapat memainkan
peranan sebagai seorang inovator.
Bersedia menjunjung aspirasi negara:
peka kepada aspirasi negara akan
menekankan unsur perpaduan, prihatin,
ikram, berbudi bahasa, keupayaan
bersaing dan berdikari dalam kegiatan
pengajaran dan pembelajarannya.
Menjalin perkembangan individu:
aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran hendaklah mirip ke arah
perkembangan potensi murid secara
menyeruluh dan bersepadu yang
merangkumi aspek intelek, rohani, emosi,
dan jasmani.
Menyanjung warisan kebudayaan negara:
warisan kebudayaan Negara hendaklah
ditekankan dalam kokurikulum sekolah sama
ada dalam aktiviti lakonan, nyanyian, tarian atau
pakaian.
Memelihara suatu masyarakat yang demokratik
memberi peluang kepada murid untuk
memegang jawatan dan memikul
tanggungjawab.
Memelihara suatu masyarakat yang
berdisiplin
menitikberatkan nilai-nilai seperti
ketepatan masa, bersopan santun,
bertimbang rasa, tolong-menolong,
prihatin dan bekerjasama dalam kalangan
murid-murid .
Memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu:
guru hendaklah menekankan unsur
bersatu padu dalam segala kegiatan yang
dikendalikannya dan cuba memastikan
murid-murid pelbagai kaum sentiasa
berinteraksi antara satu sama lain.
Rujukan
Pengantar Pendidikan Teras(Mok Soon Sang)
Pendidikan di Malaysia(Falsafah pendidikan,
guru dan sekolah)
(Ee Ah Meng,1996)
Pendidikan di Malaysia(Falsafah pendidikan,
guru dan sekolah)
(Abdullah Sani P.Kumar,1990)
Pendidikan di Malaysia(Falsafah pendidikan,
guru dan sekolah)
(Shahril@Charil Marzuki)
Pendidikan di Malaysia dan Psikologi
Pendidikan(Abdul Rahim M.Ali)