² menyamun, menyerangFalsafah merupakan sebuah bidang kajian dan penyelidikan yang mempunyaikaedah, matlamat, asas dan bahan kajian tersendiri. Ilmu Falsafah sama dengan ilmu-ilmu lain, tetapi ada dua cirri khas membexakannya, iaitu: pertama; falsafah tidak terbatas skopnya seperti ilmu-ilmu yang lain tetapi melihat alam sebagai kesatuan yang belum dipecah-pecahkan, dan, falsafah menyelidik hakikat sesuatu untu kmenjawab persoalan apa, dari mana, keanpa, berbanding ilmu-ilmu lain yang hanya membahassebab akibat tentang sesuatu. Maka, di dalam kajian ini, karya Melayu klasik yangdipilih iaitu pantun nasihat akan dilihat secara keseluruhan dan perkara yang tersirat disebalik makna yang sedia ada.Pantun adalah salah satu bentuk sastera Melayu klasik yang masih kekal hinggasekarang. Di dalam Kamus Dewan, pantun bermaksud “sejenis puisi lama yang biasanyaterdiri daripada empat baris setiap rangkap, dua baris pertama pembayang dan dua barisakhir maksud dan selalunya mengandungi maksudnya”. Pantun terdapat dalam pelbagai bentuk dan wajah seperti pantun dua kerat hinggalh 18 kerat, pantun berkait, pantun budi, pantun kanak-kanak, pantun nasihat, pantun kasih-sayang dan lain-lain lagi. Genresastera yang berbentuk lisan ini disampaikan dan diperturunkan secara lisan kepadagenerasi lain. Pantun amat berperanan penting dalam kehidupan seharian masyarakatMelayu pada zaman dahulu, sebagai contoh, pantun diungkapkan dalam permainankanak-kanak, dalam percintaan, dalam proses peminangan dan perkahwinan, nyanyian,dan upacara adat-istiadat.
FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT