Riwayat Hidup
Nama sebenar al-Ghazali ialah Hujjah al-Islam al-Imam Abu Hamid al-GhazaliMuhammad bin Muhammad bin at-Tusi, dan digelar Samsuddin. Ada juga tokohmengatakan nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammd bin Muhammad bin Ahmad. Tiga Muhammad yang berturut-turut merupakan namanya sendiri, nama bapanya, kemudian nama datuknya dan Ahmad itu moyangnya. Seorang berbangsa Parsi, beliau dilahirkan di Thus di dalam wilayah Khurasan pada tahun 450 Hijrah, bersamaandengan 1059 Masihi dan hidup di sekitar zaman Perang Salib. Bapanya adalah seorang penenun bulu dan menjualnya di pasar Thus. Mempunyai seorang adik bernama Ahmadyang digelar al-Futuh. Pendidikan asas yang diterima al-Ghazali ialah menghafal al-Quran, asas membaca dan menulis, ilmu nahu Bahasa Arab, matematik, dan fiqah. Beliaulancar menghafaz al-Quran dan paling cekap berdebat di zamannya. Semasa kecilnya, al-Ghazali mempelajari sebahagian ilmu fiqh dari Imam Ahmad al-Razkani di tus, kemudian berpindah ke Jurjan untuk menuntut pula dengan Imam Abu Nasr al-IsmailiKemudiannya, Imam al-Ghazali berpindah ke Naisabur atau Nieshapur untuk menuntutilmu dari Imam al-Haramian Abu al-Maali al-Juwaini (419-478 H) sehingga beliau mahir dalam mazhab Syafi’I, ilmu khilaf, perubatan, usuluddin, usul fiqh dan matiq. Juga dapatilmu hikmah dan falsafah dan pernah menjadi pensyarah di Universiti an-Nizamiyyahdan di sinilah beliau berada dikemuncak keilmuannya. Imam al-Ghazali telahmenghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505Hijrah.
KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI