You are on page 1of 9

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

(JXEA 1104)

PELAJAR SEMESTER 1 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


( APM)

NOOR LATIFAH BINTI RAZAK@AB RAZAK

(JEA 080067)

TAJUK :PANTUN AGAMA

NAMA PENSYARAH:
DR AMRAN BIN MUHAMMAD
PANTUN AGAMA

KEMUNING DAUNNYA LAMPAI,


TUMBUH DI JIRAT PADUKA TUAN;
DI ATAS DUNIA KAU TAK SAMPAI,
DI DALAM SYURGA BERNANTIAN.

HALIA INI TANAM-TANAMAN,


DI BARAT SAJA AKAN TUMBUHNYA;
DUNIA INI PINJAM-PINJAMAN,
AKHIRAT JUGA AKAN SUNGGUHNYA.

TERITIP DI TEPI KOTA,


MARI DIKAYUH SAMPAN PENGAIL;
IMAM KHATIB LAGIKAN BERDOSA,
BERTAMBAH PULA KITA YANG JAHIL.
.

ASAM KANDIS ASAM GELUGUR,


KETIGA ASAM SI RIANG-RIANG;
MENANGIS MAYAT DI PINTU KUBUR,
TERINGAT BADAN TIDAK SEMBAHYANG.
PENGENALAN

Pantun merupakan pengucapan kemelayuan. Dalam pantun terkandung seluruh

jiwa, seni, kebijaksanaan, budi bahasa dan pandangan dunia Melayu. Asal dan makna

kata ”pantun” telah dibincangkan oleh para sarjana terdahulu termasuk Brandstetter,

Winstedt, Djajadiningrat dan Ophuijsen. Secara ringkasnya semua berpendapat makna

”pantun”kepada sesuatu yang teratur, lurus(secara konkrit mahupun abstrak)adalah

bertujuan untuk memimpin, mendidik dan memberi panduan.

Berhubung dangan tema keagamaan dalam pantun, sacara keseluruhannya dapat

dikatakan persembahannya atau temanya agak ringan dibandingkan dengan tema yang

sama dibicarakan melalui media syair, nazam dan dikir.

DIATAS DUNIA KAU TAK SAMPAI,


DIDALAM SYURGA BERNANTIAN.

Rangkap pantun diatas memperihalkan sebagai orang Islam kita wajib

menunaikan segala tuntutan yang diperintahkan oleh Allah SWT berpaksikan kepada Al-

Quran dan As-Sunnah. Namun terdapat umat Islam masa kini tidak mempedulikan serta

meminggirkan tuntutan yang telah digariskan Islam disebabkan oleh kejahilan dan

keegoan diri sendiri. Ini adalah kerugian yang amat besar kerana dengan kejahilan inilah

akan mejuruskan manusia ke lembah kehinaan dan kerugian serta tersasar terus dari

landasan Islam yang sebenar.

Manusia diberi akal untuk dimanfaatkan kearah kebaikan tetapi jika tidak

digunakan dengan sebaiknya akan merugikan diri sendiri.Manusia sebegini apabila


dipanggil ajal, pulanglah ia ke akhirat sebagai sebatang kara dan dengan tangan kosong

tanpa membawa sebarang amalan ynag boleh menolong mereka.Begitulah keadannya kita

yang pulang mengadap Ilahi tanpa bekalan. Allah SWT tidak akan terjejas sedikitpun

tanpa pemberian dari makhluknya tetapi makhluknya yang akan rugi kerana sibuk dengan

godaan dunia. Keinginan dunia itu dipenuhi sehingga lupa tujuannya dia dicipta.

Sabda Rasulullah SAW:

”Alangkah nikmatnya dunia bagi orang yang menjadikannya bekal untuk negeri akhirat

hingga Allah SWT redha kepadanya , dan alangkah buruknya dunia bagi orang yang

terhalang olehnya tentang akhiratnya dan Allah SWT tidak redha kepadanya.”

Hadih riwayat Al-Hakim

Orang Islam khususnya seharusnya bijak dalam menjalani kehidupan diatas muka

bumi ini supaya tidak menjadi manusia yang rugi samada didunia ataupun di akhirat.

DUNIA INI PINJAM-PINJAMAN,


AKHIRAT JUGA AKAN SUNGGUHNYA.

Berdasarkan rangkap pantun di atas, dunia ni hanyalah pinjaman semata- mata

dari Allah SWT untuk makluk ciptaanNYA. Ia hanyalah bersifat sementara dan akhirat

jualah tempat yang kekal abadi buat selamanya. Orang Islam khususnya, mengetahui

akan hakikat tersebut tetapi alpa kerana terpedaya dengan kenikmatan dunia. Manusia

mudah tewas dengan pangkat, harta, darjat, dan sebagainya kerana menyangka itulah

bekalan yang boleh dijadikan sandaran di akhirat nanti.

Allah SWT menuntut kita sebagai hamba, memakmurkan bumi ini dengan penuh

kebijaksanaan dan ketaatan untuk mendapat keredhaanNYA. Kepentingan dunia dan

akhirat perlu diseimbangkan. Namun terdapat dalam kalangan umat Nabi Muhammad
SAW masa kini yang tidak mampu berbuat demikian lantaran kenikmatan dan

keseronokan dunia lebih menguasai diri. Apabila dunia yang dikejar, sudah pastilah dunia

yang yang diperolehi. Natijahnya, kerugianlah yang akan dituai di akhirat nanti.

Kehidupan insan yang sebenar adalah bermula di akhirat nanti. Di sanalah manusia akan

dihitung tanpa sebarang keraguan dan dengan perhitungan inilah akan membawa manusia

samada ke syurga atau ke neraka mengikut amalan masing-masing.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

”Dan ( ingatlah bahawa ) kehidupan dunia ini ( meliputi segala kesenangan dan

kemewahannya jika dinilai dengan kehidupan akhirat ) tidak lain hanyalah ibarat

hiburan dan permainan ; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang

sebenar-benarnya hidup; kalaulah mereka mengetahui ( hakikat ini tentulah mereka

tidak akan melupakan hari akhirat )”

Surah Al-Ankabuut ( Ayat 64 )

Oleh itu,manusia harus menyedari dan insaf bahawa dunia dan segala kenikmatan

isinya hanyalah bersifat sementara kerana sesungguhnya akhirat jualah yang kekal.

Apabila dunia dikejar, sudah pastilah dunia yang yang diperolehi tetapi apabila kedua-

duanya diambil dengan melaksanakan segala tuntutan agama dengan ikhlas, nescaya

selamatlah hidup mereka dunia dan akhirat.

IMAM KHATIB LAGIKAN BERDOSA,


BERTAMBAH PULA KITA YANG JAHIL.

Falsafah yang terkandung disebalik makna pantun diatas ialah iman dan amalan.

Rasulullah SAW bersadda:


”Iman itu tidak berpakaian, pakaiannya adalah taqwa, perhiasannya malu dan buahnya

adalah ilmu”

Kita sebagai orang Islam seharusnya tidak merasa jemu dalam menuntut ilmu

khususnya ilmu yang berkaitan dengan agama.Ilmu agama ini penting untuk dipelajari

supaya kita tidak akan menjadi orang yang jahil dan rugi di dunia dan di akhirat.Ilmu

yang dipelajari perlulah dipraktik dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Bak kata pepatah Melayu ada mengatakan ”Ilmu itu pelita hidup” .Ini

menggambarkan bahawa ilmu itu sangat penting dalam menjalani kehidupan di dunia

yang penuh cabaran dan sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Ilmu akan

menerangi dan memudahkan jalan yang akan kita tempuhi. Kita juga sering mendengar

orang mengatakan bahawa ilmu itu perlu dituntut walaupun sampai ke negeri China.

Pantun diatas mengambil nama Imam Khatib sebagai simbol orang yang arif dan

mengetahui tentang ilmu agama tetapi masih tidak terlepas dari segala dosa,apatah lagi

kita sebagai manusia biasa yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.

MENANGIS MAYAT DIPINTU KUBUR,


TERINGAT BADAN TIDAK SEMBAHYANG.

Sebagai orang Islam yang benar-benar mengakui diri sebagai Islam, kita tidak

terlepas dari menunaikan segala tuntutan yang telah disyariatkan oleh agama. Antara

tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh umat Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang

terkandung dalam Rukun Islam yang lima adalah sembahyang lima waktu sehari

semalam. Sembahyang adalah tiang agama dan sesiapa yang tidak melaksanakannya, ia

dianggap telah meruntuhkan agamanya sendiri tanpa disedari.


Sembahyang merupakan soalan pertama yang akan disoal oleh Allah SWT

.Orang Islam yang tidak sembahyang tidak akan terlepas daripada menerima azab siksaan

yang amat pedih dari Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda:

”Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah menjadi kafir secara

terang-terangan.”

Dapat dijelaskan disini bahawasanya sembahyang merupakan amalan wajib yang mesti

diamalkan dan dilakukan oleh setiap orang Islam.

KESIMPULAN

Dapat dirumuskan disini, kita sebagai hamba Allah SWT yang kerdil lagi hina

wajib menimba sebanyak mungkin ilmu terutamanya ilmu agama. Ini supaya kita tidak

tergolong dari salah seorang manusia yang rugi samada rugI di dunia mahupun rugi di

akhirat.
BIBLIOGRAFI:

Jamaludin Abdul Rahman, As Sayuti.1992 Fadhilat dan Kafiyyat:Himpunan Amal Soleh

Mohd Yusof Md.Nor, Dr.Abdul Rahman Kaeh. 1985 Puisi Melayu Tradisi

Harun Mat Piah, editor oleh Harun Mat Piah. 2001 Pantun Melayu:Bingkisan Permata

Zulkafli Baharuddin. 2008 Milenia Muslim

Zainal Abidin Borhan. Pantun Dondang Sayang Melaka: Olahan Cinta Kasih Melayu

You might also like