You are on page 1of 6

NAMA : NOR AFFAF BINTI IBRAHIM

NO.MATRIK : JEA080068

TAJUK : MITOS KEPERWIRAAN MELALUI “HIKAYAT HANG TUAH”.

Pengenalan.

Dalam Hikayat Hang Tuah pengarang cuba memaparkan ciri-ciri keperwiraan yang

terdapat pada watak Hang Tuah melalui episod-episod yang dilalui oleh beliau dan rakan

seperjuangannya seperti Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan juga Hang Kasturi.

Mitos keperwiraan boleh didapati dari peristiwa mimipi bapa Hang Tuah sebelum beliau

dilahirkan sehinggalah ke peringkat zaman kejatuhan Melaka di mana pada waktu Hang

Tuah sudah uzur. Hal ini menunjukkan mitos tidak pernah lari dari genre karya klasik

masyarakat Melayu tradisional.

Sebelum saya menjurus kepada mitos keperwiraan ini, saya ingin menjelaskan apa itu

yang dimaksudkan dengan mitos.Istilah mitos diambil dari istilah Yunani muthos iaitu

bererti cerita,apa jua cerita sebagaimana yang ditakrifkan oleh para antopologis; iaiitu

mitos sebagai kisah yang terkandung didalamnya sesuatu kualiti, kerana sifattnya

extaliterary oleh adanya unsur fantastik yang menghasilkan pemikiran berterusan

tentangnya.Keperwiraan pula menurut kamus dewan bahasa adalah...............................

Mitos keperwiraan yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah yang cuba dikeluarkan oleh

pengarang adalah bertujuan untuk mengemukakan ciri-ciri kepahlawanan Melayu

semata-mata.Mitos keperwiraan terus hidup dalam masyarakat Melayu sehingga kini

melalui citra tentang Hang Tuah dan Hang Jebat yang muncul dalam sebuah teks pada
masa kini.Hal ini dikuatkan lagi dengan wujudnya kapal yang dinamakan sempena nama

pahlawan tersebut dan ada juga segelintir masyarakat yanng masih mengggunakan nama

Tuah untuk anak mereka.Ia bertujuan untuk menghidupkan semangat perwiraan mereka

sebagai masyarakat Melayu.

Kesusasteraan Melayu menjadi tambah kaya dengan adanya ’Hikayat Hang Tuah’.Lebih

penting lagi ialah kewujudan dua watak pahlawan iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat yang

dihidupkan melalui karya tersebut dan sekali gus menjadikan mereka sebagai lambang

perwira bangsa.Hal ini telah menyebabkan perwatakan mereka akhirnnya terangkat

sebagai mitos iaitu dari sudut keperwiraan mereka.Namun begitu wujud hanya sebagai

mitos, begitu pula daya kuasa mitos sebagai pengiktiraf nilai bangsa Melayu.

Sudah tentu terdapat sesuatu yang menarik dan memikat dalam mitos berkenaan

keperwiraan Tuah dan Jebat dalam hikayat ini sehingga mereka terus menerus menjadi

sumber nilai bangsa Melayu.Selain itu, mereka terus hidup dalam polimik bangsa setiap

kali soal keperwiraan bangsa menjadi persoalan.Namun begitu nilai mitos keperwiraan

mereka dipersoalkan oleh pengarang-pengarang baru tetapi kuasa mitos tersebut juga

yang dijadikan senjata oleh tokoh-tokoh politik dan para ilmuan tempatan.

Kuasa mitos keperwiraan Tuah dan Jebat turut memikat pengarang secara terus menerus

melalui karya-karya drama Melayu menggubah-olah persoalan keperwiraan Tuah dan

Jebat. Antaranya:
• ”Hang Tuah Membuat Jasa” oleh Izhab Alang Ismail

• ”Hnag Tuah Pahlawan Melayu” oleh Alwi Sheikh Alhady

• ”Laksamana Melaka di Inderapura” oleh Izhab Alang Ismail

• ”Tuah Dalam Sejarah” oleh Hamidy Anwar

• ”Hang Jebat Menderhaka” oleh Ali Aziz

• ”Jebat” oleh Hatta Azad Khan.

Watak Tuah menerima satu pencitraan yang lebih nyata sebagai wira dalam zaman

hikayat itu berkembang. Dalam ”Hikayat Hang Tuah” jelas menggambarkan watak Tuah

dan Jebat sebagai pahlawan yang wujud pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

”........Tuah tiada mahu menderhaka.Daulat Tuanku,patik persembahkan nyawa patik,


patik tiada bertuankan lain.”
( Hikayat Hnag Tuah,1968: 289)

Ucapan Tuah itu penting menunjukkan sikap perwira yang mengakuri zamannya sekali

gus mengakui kebolehannya sebagai perrwira yang tiada tolok banding ketaatsetiaannya.

Hal ini membuuktikan tindakan Tuah menyerahkan nyawanya kepada Sultan adalah atas

kehendaknya sendiri kerana terlalu hormat dan menyanjung tinggi institusi kesultanan

itu.

Konsep keperwiraan yang diteraskan melalui Hikayyat Hang Tuah adalah sebagai wira

negara, hanya itulah tindakan yang boleh diambil dalam konteks susunansistem

pemerintahan yang mana tertakluk ia dibawahnya.Keperwiraan Tuah daalam hikayatt ini

itu kemudianlah yang menjadi unsur yang memikat daya citra pengarang.Namun begitu

semakin banyak karya yang mengemukakan kisah Tuah Jebat itu, semakin berubah pula

persepsi mitos keperwiraan mereka sehingga terhasilnya karya-karya yang terkemudian


yang mengalih tentang siapa wira?Hal ini terbukti dalamkarya drama seperti ” Matinya

Seorang Pahlawan” yang jelas meletakkan Jebat sebagai wira yang sebenarnya.

Pengubah-olahan tentang siapa sebenarnya wira sama ada Tuah atau Jebat hanyalah

berfungsi bagi meneruskan mitos keperwiraan mereka itu.Namun fungsinya tetap sama

walaupun tafsirannya sudah berbeza.Dalam hal demikian, masyarakat Melayu beruntung

kerana mempunyai mitos seperti Tuah dan Jebat itu, dan lebih beruntung lagi kerana

kebangkitan mereka sebagai mitos terungkap dalam dua kemungkinan pemeranan

keperwiraan. Hal ini menyebabkan dua wajah wira yang dicitrakan dalam ”Hikayat Hang

Tuah” itu akhirnya memungkinkan masyarakat masa kini mencari pengertian yang

tersendiri.

Mitos keperwiraan tentang Tuah dan Jebat melalui banyak proses pencitraannya hingga

berlaku pengubah-olah yang menarik kerana bermula dengan ”Hikayat Hang Tuah” yang

memulakan mitos keperwiraan Tuah dan Jebat, dan berakhir dengan karya-karya drama

9160-an dan 1970-anyang terus mencitrakan mitos keperwiraan mereka.

Hal ini terbukti apabila pengarang sebagai pemikir masyarakat sentiasa menghidupkan

watak Tuah dan Jebat kerana hakikat pengorbanan seseorang dengan perjuangan

seseorang dalam menghadapi kuasa pemerintahan yang terbuka. Selain itu, ia turut

menjadi bukti bahawa orang Melayu memnag sentiasa berfikir dengan pertimbangan dua

hala.
Dalam karya ”Hikayat Hang Tuah”, jelas memperlihatkan pemikiran pengarangnya yang

bernaung di bawah kuasa mutlak sistem kesultanan Melayu Melaka. Namun hal ini

sebaliknya berlaku dalam karya dan drama citra pengarang kurun ke-20 yang

mengungkapkan sikap dan pemikiran kearah keutamaan kepada undividu. Hal ini

menunjukkan berlaku trasformasi gaya penulisan pengarang pada masa dahulu dengan

pengarang masa kini.

Walaubagaimanapun, hal ini adalah mitos masyarakat Melayu yang terlalu taksub dengan

konsep keperwiraan pahlawan mereka. Namun begitu, ada benarnya tentang konsep

keperwiraan dalam citra Tuah dan Jebat pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

Walaupun begitu, mitos keperwiraan penting dalam menjana pemikiran generasi pada

masa kini dan generasi yang akan datang agar terus mempertahankan serta

memartabatkan negara dan bangsa Melayu.


RUJUKAN

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu [A. Samad Ahmad]

Kosmologi Melayu [Yaacob Harun]

You might also like