You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK : PAK PANDIR SAKTI

NAMA : NOR FAHIMAH BINTI ISMAIL

NO. MATRIK : JEA 080071

SESI : SEM 1,2008/2009

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


SINOPSIS CERITA PAK PANDIR SAKTI

Mengisahkan tentang kesaktian Pak Pandir dengan barang- barang yang diperolehinya

semasa melukah dan mengembara. Daripada melukah, Pak Pandir mendapat barang-

barang ajaib serta petua dari haiwan yang dia lepaskan semula apabila diminta oleh

haiwan tersebut. Antaranya duri landak, Raja Tenggiling memberi petua menyeru

namanya 3 kali sekiranya di dalam kesusahan, dan cincin dari ular yang boleh meminta

apa sahaja yang dikehendaki.

Dengan barang dan petua yang dia dapati,Pak Pandir keluar pergi merantau

mengikut kehendaknya meninggalkan isterinya di rumah. Semasa merantau,dia mendapat

lagi barang-barang ajaib seperti tali, parang puting,kijang dan kacip yang mendengar

arahan tuannya iaitu Pak Pandir.Setelah penat berjalan,Pak Pandir tumpang tinggal di

rumah Nenek Kebayan Bunga.

Berhampiran dengan rumah nenek kebayan,terdapat sebuah negeri naungan Raja

Shah Alam yang ditakluki oleh Raja Naga Laut yang amat jahat.Hal ini kerana naga itu

inginkan anak dara sebagai habuannya.Setelah habis semua anak dara di negeri itu,tibalah

giliran puteri Raja Shah Alam untuk dijadikan habuan naga itu.Oleh kerana baginda amat

menyanyangi puterinya,disuruh hulubalang menyebarkan berita,sekiranya ada dalam

kalangan rakyat dapat membunuh naga tersebut akan dapat mengahwini puterinya.

Dengan menggunakan barang sakti yang ada, Pak Pandir dapat mengalahkan naga

tersebut dan puteri telah terselamat daripada menjadi mangsa naga tersebut. Namun

begitu, konflik berlaku ketika untuk mengahwinkan puteri.Hal ini kerana hulubalang

yang berpura-pura telah mengalahkan naga tersebut. Akhirnya, hal yang sebenar

diketahui raja lalu dikahwinkan puterinya dengan Pak Pandir.

2
Daripada cerita Pak Pandir Sakti ini,telah saya temui beberapa falsafah yang terkandung

dalam cerita ini dan saya hanya mengambil sebahagian sahaja cerita tersebut diantara

halaman 7 hingga 13 untuk disingkap falsafah-falsafah tersebut.

Falsafah yang pertama saya temui didalam cerita ini ialah tentang menghormati

tetamu. Menghormati tetamu ini merupakan salah satu adat yang amat penting kepada

masyarakat Melayu dalam memuliakan kedatangan tetamu ke rumah. Di sini, tetamu

akan dilayan sebaik-baiknya oleh tuan rumah. Di dalam cerita ini, dapat dilihat Pak

Pandir singgah sebentar di rumah tuan ladang untuk minum air tetapi tuan rumah tersebut

bukan sahaja memberikan air minuman malah memberikan sekali makanan kepada Pak

Pandir. Hal ini dapat dilihat daripada petikan di bawah

“…Tidak berapa lama berjalan maka sampailah ia kesebuah ladang yang sangat
luas. Ditepi ladang itu didapati ada sebuah rumah. Dengan tidak berlengah lagi ia pun
berjalan menuju kerumah itu. Apabila sampai dihalaman tangga rumah itu maka Pak
Pandir pun memanggil, “Oh chik orang dirumah, aku hendak menumpang minum air.”
Maka jawab tuan rumah itu, “Naiklah.”
Pak Pandir pun naik dan duduk diserambi rumah itu lalu ia pun dijamu oleh tuan
rumah itu makan nasi…”
( m/s 7-8 )

Falsafah berikutnya ialah berkaitan meminta izin atau beradab dalam meminta

sesuatu. Dalam cerita ini, Pak Pandir kerap meminta izin dahulu sebelum ingin

melakukan sesuatu atau meminta sesuatu benda. Hal ini dapat menunjukkan sikap

seseorang itu baik pekertinya dan beradab. Petikan berikut menunjukkan sikap Pak

Pandir yang meminta izin untuk turut ingin memakan sirih bersama-sama.

“…Tidak berapa lamanya berjalan itu maka sampailah ia kesebuah dusun pinang.
Didalam dusun itu ada sebuah rumah. Pada masa itu tuan rumah itu sedang duduk
diserambinya. Apabila terpandang kepada orang itu, Pak Pandir pun bertanya, “Wahai
tuan, bolehkah hamba menumpang makan sirih.”
Maka sahut orang itu, “Apa pula salahnya. Naiklah kepondok hamba ini.” …”
( m/s 9 )

3
Daripada petikan tersebut, Pak Pandir menunjukkan sifat yang ada dalam

masyarakat melayu yang amat menitikberatkan soal mendapatkan keizinan terlebih

dahulu sebelum mendapatkan sesuatu yang dihajati kepunyaan individu lain. Hal ini bagi

mengelakkan daripada tuan punya barang tersebut memberi tanggapan yang buruk

terhadap individu yang ingin meminta barang yang diingini daripadanya.

Seterusnya, didalam cerita Pak Pandir Sakti ini juga turut terkandung tentang

perlunya mendengar arahan atau perintah dari orang atasan. Hal ini menunjukkan taat

setia dalam menjalankan tugas atau amanah yang diberikan oleh tuan dengan baik. Di

sini, saya telah mengambil keratan petikan yang menunjukkan dengarnya barang yang

dimiliki oleh tuan rumah iaitu kacip kepada arahan tuan yang menyuruhnya mengambil

pinang di pokok.

“…Apabila pak Pandir duduk, tuan rumah itupun menghulurkan puan kepada Pak
Pandir. Setelah sirih dikapurnya, didapatinya puan itu tiada berpinang lalu ia pun
memberitahu tuan rumah itu.
Setelah diketahuinya puan itu tidak berpinang maka tuan rumah itupun I
mengambil kachip seraya berkata, “Hai kachip pergi engkau ambil buah pinang.”
Dengan tidak berlengah lagi kachip itupun turun ketanah dan menuju kesebatang
pinang yang sedang berbuah masak. Apabila sampai dibatang pinang itu, kachip pun
memanjat dan mengachip tiga biji buah pinang masak. Setelah selesai berbuat demikian,
kachip itupun turunlah semula dan membawa tiga biji pinang tadi masuk kedalam
puan…”
( m/s 9 )

Petikan tersebut dapat memberikan gambaran bahawa kacip tersebut tidak

membantah arahan tuannya malah dengan cepat melakukan arahan tersebut. Walaupun

tuannya tidak mengarahkan mengambil pinang dari pokok mana,kacip tersebut mampu

4
mencari pokok pinang yang telah ada buah pinang yang sudah masak lalu meletakkannya

didalam puan.

Setiap individu di dunia ini perlu adanya sikap ingin mengetahui dan ingin

mendalami sesuatu ilmu yang baru diperolahi atau yang baru ditemui. Hal ini penting

dalam meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam diri seseorang itu. Seseorang hanya

akan dipandang berdasarkan pada banyaknya ilmu yang ada pada dirinya. Justeru dalam

ingin menuntut ilmu tidak perlu berasa malu untuk bertanya atau meminta ilmu itu.

Perkara ini ditunjukkan oleh Pak Pandir yang ingin mengetahui mengapa kijang tersebut

berakkan benda berwarna kuning iaitu emas yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Oleh kerana jangkal dan adanya sifat ingin tahu dalam dirinya yang mendalam tentang

perkara tersebut, dia meminta menukar kijang tersebut dengan cincin saktinya daripada

tuan punya kijang tersebut.

“…dilihat oleh Pak Pandir kijang itu melompat kekiri dan melompat kekanan
mengikut sahaja apa kehendak penonggangnya. Apabila puas menonggang kijang itu
maka laki2 itu turun dan mengogah-ngogah pangkal ekor kijang itu, tatkala itu keluarlah
beberapa banyak mas sebesar buah chenerai daripada ekor kijang itu.
Akan Pak Pandir, tersangatlah hairannya ia melihatkan kijang itu berakkan
benda2 yang kekuning-kuningan, akan tetapi oleh kerana ia tiada kenalkan mas maka ia
pun berfikir, “ Mengapa pula kijang ini berakkan benda kuning macham itu. Aku tak
pernah jumpa. Kalau begitu baik aku minta tukar.”
( m/s 11 )

Selain itu, daripada petikan di atas juga dapat dilihat akan kebodohan Pak Pandir.

Hal ini kerana Pak Pandir tidak dapat mengenali akan najis kijang dengan emas. Dengan

sifat kebodohannya itu, dia meminta menukarkan kijang tersebut dari tuan kijang itu

dengan cincin yang boleh meminta apa sahaja dikehendaki yang dia ada.

5
Akhir sekali dapat saya temui daripada cerita ini ialah tentang patuhnya pada janji

dan tanggungjawab menjaga rakyat negeri. Hal ini ditunjukkan apabila Raja Shah Alam

menghantar seorang anak dara sebagai habuan kepada Raja Naga Laut bagi mengelakkan

Raja Naga Laut itu naik ke darat membinasakan negeri dan mencederakan rakyat jelata.

Daripada tindakan yang dilakukan oleh Raja Shah Alam menunjukkan yang baginda

amat menjaga keselamatan dan kebajikan rakyatnya. Tindakan baginda itu menunjukkan

tentang sifat yang harus ada dalam diri seseorang pemimpin negeri mahupun negara.

Petikan dibawah menunjukkan gambaran tentang Raja Shah Alam yang mematuhi janji

dan sifat pentingkan kebajikan rakyatnya dalam mentadbir jajahan takluknya.

“…Pada masa itu negeri itu sedang ditakluki oleh Raja Naga Laut. Sungguhpun
negeri itu ada mempunyai beberapa ramai hulubalang dan bala tentera akan tetapi tiada
seorang pun yang berani hendak membunuh naga kepala tujuh itu. Pada tiap2 bulan
purnama Raja Shah Alam terpaksa menghantarkan seorang dara yang rumaja puteri
ketepi laut dekat tempat naga itu betapa untuk dijadikan makanannya. Jikalau tiada
berbuat demikian, neschaya naga itu akan naik kedarat dan membinasakan hamba rakyat
sekalian…”
( m/s 13 )

Daripada petikan di atas, dapat disimpulkan bahawa pentingnya dalam menepati

janji dalam kehidupan seharian . Sekiranya tidak menepati janji akan dapatlah balasannya

kepada individu tersebut. Selain itu juga, sikap menjaga kebajikan terhadap anak buah

juga penting oleh pemimpin.

Kesimpulannya, falsafah-falsafah yang terkandung di dalam cerita ini mempunyai

mesej yang tersendiri dan harus dijadikan tauladan di dalam kehidupan seharian kita.

Dalam menjalani kehidupan di dalam arus permodenan, tidak harus kita berputus asa dan

jangan segan dalam menuntut ilmu walaupun dikutuk. Sesungguhnya, manusia dijadikan

untuk terus mencari ilmu dan mengamalkan segala nilai-nilai murni di dalam kehidupan

seharian.

6
BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu . Kuala Lumpur : Akademi
Pengajian Melayu

Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu . Kuala
Lumpur : Akademi Pengajian Melayu

Lok Chong Hoe. 1997. Falsafah Barat klasik Plato dan Aristotle : Universiti sains
Malaysia

Zakaria Hitam. 1972. Pak Pandir Sakti : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like