Bebuah lebat pohan mempelam,Rasanya manis dimakan sedap,Bersebarlah adat seluruh alam,Adat pusaka berpedoman kitab.Pantun ini dapat digambarkan sebagai sebuah negara yang menjadi tunjang dalammelahirkan masyarakat atau satu komuniti yang hidup aman dan sentosa, yang salingmelengkapi, bersatu padu dan saling berkerjasama sehingga menjadi satu negara yangutuh dari segi teknologi, ilmu pengetahuan dan sebagainya yang sentiasa berkembang.Sehingga menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa bergembira dan bahagiakerana rakyatnya yang baik hati dan senantiasa sabar dalam mengharungi liku-likukehidupan yang penuh ranjau. Masyarakat Melayu juga ingin adat mereka tersebar luassehingga seluruh alam, kerana mereka sanggat berbangga dengan adat-adat pepatih yangmereka ada dan ingin semua manusia di seluruh pelusuk dunia mengetahui tentangkewujudan adat-adat Melayu yang mengagumkan.Setiap adat yang diamalkan mesti ada tujuan yang tertentu dan juga ada pantanglarangnya. Namun apa adat sekalipun yang masih diamalkan, masyarakat Melayu tidak boleh lari dengan berpegang teguh pada ajaran dan tidak menuruti apa yang bolehmenyebabkan dosa dan terpesongnya akidah seseorang dengan melakukan sesuatuupacara atau adat istiadat dengan berpandukan kitab yang telah diturunkan oleh ALLAHkepada umatnya supaya niat yang baik dalam melakukan sesuatu upacara yang telahditurunkan oleh nenek moyang kita itu untuk mengeratkan lagi silaturahim antara semuamasyarakat diredhai oleh ALLAH, kerana semua manusia akan kembali kepada Nya.