PENGENALANCerita binatang amat popular dalam masyarakat kita. Cerita ini menggunakan binatangsebagai pelaku atau watak dalam cerita. Watak ini diberi sifat manusia, bercakap, berfikir, bertindak, dan melakukan sesuatu seperti manusia baisa. Dengan adanya sifat-sifatsedemikian, watak-watak berkenaan berperanan menjadi watak yang cerdik, bijak, sombongatau mudah tertipu. Kadang-kala diselitkan juga watak manusia yang sebenarnay tetapi bukanlah berperanan sebagai watak utama. Dengan kata lain, watak ini hanya hadir padanamanya sahaja.Cerita-cerita binatang sarat dengan unsur moral disamping menjadi hiburan yang berkesan untuk golongan kanak-kanak. Cerita-cerita jenis ini wujud di mana-mana sahaja didunia ini, Cuma yang membezakan adalah watak-watak binatang yang menjadi tokoh dalamcerita binatang berkenaan. Dalam masyarakat Melayu binatang yang menjadi watak utamaialah Sang Kancil atau Pelanduk.Selain itu, cerita binatang ini juga dapat dikaitkan asal usul kejadian binatang dankejadian sifat-sifat tertentu. Contohnya, bagaimana bulu gagak menjadi hitam, mengapahidung anjing sentiasa basah, mengapa kucing menimbus tahinya, mengapa ular sawa tiada bisa, mengapa ayam tidak memakai kasut, dan sebagainya. Cerita-cerita binatang seperti inidisebut juga cerita asal usul binatang. Sebenarnya cerita binatang dapat dibahagikan kepadatiga bahagian iaitu, asal usul binatang, epik binatang, dan fabel.FUNGSI CERITA BINATANGPenciptaan cerita-cerita binatang oleh masyarakat silam mempunyai pelbagai fungsi.Antara fungsi cerita binatang ialah, sebagai suatu bentuk hiburan, sebagai alat pengajaran dandidikan moral. Selain itu, fungsinya ialah sebagai alat kritikan sosial dan sindiran sertasebagai alat untuk memenuhi tuntutan logik pemiki