You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH ARISTOTLE

NAMA : NURULAINI MOHAMMAD HATAR

NO MATRIK : JEA 080110

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

SESI : SEMESTER 1, SESI 2008/2009

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN

1
Tokoh falsafah yang ingin di kupas ialah Aristotle. Aristotle merupakan tokoh umum

tetapi tetap menjadi tumpuan pengkaji falsafah. Aristotle berasal dari keluarga yang

kaya. Beliau di katakan mempunyai sifat luaran iaitu berambut pendak yang di potong

mengikut arus fesyen dan mempunyai kaki yang panjang. Beliau juga agak gemar

bersolek dan memakai cincin di jari.

Aristotle merupakan seorang guru yang memperjuangkan ilmu falsafah tetapi

bukanlah seorang tokoh politik barat yang memperjuangkan ilmu falsafah seperti tokoh

barat yang terkenal iaitu Socrates. Beliau menghidap penyakit lelah. Beliau juga

dikatakan pemidato yang baik, syarahan-syarahan yang disampaikan beliau jelas, kata-

kata yang digunakan amat bernas dan membidas kata-kata yang tajam.

Aristotle dikatakan mempunyai musuh yang ramai maka dapat digambarkan

bahawa beliau seorang yang sombong dan suka mengarah. Tetapi dalam karya-karya

falsafah beliau tidak terdapat unsur sentimental malahan beliau amat menghargai

persahabatan, kemampuan diri sendiri, menyedari hakikat kedudukan diri sendiri di

dalam sebuah tradisi yang mulia dan amat berbangga dengan pencapaiannya.

Disepanjang kehidupan Aristotle, beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk

mengetahui secara mendalam tentang kehidupan. Kebanyakan karya Aristotle

membuktikan beliau menumpukan seluruh tumpuannya untuk memajukan penemuan

hakikat kebenaran dan pertambahan manusia yang mempercayai tentang kebenaran

sesuatu falsafah.

2
Aristotle pernah menulis dalam karya terawalnya, Exhortation to Philosophy

bahawa ‘mencari kebijaksanaan suatu kepuasan, semua orang berasa senang dengan

falsafah dan ingin menghabiskan masa dengannya (falsafah) dan meninggalkan semua

yang lain.’ Beliau mengajak manusia untuk menjalani kehidupan seperti mana yang kita

sendiri mahu. Kita tidak boleh menjalani kehidupan atas kehendak orang lain.

Kebahagiaan dalam sebuah kehidupan amat penting. Hal ini kerana dengan

kehidupan yang bahagia akan mewujudkan jiwa yang tenteram. Hal inilah yang di

maksudkan oleh Aristotle. Jika kita hidup mengikut kehendak orang lain nescaya hati

kita dan jiwa kita akan memberontak mahukan kebebasan. Manusia yang tidak bebas

dalam kehidupan akan mudah mengalami kemurungan.

Manusia yang mengalami kemurungan akan sentiasa beranggapan dunia ini tidak

menyeronokkan. Sedangkan dunia ini penuh dengan warna-warni keceriaan. Aristotle

tidak beranggapan dunia ini sesuatu yang membosankan kerana beliau mengkaji dunia

ini. Beliau yakin bahawa dunia ini sesuatu yang menyeronokkan kerana di dalam dunia

ini terkandung 1001 rahsia yang belum kita ketahui. Oleh itu, Aristotle banyak mengkaji

dunia ini untuk menyingkap 1001 rahsia yang terkandung.

Oleh itu lahirlah resipi kebahagiaan yang Aristotle wujudkan. Resipi beliau amat

mudah kerana jika mengikut resepi beliau segala yang di fikirkan oleh manusia yang

mengikut kehendak diri sendiri akan mencapai kebahagiaan. Hal ini disebabkan manusia

melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan keikhlasan diri sendiri dan tiada paksaan. Maka

pekerjaan itu dilakukan dengan mudah dan perasaan yang mengembirakan. Pekerjaan

yang susah juga akan menjadi senang.

3
Sesungguhnya, Aristotle amat bijak dalam mengkaji ilmu pengetahuan.

Kebanyakkan ilmu falsafahnya mengenai kehidupan seharian manusia. Ilmu falsafah

yang Aristotle kemukakan diikuti oleh anak muridnya. Aristotle turut menyampaikan

ilmu falsafahnya kepada masyarakat lain tidak seperti ahli falsafah yang lebih terdahulu

sepertinya yang hanya mengkaji ilmu falsafah tetapi tidak menyampaikan dan diikuti

oleh masyarakat pada masa itu.

Aristotle mengajar masyarakat setempatnya pada masa dahulu sama-sama berfikir

sepertinya. Oleh itu, beliau akan mengajar anak muridnya yang istemewa pada waktu

pagi manakala orang awam beliau akan mengajar pada waktu petang. Kaedah pengajaran

beliau banyak berbentuk penyelidikan. Hal ini disebabkan, Aristotle mahu masyarakat

setempatnya banyak berfikir dan menghargai kehidupan di dunia ini. Beliau mahu

masyarakat mengkaji segala ilmu pengetahuan dengan mendalam dan terperinci.

Mengetahui segala ilmu dalam pelbagai aspek dan mengambil kira pandangan orang lain

untuk mengkaji sesuatu bidang ilmu.

Falsafah yang dikemukakan oleh Aristotle iaitu kebahagiaan amat disenangi oleh

masyarakat. Hal ini disebabkan Aristotle mengemukakan prinsip yang mudah. Aristotle

menyeru supaya manusia mengikut kehendak diri sendiri di samping perlu patuh kepada

Tuhan. Memang lumrah manusia mempercayai kewujudan Tuhan. Mahu mengabdikan

diri kepadanya tetapi perlu seiring dengan kehidupan di dunia. Manusia tidak perlu

menumpukan hanya kepada akhirat sahaja.

4
Bentuk kajian Aristotle sangat jelas. Idea-idea yang dikemukakan oleh Aristotle

mengenai kehidupan tradisi dalam perkembangan ilmu pengetahuan amat jelas. Setiap

ilmu pengetahuan yang dikaji oleh beliau tidak hanya memandang satu sudut sahaja.

Beliau mengambil kira semua aspek dan semua pandangan orang lain. Beliau

menjelaskan bahawa kajian mengenai hakikat tentang kehidupan sukar dihuraikan jika

memandang hanya satu aspek. Oleh itu harus memandang kepada aspek lain.

Beliau menyatakan bahawa hakikat mengenai kehidupan ini tidak akan ada

masyarakat berasa puas hati jika mengkaji hanya satu aspek tanpa memandang aspek

lain. Manusia akan terus mencari sesuatu maklumat mengenai kehidupan ini sehingga

manusia itu berasa puas hati. Setiap kehidupan yang dilalui oleh manusia adalah berbeza.

Oleh itu, manusia akan memberi tafsiran mengenai kehidupan mereka yang berwarna-

warni itu.

Beliau menasihati anak muridnya yang turut sama mengkaji supaya

memerhatikan pendapat-pendapat yang benar dan juga pendapat yang palsu. Kemudian

dibezakan pendapat benar dan pendapat yang palsu. Memerhati dengan mata yang tajam

perbuatan yang dilakukan oleh manusia seharian. Setiap pemerhatian itu mempunyai

kebenaran. Maka keinginan dapat dipenuhi. Oleh itu, jika manusia mempercayai sesuatu

perkara dan perkara itu adalah sesuatu yang benar maka itulah tanda perkara yang

mungkin benar dan kurangnya kepalsuan di dalam hakikat kebenaran tersebut.

5
Kesimpulannya, kajian Aristotle amat mengagumkan. Kajiannya benar dan jelas.

Aristotle meningal dunia pada musim bunga tahun 322 S.M. Ketika itu beliau berusia 62

tahun dan berada di kemuncak kekuatan kajiannya. Setelah kematian beliau, sahabat dan

juga muridnya Theophrastus mengambil alih tugasnya dan Lyceum kekal sebagai pusat

pengajian Sains dan falsafah yang berjaya. Tetapi pada abad ketiga S.M sinar

Aristotelianisme menjadi pudar. Mazhab-mazhab pemikiran yang lain seperti Stoik,

Epicuruiah, Skeptik telah menguasai pentas falsafah dan sains berkembang berasingan

daripada falsafah dan menjadi lapangan pakar. Sungguhpun begitu Aristotle tidak pernah

dilupakan dan sentiasa dikenang segala usaha beliau dalam ilmu falsafah ini.

6
Bibliografi

Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergy Sdn Bhd

Hare, R.M. 1992. Plato. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu . Kuala Lumpur :
Akademi Pengajian Melayu

Jonathan Barnes.1991 Aristotle Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Lok Chong Hoe. 1997. Falsafah Barat Klasik Plato dan Aristotle .Pulau
Pinang:Universiti Sains Malaysia

http : // en.wikipedia.org/wiki/Aristotle

You might also like