Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
hikayat si suton

hikayat si suton

Ratings:

4.25

(8)
|Views: 432 |Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
hikayat si suton
RAHIMAH BINTI JUSOH
falsafah dan logika melayu
hikayat si suton
RAHIMAH BINTI JUSOH

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/29/2010

pdf

text

original

 
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYUJXEA 1104HIKAYAT :CERITA SI SUTON
 NAMA: RAHIMAH BINTI JUSOH NO. MATRIK: JEA 080112 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMADSEMESTER 1 SESI 2008 / 2009AKADEMI PENGAJIAN MELAYUUNIVERSITI MALAYA
 
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, halaman 457, keluaran Dewan Bahasa DanPustaka, Kuala Lumpur, 2002, hikayat bermksud cerita ( khasnya cerita-cerita lama ).Cerita-cerita lama dalam bentuk prosa contohnya hikayat Merong Mahawangsa.Manakala bagi riwayat atau sejarah pula seperti Iskandar Zulkarnain dansebagainya. Ia juga mengandungi sejarah hidup.Cerita Si Suton merupakan sebuah hikayat klasik yang telah dituturkan olehEncik Ismail b. Hassan daripada Kampung Nesam kurong Batang, Kangar, Perlisdan dirakamkan oleh Bahagian Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerita SiSuton mengisahkan tentang seorang raja yang bernama Si Suton yang telah berkahwin dengan permaisurinya Ikadon. Beliau juga telah memperisterikan seorang puteri dari kayangan iaitu Tuan Puteri Cempaka Biru yang merupakan puteri bongsu kepada Dewa Ratu Daha. Baginda Si Suton dan Tuan Puteri CempakaBiru sentiasa berhadapan dengan dugaan dan cabaran dalam melayari kehidupanmereka sebagai suami dan isteri.Walaupun sentiasa berhadapan dengan dugaan, namun kasih sayang mereka berdua tetap utuh. Baginda pernah berpisah dengan Puteri cempaka Biru, namunkerana kasih sayang yang mendalam terhadap Puteri Cempaka Biru, bagindasanggup mengikut Puteri Cempaka Biru ke kayangan dan menyelamatkan PuteriCempaka Biru dengan menewaskan Dewa Si-Tangkal Ali. Selepas berjayamengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, Si Suton akhirnya dikahwinkan sekalilagi dengan Puteri Cempaka Biru dan hidup bersama dengan bahagianya. Cerita SiSuton mempunyai persamaan dengan “ Hikayat Malim Demam” yang dituturkanoleh Pawang Ana.
2
 
Melalui kajian yang telah saya jalankan terhadap beberapa hikayat lama, saya telahmemilih Cerita Si Suton. Salah satu nilai falsafah yang terdapat dalam Cerita SiSuton ialah falsafah kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Nilai falsafahkasih sayang seorang suami terhadap isterinya ini ditunjukkan oleh Raja Si Sutonapabila baginda sedaya upaya ingin menunaikan keinginan isterinya iaituPermaisuri Ikadon yang mengidam untuk merasai daging rusa. Selepas mengetahuitentang keinginan permaisurinya itu, baginda terus bertitah kepada orang bawahannya iaitu Tok Pawang untuk segera mencari daging rusa.“ Pergi-lah tuan dengan segera. Kira-nya engkau ta’ mendapat kali ini, tentulah engkaumendapat sengsara. Beta berjanji jikalu ta’ dapat rusa itu dalam tujoh hari, beta akantaroh engkau di dalam jil. Lebeh baik-lah engkau segera pergi.”Melalui petikan tersebut jelas menonjolkan kasih sayang Si Suton terhadap permaisurinya Ikadon. Baginda mahu menunaikan keinginan permaisuri Ikadondengan secepat yang mungkin. Walaupun baginda sentiasa sibuk dalam memerintahnegeri, namun baginda tetap tidak mengabaikan isterinya. Baginda sentiasameluangkan masa untuk menemani isterinya. Baginda telah memberikan tempohselama tujuh hari kepada Tok Pawang untuk mencari rusa tersebut kerana inginmenunaikan keinginan permaisurinya dengan masa yang singkat. Ini membuktikan bahawa baginda amat menyayangi permaisurinya itu.
Kira-nya: sekiranya, ta’: tidak, tujoh: tujuh, taroh: menahan, jil: penjara @ bilik tahahan, lebeh: lebih
3

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
860510 liked this
emily71R liked this
Ary Priansyah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->