You are on page 1of 3

SMK Seri Ampang, Ipoh, Perak

Minit Mesyuarat AJK Kelab Guru dan Staf Sokongan


Kali Kedua-2009

Tarikh : 14 Mei 2009


Masa : 1.10 Petang
Tempat : Pusat Sumber
Kehadiran : Seperti lampiran
Agenda : 1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Sambutan Hari Guru
5. Persaraan Pn Ho Lee Choo
6. Hal-hal lain

1.0 Ucapan Pengerusi


Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Kelab Guru dan Staf
Sokongan yang hadir. Tuan Pengerusi memohon agar guru-guru dapat memberikan
cadangan untuk aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sempena sambutan Hari
Guru Peringkat Sekolah 2009.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


Pengerusi membaca dan membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2009. Pn
Norhaslinda bt Din mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Cik
Norhezan bt Che Teh .

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Pengerusi mencadangkan jamuan hari lahir dibuat pada setiap 3 bulan sekali.

4.0 Sambutan Hari Guru


4.1 Jamuan Hari Guru
Pn Norhaslinda mencadangkan supaya Kelab Guru mendapatkan sumbangan
daripada pihak kantin sekolah untuk Jamuan Hari Guru.

4.2 Hadiah Hari Guru


4.2.1 RM5 daripada duit kebajikan Kelab Guru akan digunakan untuk membeli
hadiah hari guru.
4.2.2 Pn Norhaslinda mencadangkan supaya satu aktiviti bertukar-tukar hadiah
diadakan antara guru-guru. Setiap guru perlu membeli hadiah masing-
masing dengan harga minimum RM10. Pertukaran hadiah akan dilakukan
semasa jamuan.

4.3 Persembahan
Cik Norhezan mencadangkan supaya guru-guru mencari pelajar-pelajar yang
ingin membuat persembahan sambutan Hari Guru.

5.0 Persaraan Pn Ho Lee Choo


5.1 Jamuan Persaraan
Jamuan persaraan Pn Ho Lee Choo akan diadakan pada waktu petang jam 4 petang.
Sambutan untuk sesi pagi turut diadakan tetapi hanya secara ringkas.

5.2 Hadiah Persaraan


5.2.1 Kelab Guru akan menyumbangkan RM70 bagi membeli hadiah untuk persaraan
Pn Hoo Lee Choo.
5.2.2 Pn Norhaslinda mencadangkan supaya setiap kelas memberikan sumbangan
hadiah bagi persaraan Pn Ho Lee Choo.

6.0 Hal-hal lain


6.1 Pn Norhaslinda mencadangkan supaya surat khabar lama bilik guru dikumpul dan
dijual untuk dikitar semula bagi menambah pendapatan Kelab Guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________________ ________________________________
(Nor Ashikin bt Sued) (En Abdullah b )
Pen SU Kelab Guru dan Staf Sokongan Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan

You might also like