You are on page 1of 30

Modul 1 : KESELAMATAN

DAN PENGELOLAAN
BENGKEL
Keselamatan bertujuan mengelakkan
kemalangan atau kecelakaan yang
mengakibatkan kecederaan atau kerugian.

Pengelolaan bengkel berkaitan


mengarah, mengawal, mengurus dan
menyelenggarakan kerja, peralatan,
mesin dan bahan bengkel.
Isi Kandungan :

• Unit 1 : Keselamatan Diri


• Unit 2 : Pengagihan dan Penyimpanan Bahan
• Unit 3 : Keselamatan dan Kelengkapan
• Unit 4 : Bahaya Elektrik
• Unit 5 : Bahaya Kebakaran
• Unit 6 : Pertolongan Cemas
• Unit 7 : Pengelolaan Bengkel
Unit 1 : Keselamatan Diri
1. Tingkah Laku di Tempat Kerja
a) Peraturan am
 Mesin dan peralatan selamat digunakan
 Kemahiran mengendalikan mesin dan peralatan
 Kebenaran menjalankan kerja

b) Keselamatan Diri Dan Tempat Kerja


 Mematuhi peraturan berpakaian
 Kaedah yang betul mengendalikan mesin dan
peralatan
 Tujuan yang betul bukan bermain-main
 Susun atur yang baik dan bersih
 Pencahayaan dan pengudaraan yang baik
2. Pakaian dan Alat Perlindungan
di Tempat Kerja

a) Pakaian am
 Pakaian yang sesuai
 Rambut pendek dan kemas ( lelaki )
 Rambut di ikat, jika bertudung disisip ke dalam baju (perempuan)
 Penggunaan barang perhiasan adalah dilarang

b) Pakaian Perlindungan
 Pakaian keselamatan kerja mengimpal (pakaian kulit )
 Kasut keselamatan ciri perlindungan khas
 Sarung tangan sesuai untuk kerja mengimpal dan memotong

c) Peralatan perlindungan
 Alat pelindung mata (gogel )
 Pelindung muka kerja kimpalan.
CONTOH PAKAIAN & ALAT
PERLINDUNGAN

PELINDUNG MUKA GOGAL SARUNG


KIMPALAN ARKA KIMPALAN GAS TANGAN KULIT

APRON
KASUT GOGAL KERJA
KESELAMATAN MEMESIN
Unit 2 : Pengalihan dan
Penyimpanan Bahan
 Kaedah mengalih dan menyimpan bahan
a) Bahan Mudah Terbakar
 Cecair bahan api pada bekas bertutup di stor khas dan dijauhkan dari punca api.
 Selinder gas di letak di tempat khas
 Pengalihan menggunakan troli dengan bekas bertutup
 Di label tanda amaran

b) Bahan Berat dan Panjang


 Rak kukuh, kuat dan tidak terlalu tinggi.
 Pengalihan menggunakan jek atau troli.
 Bahan panjang di alih dengan bantuan rakan.

c) Bahan Toksid
 Di asing dari bahan mudah terbakar
 Di label “BAHAN TOKSID”
 Pengalihan menggunakan troli
Unit 3 : Keselamatan Alat dan
Kelengkapan
1. Langkah Keselamatan semasa
menggunakan Alat dan Kelengkapan
 Dapatkan kebenaran dan tunjuk ajar guru
 Bahagian yang berputar dilengkapi pelindung
keselamatan
 Peralatan berkeadaan baik dan selamat
 Pendawaian elektrik dalam keadaan sempurna.
 Laporkan sebarang kerosakan.
2. Kecelakaan yang mungkin berlaku
sekiranya Langkah Keselamatan tidak
di patuhi.
 Kecederaan anggota badan
 Renjatan elektrik akibat pendawaian tidak sempurna
 Sarung tangan tersangkut pada bahagian yang
berputar
 Puting kikir menusuk badan dan tangan.
 Renjatan elektrik akibat tangan dan persekitaran
basah.
Unit 4 : Bahaya Elektrik
1. Pendawaian Pembumian dan Alat Perlindungan
a) Pendawaian pembumian
 Penyambungan pendawaian elektrik ke bumi untuk alat elektrik.
 Bertujuan mengalirkan kebocoran arus daripada alat elektrik.
 Mengelakkan renjatan elektrik

b) Penebat
 Pelindung untuk mengawal kebocoran pengaliran arus elektrik

c) Alat Perlindungan
 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi
( ELCB – Earth Leakage Circuit Breaker )
 Berfungsi memutuskan aliran elektrik jika berlaku kebocoran atau
pengaliran tenaga elektrik secara berlebihan.
2. Elektrik Sebagai Salah Satu
Punca Kebakaran
 Litar pintas akibat sistem penebatan kabel yang rosak.
 Penggunaan punca tenaga elektrik secara berlebihan
kerana penyambungan yang tidak sesuai.
 Tenaga elektrik digunakan pada keadaan beban lebih
dan tidak terkawal.
 Sambungan litar yang longgar pada peranti.
Renjatan Elektrik
 penebat pecah, sambungan rosak dan tiada
pembumian.
 pendawaian elektrik yang salah semasa pengubahsuaian
PUNCA
atau membaik pulih.
 persekitaran tempat bekerja basah
 renjatan serius yang boleh mengakibatkan kematian
 mangsa melecur
KESAN  mangsa pengsan
 boleh menyebabkan kebakaran
 tutup bekalan utama elektrik
 jangan sentuh mangsa sehingga bekalan elektrik
diputuskan.
TINDAKAN  alih mangsa ke tempat selamat
 berikan bantuan pernafasan sekiranya perlu
 dapatkan bantuan perubatan dengan segera
 hantar mangsa ke hospital
Unit 5 : Bahaya Kebakaran
1. Punca Kebakaran dan Cara Mengelakkannya

PUNCA CARA MENGELAKKAN


KEBAKARAN KEBAKARAN
Litar pintas Pemeriksaan pendawaian berkala oleh
pihak yang bertauliah
Kerosakan pada Membaik pulih sistem penebatan
sistem penebatan
kabel
Bahan Mudah Jauhkan bahan mudah terbakar dari bahan
Terbakar hampir api dan letakkan di tempat yang selamat.
dengan Bahan Api
Media Pemadam Api
 alat pemadam api, pasir dan air
Kelas alat pemadam api :
Kegunaan Kaedah
Jenis
( jenis kebakaran ) penggunaan
1. Cabut pin keselamatan
Kelas A : Kain, kayu, kertas, 2. Halakan muncung hos pada
perabot dan permukaan bahan yang
Katrij Air seumpamanya terbakar
3. Tekan pelocok / tuil

1. Cabut pin keselamatan


2. Halakan pancutan buih ke
permukaan menegak seperti
Kelas B : Cecair, petrol, cat dinding
alkohol, minyak dan 3. Buih yang keluar akan
Katrij Buih seumpamanya.
melimpah dan memenuhi
permukaan yang terbakar
Media Pemadam Api
 alat pemadam api, pasir dan air
Kelas alat pemadam api :
Kegunaan Kaedah
Jenis
( jenis kebakaran ) penggunaan
1. Cabut pin keselamatan
Kelas C : Peralatan elektrik, 2. Halakan muncung hos pada
Katrij gas dan wap keseluruhan permukaan
seluruh permukaan bahan yang terbakar
Karbon
bahan 3. Gas mampat keluar dari
Dioksida selinder melalui hos

1. Cabut pin keselamatan


Kelas D : Kalium, 2. Halakan muncung hos pada
magnesium, permukaan yang terbakar
Katrij natrium dan semua 3. Gas akan menolak debu
Serbuk jenis kebakaran kering keluar melaui muncung
Kering apabila pelocok ditekan
(Kelas A, B dan C)
Contoh Alat Pemadam Kebakaran
Contoh Cara Penggunaan
Alat Pemadam Api
Unit 6 : Pertolongan Cemas
 Peti Pertolongan Cemas
 Senarai peralatan dan ubat-ubatan dalam Peti Pertolongan Cemas
serta kegunaannya

Alat/Ubat Kegunaan
Mengampu tangan atau
1. Kain anduh lengan yang patah atau
terseliuh
Membalut luka atau anggota
2. Kain Pembalut Kasa
badan yang terseliuh
3. Salvon Ubat sapu untuk merawat luka
4. Larutan iodin Ubat cuci untuk merawat luka
5. Krim Antiseptik Merawat luka dan lecur
6. Burnol Merawat lecur
Mencuci luka serta menyapu
7. Kapas
ubat pada luka
Disapu pada anggota badan
8. Minyak Urut
yang terseliuh
 Pertolongan Cemas
Rawatan luka
 Sapukan ubat antiseptic pada bahagian luka.
 Lekatkan penampal luka.
 Sekiranya luka besar, balutkan dengan kain kasa.
 Jika darah keluar banyak, tambahkan balutan kain itu.
 Tinggikan bahagian anggota yang berdarah untuk
memperlahankan darah keluar sementara menunggu
rawatan selanjutnya.
 Pertolongan Cemas
Rawatan melecur
 Jangan sentuh pada tempat melecur
 Jangan letakan sebarang ubat jika keadaan
tempat yang melecur kelihatan teruk.
 Balutkan tempat melecur dengan kain
pembalut yang bersih sementara menunggu
bantuan perubatan.
 Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
 Pertolongan Cemas
Rawatan mangsa patah
 Anggota yang patah tidak boleh di gerakan
dan jangan sesekali bertindak kasar.
 Gantungkan anggota yang patah dengan
menggunakan kain anduh untuk mengampu
anggota tersebut. Lakukan dengan berhati-
hati.
 Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
 Pertolongan Cemas
Sesak nafas
 Longgarkan ikatan seperti tali leher dan tali
pinggang yang terdapat pada badan mangsa.
 Alihkan mangsa ke tempat yang lapang untuk
mendapatkan pengaliran udara yang lebih
baik.
 Tenangkan dan rehatkan mangsa.
 Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Unit 7 : Pengelolaan Bengkel
Contoh Carta Organisasi Sebuah Bengkel
Pengurus Bengkel

Fomen Penyelia keselamatan

Penyelia

Penjaga Stor Operator Mesin


Contoh tugas untuk setiap jawatan

 Pengurus Bengkel
 menetapkan pengeluaran harian atau bulanan (produktiviti)
 melakukan kerja-kerja pengurusan berkaitan dengan
bengkel
 mengamalkan polisi yang ditetapkan oleh pihak pengurusan
 menjaga kebajikan pekerja
Contoh tugas untuk setiap jawatan

 Fomen
 memimpin pekerja agar mengamalkan sikap amanah,
jujur dan bertanggungjawab
 menyelesaikan masalah yang berbangkit di dalam
bengkel
Contoh tugas untuk setiap jawatan

 Penyelia
 bertanggungjawab mengendalikan sekumpulan pekerja
agar dapat menghasilkan kerja yang bermutu
 bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang wujud
dalam sekumpulan pekerja di bawah jagaannya.
 bertanggungjawab sebagai pembantu fomen
Contoh tugas untuk setiap jawatan

 Penjaga Stor
 mengeluarkan barang-barang dan peralatan yang
hendak dipinjam dari stor
 memastikan barang-barang dan peralatan
dikembalikan dalam keadaan baik
 membuat inventori dan pemeriksaan stok

Inventori  senarai terperinci barang-barang yang terdapat


di tempat tertentu
Contoh tugas untuk setiap jawatan

 Penyelia Keselamatan
 bertanggungjawab terhadap keselamatan peralatan,
mesin dan bengkel
 bertanggungjawab terhadap semua bentuk
kemalangan di dalam bengkel
 merekodkan semua kemalangan yang berlaku di dalam
bengkel
Contoh tugas untuk setiap jawatan

 Operator Mesin
 mengendalikan mesin yang dipertanggungjawabkan
 menghasilkan bilangan produk atau komponen
mengikut jumlah yang telah ditetapkan
 melakukan kerja-kerja penyelenggaraan
KOMPETENSI
UNIT TAJUK KOMPETENSI EVIDEN

1.1 Keselamatan Diri

Pengalihan dan
1.2 GAMBAR FOTO
Penyimpanan Bahan
DEMONSTRASI
BORANG
1. Penggunaan Peralatan Keselamatan
PENSKORAN
Keselamatan dan Semasa Kerja Amali
1.3 INDIVIDU
Kelengkapan 2. Penggunaan Alat Pemadam Api
3. Pertolongan cemas
&
1.4 Bahaya Elektrik
LATIHAN
KOMPETENSI
1.5 Bahaya Kebakaran UNTUK
SETIAP UNIT
CARTA ORGANISASI BENGKEL
YANG BETUL
1.6 Pertolongan Cemas

1.7 Pengelolaan Bengkel

You might also like