PENGENALAN
Kesusasteraan hikayat merupakan genre terbesar dari segi bilangan perbendaharaannya.Menurut Hooykas (1940), “hikayat adalah buku yang mangandungi fantasi India”. Emies pula berpendapat bahawa “hikayat merupakan cerita asing dan mengandungi cerita lipur lara”. Menurut Zalila Sharif
et al.
(penyelenggara , 1993) pula, sastera hikayat berbentuk cerita atau naratif, bersifat hiburan dan didaktik.Perkataan ‘hikayat’berasal daripada bahasa Arab iaitu
hikaya
yang bermaksud“pelbagai sejarah”. Menerusi peredaran zaman, maksudnya berubah menjadi ceritarekaan berunsur naratif yang bertujuan untuk hiburan daripada imaginasi pengarangnya.Kesusasteraan hikayat ada berbentuk prosa dan puisi.Hikayat Ahmad Muhammad adalah hikayat pada zaman Pra-Islam yang berunsur Hindu Islam. Karya asalnya adalah berunsur Hindu tetapi diubahsuai denganmemasukkan unsur-unsur Islam.Hikayat Ahmad Muhammad menceritakan kisah tentang dua orang adik-beradik yang pulang ke rumah bondanya yang bernama Dewi Permaisuri. Dewi Permaisuri telah berkahwin dengan Nakhoda Syam yang zalim. Ahmad dan Muhammad telah memakanhati, daging, dan kepala burung peliharaan mereka yang dihidapi penyakit sawan. Nakhoda naik marah kerana burung itu seharusnya dihidangkan untuknya olehseorang budak suruhan. Nakhoda memerintahkan budak-budak Habsyah membunuhAhmad dan Muhammad dengan memberi ganjaran berupa harta, wang seribu dirham,memberi keperluan makanan secukupnya, dan memerdekakan dengan menghantar pulangke negeri Hapun. Arahan ini telah didengar oleh Nisumbli iaitu seorang perempuan yangdipelihara oleh Dewi Permaisuri, lalu diceritakannya kepada Sang Maha Pendeta.
Add a Comment