peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyakmerenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yangnegatif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputeraamnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyataselepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan olehkerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangikembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara (kinidikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawahKementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniandan Warisan) ditubuhkanbagi menggerakkan program-program yang boleh memupuk perpaduan danmuhibah dalam masyarakat. Selanjutnya pelbagai program dari RukunTetangga sehingga kepada program Sekolah Wawasan dan ProgramKhidmat Negara, telah direka dan dilaksanakan sebegitu rupa untukmenangani dan memupuk perpaduan serta integrasi secara lebihmenyeluruh. Selain Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula cubamembangun para remaja agar lebih patriotik dan cinta kepada negara denganpengisian pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, pembinaankarektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Walaupun pada awal tahunpelaksanaannya ia menerima pelbagai reaksi dan kritikan lebih-lebih lagi darisegi pengurusan, namun kini diakui oleh pelbagai pihak bahawa program inidapat membentuk sikap yang lebih positifdi kalangan generasi muda pelbagaikaum terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu,pergaulan di antara etnik juga dapat diperbaiki dengan penglibatan semuapeserta dalam aktiviti kerjasama dan berkumpulan
2.Kepentingan Hubungan Etnik
Untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara termasukaspek politik, ekonomi dan sosial maka kayu ukur hubungan antara kaumyang mendiami sesebuah negara menjadi teras utama. Dalam konteksnegara Malaysia, selepas peristiwa 13 Mei 1969, status kstabilan negarasemakin pulih. Banyak perancangan dibuat dan diimplimentasikan.
2