You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah bermula sebelum pemerintahan British, iaitu sebelum abad

ke-19, tetapi ia adalah bercorak non-formal. Pendidikan non-formal berupa Pengajian

Agama Islam di sekolah-sekolah pondok, masjid dan surau untuk masyarakat Islam. 1

Kedatangan dan seterusnya campur tangan British dari abad ke-19 sehingga pertengahan

abad ke-20 dalam pemerintahan Tanah Melayu telah membawa perubahan yang besar

dalam bidang politik, ekonomi dan sosial pada masyarakat peribumi dan masyarakat

kosmopolitan yang terbentuk kemudiaannya. Fenomena ini telah menimbulkan kerencaman

masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan sehingga hari ini.

Seterusnya, tahun-tahun selepas kemerdekaan Malaysia sehingga tahun 1970 boleh

dianggap sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung

tetapi juga di Sabah dan Sarawak. Kemudian, tahun-tahun 1970 sehingga sekarang boleh

dianggap sebagai era pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi mencapai

hasrat pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

2.0 SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM PENJAJAHAN

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, orang Melayu sudah mempunyai sistem

pendidikan yang tersendiri. Sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum kedatangan British

lebih bersifat tidak formal. Corak pendidikan lebih menekankan kepada pengajaran kitab

suci Al-Qur’an, pengetahuan rohani dan seni mempertahankan diri. Mengikut Sejarah

Melayu, antara abad ke-15 hingga abad ke-17,2 pendidikan agama Islam telah sedia ada di

surau atau masjid yang dibina di kampung-kampung Melayu. Guru-guru agama biasanya

terdiri daripada Tuan Imam dan pelajaran agama yang diajar lebih tertumpu kepada

membaca Al-Qur’an, mempelajari huruf abjad Arab, mengingat dan menghafal doa serta

mempelajari prinsip-prinsip agama Islam. Kanak-kanak pula diberi peluang mempelajari


1
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996, hlm. 63.
2
Fuziah Shaffie, Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajat Bakti, 2000, hlm.
523.
1
sedikit Bahasa Melayu selepas mereka dapat menguasai dan boleh menghafal ayat-ayat

dari Al-Qur’an. Pendidikan seperti ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit dan terbatas

kepada pelajaran yang berbentuk agama sahaja. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

kurang berkesan karana murid-murid hanya diajar dengan cara menghafal tanpa memahami

apa yang dipelajari.3

Pendidikan agama Islam terus berkembang selepas kedatangan beberapa orang

ulama dari Timur Tengah berhijrah ke Tanah Melayu pada abad ke-18 seperti Sharif

Muhammad, Sheikh Abdul Malik bin Abdullah dan Sheikh Abdul Kadir. 4 Golongan ulama ini

telah memberikan sumbangan yang besar dalam pengajian Al-Qur’an dan Hadith dan

mereka ini telah mempelopori suatu system pendidikan agama yang lebih teratur dan

dikenali sebagai Sekolah Pondok. Sistem Sekolah Pondok ini telah diperkenalkan di negeri-

negeri Terengganu, Kelantan5 dan Kedah dengan dikendalikan oleh para ulama. Ia memberi

tumpuan kepada pengajaran agama Islam.6

3.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH 1800-1940

3.1 Pendidkan Melayu Sebelum Kedatangan British

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan

asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya

diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin

melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.

Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke

3
Ibid.
4
Ibid.
5
Negeri Kelantan dikatakan mendahului negeri-negeri lain di Tanah Melayu sebagai pusat persekolahan
pondok, walaupun sekolah pondok dikatakan lebih awal muncul di Terengganu. Ianya dipercayai kerana
pengaruh seorang ulama iaitu Tok Kenali yang terkemuka di negeri itu. Tok Kenali yang menjadi legenda di
Kelantan dianggap seorang ulama yang luar biasa. Beliau bukan sahaja menguasai kitab-kitab agama, tetapi juga
seorang pendidik yang progresif dan mengikuti perkembangan masa. Beliau pernah menjadi pengarang majalah
“Pengasuh” dan pernah juga mengarang cerpen. Lihat Abdul Rashid bin Haji Ahmad, Kedudukan Pondok
dalam Masyarakat Melayu di Kelantan, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1966.
6
Untuk gambaran lanjut mengenai perkembangan institusi pengajian pondok di negeri-negeri Melayu, lihat
Khoo Kay Kim, “Perkembangan Pelajaran Agama Islam” dalam Awang Had Salleh (peny.), Pendidikan Ke
Arah Perpaduan:Sebuah Perspektif Sejarah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1980, hlm. 1-36.
2
20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi

kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa

melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang

terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau

menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu.

Sistem Pendidikan Madrasah mulai diperkenalkan bagi menyaingi sekolah-sekolah

sekular. Kewujudannya mengekalkan ‘keislaman’ orang-orang Melayu terutamanya

pada waktu orang Melayu menyerah dari segala segi kepada pemerintahan

Inggeris7.

Di Madrasah, cara pengajaran lebih berbentuk sekular yang tidak lagi menggunakan

kaedah halaga dan pelajaran tadahan. Antara ciri-ciri sistem pendidikan di madrasah

mempunyai kemudahan seperti pembahagian kelas, kewujudan jadual waktu dan

pelajaran akademik. Sebagaimana dijelaskan oleh kenyataan di bawah ;

3.2 Pendidikan dan perkembangan awal di Serawak

Pendidikan awal Serawak banyak mengfokuskan pendidikan di sekolah Melayu

Sistem pendidikan sekolah melayu juga bercorak tradisional sama seperti di

semenangjung Tanah Melayu sebelum sekolah-sekolah berbentuk formal

diperkenalkan oleh barat. Sekolah Melayu kerajaan yang pertama ditubuhkan pada

21 Jun 18838 di Kuching dan dikhaskan untuk orang melayu sahaja. Di antara mata

pelajaran yang diajar ialah agama , membaca dan menulis, asas kira-kira, dan ilmu

alam dan tawarikh negeri-negeri Melayu (Semenanjung ) yang mudah dan Bahasa

Inggeris sebagai mata pelajaran tambahan.

7
Barbara Watson Andaya &Leonard Y. Andaya, 1983, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publishers
(M) Sdn.Bhd, Hlm.272.

8
Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1990. Hlm 47.
3
Seterusnya , Kolej Kebangsaan Sarawak atau Government Lay School ditubuhkan

pada 25 Januari 1901 mata pelajaran vokasional diperkenalkan diantara yang lain

ialah pertukangan, perkebunan, jahitan ilmu ukur awalan dan mata pelajaran

tatatertib atau adab sopan yang diamalkan oleh orang Melayu, Cina dan India 9. Pada

keseluruhannya mata pelajaran yang diperkenalkan tidak mampu mewujudkan

kesedaran kepada murid untuk terus bergerak maju disebabkan kekurangan buku

dan kerendahan mutunya tidak dapat membimbing murid-murid melayu kearah

bercita-cita tinggi. kegagalan Government Lay School telah mewujudkan Madrasah

Melayu pada tahun 193110 , mata pelajaran yang diajar juga diditambah,

terutamanya mata pelajaran vokasional. . madrasah kemudiannya menyediakan

mata pelajaran pendidikan iaitu memberi latihan kepada bakal guru-guru sekolah

Melayu. Mutu pelajaran bahasa Inggeris telah ditinggikan sedikit sesui dengan

tujuaan kerajaan hendak memberipeluang kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah

Melayu mesuk berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan peringkat paling bawah11.

Maktab perguruan melayu ditubuh pada tahun 1940 yang dikhaskan untuk melatih

guru-guru mata pelajaran yang diajar sama sebagaimana di Maktab perhuruan

Tanjung malim seperti pertukangan tangan, perkebunan dan latihan jasmani.

Lepasan pertama menerima sijil kelulusan pada tahun 1941, selepas itu kolej ini

terpaksa ditutup kerana meletus Perang Dunia Kedua.

3.3 Penubuhan Sekolah Vernakular

Sekolah Vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda

dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Sistem


9
Ibid, hlm 50.

10
Ibid, hlm 64.

11
Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1990. , hlm 66.
4
pendidikan pada waktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan

Inggeris. Pada zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernakular

Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India, Sekolah Vernakular

Inggeris dan Sekolah Agama (Madrasah).12 Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana

mengambil kira faktor politik, ekonomi , sosio-budaya dan agama.

3.3.1 Sekolah Cina

Sebenarnya penubuhan sekolah formal di Tanah Melayu bermula dengan

penubuhan sekolah Cina. Sekolah Vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815

oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga

sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan. Sekolah Cina menggunakan

Bahasa Cina atau Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-

guru dan buku teks diimport dari negara China. Contoh Sekolah Vernalular Cina

ialah SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu,

Kelantan.13

3.3.1.1 Sekolah Inggeris

Bagi orang Melayu pula, sekolah pertama yang berbentuk formal ialah berteraskan

Pendidikan Bahasa Inggeris yang mula diperkenalkan dalam kalangan anak

bangsawan Melayu. Penang Free School (1816) merupakan sekolah Inggeris yang

pertama ditubuhkan.14 Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri

daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.

3.3.2 Sekolah India

12
Haris Mohd Jadi, Etnik Politik dan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 11.
13
Ibid, hlm. 15.
14
Ibid, hlm. 17.
5
Perkembangan pendidikan juga turut melibatkan kaum India iaitu dengan penubuhan

sekolah-sekolah Tamil yang mana perkembangannya selaras dengan

perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-

an.15 Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat

sekolah rendah sahaja. Sekolah ini juga seperti Sekolah Vernakular Cina yang

menggunakan bahasa ibunda dan sukatan pelajaran dari negara asal.

4.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA 1941 - 1956

Semasa zaman kependudukan Jepun (1941-1946), Sekolah Vernakular Melayu dan Tamil

tetap diteruskan. Namun begitu, terdapat penambahan di mana Bahasa Jepun telah

dijadikan mata pelajaran tambahan. Pada masa itu juga, pihak pentadbir tentera Jepun telah

menubuhkan satu jenis lagi sekolah iaitu Sekolah Nippon-Go (Bahasa Jepun) bagi

menggantikan sekolah vernakular dan sekolah Inggeris. Pihak Jepun telah membawa

beberapa perubahan dalam sistem sekolah pada masa ini di mana pengajaran Nippon-Go,

lagu klasik Jepun dan kebudayaan Jepun diberi penekanan dalam kurikulum sekolah

rendah.16 Pada peringkat sekolah menengah pula, aliran sekolah biasa telah dibubarkan dan

diganti dengan mata pelajaran teknik dan vokasional. Pengkhususannya dalam bidang

perikanan, perhubungan, sains samudera, pertanian dan pembinaan telah dianjurkan oleh

pihak Jepun pada masa ini. Selain daripada itu, pihak Jepun juga telah mengadakan kelas

Bahasa Jepun untuk orang dewasa di beberapa buah kawasan.17

Kolonial British kembali semula ke Tanah Melayu selepas tamat Perang Dunia

Kedua pada tahun 1946. Kesan daripada Perang Dunia Kedua telah mengubah pandangan

dan keinginan sikap kaum pendatang di Malaya untuk bermastautin di Malaya dan

kemunculan semangat nasionalisme orang Melayu yang sedar akan kepentingan pendidikan

bagi memajukan mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

15
Education development In Malaysia and Singapore.
16
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah, hlm. 23.
17
Ibid.
6
Justeru itu, pihak British telah diminta untuk memperbaiki keadaan pendidikan

terutamanya bagi orang Melayu. Beberapa peringkat dalam memperbaiki sistem pendidikan

ini telah dilakukan yang bermula dengan Laporan Jawatankuasa Mengenai Pendidikan

Melayu atau Laporan Barnes (1951) yang dipengerusi oleh L.J Barnes yang berpendapat

bahawa merombak semula seluruh sistem pendidikan dan membubarkan sekolah-sekolah


18
vernakular dan digantikan dengan sekolah kebangsaan. Namun begitu, syor-syor dalam

Laporan Barnes ditentang oleh kaum cina yang memperjuangkan pendidikan orang Cina.

Oleh itu, Dr.W.O Fenn dan Dr. Wu Teh Yau mengkaji masalah pendidikan orang Cina.

Jawatankuasa Khas dibentuk bagi mengkaji kedua-dua laporan dan seterusnya Ordinan

Pelajaran 1952 diluluskan dengan penetapan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular

Tamil dan Cina diasingkan daripada sekolah kebangsaan.

Di samping itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan

sekolah rendah, menengah dan universiti. Setiap perubahan dikemas kini dengan suatu

jawatankuasa ditubuhkan iaitu Laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956 atau lebih dikenali

sebagai Laporan Razak yang menggubal dasar-dasar pendidikan yang baru dengan tujuan

“menyatukan budak-budak daripada semua bangsa dengan menggunakan satu peraturan

pendidikan yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan

sebagai bahasa pengantar yang utama secara beransur-ansur”.19 Dengan itu, jelaslah

bahawa perjuangan orang Melayu bukan sahaja untuk orang Melayu sahaja tetapi orang

Melayu pada masa itu inginkan penekanan pewujudan masyarakat bersatu padu melalui

sistem pendidikan.

5.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA 1957 – 1970

Secara umumnya, perkembangan pendidikan di Malaysia bermula dengan wujudnya

Penyata Razak pada tahun 1956. Kewujudan Penyata Razak ini telah menjadi garis

18
Ibid, hlm. 25.
19
Ibid, hlm. 29.
7
panduan dasar mengenai pelajaran. Daripada itu, bagi mengemaskinikan Penyata Razak,

Ordinan Pelajaran 1957 telah dibentuk dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Negara.

5.1 Penyata Rahman Talib

Penyata Rahman Talib ini terbentuk bertujuan untuk menyemak dasar dan

pelaksanan cadangan-cadangan Penyata Razak pada tahun 1960 di mana satu

jawatankuasa pelajaran yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran iaitu Encik

Abdul Rahman Bin Talib. Dengan itu, antara cadangan-cadangan yang telah

diperkenalkan adalah seperti memberikan pendidikan yang sejagat dan percuma

untuk semua jenis sekolah rendah kerajaan dan juga bantuan kerajaan. Selain itu,

dalam Penyata Rahman Talib juga telah menyatakan had umur berhenti sekolah

dinaikkan daripada umur murid 12 tahun iaitu darjah enam kepada umur murid 15

tahun iaitu selepas tingkatan tiga di sekolah menengah.

Seterusnya, dalam dasar Rahman Talib juga telah menyediakan satu

pendidikan yang berteraskan perdagangan, vokasional, teknik dan sekolah lanjutan

kampung. Tambahan itu, dalam dasar ini juga turut memajukan pendidikan islam dan

juga moral dengan mengikut dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957. 20 Selain

daripada itu, peperiksaan penilaian rendah turut dinyatakan. Penggunaan bahasa

pengantar juga turut di sebut dalam dasar ini serta perluasan latihan guru juga dititik

beratkan oleh dasar rahman talib ini.

5.2 Pendidikan bercorak anekajurusan 1965

Pendidikan bercorak aneka jurusan ini dibentuk bertujuan membolehkan murid di

sekolah menengah mengikuti mata pelajaran yang diminatinya untuk mencapai cita-

citanya. Selain itu juga, ianya diwujubkan bagi memberi peluang murid menceburi

pelbagai bidang dalam menyediakan diri untuk menempuh peluang pekerjaan.

20
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah, hlm. 34.
8
Tambahan itu, menyediakan satu kurikulum yang luas di peringkat menengah bagi

membolehkan mereka meneruskan di peringkat lanjutan akedemik.21

5.3 Jawatankuasa Mengkaji Latihan Perguruan 1969

Jawatankuasa ini dibentuk bagi tujuan untuk menentukan matlamat program latihan

perguruan adalah selaras dengan sekolah. Selain itu, jawatankuasa ini juga

bertanggungjawab dalam menyemak semula kursus-kursus pengajian dan sukatan

pelajaran perguruan agar sejajar dengan matlamat pendidikan. Jawatankuasa ini

juga berperanan mempertimbangkan kesesuaian program di latihan perguruan

dengan sekolah rendah dan menengah.22

5.4 Akta Bahasa Kebangsaan

Akta ini dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan diguna pakai di seluruh

Malaysia. Antara isi kandungan akta ini yang berkaitan dengan pendidikan Malaysia

ialah, penggunaan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi dan ia juga

tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan

Jawi. Bentuk angka dalam bahasa kebangsaan ialah bentuk angka Arab.23 Oleh itu,

penggunaan tulisan Rumi banyak digunakan berbanding dengan tulisan Jawi yang

menjadi tulisan pendidikan sebelum akta ini dibentuk.

5.5 Peristiwa 13 Mei.

Latar belakang pendidikan yang berbeza merupakan salah satu sebab berlakunya

Peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah

Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu

21
Zuriana Najid, Masyarakat Malaysia Edisi 2,Tinjauan dan Perbincangan Terhadap Beberapa Isu dan Topik
Semasa. Universiti Sains Malaysia: Penerbit Pusat Pengajian Sains Kemasyarakat,1895, hlm. 110.
22
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah, hlm. 43.
23
Undang-undang Malaysia cetakan semula, Akta 32, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Percetakan Nasional
Berhad, 2006, hlm. 7.
9
sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai

kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis,

membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala

kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal

mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari

negera China dan India. Hal ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah

yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia seperti peristiwa

yang berlaku pada 13 Mei.

5.6 Laporan Khir Johari

Laporan ini juga dinamakan sebagai Laporan Jawatankuasa Pelajaran Tinggi (1967).

Ia menggariskan beberapa matlamat pendidikan teknik dan vokasional di sekolah.

Selain itu, ia juga dapat menimbulkan minat dan menbina kemahiran murid dalam

bidang pendidikan teknik yang disediakan. Pendidikan vokasional di peringkat

menengah atas adalah menyediakan pelajar dengan kemahiran untuk memasuki

pasaran pekerjaan. Di samping itu, ia mengadakan pendidikan umum dengan unsur

teknik bagi murid-murid yang berminat untuk meneruskan pelajaran ke maktab dan

universiti dalam bidang kejuruteraan, pertanian dan perdagangan.24

6.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DARI TAHUN 1970 HINGGA SEKARANG

Penyelarasan sistem pendidikan di Malaysia telah dilaksanakan sekitar tahun 1970 bagi

menyelaras semula sistem pendidikan yang baru bagi menggantikan sistem pendidikan

lama yang terbentuk sebelum dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Contohnya

dalam konteks di negeri Sabah, penyelarasan bidang pelajaran telah dilaksanakan apabila

terbentuk sebuah Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum dalam tahun 1969 yang

menggantikan Lembaga Sukatan Pelajaran Sekolah-sekolah Sabah. Fungsi Jawatankuasa

Perkembangan Kurikulum ialah mengkaji segala aspek pembinaan dan perancangan


24
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah, hlm. 41.
10
kurikulum termasuklah sukatan pelajaran, jadual waktu, kandungan kursus, buku teks dan

seterusnya membantu Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum di Kuala Lumpur bagi

menyediakan sebarang sukatan pelajaran akan datang apabila tiba masanya keseluruhan

sistem pelajaran hendak dilaksanakan di Sabah.25 Penyelarasan bidang pelajaran di Sabah

adalah berpandukan kepada sistem pendidikan baru yang diperkenalkan di Malaysia pada

masa itu.

Di samping itu, penerimaan Dasar Pelajaran Kebangsaan apabila Lembaga

Pelajaran yang bersidang kali ke-29 pada 15 September 1969 menerima bahasa pengantar

iaitu Bahasa Malaysia menggantikan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah yang

berpengantar Bahasa Inggeris mulai Januari 1970.26 Penyelarasan sistem pendidikan juga

turut membawa perubahan penting kepada penggunaan bahasa pengantar daripada

Bahasa Inggeris kepada Bahasa Kebangsaan Malaysia atau Bahasa Malaysia.

Pada tahun 1974, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet

untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan sekarang. Bidang tugas

untuk Jawatankuasa Kabinet tersebut adalah seperti mengkaji semula matlamat dan kesan

sistem pelajaran sekarang termasuk kurikulumnya dalam rangka dasar pelajaran

kebangsaan yang wujud dengan tujuan memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat

negara dapat dipenuhi sama ada dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Ini juga

bertujuan memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke

arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. 27 Pada tahun 1982,

sejajar dengan kehendak umum Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah

diperkenalkan secara percubaan d i darjah satu di beberapa buah sekolah di Semenanjung

25
Mohd. Nor Long, Perkembangan Pelajaran di Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm.
88.
26
Ibid.
27
Di sunting oleh Zuriana Najid, Masyarakat Malaysia Edisi 2,Tinjauan dan Perbincangan Terhadap
Beberapa Isu dan Topik Semasa. Universiti Sains Malaysia: Penerbit Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakat,1895, hlm. 110.
11
Malaysia. Pada tahun 1983, ianya telah dilancarkan di seluruh negara meliputi semua darjah

satu.28

Sehingga pada abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi.

Organisasi kurikulum telah terbahagi kepada tiga peringkat sebelum ke peringkat pengajian

tinggi. Tiga peringkat tersebut adalah peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan sekolah

rendah dan peringkat menengah. Peringkat menengah pula terbahagi kepada tiga iaitu

menengah rendah, menengah atas dan prauniversiti.29

Seiring dengan kemajuan dalam bidang teknologi khususnya bidang teknologi dan

maklumat (ICT) telah mewujudkan Sekolah Bestari.30 Pelaksanaan konsep Bestari adalah

selaras dengan keperluan pengajaran dan pengajaran dalam abad ke-21. Projek Rintis

Sekolah Bestari pada tahun 1999 melibatkan 90 buah sekolah di seluruh Malaysia. Dengan

itu, 81 buah sekolah adalah sekolah yang sedia ada, manakala 9 buah negara lagi adalah

sekolah baru.31 Sekolah ini juga mempunyai makmal yang dilengkapi komputer yang terdiri

daripada pelbagai perisian termasuk internet dan intranet. Selain pengenalan sekolah

Bestari, Sekolah Wawasan32 juga telah diperkenalkan dan mula beroperasi pada 5 Jun 2002

di USJ15 Subang Jaya, Selangor.

Sehingga kini, terdapat banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi yang

berkembang di Malaysia. Perkembangan arus pemodenan yang pesat dari semasa ke

semasa telah memberi perubahan dalam sistem pendidikan seperti pengenalan mata

pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

7.0 KESIMPULAN

28
Ibid, hlm 111.
29
Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Tanjung Malim, Perak: Quantum
Book, 2003, hlm. 272.
30
Konsep Sekolah Bestari adalah salah satu daripada aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC)
yang sedang membangun.
31
Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, hlm. 285.
32
Sekolah Wawasan adalah berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang ditempatkan dalam satu kompleks.
12
Kesimpulannya, sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah bermula sejak sebelum abad

ke-19 lagi, iaitu sebelum kedatangan British. Namun begitu, selepas berlakunya penjajahan

British sistem pendidikan di Tanah Melayu turut berkembang dan berlaku banyak

perubahan. Namun, perkembangan sistem pendidikan di Malaysia telah diperkukuhkan lagi

dengan usaha-usaha orang persendirian, masyarakat tempatan dan persatuan-persatuan

mubaligh Kristian.33 Perkembangan sosial dan ekonomi negara sudah bermula sejak

sebelum merdeka lagi. Rancangan pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk

mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi dan ketiadaan perpaduan dalam kalangan

masyarakat berbilang kaum bagi menjamin kemakmuran negara dan kesejahteraan

penduduk di Tanah Melayu pada umumnya. Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan

selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh

kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut

nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. Selepas berlakunya

Tragedi 13 Mei 1969, segala dasar yang digubal khususnya pada awal tahun 1970-an,

adalah berteraskan Dasar Ekonomi Baru sebagai dasar induk yang bertujuan untuk

mencapai perpaduan negara. Pada masa kini, dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan

Wawasan 2020 sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara maju menjelang tahun 2020. Namun, prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan

tetap kekal seperti asal. Apa yang berbeza adalah pendekatan kerana ia perlu disesuaikan

dengan perubahan masa.34 Berdasarkan itu, generasi masa kini dapat disedarkan bahawa

usaha-usaha kerajaan negara ini dalam bidang pendidikan adalah untuk mencapai matlamat

integrasi nasional, pembentukan budaya nasional dan membangunkan sumber tenaga

manusia untuk kemajuan sosioekonomi.

33
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah, hlm. 1.
34
Fuziah Shaffie, Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 553.
13

You might also like