Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
8Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peraturan Permainan Bola Tampar

Peraturan Permainan Bola Tampar

Ratings: (0)|Views: 2,711|Likes:
Published by Ashraff Benben

More info:

categoriesTypes, Reviews
Published by: Ashraff Benben on Apr 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/12/2012

pdf

text

original

 
PERATURAN PERMAINAN BOLA TAMPAR
Peraturan yang telah diubahsuai membantu pemain pada semuaperingkat yang sesuai dengan kehandak mereka. Berikut antara peraturan yangtelah dibuat bagi permainan bola tamper dan diseragamkan pada semuaperingkat. Antaranya:-UKURAN GELANGGANGPermainan enam pemain dimainkan oleh dua pasukan, setiap satu padapetak gelanggang 9.1m yang dibahagikan oleh jaring. Kebiasaannya, dalampermainan bola tampar belia, dua pasukan tiga pemain bermain pada petak4.6m. Penggunaan saiz gelanggang boleh diubahsuai bergantung kepadakehendak setiap pasukan tetapi mestilah sama saiz pada kedua-dua bahagian.Berikut merupakan beberapa saiz gelanggang yang disarankan untukpermainan bola tampar:-
Gelanggang 6m x 6m untuk empat lawan empat
Gelanggang 4.6m x 4.6m untuk tiga lawan tiga
Gelanggang 3.6m x 3.6m untuk dua lawan dua
Gelanggang 9.1m x 9.1m untuk enam lawan enam (biasa dalam setiappermainan)PENANDAAN GELANGGANGSemua kawasan yang menandakan kawasan ialah 5cm lebar. Bola yang jatuh di atas garisan adalah bola dalam, dalam permainan bola tampar. Jadi,semasa menandakan ukuran ukuran gelanggang, ukur dari luar garisan. Pitaplastik yang dibuat khas untuk gelanggang bola tampar boleh didapati daripadakedai-kedai sukan dan syarikat-syarikat pengedar bola tampar. Sekiranyapasukan menggunakan garis serangan, letakkkan kira-kira 3m daripada jaringpada setiap bahagian gelanggang.
 
KETINGGIAN JARINGJaring membahagikan gelanggang di tengah, dan ketinggian bergantungkepada kemahiran mengikut peringkat yang berlainan sama ada kanak-kanak,belia dan sebagainya. Jaring yang tinggi membuatkan pemain mengumpan danmemukul bola lebih tinggi dan lembut. Untuk pemain-pemai baru, inimenghasilkan permainan yang lebih lambat dengan lebih voli dan sentuhankepada setiap permainan. Menggunakan jaring yang tinggi dalam latihan akanmemberikan pemain lebih masa untuk bergerak dan bertindak terhadap bola.Untuk permainan belia, jaring diletakkan di antara 1.9m dan 2.4m, bergantungkepada ketinggian pemain yang paling tinggi dan umur pemain-pemain.Ketinggian jaring yang sederhana dalam belia kanak-kanak ialah 1.98m. Lihat jadual 6.1 untuk ketinggian jaring.BOLABola tampar saiz lima adalah yang paling biasa untuk semua peringkatbola tampar, daripada kanak-kanak kepada remaja dan seterusnya dewasa.Untuk umur yang rendah dan pemain dewasa yang baru, USVBAmencadangkan bola yang lebih ringan dengan impak yang lebih rendah. Berikutadalah saiz bola yang sesuai bagi setiap peringkat umur. PERALATAN PEMAINPeralatan individu pemain adalah kurang mahal dan mudah diperolehi.Berikut adalah senarai yang diperlukan bagi menjamin keselamatan pemainsemasa bermain:-
Pakaian seragam – pakaian seragam boleh daripada seluar pendek dankemeja-T atau kemeja lengan panjang. Sebilangan pemain sukaberlengan panjang kerana dapat melindungi serta mengurangkankesakitan apabila mengambil bola pada lengan. Pakaian seragamselalunya diperlukan untuk pasukan sekolah atau kelab-kelab yangdiberikan secara percuma atau dengan diskaun.
 
Kasut – kasut bola tampar atau gelanggang sudah memadai. Kasut untukberlari tidak sesuai kerana ia tidak memberikan sokongan yang lateral.Kasut bola tampar mestilah selesa dan dipakai sebentar sebelum dipakaiuntuk aktiviti yang lasak. Kasut yang baik menyokong lengkungan danmenggalas tumit dan jari.
Pad lutut – pad lutut ada dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kebanyakandiperbuat daripada busa atau getah yang dibalut dengan bahan elastikyang lembut. Pad patut muat dan selesa untuk masa yang lama. Olehkerana pad direka untuk melindungi lutut, pad lutut ini membuatkansentuhan atas lantai lebih mudah kepada atlet-atlet muda. Sekiranyakedai tempatan tidak menjual pad lutut, pemesanan melalui majalah ataukatalog adalah amat mudah.PERMAINAN BOLA TAMPARBola tampar belia dimainkan dengan tiga pemain pada satu bahagian dansekurang-kurangnya dua pengganti. Pemain-pemain yang tidak memulakanpermainan akan bermain sama banyak dengan pemain yang memulakanpermainan, kerana setiap orang berputar ke dalam dan ke luar dalam permainandan tiada pemain yang khusus pada satu kedudukan. Penggantian adalah tidakterbatas, dan setiap pemain yang memasuki perlawanan, bermain melalui tigaputaran sebelum berhenti berehat. Apabila menjalankan permainan empat lawanempat atau enam lawan enam, terdapat had dalam penggantian dan beberapakali pemain-ppemain boleh memasuki perlawanan itu.Dalam permainan bola tampar belia, tiga pemain atas gelanggangmenempatkan kedudukan mereka supaya seorangpemain berada di bahagiandepan separuh gelanggang (gelanggang hadapan) dan dua pemain lain berdiri dibelakang (gelanggang belakang). Dalam bola tampar enam orang, pemainditempatkan agak sama, untuk melindungi kawasan gelanggang hadapan danbelakang. Rajah 6.2 menunjukkan kedudukan servis dan asas terima yangdigunakan untuk memulakan perlawanan dalam bola tampar dewasa dan belia.

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sarra Mood Iman liked this
Nur Syafarah liked this
mradnan2009 liked this
Human Heart liked this
Pepsy Zeal liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->