You are on page 1of 5

Soalan Pengukuhan Tarbiyah 1

Akidah 01

Nama:
Nama Murabbi:

Bahagian A: Silibus Akidah

Arahan: Jawab semua soalan di ruangan yang disediakan.


(Markah: )
1 a. Buku utama yang digunakan murabbi anda dalam halaqah untuk subjek Akidah adalah:

b. Buku tersebut ditulis oleh:

2 Selain buku di atas, nyatakan rujukan-rujukan lain yang digunakan oleh Murabbi anda untuk
mebentangkan subjek Akidah:

3 a. Apakah definisi Ilmu Tauhid?

b. Nyatakan bidang perbahasan Ilmu Tauhid.

c. Sumber utama Ilmu Tauhid ialah.

d. Hukum mempelajari Ilmu Tauhid adalah:

e. Nyatakan implikasi Ilmu Tauhid dalam kehidupan manusia:

i. Manusia dan Kebenaran

ii. Manusia sesama Manusia

iii. Manusia dan Kekuatan

4 a. Mengapa Allah hanya menerima amalan orang beriman dan menolak amalan orang kafir?

b. Dalam Al-Quran, Allah SWT menyatakan bahawa amalan-amalan orang kafir ibarat

i.
ii.
iii.

c. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan pintu masuk Islam. Ia membezakan antara orang
beriman dan orang kafir. Apakah yang anda faham dengan
Soalan Pengukuhan Tarbiyah 2
Akidah 01

i. La ilaha illallah:

ii. Muhammad Rasulullah

5 a. Berikan analogi bagaimana kita mengetahui kewujudan Allah SWT?

b. Bagaimana kita mengetahui sifat-sifat Allah SWT?

6 a. Sebutkan 5 sifat-sifat Allah SWT yang boleh dikeluarkan dari tadabbur ayat: “Hendaklah manusia itu
memperhatikan pada makanannya.” (‘Abasa 80: 24)
i.
ii.
iii.
iv.
v.

b. Berdasarkan sifat-sifat Allah SWT di atas, dapat diketahui bahawa Kudrat Alam (Mother Nature) atau
patung berhala tidak mampu bersifat sedemikian kerana
i.
ii.
iii.
iv.
v.

7 a. Sebutkan sunnatullah (ketetapan Allah) dalam penciptaan Awan berdasarkan ayat-ayat ini:
i. (Al-A’raf 7:57):
ii. (Al-Waqi’ah 56: 68-70):
iii. (Ar-Rum 30: 48):
iv. (Al-Mulk 67: 30):

b. Apakah kaitan penciptaan Awan dengan sifat Allah SWT Yang Maha Mendengar dan Memakbulkan
Doa?

8 Nyatakan hikmah-hikmah yang Allah SWT tunjukkan kepada manusia dalam penciptaan udara.

9 Nyatakan hikmah-hikmah yang Allah SWT tunjukkan kepada manusia dengan menjadikan
rumah/kediaman/tempat tinggal sebagai keperluan.
Soalan Pengukuhan Tarbiyah 3
Akidah 01

10 a. Tandakan (/) untuk penyataan yang benar dan (x) pada yang salah.

i. Ada kaum yang Allah SWT tidak utuskan Rasul-Nya kepada mereka. ( )
ii. Allah SWT menceritakan kisah semua Rasul-Nya di dalam Al-Quran. ( )
iii. Hanya Nabi Muhammad SAW sahaja yang diutuskan untuk sekalian manusia, sedangkan Rasul-
rasul pada kaum-kaum tertentu. ( )
iv. Nabi Ibrahim AS adalah Khatamil Anbiya’ wal Mursalin ( )
v. Bilangan Rasul yang wajib diketahui ialah 5 orang. ( )
vi. Kita wajib beriman kepada semua Rasul yang diutuskan Allah tanpa membezakan di antara
mereka. ( )

b. Nyatakan hikmah-hikmah pengutusan Rasul kepada manusia

11 a. Mukjizat adalah bukti kebenaran para Rasul. Apakah definisi mukjizat?

b. Dalam Al-Quran, mukjizat disebutkan juga sebagai


i.
ii.
iii.

c. Sebutkan contoh-contoh mukjizat bagi


i. Nabi Ibrahim AS:
ii. Nabi Musa AS:
iii. Nabi Isa AS:

d. Nyatakan 4 Mukjizat Nabi Muhammad SAW:


i.
ii.
iii.
iv.

12 a. Kitab-kitab dan suhuf Ilahi diturunkan kepada para Rasul. Sebutkan kitab-kitab dan suhuf para Rasul
yang anda ketahui.

b. Bagaimanakah pendirian umat Islam terhadap Kitab-kitab terdahulu?

c. Sebutkan bukti-bukti bahawa Al-Quran adalah wahyu daripada Allah SWT, bukan tulisan Nabi
Muhammad SAW.

13 a. Nyatakan 2 bahagian kehidupan manusia.

i. Kehidupan_______________ di _______________ sebagai tempat _________________


ii. Kehidupan_______________ di _______________ sebagai tempat _________________
Soalan Pengukuhan Tarbiyah 4
Akidah 01

b. Sebutkan 1 dalil naqli yang anda tahu tentang Hari Akhirat.

c. Berikan 3 dalil aqli tentang keberadaan Hari Akhirat.

d. Apakah yang anda faham tentang

i. Alam Barzakh:
ii. Al-Hisab:
iii. Al-Mizan:
iv. Al-Haudh:
v. As-Sirath:
vi. Syurga:
vii. Neraka:

14 a. Tandakan (/) untuk penyataan yang benar dan (x) pada yang salah.

i. Qadar ialah ketetapan yang ditentukan oleh manusia sendiri terhadap sesuatu. ( )
ii. Orang beriman percaya bahawa qadar baik datang daripada Allah, manakala qadar buruk datang
daripada syaitan. ( )

b. Setiap takdir buruk yang Allah tetapkan kepada manusia ada hikmahnya. Berikan anologi untuk
memahamkan orang yang tidak yakin dengan takdir buruk Allah SWT.

c. Nyatakan hukum beriman dengan Qadar (Takdir) dan kesan beriman dengannya.

Bahagian B: Ciri-ciri Akidah yang Sejahtera

Arahan: Jawab semua soalan di ruangan yang disediakan.


(Markah: )
1 Seorang ahli keluarga anda diserang penyakit aneh, adakah boleh meminta bantuan daripada jin
ataupun daripada orang yang berhubung dengan jin?

2 Apakah pendapat anda berkaitan dengan jampi serapah?

3 Anda pernah diberitahu akan bertemu jodoh a.Tidak hiraukan pertanyaan itu
apabila berusia 25 tahun. Adakah anda (tandakan b.Pastikan kebenarannya dengan bertemu
pada yang berkenaan) tukang tilik yang lain.
c. Lain-lain:_______________________________
4 Seorang alim telah meninggal dunia. Bolehkan anda berdoa meminta keberkatan daripadanya di kubur?
Ya/Tidak. Kenapa?
Soalan Pengukuhan Tarbiyah 5
Akidah 01

5 Anda hendak bermusafir pulang ke kampung. a. Terus membatalkan niat untuk keluar kerana
Tiba-tiba seekor kucing hitam melintas di hadapan yakin ada perkara buruk akan berlaku.
anda. Adakah anda (tandakan pada yang b. Tiada sebarang tanggapan dan meneruskan
berkenaan) perjalanan.
c. Lain-lain:_______________________________
6 Bolehkah kita bersumpah dengan selain Allah
Ya/Tidak
SWT?
7 Seseorang berbuat suatu kebaikan demi mendapatkan pujian, kelebihan harta dan lain-lain? Adakah
amalan dia diterima? Mengapa?

8 Apakah Rukun Iman. Nyatakan menurut kefahaman anda.

9 Orang yang anda sayang baru meninggal dunia. Bagaimana anda menghadapi peristiwa tersebut.

10 Adakah anda percaya kewujudan seksa kubur? Ya/Tidak


11 Apakah yang anda ucapkan apabila mendapat kegembiraan atau nikmat?

12 Apakah yang anda faham tentang syaitan? Sebutkan salah satu ayat yang menceritakan tentang syaitan
di dalam Al-Quran.

Kertas Soalan Tamat


Terima Kasih.

Untuk diisi oleh pemeriksa:

Soalan Markah:

Bahagian A:

Bahagian B:

Markah Keseluruhan:

You might also like