Professional Documents
Culture Documents
Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa warganegara Malaysia yang layak untuk memohon
Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2011/2012 bagi mengikuti pengajian
dalam beberapa bidang yang terpilih.
Bidang Pengajian
Ekonomi
Perakaunan
Sains Aktuari
Perbankan dan Kewangan
Kewangan Korporat
Perbankan dan Ekonomi Islam
Undang-Undang
Undang-Undang Syariah
Teknologi Maklumat
Matematik
Peringkat Pengajian
Kelayakan Minimum
Kelayakan Tambahan
Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan
sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Permohonan
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di laman web Bank Negara iaitu Permohonan
Anugerah Biasiswa Bank Negara 2011.
Tarikh Tutup
Permohonan Biasiswa Pra-Universiti Bank Negara akan ditutup pada 29 Mac 2011
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Maklumat
Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci.
Sila hubungi talian 03 2691 5963 atau email scholar@bnm.gov.my jika terdapat sebarang
pertanyaan berkenaan biasiswa ini.
Sila hubungi talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM
Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan
umum.
Sila rujuk juga Biasiswa Bank Negara 2010/2011 di ePutra sebagai panduan tambahan.
BIASISWA JPA BAGI PROGRAM IJAZAH LUAR NEGRA (PILN)
Lepasan SPM 2010 yang ada memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi
Program Ijazah Luar Negara (PILN) boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai hari
ini.
Tarikh Temuduga
Temuduga PILN JPA ini dijangka akan dijalankan di beberapa pusat mulai 12 sehingga 15
April 2011.
Peringatan
o Kad Pengenalan;
Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas
talian (on-line application) melalui laman web esilav2.jpa.gov.my.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03
8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat
piln2011@jpa.gov.my
Semakan panggilan temuduga bagi permohonan biasiswa MARA PILN 2011 dijangka akan
boleh dibuat mulai 14 April 2011.
BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN
UNIVERSITI (BKPU)
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
dianugerahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar sekolah
menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi
terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari
RM1,000.00 sebulan.
Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU
dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.
Warganegara Malaysia;
Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah;
Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan;
Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Kadar Biasiswa
Permohonan
Pihak sekolah perlu membuat permohonan mengikut tempoh masa yang ditetapkan berikut;
Maklumat
Calon yang berilmu tinggi, berkeyakinan, inovatif dan kreatif serta mempunyai semangat juang
yang kental berpersonaliti unggul adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA bagi
mengikuti program pasca siswazah di institut pengajian tinggi terkemuka di luar negara.
Peringkat Pengajian
Ijazah Sarjana
Doktor Falsafah
Profesional
Bidang Pengajian
Kejuruteraan
Kepakaran Perubatan/ Pergigian/ Sains dan Teknologi (Applied Medical Course)
Allied Health Sciences
Teknologi Maklumat/ Sains Komputer/ Sistem Maklumat
Bioteknologi
Sains Gunaan
Sains Kuantitatif
Sains Tulen
Kewangan/ Perbankan/ Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan Antarabangsa/ Iktisas
Perakaunan – CA/ ACCA/ CIMA/ ICAEW dan berkaitan
Senibina
Perundangan
Bidang teknikal dan bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti untuk keperluan negara
Kursus atau bidang pengajian yang diikuti boleh dalam bentuk Kerja Kursus (Coursework) atau
Penyelidikan (By Research) secara sepenuh masa serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan
Badan Profesional yang berkaitan.
Syarat Asas Layak Memohon
Syarat Akademik
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi kredit bagi semua
matapelajaran yang diambil.
Ke peringkat Profesional untuk pelajar lepasan diploma: Keputusan peringkat Diploma:
o Kursus Teknikal : CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.
Ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah: Keputusan terkini peringkat Ijazah Sarjana
Muda, Sarjana dan Profesional:
o Kursus Teknikal : CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan berikut dan memenuhi syarat yang ditetapkan
oleh MARA:
o International English Language Testing System (IELTS) dengan pencapaian
keseluruhan Band 6.5 ke atas atau
o Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan pencapaian 79/120
(Internet Based Test) atau
o Scholastic Aptitude Test (SAT) 1,000 mata ke atas.
Permohonan
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di portal Sistem Permohonan Pasca
Siswazah MARA.
Tarikh Tutup
Permohonan tajaan MARA bagi mengikuti program pasca siswazah ini ditutup pada 13
April 2011.
Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 3 bulan
daripada tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat
Sila layari laman web MARA di www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk
mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan.
Sila rujuk juga iklan dan syarat tawaran permohonan tajaan MARA untuk program pasca
siswazah ini.
Sila baca komen-komen di Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Skim SPC
sebagai panduan.
Tawaran ini adalah untuk sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2011 hingga
Februari 2012.
Calon dikehendaki menguruskan sendiri penempatan ke Institusi Pengajian Tinggi
Terkemuka Luar Negara. Maklumat lanjut mengenai universiti boleh didapati daripada
badan berkaitan seperti
o British Council (UK) Tel: 03-2723 7900
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai tajaan MARA bagi mengikuti program pasca siswazah ini boleh
dikemukan kepada
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan AmanahRaya buat pertama kalinya
akan menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran TERHAD kepada pelajar-pelajar
persendirian yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Mesir.
Konsep Pinjaman
Pinjaman ini hanya melibatkan pembiayaan yuran pengajian tertakluk kepada jumlah maksimum
berdasarkan yuran universiti berkaitan. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian
pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar dan ibubapa sendiri.
Jenis Pinjaman
Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki dan perlu lulus setiap
tahun, tidak boleh gagal mana-mana subjek dan menamatkan pengajian dalam tempoh 5 tahun
(Tempoh Pengajian) seperti yang ditetapkan. Pelajar perlu membayar balik keseluruhan jumlah
pinjaman selepas menamatkan pengajian.
Syarat Umum
Wargenegara Malaysia;
Berumur di bawah 25 tahun semasa permohonan dibuat;
Memenuhi syarat kelayakan sebenar (bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPTM
dan JPA;
Pelajar yang menuntut di Mesir dan mesti mendapat sekurang-kurangnya keputusan jayyid
ketika tahun 1 pengajian atau tahun-tahun sebelumnya;
Permohonan
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Borang
Permohonan Pinjaman AmanahRaya.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh; Pegawai Kerajaan dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Wakil Rakyat. Sekiranya pelajar masih berada di
Mesir pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Jabatan Penuntut
Malaysia;
Salinan Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah
seperti berikut : salinan Kad Pengenalan (Pelajar, Ibubapa/Penjaga & Tanggungan & Penjamin),
salinan Surat Beranak (Pelajar); salinan Pasport (Pelajar); salinan surat tawaran kemasukan ke
universiti/institusi (Unconditional Offer); salinan keputusan peperiksaan pengajian (dokumen
asal) bagi tahun-tahun sebelumnya untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di luar
negara; salinan Sijil SPM / Sijil STPM / Matrikulasi / Diploma / A- Level / IB / Lain-lain; gambar :
Pelajar/Ibu Bapa/Penjaga/Penjamin, salinan slip gaji terbaru : Ibubapa / Penjaga & Anak (yang
sudah bekerja ) & Penjamin; salinan kad pencen Ibubapa/Penjaga &Penjamin; dan salinan
borang J (Cukai Pendapatan) Ibubapa / Penjaga & Penjamin.
Kesemua salinan dokumen di atas hendaklah dalam Saiz A4 dan disahkan terlebih dahulu oleh
pegawai-pegawai seperti yang dinyatakan di atas.
Permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati arahan yang ditetapkan dan tidak memenuhi
syarat kelayakan sebagaimana yang dinyatakan di atas tidak akan diproses/dipertimbangkan.
Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma
anjuran sesebuah jabatan/agensi.
Kursus/kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains
dengan Pendidikan.
Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra
Universiti / Alpha / Foundation atau yang sedang di Tahun 1 Peringkat Ijazah.
Tarikh Tutup
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang telah ditetapkan
dan disahkan terlebih dahulu hendaklah di bawa dan diserahkan ketika SESI TAKLIMAT pada 27
November 2010.
Tempat dan alamat sesi taklimat yang akan diumumkan di dalam akhbar dan laman web
AmanahRaya dalam jangaka masa terdekat.
Peringatan
Makluman
Oleh kerana peruntukkan terhad maka bilangan pinjaman yang disediakan adalah TERHAD.
Pihak pengurusan tidak memberi jaminan bahawa setiap permohonan yang diterima dan
didapati memenuhi syarat/kriteria akan menerima tawaran kemudahan pinjaman ini.
Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada pada waktu kemudahan pinjaman
ditawarkan, serta perubahan dasar dan hala tuju syarikat dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak
AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya yang mana kemudahan pinjaman ini disalurkan dan
dilaksanakan tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun
pemohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada
kemudahan pinjaman yang disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa
perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu; dan
AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya berhak menarik balik kemudahan tawaran pinjaman
sekiranya didapati perlu, tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.
Maklumat
Sila rujuk laman web AmanahRaya di bahagian Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya
untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Di samping itu jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai permohonan pinjaman pelajaran
perubatan AmanahRaya ini sila hubungi pegawai berikut :