Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bab 1 Fonologi Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu: Analisis Teori Optimaliti

Bab 1 Fonologi Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu: Analisis Teori Optimaliti

Ratings: (0)|Views: 307 |Likes:
Published by umimaira

More info:

Categories:Types, Research
Published by: umimaira on Apr 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/17/2013

pdf

text

original

 
 
BAB 1PENDAHULUAN1.1 PENGENALAN
Bahasa merupakan satu anugerah kepada manusia yang digunakan untuk tujuanberkomunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, bahasa bukanlah merupakan hak milik seseorang individu tertentu sebaliknya merupakan satu perkongsian dalam masyarakat(Asmah 1993). Perkongsian ini terjadi apabila manusia bertembung antara satu sama laindan berkomunikasi. Menurut Hockett (1958), apabila dua bahasa bertembung, makabahasa tersebut akan saling mempengaruhi. Dalam komunikasi dua hala dan berlakusecara langsung, penutur dijangka meniru ciri-ciri pengucapan antara satu sama lain,manakala dalam hubungan secara tidak langsung misalnya ketika membaca, pengaruhbahasa akan tersebar dalam bentuk satu hala sahaja.Suasana mempengaruhi antara satu sama lain akibat pertembungan manusia inidinamakan sebagai peminjaman bahasa. Bahasa dipinjam apabila diucapkan oleh penuturbahasa lain yang dipengaruhi oleh bahasa yang baru itu. Definisi peminjaman yangdicadangkan oleh Hockett (1958: 402) adalah seperti di bawah;
The feature which is imitated is called the model; the idiolect (or language) inwhich the model occurs, or the speaker of that idiolect, is called the donor; theidiolect (or language) which acquires something new in the process is theborrowing idiolect (or language). The process itself called “borrowing,” but this
 
2
term requires some caution. Thus, that which is “borrowed” does not have to be paid back; the donor makes no sacrifice and does not have to be asked for  permission. Indeed, nothing changes the hands: the donor goes on speaking asbefore, and only the borrower’s speech is altered.
Pertembungan tidak semestinya menjanjikan peminjaman antara satu bahasadengan bahasa yang lain. Hocket (1958) memberikan dua keadaan yang perlu ada dalamproses peminjaman iaitu yang pertama, seseorang penutur itu perlu yakin bahawa diamemahami sebutan atau pengucapan penutur bahasa yang dipinjam. Pendapat ini tidak bertentangan dengan Weinreich (1964) dan Bloomfield (1933) yang menyatakan bahawaproses peminjaman biasanya bermula dengan kedwibahasaan (
bilingualism
), di manapenutur dwibahasa akan mengalami gangguan bahasa (
interference phenomena
). Keadaanyang kedua pula, penutur tersebut mesti mempunyai motif untuk meminjam sama adasecara jelas atau terselindung.Menurut Hockett (1958) dan Abdullah (1974) dua faktor utama bahasa dipinjamadalah untuk kemegahan dan keperluan. Bahasa-bahasa di dunia ini seolah-olahmempunyai taraf atau darjat yang berbeza. Contohnya, imigran yang berhijrah keAmerika akan cuba berbahasa Inggeris dalam percakapan mereka kerana bahasa Inggerisadalah bahasa yang penting dan dianggap mempunyai taraf yang tinggi di negara tersebut.Di Malaysia misalnya, kosa kata bahasa Inggeris dan bahasa Arab dipinjam dan diselitkandalam ujaran dan percakapan seharian kerana kedua-dua bahasa ini mendapat tempatyang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Ada juga kemungkinan seseorang ituberbuat demikian untuk mengelakkan dari disisih oleh masyarakat dan menunjukkanbahawa dia juga boleh berbahasa lain selain bahasa ibunda. Pendek kata, penggunaanbahasa asing yang tinggi tarafnya turut mengangkat prestij seseorang individu ataumasyarakat itu. Disebabkan faktor inilah, Bloomfield (1933) menyebut dalam bukunya,“…it is the lower language which borrows predominantly from the upper.”Faktor kedua, mengapa berlakunya peminjaman adalah faktor keperluan.Keperluan yang dimaksudkan di sini adalah untuk memberi nama kepada sesuatu objek 
 
3
atau konsep yang baru, yang masuk melalui pertembungan budaya yang berlaku. Sebagaicontoh, kedatangan pengaruh agama Hindu dan agama Islam ke Semenanjung TanahMelayu suatu ketika dahulu membawa konsep-konsep keagamaan sehingga menyebabkanpeminjaman daripada bahasa Sanskrit dan bahasa Arab diperlukan. Antara perkataan-perkataan yang dipinjam untuk memenuhi keperluan tersebut, seperti
raja, dewa, pancaindera, ugama, kadi, naib, mukim, rezeki,
dan
hadir 
. Pengaruh politik oleh penjajahInggeris di tanah Melayu pula meninggalkan perkataan-perkataan bahasa Inggeris seperti
gomen, stesen, motokar, feri
dan lain-lain (Abdullah 1974). Sesuatu bangsa yang inginmembina tamadun juga perlu berusaha untuk maju dalam pelbagai bidang. Desakanpembangunan ini menyebabkan istilah-istilah asing dipinjam misalnya istilah-istilahperubatan, kejuruteraan, dan teknologi maklumat. Mohd. Isa (2009) dalam makalahnyaada menyebut bahawa seorang pengkaji Jepun menyatakan bahawa orang Jepun tidak berasa malu meminjam istilah daripada bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawapeminjaman unsur bahasa asing oleh sesuatu bahasa merupakan perkara biasa. Malah,peminjaman bersistem dianggap satu tanda kemodenan dan kedinamikan bahasa.
1.2 KESAN PEMINJAMAN TERHADAP SISTEM FONOLOGI
Seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, peminjaman bahasa adalah bersifatsemulajadi. Kemasukan kata-kata asing hasil peminjaman ini bukan sekadar kata leksikalsemata-mata, tetapi kata tersebut turut membawa bersama sistem nahu bahasa sumberkhususnya sistem fonologi. Apabila bahasa meminjam antara satu sama lain, maka salahsatu daripada tiga fenomena akan berlaku terhadap bahasa tersebut. Fenomena yangpertama ialah Kata Pinjaman Penyerapan Penuh (
Well-Integrated Loan Words
) (Repetti2009). Apa yang dimaksudkan dengan penyerapan penuh ini adalah kosa kata yangdipinjam itu masuk dengan semua ciri linguistik bahasa sumber tanpa sebarangperubahan. Oleh yang demikian, ciri linguistik bahasa sumber terpaksa diterima masuk kedalam bahasa penerima walaupun terdapat ciri linguistik yang nyata bertentangan dengansistem nahu bahasa penerima tersebut.

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
aifaomar liked this
aifaomar liked this
Zana Is liked this
Ong Soongin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->