You are on page 1of 2

P

‫ت أَ ْع َمالِنَا َمنْ يَ ْه ِد ِه‬ ِ ُ‫ش ُر ْو ِر أَ ْنف‬


َ ْ‫سنَا َو ِمن‬
ِ ‫سيِّئَا‬ ُ ْ‫ستَ ْغفِ ُرهُ َونَ ُع ْو ُذ بِاهللِ ِمن‬
ْ َ‫ست َِع ْينُهُ َون‬
ْ َ‫ نَ ْح َم ُدهُ َون‬، ‫هلل‬
ِ ِ ‫َالـحَْمُد‬
‫لى ِآلِه‬
َ ‫ع‬َ ‫ن َو‬ ِ ‫سْوِلَنا األَِمْي‬
ُ ‫علىَ َر‬َ ‫الُم‬ َ َّ‫الُة َوالس‬ َّ ‫ َو‬، ُ‫ي لَه‬
َ ‫الص‬ َ ‫ضلِ ْلهُ فَالَ هَا ِد‬
ْ ُ‫ض َّل لَهُ َو َمنْ ي‬ ِ ‫هللاُ فَالَ ُم‬
.‫ن‬ َ ‫ابِه َأجْـَمِعْي‬
ِ َ‫صح‬
ْ ‫َوَأ‬
, Ya Allah , Tuhan Semesta Alam
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2005
peringkat Sekolah Kebangsaan Telok Gadong Klang pada malam yang
berbahagia ini dengan tema :
“Guru Berkualiti Pemangkin Kemajuan”

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,


Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni
sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami
hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat
ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar
menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah
mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Tuhan Yang Mentadbir Langit dan Bumi ,


Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan ,
memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa
kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-
anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan
menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada guru-
guru kami kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi
dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat
juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang
tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik
dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena
pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Tuhan Yang Menjadikan Malam dan Siang ,


Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan
kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada
kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami
akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami
, mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa
mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa
dan negara tercinta .

Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Hujan ,


Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu ,
permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia
mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini dengan
keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada
kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan
Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau
mengizinkannya .

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى هللا على خير خلق هللا وخاتم األنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬
‫والحمد هلل رب العالـمين‬

You might also like