You are on page 1of 3

BENIH RUMPUT

Cara Menanam

1. Selepas ditabur,tutup benih tersebut dengan sedikit tanah hitam atau pasir.
2. Siram dua kali sehari.Rumput ini halus dan tidak berapa tinggi.Sesuai untuk kawasan lembah dan di
tepi pantai.
3. Kita boleh memotong rumput ini apabila ketinggiannya kira-kira 8cm
4. a) satu tin(400g) untuk 32 persegi meter (340 persegi kaki)
b) Satu bungkus (100g) untuk 8 persegi meter.

Cara menanamnya pun cukup mudah, yaitu dengan menempelkannya pada tanah, yang sebelumnya
sudah dibersihkan, digemburkan dan diberi pupuk.

"rumput carpet" adalah nama yang telah banyak disalahgunakan.  Axonopus affinis dulu ialah
rumput carpet pertama di Malaysia.  Lepas tu, Manila grass dan sekarang Phillipine grass pula
di panggil rumput carpet. A. affinis juga dikenali sebagai 'rumput lembu' ; bunga dia ada dua
tanduk.  Berbeza dgn Cowgrass (rumput kerbau) yang bunganya ada tiga tanduk. Jangan tanya
saya tentang terjemahan lembu dan kerbau ni; dah kabur di telan masa. Apa yang anda
inginkan, saya rasa, ialah permukaan rumput yang nampak seperti karpet; kerana itulah anda
bertanya tentang "rumput karpet" yang sebenar. Philipine grass boleh memberi kesan yang
anda cari, dengan syarat, kawasan yang ingin ditanam tidak banyak teduhan.  Iaitu ia boleh
mendapat lebih kurang enam jam cahaya matahari sehari.  Jika kurang dari itu, rumput ini akan
tumbuh memanjang kerana ia akan mencari matahari.  Kena rajin sikit memotong.  Tapi jika ia
dibawah "porch" atau pokok yang rimbun; lupakan.  Ia tak boleh survive lepas 2-3 bulan.
 Jika kawasan banyak teduhan, cuba dengan Pearlgrass atau jika kawasan besar, gunakan
Cowgrass.  Jika kawasan En. Azmi sangat besar dan ada gabungan kawasan lapang dan
teduhan; gabungan kreatif diantara Philipine and Pearlgrass adalah mungkin.
Satu lagi jenis Zoysia yang tahan teduhan (secara perbandingan) ialah Z. matrella.
Perbezaan di antara rumput Axonopus dan Zoysia ialah Axonopus mempunyai tabiat tumbuh
yang bersifat lebih 'baring' dan Zoysia bersifat lebih menegak. Kedua-dua nya berwarna hijau
muda.

Rumput membiak umumnya dengan dua cara utama:

Benih

Ini ialah cara yang biasa kita kaitkan dengan tumbuhan. Tanam bijibenih, kita akan
dapat tumbuhan. Hasilnya akan bergantung kepada sifat ibu dan bapa tumbuhan
tersebut dan kadang-kadang berlaku perbezaan diantara sifat anak dan ibubapa.
Benih anda boleh beli di Supermarket atas jenama "Bermudagrass" ataupun
"Carpetgrass". Spesis apa memang menjadi misteri kepada saya.

Anda menanamnya dengan pertama, menyemainya dalam "petak semaian" dulu. 


Terus menabur bijibenih rumput yang halus ni ke laman anda akan menggemukkan
burung dan cacing (dan tokey supermarket tadi).

Petak semaian ialah apa2 petak atau kotak (contohnya kotak kasut yang besar).  Letak
pasir, tanah "top soil" dan sedikiiiit baja organik.  Lebih kurang segenggam utk kawasan
seluas 1 kaki persegi sedalam 6 inci jadilah.  Pastikan organik yang tak mengandungi
kimia (Nisbah baja N:P:K jangan lebih 5:5:5) Gaul lebih kurang 2 inci kedalaman.  Tabur
benih tadi dengan nipis.  Siram dan doa.  Tunggu ia bercambah dalam lebih kurang
seminggu-dua. Bela dan belai rumput tadi sehingga ia tumbuh rapat dalam petak
semaian.  Dalam masa 2 bulan anda boleh mengambil rumput tadi dan menanamnya
secara vegetatif ke laman anda yang masa ni dah mula ditumbuh oleh rumput lain.

Anda boleh mencuba tanam terus ke laman


Bahagian utama Rumput turf (1)      
Home

You might also like