You are on page 1of 2

Empat Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Ajar Anak Membaca

Posted on May. 28th, 2010 by UMMU_ABDULLAH

Bayi sangat mudah untuk belajar membaca. Kerana


proses mengajarnya adalah seolah permainan yang digemarinya. Anak kedua saya, Muhammad memang
ternanti-nanti waktu membaca. Sehingga kadangkala, dia sendiri datang sambil memberi kepada saya buku
untuk dibaca. Namun, ingat! Empat perkara di bawah adalah perkara yang mesti dielakkan ketika mengajar anak
membaca.

1. Jangan Harapkan Hasil yang Serta Merta


Tak kira berapa pun umur bayi, kadangkala kita ingin melihat hasil yang memberangsangkan sebaik sahaja kita
selesai mengajarkan anak membaca. Hal ini biasanya berlaku ketika ibu mengajarkan anak yang berumur
sekitar 1 hingga 3 tahun. Anak sudah mula pandai bercakap, sudah tentu kita ingin lihat apa yang anak dapat
belajar sepanjang seminggu pengajaran bermula.
Seminggu adalah singkat. Jika ibu benar-benar mengajar anak dengan waktu yang ditetapkan, lebih kurang
beberapa bulan, barulah anak akan mula menunjukkan hasil yang anda tidak sangkakan. InsyaAllah. Tak perlu
terburu-buru melihat hasil, akan tetapi teruskan mengajar anak dengan masa yang disiplin!

2. Jangan Gunakan Huruf Bersaiz Kecil


Ha! ingat tu, bukan huruf kecil, huruf yang bersaiz kecil. Tidak kiralah program apa yang digunakan, samada
Flash Card, sebarang buku, atau tulisan sendiri, cubalah untuk membesarkan tulisan. Memandangkan
penglihatan bayi anda masih belum terbentuk dengan baik, ibu mesti menggunakan huruf bersaiz besar. Jangan
samakan Flash Card pelajar tadika dengan Flash Card bayi. =)

Lebih mudah jika anda dapat menulis sendiri di atas papan putih yang kecil dan boleh dipadam. Pastikan tulisan
huruf kecil dan bersaiz besar.

3. Jangan Mengarahkan Bayi Anda Membaca Untuk Anda


Ibu mana yang tidak gembira melihat anak mula menunjukkan hasil setelah penat lelah mengajarkannya.
Kebiasannya, ibu mula tersalah langkah pada peringkat ini, kemudian mula menampakkan yang anaknya sudah
tidak gemar untuk belajar membaca lagi. Kesilapannya adalah pada ayat:

“Ini ape?” sambil menunjukkan satu perkataan.

“Cuba teka? Macam mana bunyi perkataan ini?”

Sebenarnya, anak-anak tidak suka diuji! Mengapa? Kerana mereka tidak sukakan kegagalan yang meruntuhkan
semangat.
Untuk melihat sejauh mana anak anda mula mengenal perkataan, anda boleh menggunakan cara lain.
Contohnya, tunjukkan 2 perkataan, kemudian anta tanyakan pada anak, “bola yang mana ye…?”. Atau dengan
cara yang sangat tersirat, “Mana bola ni… yang ni ke, yang ni ke???” sambil tunjuk-tunjuk perkataan. Kan
berbeza daripada tanya anak ini bunyi apa dan macam mana bunyi perkataan ini. Ingat! Anak kecil tidak suka
diuji.

4. Jangan Jadikan Masa Belajar Sebagai Masa yang Tidak Efektif


Bayi anda belajar membaca kerana mereka fikir ia adalah permainan yang menggembirakan. Ia akan menjadi
seronok dengan layanan dan teknik yang digunakan oleh ibu. Oleh sebab itu, tunjukkan keseronokan anda
ketika mengajar anak membaca. Jika anak mula menunjukkan rasa kurang senang, letih, bosan atau tidak
selesa, segera hentikan pembelajaran. Ingat! pastikan bayi anda dalam mood gembira ketika belajar.

You might also like