You are on page 1of 3

Tajuk : Fungsi Bahasa Melayu

Semenjak pengisytiharaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa


Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan
bahasa pengantar. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memperuntukkan
kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang
telah termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan
1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, 1993, bahasa rasmi boleh didefinisikan
sebagai pentadbiran kerajaan. Ainon Mohamad (1984) pula merumuskan bahawa bahasa
rasmi membawa pengertian peranan bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan Negara
di dalam semua urusan, terutama dalam urusan pentadiran negara. Bahasa Melayu yang
diperakui mempunyai status khas adalah wahana Pembinaan negara dalam semua urusan
terutama urusan rasmi seperti pemerintahan, pendidikan, kehakiman dan antarabangsa.
Bahasa Melayu digunakan dalam kegiatan urusan peringkat kebangsaan. Segala dokumen
dan rekod-rekod kerajaan adalah ditulis dalam bahasa Melayu begitu juga dalam
penulisan borang-borang urusan rasmi kerajaan. Bahasa Melayu juga merupakan media
dalam penulisan undang-undang dan peraturan Negara. Oleh itu, semua surat, notis, minit
mesyuarat memorandum dan dokumen – dokumen lain mesti ditulis dalam bahasa
Melayu.

Fungsi bahasa Melayu yang kedua adalah sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa
kebangsaan didefinisikan dalam Kamus Dewan sebagai bahasa yeng diterima dan
digunakan ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempuyai beberapa bahasa atau
loghat yang lain. Bahasa Melayu memberikan satu identiti nasional yang menjadi
lambang kepada bangsa dan negara yang unik yang disebut sebagai identifikasi nasional.
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah menyerlahkan lambang
inspirasi dan jati diri negara Malaysia seterusnya membina semangat kebangsaan dan
kemerdekaan. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai alat penghubungn di kalangan
masyarakat Malaysia dan menyatupadukan rakyat di bawah satu identiti negara berdaulat.
Bahasa kebangsaan digunakan sebagai wacana politik dan undang-undang serta
komunikasi rasmi dalam pentadbiran kerajaan.

Bahasa Melayu tetap mempunyai peranannya sebagai bahasa ilmu walaupun


bahasa inggeris diperkenalkan dalam urusan pendidikan. Fungsi bahasa Melayu adalah
sebagai pengantara ilmu pengetahuan dari peringkat rendah sehinggalah peringkat tinggi.
Bahasa Melayu merupakan bahasa akademik yang lengkap dengan laras bahasa yang luas
untuk membincangkan ilmu yang baru. Ciri-ciri bahasa Melayu yang menjadi bahasa
ilmu adalah keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa yang telah menjadikan
bahasa Melayu mudah digunakan dalam urusan pembelajaran. Negara Malaysia pernah
dikejutkan dengan budaya yang baru iaitu Pengajaran dan pembelajaran sains dan
matematik dalam bahasa inggeris, PPSMI. Tetapi, hal ini memberi impak yang besar
kepada pelajar terutama di luar bandar yang tidak biasa menggunakan bahasa inggeris.
Langkah kerajaan memansuhkan PPSMI adalah sangat tepat bagi memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu yang unggul.

Bahasa pengantar merujuk kepada penggunaan bahasa dalam menyampaikan


sesuatu maklumat kepada orang lain. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa
pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Bahasa Melayu digunakan
didalam semua matapelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan kecuali matapelajaran
Bahasa Inggeris. Sekolah Jenis Kebangsaan adalah diwajibkan mempelajari bahasa
Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan sebuah universiti yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam urusan pembelajaran.
Maka tidak hairanlah bahasa Melayu tetap diangkat sebagai wahana ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang. Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam sitem pendidikan di Negara ini dimulakan dengan penggubalan Penyata
Razak, 1956 dan diperteguhkan dengan Laporan Rahman Talib, 1960.
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata yang ampuh
untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dalam proses membina negara bangsa yang
bersatu padu. Kamus Dewan (1993) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan,
peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu.
Oleh itu dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah
bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan
dalam satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat yang menyatupadukan rakyat
yang berbilang kaum dalam sesebuah negara. Keadaan pembangunan ekonomi Negara
telah mengakibatkan jurang sosial yang bertambah besar. Oleh itu, bahasa melayu
bertindak sebagai alat yang menghubungkan rakyat dari berbagai-bagai bangsa dan
berupaya untuk menyatupadukan bangsa yang dikenal sebagai bangsa Malaysia. Bahasa
Melayu menjadi lambang kesatuan dan perpaduan negara. Pemimpin-pemimpin politik
perlu memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan bahasa Melayu dan terus
memartabatkannya sebagai bahasa perpaduan kaum.

Kesimpulannya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan oleh semua


lapisan masyarakat untuk menjadikan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Bahasa
Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya sehingga menjadi lingua franca dan
bahasa ilmu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu
mudah menerima pengaruh bahasa asing. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah
air dan mempunyai semangat perpaduan yang teguh, wajarlah saranan kerajaan untuk
memartabatkan bahasa Melayu disahut. Fungsi khusus bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa pengatar dan bahasa perpaduan telah
menjelaskan bahawa bahasa Melayu mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk
berada sebaris dengan bahasa lain di peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh
Hasimah binti Bosri
KPLI-SR BI/SN/MO (1)

You might also like