You are on page 1of 1

Masa HAri guru 16 MEI yang lalu,Ana bertanyakan DR MIR HAZIL tentang apa makna

dan masud USTAZ.Ana dah lama tercari cari maknanya dalam bahasa Arab dan akhirnya
inilah jawapan dari Dr Mir Hazil.
SILA BACA YER,

JAWAPAN sy UNTUK SOALAN : MAKSUD USTAZ..


Huh.. sebenarnya saya juga pernah tertanya-tanya persoalan ini suatu masa dulu. Ada
berbagai versi jawapan yang ditemui. Setahu saya, perkataan ‘ustadz’ tiada dalam al-
Quran..Setahu saya..perkataan ‘ustadz’ (ejaan arabnya ‫ ذ‬,‫ ا‬,‫ ت‬,‫ س‬,‫ ) أ‬ini berasal dari
bahasa FARSI (Irani). Banyak perkataan-perkataan farsi telah menular masuk ke bahasa
arab suatu masa dahulu. Ia adalah gelaran untuk cikgu (teacher).
Ada juga perbahasan yang mengatakan ia berasal dari bahasa Sepanyol (Spanish) “USTED”
yang umumnya adalah ‘kata ganti-nama ke tiga’ seperti ‘dia’ atau ‘mereka’ yang boleh
merujuk kepada lelaki atau perempuan (umum). Sejarahnya dikatakan perkataan ‘usted’ ini
berasal dari perkataan Sepanyol tua – “Vuestra Merced” bermaksud ‘Yang Pengasih’. Kata
‘vuestra’ ini kemudiannya disebut ‘Vested’ hingga akhirnya menjadi ‘Usted’ (dimana
dahulunya huruf ‘v’ dan ‘u’ adalah sama dalam bahasa mereka). Ada yang berpendapat
terdapatnya ambilan perkataan-perkataan arab atau farsi ke dalam bahasa Sepanyol Tua.
Namun, perbahasan ini agak lemah kerana tiada bukti jelas menyokong fakta tersebut.
Mungkin sebutan kata ‘usted’ dalam bahasa Sepanyol ini kebetulan sama dengan kata
‘ustadz’.
Pendapat mengatakan asal kata ini dari FARSI punya kekuatan sejarahnya. Malah
perkataan ini masih digunakan di Negara tersebut juga di Negara Arab. Maksud dikedua-dua
Negara adalah sama iaitu : cikgu atau guru. Malah, dalam bahasa Farsi, ‘ustadz’ merujuk
kepada guru di universiti atau secara tepatnya professor. Status cikgu atau pensyarah dan
professor jauh berbeza. Profesor adalah ‘tenaga akademik yang paling tinggi taraf
jawatannya di universiti. Mereka adalah insan yang tahu secara mendalam akan sesuatu
bidang yang mereka kuasai. Bukan hanya penyampai wacana bidang tersebut, mereka adalah
PAKARNYA. Maka, status atau gelaran ‘ustadz’ ini tinggi martabat atau duduknya.
Di Malaysia ‘ustaz’ merujuk kepada guru agama. Malah kata ini di ‘muannaz’ (merujuk
kepada perempuan) menjadi ‘ustazah’ bagi merujuk guru wanita yang mengajar agama.
Seperti perbincangan tentang perkataan artikel ‘guru’ yang lalu, kata ‘ustadz’ ini juga pada
hemat saya telah sedikit ‘dimurahkan’ martabatnya.
Sempat juga bertanya kepada sahabat saya al-ustadz Mohd Gunawan Aziz, Antara jawapan
beliau: Kata ‘Ustadz’ adalah kalimah khusus yakni (baca:iaitu) ia bukan kalimah terbitan
dari mana-mana kalimah akar. Contoh kalimah terbitan adalah seperti kata ‘mualim’ yang
kalimah akarnya adalah ‘alima. Ia digunakan sebagai ‘gelaran’ yang disandarkan
(diberikan) kepada orang yang mengajar apa jenis ilmu sekalipun, samada khusus atau tidak
JUGA berkaitan agama atau tidak. Oleh kerana itu, gelaran ini jarang digunakan di Negara
Arab untuk merujuk kepada ‘guru agama’. Di Arab, gelaran ini amat terkenal digunakan
untuk cikgu sekolah awam rendah dan menengah termasuklah cikgu muzik. Cuma di
Malaysia, gelaran ini lebih ma’ruf untuk guru aliran agama.
wallahualam…
alfakirmaster G

You might also like