You are on page 1of 10

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

011

011
Bahasa
Melayu
MLB 2009
Set 1
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

_____________________________________________

MODUL “LATIH BIMBING” UPSR 2009

011 – BAHASA MELAYU

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak


MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM 2 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

Soalan 1 hingga Soalan 21


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Faiz gemar bermain tenis, sepak raga, ________ bola baling.


A atau
B serta
C sambil
D dengan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah


2 Abdul Rahman tidak akan bermain badminton ________ kerja
rumahnya belum selesai.
A semasa
B setelah
C supaya
D selagi

3 Azli akan tetap berusaha untuk memujuk ________ emaknya bersetuju dengan hasratnya
untuk bermain badminton itu.
A kendatipun
B sehingga
C kecuali
D namun

4 Azli dan Faiz benar-benar teruja ________ mendengar semua rakan sekelasnya berjaya
memperoleh 5A dalam UPSR.
A lalu
B tatkala
C sambil
D kerana

5 ________ Hani pereka fesyen yang terkenal namun, dia tidak bersikap hidung tinggi.
A Jikalau
B Meskipun
C Semenjak
D Sama ada

6 Terdapat pelbagai jenis kraf tangan yang dipamerkan oleh penduduk kampung ________
gubahan buah-buahan.
A dan
B atau
C yang
D kecuali

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM 3 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah


7 Entah esok ________ lusa keputusan peperiksaan UPSR akan
diumumkan.
A atau
B akan
C maka
D untuk

8 ________ Faiz yang berbadan kurus pun mampu mengangkat bebaban itu ________ Azli
yang berbadan besar.
A Meskipun … namum
B Sedangkan … apatah
C Jangankan … bahkan
D Kendatipun … mahupun

9 “________ saya tidak datang dalam masa suku jam, awak berdua pergilah dahulu,” kata
Faiz kepada rakan-rakannya.
A Selagi
B Semasa
C Selepas
D Sekiranya

10 “________ kah saudari Azie mula menceburi bidang lakonan?” tanya wartawan itu kepada
pelakon kecil molek itu.
A Bagaimana
B Mengapa
C Di mana
D Bila

11 Sazaliyana berminat untuk menyertai rombongan ke Melaka. ________, dia meminta izin
daripada ayahnya.
A Sebaliknya
B Sedangkan
C Lantaran itu
D Kalau begitu

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah


12 ________ yang tua ________ yang muda sama-sama sepakat
untuk membersihkan kawasan balai raya itu.
A Baik … mahupun
B Jangankan … pun
C Walaupun … namun
D Bukan sahaja … entah

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM 4 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

13 Siti Zakiah amat disayangi ibu bapanya. ________, setelah dia mendapat Anugerah Murid
Cemerlang Akademik Tahun 2009.
A Justeru
B Sebaliknya
C Oleh sebab itu
D Lebih-lebih lagi

14 Berbagai-bagai usaha telah dilakukan untuk membasmi kemiskinan penduduk kampung.


________, masih belum menampakkan kesan yang memberangsangkan.
A Walau bagaimanapun
B Tambahan pula
C Selain itu
D Oleh itu

15 Haziq tidak dapat menyertai pertandingan badminton di sekolahnya. ________ dia akan
berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.
A Padahal
B Kendatipun
C Namun begitu
D Dengan demikian

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah


16 Hani dan kawannya akan menunggu bas di ________ untuk
pergi ke tempat kerja.
A stesen bas
B terminal bas
C pangkalan bas
D perhentian bas

17 “Jika ingin mendapatkan aksesori komputer, saudari hendaklah berkunjung ke ________,”


kata Fuad kepada gadis itu.
A pajak gadai
B kedai runcit
C gedung ilmu
D galeri komputer

18 Keluarga Azli masih lagi menggunakan ________, iaitu kereta nasional keluaran pertama
negara kita Malaysia.
A Proton Satria
B Proton Saga
C Proton Waja
D Proton Wira

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM 5 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

19 “Kain sutera ________ tentu buatan dari luar negara,” kata ibu Hamid sambil membelek-
belek kain sutera tersebut.
A ini
B itu
C situ
D sana

20 ________ yang ingin menyertai lawatan ke Pameran Buku di PWTC bolehlah berjumpa
dengan Cikgu Rosnah.
A Bila-bila
B Apa-apa
C Mana-mana
D Siapa-siapa

21 Sudah agak lama kami menunggu Abang Hassan di stesen teksi. Entah berapa lamakah
lagi kami harus menunggunya di ________?
A sini
B situ
C sana
D mana

Soalan 22 hingga Soalan 24


Pilih ayat yang betul.

22 A Pekan Baru itu tidak jauh dari sini.


B Afandi tidak gemar tinggal di kampung situ.
C Jadikan kekalahan tersebut sebagai satu pengajaran.
D Cenderahati mana-mana akan kami berikan kepada Salmizan.

23 A Apakah yang menghantar kamu pulang?


B Sejak bilakah mereka berpindah ke Bukit Katil?
C Bagaimanakah pameran kraf tangan diadakan?
D Manakah antara kamu yang tinggal di Kemaman?

24 A Rajiv mengambil sebuah novel sambil membacanya.


B Rosmah memotong sayur ketika menyanyi di dapur.
C Faiz berdiri kerana memberi salam kepada guru kelas mereka.
D Aziz mencuci tangan lalu makan nasi yang dihidangkan ibunya.

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM 6 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

Soalan 25 hingga Soalan 26


Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Nenek membelikan cucunya raket setelah memenangi pertandingan itu.


II Kereta itu telah ditunda oleh kerana dia tidak mematuhi peraturan jalan raya.
III Penjenayah itu telah ditangkap walaupun terbabit dalam beberapa rompakan.
IV Tanaman sayur-sayuran yang diusahakan oleh mereka mendatangkan keuntungan.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

26 I Tarian itu dipersembahkan untuk tontonan tetamu.


II Harga barang tetap naik meskipun harga minyak turun.
III Sungguhpun bertubuh kerdil namun dia bercita-cita besar.
IV Jangankan menonggang motosikal, basikal pun tidak pandai dikayuhnya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

27 I Mengapakah bentuk bantuan yang diberikan kepada mangsa tsunami?


II Bilakah penduduk kampung akan mengadakan pameran kraf tangan?
III Apakah hadiah utama untuk pemenang pertandingan badminton itu?
IV Siapakah pemuda yang berkaca mata hitam itu?
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

28 I Datuk sering berdoa agar dimurahkan rezeki ketika hidup bahagia.


II Kami tidak akan bermalam di teratak usang ini kecuali tiada pilihan.
III Didi mesti makan ubat supaya cepat sembuh demam selesemanya itu.
IV Nenek Azli sempat menggubah bunga manakala sibuk menjaga cucu-cucunya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM 7 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

29 Nenek pernah berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan sebagai pengurus.


Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas.
A Di manakah nenek pernah berkhidmat?
B Bilakah nenek berkhidmat sebagai pengurus?
C Apakah tugas nenek semasa sedang berkhidmat?
D Apakah perkhidmatan yang pernah diberikan oleh nenek?

30 Hani sekeluarga melawat ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Ahad
yang lalu.
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas.
A Bilakah Hani sekeluarga melawat Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur?
B Siapakah yang akan pergi melawat Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur?
C Mengapakah Hani dan keluarganya melawat Pameran Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur pada hari Ahad?
D Bagaimanakah Hani sekeluarga pergi melawat Pameran Buku Anarabangsa Kuala
Lumpur pada hari Ahad?

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada cuti sekolah yang lalu, Salim telah berkunjung ke rumah datuk dan neneknya di sebuah
perkampungan FELDA, di negeri Pahang. Apabila sampai, Salim bersalaman dengan datuk
dan neneknya. Ketika itu, nenek Salim sedang menggubah bunga. Bunga gubahannya itu
diperbuat daripada daun getah yang telah direndam dan dikeringkan. Salim berbual-bual
dengan neneknya.
Salim : Wah, cantiknya bunga-bunga ini! Nenek beli?
Nenek : Tidak, Salim. Bunga-bunga ini nenek buat sendiri. Esok ada pertandingan dan
pameran kraf tangan di dewan orang ramai di kampung ini. Nenek akan menyertai
pertandingan itu. Sebelum ini, telah beberapa kali nenek berjaya memenangi
pertandingan seperti itu. Dahulu, nenek membuat bunga-bunga ini hanya sebagai
hobi. Kini, banyak orang kampung dan pelanggan dari tempat lain menempah
bunga-bunga seperti ini daripada nenek. Rugilah kalau nenek mensesiakan
kebolehan nenek.
Salim : Saya pun ada hobi yang menguntungkan.
Nenek : Mengapakah kamu berkata begitu, Salim?
: Begini, nek. Hobi Salim bermain badminton. Salim ingin mengharumkan nama
Salim sekolah dan negara dalam arena sukan tersebut. Namun begitu, ibu tidak
menggalakkan Salim meneruskan hobi tersebut walaupun Salim berjanji tidak
akan mengabaikan pelajaran. Salim sedih, nek.
Nenek : Mungkin ibu kamu bimbang kalau-kalau kamu tidak dapat mengagihkan masa
untuk belajar, mengaji dan bermain.

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM 8 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

Salim : Mungkin juga nek tetapi Salim memang ada jadual belajar. Tambahan pula, Salim
memang pandai bermain badminton, nek. Salim kerap mengalahkan kawan-
kawan sekolah semasa perlawanan.
Nenek : Bagus sikap kamu, Salim. Kita patut mengambil kira pandangan ibu bapa.
Sebenarnya Salim, memang ada beberapa perkara yang menentukan hobi
seseorang itu sama ada berjaya atau tidak. Misalnya bakat, minat, kesungguhan,
galakan ibu bapa dan juga modal.
Salim : Betul kata nenek.
Nenek : Nenek kagum dan bangga dengan semangat kamu. Sekiranya nenek menang
dalam pertandingan itu, nenek akan membelikan Salim raket yang berkualiti.
Salim : Terima kasih, nek. Salim sayang akan nenek. Salim berjanji akan bermain dengan
bersungguh-sungguh demi keluarga, sekolah dan negara.

31 Di manakah Salim pergi bercuti?


A Pekan FELDA, Pahang
B Perkampungan FELCRA
C Kampung FELDA, Pahang
D Perkampungan FELDA, Pahang

32 Apakah hobi nenek Salim?


A Menanam pokok bunga
B Menggubah bunga
C Menyulam bunga
D Menjual bunga

33 Merujuk petikan, siapakah idola Salim?


A Ibu
B Ayah
C Datuk
D Nenek

34 Bagaimanakah sikap ibu Salim terhadap anaknya?


A Prihatin
B Menyayangi
C Lemah lembut
D Bertolak ansur

35 Mengapakah ibu Salim tidak membenarkan Salim meneruskan hobinya?


A Gagal dalam pelajaran
B Tidak dapat membantunya
C Dapat mengharumkan nama sekolah
D Risau anaknya tidak pandai menguruskan masa

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM 9 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KASIH

Pada 5 Februari 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Kasih mengadakan Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Kali Ke-15. Tamu kehormat yang merasmikan majlis tersebut ialah Pengarah
Pelajaran Negeri.
Tujuan utama majlis itu diadakan adalah untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan
murid-murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2008. Selain itu,
murid-murid yang berjaya dalam pelbagai aktiviti kokurikulum turut dihargai. Majlis itu juga
berperanan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
Pelbagai jenis hadiah telah disampaikan pada hari itu. Hadiah utama telah disampaikan
kepada Julia binti Osman. Julia ialah murid terbaik dalam UPSR peringkat kebangsaan pada
tahun 2008. Murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun pada tahun lepas
juga menerima hadiah masing-masing.
Seorang lagi murid, Azli bin Afandi, telah menerima hadiah khas kerana menjadi juara
dalam pertandingan badminton perseorangan bawah 12 tahun peringkat Zon Selatan pada
tahun 2008. Pemenang pelbagai pertandingan kokurikulum peringkat daerah dan negeri juga
menerima hadiah.
Persembahan pentas turut diadakan pada hari itu. Kumpulan koir, kumpulan tarian dan
beberapa orang murid yang mempersembahkan nyanyian secara solo telah menghiburkan
hadirin. Apabila selesai majlis di dewan, Pengarah Pelajaran Negeri menyaksikan tunjuk cara
pembelajaran di makmal komputer. Kemudian, Pengarah Pelajaran Negeri turut merasmikan
Teratak Ilmu, iaitu pondok bacaan yang kos pembinaannya disumbangkan oleh seorang
dermawan yang juga bekas murid sekolah tersebut.
Majlis pada hari itu tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Pengarah Pelajaran Negeri
memuji segala usaha murni pihak sekolah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Kasih
sebagai sekolah yang cemerlang.

Laporan disediakan oleh, 10 FEBRUARI 2008


Hani
(HANI BINTI JAMILI)
Ketua Pengarang,
Sidang Redaksi Majalah Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Seri Kasih.

36 Siapakah yang menulis laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri
Kasih Kali Ke-15 itu?
A Editor Majalah
B Ketua Editor Majalah
C Sidang Redaksi Majalah
D Pengarah Pelajaran Negeri

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM 10 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

37 Sambutan Hari Augerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Kasih diadakan pada
A 05 - 02 - 2008
B 15 - 02 - 2008
C 12 - 05 - 2008
D 05 - 12 - 2008

38 Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk


A mengharumkan nama serta meningkatkan prestasi sekolah.
B mengenang jasa murid-murid sekolah serta menghibukan tetamu.
C memberi anugerah kepada murid-murid serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.
D menghargai kejayaan murid-murid serta menjalin silaturahim antara pihak sekolah
dengan penjaga.

39 Yang berikut bukan acara pentas yang dipersembahkan kecuali


A Lagu solo, tarian dan koir
B Tarian, nyanyian dan boria
C Koir, boria dan nyanyian duet
D Nyanyian, dikir barat dan silap mata

40 Merapatkan hubungan dalam petikan bermaksud


A mendekati diri orang lain.
B menjalin hubungan mesra.
C mengeratkan kasih sayang.
D memperkukuh persahabatan.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

You might also like