Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
UNIVERSITI MALAYA
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU( JXEA 1104 )SEMESTER 1 2008 /2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU(APM )
TAJUK : KUPASAN FALSAFAH PANTUNBUDI DAN PANTUN ILMU
 NAMA PENSYARAH : PROF. DR. AMRANMUHAMMADTUTOR : SITI HADIJAH ABDOL RAHMANNAMA PELAJAR : SITI FATIMAH BINTI AYUBNO. MATRIK : JEA080130
 
PENGENALANKita sering mendengar orang berkata, pantun adalah manifestasi pemikiran Melayu silam.Itu memang benar kerana pantun sebagai karya sastera adalah pelahiran langsungdaripada pemikiran manusia yang amat jernih dan signifikan. Pantun terutama sekalimenjelmakan pemikiran yang amat arif, bijaksana dan tajam yang lahir daripada pengamatan mata yang peka dan rinci. Malah pantun bukan sahaja menjadi cermin untuk kita membaca minda Melayu, tetapi sama seperti bentuk –bentuk sastera yang lain, pantun menjadi cermin kepada seluruh adab kehidupan manusia silam, termasuk  persekitarannya. Ada satu lagi aspek pantun yang sering kali tercicir daripada perbincangan, yakni aspek yang memberi bentuk kepada pemikiran tersebut. Maksudnyadisini ialah mekanisme penyampaian pantun. Tercipta dalam situasi kelisanan, pantundikawal bentuknya oleh norma dan puitika lisan. Pantun dengan demikianmemanifestasikan pemikiran dan kreativiti yang tercetus dalam situasi kelisanan.
 
Tegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa,Sendi bangsa ialah budi,Runtuh budi runtuhlah bangsa.Falsafah yang tersirat didalam pantun di atas adalah berkenaan dengan adab berbudi yangmerangkumi semua gugusan budi iaitu budi bahasa, budi pekerti dan budi bicara. Maksud budi mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam2002 (m/s 180), mendefinisikan budi sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan. Jadi dapat disimpulkan disini, budi adalah merangkumisemua nilai dan norma-norma murni yang dilakukan oleh manusia sama ada terhadapmanusia, alam semesta dan Tuhan.Dalam masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu berbagai lapisanmaknanya.Makna yang paling popular bermaksud jasa atau sumbangan yang diberikankepada individu yang lain. Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberidengan ikhlas jika ingin diberkati Allah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlasdan kesyukuran. Dalam konteks ini, budi merupakan sesuatu yang terhasil daripada jiwaraga dan dirasai dengan mendalam dan terharu oleh orang yang menerimanya. Budiadalah sesuatu yang telah terserap dalam kalbu orang Melayu.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more