You are on page 1of 18

KEM REMAJA ISLAM (KRIS KULIAH DASAR I

Tajuk:
“AQIDAH TUNJANG JATI
2010)

DIRI MUSLIM”

Oleh:
(nama penyampai)
(jawatan)
Muqaddimah

Berpegang dengan aqidah yang benar lagi murni


adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku
dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam
sebagai cara hidupnya.
Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang
terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan
sunnah Rasulullah s.a.w.
Pengertian Aqidah
 Berasal daripada perkataan ‫ عقد‬yang bererti ikatan
atau simpulan yang kukuh.

 Dari segi istilah ia membawa maksud


kepercayaan dan keimanan yang mantap, teguh
dan kukuh dalam diri tanpa ada sedikitpun
keraguan terhadap penciptanya.
Ciri-ciri Aqidah
1 - Ma’rifatuLLAH (mengenal ALLAH)
 Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan ALLAH
SWT.
 Allah berfirman dalam surah Al-Ikhlas yang bermaksud:
“Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah
adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala
sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.
dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia."
Samb.
 Wajib mengenal nama-nama ALLAH yang mulia serta sifat-sifatnya yang
suci dari segala kekurangan.
 Di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa
baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫ إنه وتر يحب الوتر‬,‫ من أحصاها دخل الجنة‬,‫ مائة إال واحدا‬,‫إن هلل تسعة وتسعين اسما‬
‫ رواه البخاري‬-

"Sesungguhnya bagi Allah itu ada sembilan puluh sembilan nama, seratus
kecuali satu. Sesiapa yang menghitungnya nescaya dia masuk syurga.
Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil) dan Dia suka kepada bilangan yang
ganjil."
(Riwayat Al Bukhari)
Samb.
 Meyakini pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Esa
lagi Maha Berkuasa serta tidak memerlukan pertolongan
sesiapa pun.
 Allah SWT berfirman dalam surah Al Anbiyaa‘ ayat 22
yang bermaksud:
“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan
selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa.
Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada
apa yang mereka sifatkan”
2 - Ma’rifatur Risalah (mengenal Rasul)
 Mengenali dan mempercayai Rasul-Rasul yang dipilih
oleh ALLAH untuk menerima wahyu dan
menyampaikan syariatNYA.
 Menjadi pembimbing untuk memimpin seluruh makhluk
menuju kepada ajaran agama Islam.
 Mengajar manusia supaya mengenal Allah dan
memahami matlamat kejadian, mengetahui asal-usul dan
ke mana manusia akan kembali.
Samb.
 Allah berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan
tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya
menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan
jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima
seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah
dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu
mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana
buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan (Rasul-
rasulnya)”.
3 - Ma’rifatul Ba’thi (mengenali Hari Kebangkitan)
 Mengetahui dan mempercayai tentang Hari Kebangkitan
iaitu hari di mana manusia dibangunkan dari kubur-
kubur masing-masing (dihidupkan selepas mati).
 Dikumpulkan dan dihisab segala amalan sama ada
amalan baik atau buruk untuk diberikan balasan pahala
atau siksaan.
Samb.
 Allah berfirman dalam surah Al-Mu’minun ayat 16 yang
bermaksud:
“Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan
dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat”.

 Surah Al-Muthaffifin ayat 4-6 yang bermaksud:


“Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahawa
sesungguhnya mereka akan dibangkitkan. Pada suatu
hari yang besar. (Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri
menghadap Tuhan semesta alam”.
Faktor-faktor Aqidah umat
Islam hari ini rapuh dan
kesannya.
Faktor-faktor Aqidah rapuh
1). Cabaran ISME-ISME
 SEKULARISME – Pemisahan antara agama dan
urusan duniawi.
 KAPITALISME – Ekonomi berasaskan sistem
ribawi.
 LIBERALISME – Kebebasan tak terbatas.
 MATERIALISME – Penyembahan kepada
material (kebendaan).
 INDIVIDUALISME – Mengagungkan individu.
 HEDONISME – Hiburan tanpa batas.
2). ISLAM tidak diamalkan sepenuhnya

 Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat


208 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke
dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut
langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu”.
3). Pemujaan terhadap makhluk

 Artis
 Pemimpin
 Ahli sukan
 dan sebagainya
Kesan Kerutuhan Aqidah
1). Gejala Murtad
 Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 106 yang
bermaksud:
“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia
beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali
orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang
dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang
yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka
kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang
besar”.
2). Jauh dari Rahmat dan Hidayah Allah
 Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 104 yang
bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman
kepada ayat-ayat Allah (Al Quran), Allah tidak akan
memberi petunjuk kepada mereka dan bagi mereka
azab yang pedih”.
Kesimpulan
Betapa pentingnya peranan aqidah sebagai
dasar hidup seseorang muslim kerana dari
didikan aqidah yang mantap akan dapat
melahirkan insan-insan yang sanggup
berkorban untuk Agama ALLAH SWT.

WALLAHU’ALAM
SESI SOAL-JAWAB

You might also like