You are on page 1of 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Orang yang Saya Sayangi” (30)

Orang yang (1)___________ ialah ibu saya. Mukanya berbentuk bulat, orangnya
sederhana dan berkulit hitam manis. Wajahnya sentiasa tenang dan sentiasa tersenyum
manis. Walaupun (2)__________ sudah memutih di kepalanya, namun dia masih sihat
dan kuat. Ibu saya dilahirkan 45 tahun yang lampau. Beliau (3)__________ sebagai
kerani di sebuah kilang percetakan.

Jasa ibu kepada saya sangat besar. Ibu sering (4)____________ cerita untuk saya.
Daripada situlah (5)___________ membaca saya telah ditanam sejak kecil lagi. Melalui
cerita yang dibaca, ibu akan menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tolong-
menolong dan (6)____________ kepada saya.

Walaupun sibuk bekerja, ibu masih mengambil (7)_____________ terhadap saya.


Pagi-pagi lagi, ibu bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk saya. Ibu juga
membuat kerja rumah seperti membasuh baju, menyapu lantai, dan memasak masakan
yang saya gemari. Tugas ibu amat berat, namun ibu tidak pernah merungut.

Pada waktu malam, ibu akan meluangkan sedikit masa untuk mengulang kaji
(8)_____________ bersama saya. Dia sangat mengambil berat terhadap pelajaran saya.
Ibu sering memberi tunjuk ajar kepada saya jika saya menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Ibu mengajar saya dengan penuh sabar.

Ibu juga membantu saya menyiapkan kerja sekolah. Apabila saya menghadapi masalah
dalam menyiapkan kerja sekolah, ibu akan membantu saya tanpa sebarang
(9)______________. Sebaliknya, ibu sering menasihati saya agar belajar bersungguh-
sungguh.

Saya berasa gembira dan bangga kerana mempunyai seorang ibu yang baik. Saya
berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk (10)_____________ jasa ibu.

Nama :
Kelas :
Nombor Surat Beranak :
Jawapan
1 2 3 4
5 6 7 8
9 10

Tandatangan Ibu/Bapa Hantar sebelum 6.5.2011


( ) (Penolong Kanan Kokurikulum)

You might also like