You are on page 1of 43

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

PERMULAAN

Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari nama perkataan hoki atau

hockey berasal .Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan

menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan

permainan hoki sekarang ,pada zaman kuno dulu .menurut catatan itu,ia dimainkan

oleh orang –orang Greek ,parsi dan rom sejak zaman S.M lagi.Akan tetapi permainan

ini kemudianny diterus ienyap ,sekaranglah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali

diperkenelkan di England.

Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik

minat masyarakat di negara tersebut ketika itu.Ramai yang mula bermainannya .oleh

kerana tiada suatu peraturan atau undang –undang khusus untuknya ,pelbagai cara

dan teknik permainan digunakan .Ini sering berlaku kekecohan sehinggan selalu

berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain,cara permainan yang

tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemainanny.Akhirnya pihak atasan

Braitan terus mengharamkannya.

Dalam pada itu,sebagai permainan,hoki sudah mula diterima oleh leblh banyak

negara dunia.Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini memakan

masa yang lama,namun ia mendatangkan manfaat kepada kepada permainan ini

kemudiannya.Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini,maka dapatlah


permainan ini dimainankan dengan lebih teraturdan mudahlah lagi bagi mereka yang

mahu mempelajarinya.

Dahulunya,permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama atau

panggilan.contohnya,di Ireland,hoki dikenali dengan nama huvley atau huvling,di

Scotland,ia disebut shinty atau shinny dan Wales ia dikenali dengan sebutan banty atau

bandy,perkataan hockey pula diambil dari perkataan perancis.iaitu hoquet.Adalah

difahamkan,iaitu nama ini telah diinggeriskan menjadi hockry (hoki)

Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain,maka bermulalah era baru

kepada permainan ini.bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum

perempuan pun turut bermain.pasukan hoki pertama ditubuhkan di negara tersebut

pada tahun 1840,dan Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki

pertama dan tertua di dunia.Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun

1861.Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain ialah cara

bermain,pengunaan pengadilan,kawasan permainan yang terhad,dan mengenakan

hukuman kepada pemain yang mrlakukan kesalahan

Berikutan dengan itu,undand-undang koki teleh digubal serta diperkemaskan

dalam satu masyarakat di London pada tahun 1875 Lapan tahun

kemudiannya,Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih

baik dan kemas untuk permainan ini.Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki

sebagai sukan yang kini merupakan salah faham sukan yang paling diminati di

dunia.Dari England permainan ini tersebar ke negara –negara lain,seperti

India,Amerika syarikat dan beberapa negara eropah


PERMAINAN ANTARABANGSA

Perkembangan permainan hoki terus tersebar ke negara-negara lain.Akan tetapi detik

bermulanya sebagai permainan antarabangsa bremula apabila ia diterima sebagai

salah satu acara dalam sukan Olimpik pada tahun 1924,ia diterima kembali dalam

sukan Olimpik berikutan.Kini hoki merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar

ini

Seperti permainan –permainan lain,hoki juga memerlukan sebuah badan khusus

di peringkat dunai bagi menyelaraskan serta menganjurkan pertandingan pada

peringkat ini.M aka pada tahun 1924,tertubuhlah persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH)

atas usaha negara-negara Eropah,iaitu Austria,Belgium ,Czecchoslovakia,H

ungary,perancis,Sepanyol dan Switzerland.Dengan itu, permainan hoki ini mempunyai

badan yang menjadi pengelola rasmi bagi permainan ini pada peringkat dunai

Antara usaha terpenting badan dunia ini ialah memperkemaskan undang-

undang serta peraturan permainan agar semua negara dunai dapat bermain dengan

lebih teratur dan menarik.Badan ini juga bertanggungjawab menganjurkan kejohanan

dunia seperti Piala Dunia,Sukan Olimpik,Sukan Asia,Kejohanan Antara

Benua,Kejohanan Antara ,Juara-juara,Kejohanan Eropah dan sebagainya.

Di peringkat dunia,antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat

termasuklah India ,Pakistan dan negara kita dari asia belanda,jerman barat,Sepanyol

dan England dari Eropah serta Australia dan New Zealand.Dalam pertandingan –

pertandingan utama dunia,sering perebutan kejuaraan adalah di antara pasukan –

pasukan ini.Amerika Syarikat, walaupun merupakan salah sebuah negara terawal


diperkenalkan dengan permainan ini, namun kini persembahannya di peringkat dunia

masih belum membanggakan

HOKI DI MALAYSIA

Mulai tahun1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk

tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajar dan pemainnya

mulai meningkit. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di

negara kita.Semua peringkat umur bermainnya, lelaki dan juga perempuan.Pada

tahun1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan,iaitu di antara

Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinyn

sendiri .ini terjadi pada tahun 1932 iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan

persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara

kita.Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan

Olimpik.Dalam perlawanan itu pasukan kita tewas 1-7.Namun perlawanan pertama

peringkat antarabangsa itu telah berjaya memberikan pengajaran paling berharga

kepada pasukan kita.

Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan

perlawanan seterusnya.Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah

mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao.Pasukan kita

memenangi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana.Pasukan hoki


Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua

perlawanan.Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping, kemudian di

Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki

Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara

kita.Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya.Dengan

demikian, ia telah memberi peluang pasukan kita mengambil bahagian dalam

kejohanan dan pertandingan antarabangsa.Kemudian MHF bersama Kesatuan

Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.

Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951.Hingga kini

kejohanan ini menjadi acara tahunan MHF.Apabila Allahyarham Tun Abdul Razak

dilantik sebagai Presiden MHF (1957), beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai

rebutan untuk pertandingan antara negeri ini.Piala ini dinamakan Piala

Razak.Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Perlantikan TUn Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan

galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan

permainan ini di negara kita.Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan

peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF.Kini presiden MHF ialah Sultan Azlan

Shah,Sultan Perak.

MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat

antarabangsa.Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India dahulu telah mendorong

pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954.Setahun


kemudian pasukan hoki Pakistan pula mengadakan perlawanan persahabatan dengan

pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita.Ini kerana

pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang

diadakan di Melbourne.Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang

mengambil bahagian.Pasukan hoki jga turut mengambil bahagian dalam Piala

Dunia.Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, di mana

kita menduduki tempat keempat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki

tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara

yang mampu menggugat pasukan kita.

PERALATAN PERMAINAN

KEMUDAHAN PADANG

1. KAWASAN

Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama

dalam permainan ini.Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan

kemungkinan besar mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti

melakukan hantaran bola serta memukul bola ke dalam gol.Sehubungan itu pemain

agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti mengelecek dan

mencedok bola.Sebaliknya, jika kawasan padang permainan terlalu luas , keselesaan

bermain dalam satu kelompok akan terbantut.Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran
untuk melakukan hantaran bola kepada rakan sepasukan kerana jarak kedudukan

mereka di antara satu sama lain agak jauh.

Mengikut undang-undang dan peraturan permainan hoki antarabangsa, pdang

hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter panjang dan

lebarnya 54.7 meter.Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-

tanda tertentu seperti yang diperlukan untuk permainan ini.Permukaan padang jenis

rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk

pertandingan.Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau

jenis Astroturf adalah lebih baik daripada padang berumput biasa.Ini kerana diatas

padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancer tanpa

gangguan.Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput,

terutma jika terdapat padang yang berumput panjang.

Rajah 1.1: Padang hoki


2. GOL

Jarak di antara gol ialah 3.67 meter dan tingginya ialah 2.1 meter.Ukuran

tersebut dikira dari bahagian dalam, iaitu dari permukaan kayu sebelah dalam

tiang gol ke permukaan dalam tiang gol yang satu lagi dan juga dari permukaan

bawah palang gol ke permukaan padang.Tiang gol dan juga palangnya

hendaklah diperbuat daripada bahan yang rata permukaannya dan lebarnya 5.08

cm di bahagian yang menghadap padang permainan.Satu bidang jaring

hendaklah dipasang dalam bentuk kotak segiempat bujur dan dilekatkan pada

bahagian belakang gol serta di luar kawasan permainan.

Rajah 1.2: Pintu gol

3. BENDERA

Tiang bendera hendaklah ditempatkan pada setiap penjuru padang hoki dan juga

di luar padang bertentangan dengan garisan pertengahan kawasan

permainan.Bendera di garis luar padang permainan yang diletakkan

bertentangan dengan garis 22.9 meter tidak diperlukan oleh undang-undang hoki

antarabangsa.Pemasangan bendera tersebut adalah untuk memudahkan

penglihatan dan pengamatan pemain dan juga pengadil.Setiap tiang bendera


hendaklah tingginya sekurang-kurang 1.22 meter dan setiap satunya tidak boleh

ditanggalkan semasa permainan diadakan.Warna bendera pada setiap tiang

terpulang kepada kelab atau pasukan berkenaan.

Rajah 1.3 : kedudukan bendera

PERALATAN
KAYU HOKI

Kayu hoki, pada kebiasaannya, diperbuat daripada ash atau mulberry.Undang-

undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan

kayu yang mempunyai permukaan rata di bahagian kiri.Oleh itu kayu hoki

mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki.

Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan

pemain dalam permainan.Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah

tidak selaras dengan tingginya seseorang pemain.Pada kebiasaannya, panjang

kayu hoki adalah di antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah

antara 510g hingga 624 g untuk wanita dan antara 510 g hingga 794g untuk

lelaki.Bagaimanapun, biasanya kayu yang beratnya 510g – 624g sering

digunakan.

Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang

lembap.Semasa menyimpan, kayu hoki perlu ditempatkan secara sandaran

berdiri.Kepala kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan

daripada pecah.Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak

digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.


Rajah 1.4 Kayu hoki

BOLA

Bola hoki yang diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa diperbuat

daripada kulit pada bahagian luarnya.Bola jenis ini boleh digunakan untuk

pertandingan, manakala bola jenis plastic pula adalah sesuai untuk digunakan

bagi latihan sahaja.Bola bersalut kulit amat sukar untuk menjaganya kerana

ianya perlu dicatkan dengan warna putih apabila kelihatan pudar.Juga ianya

senang meresap air.Sebaliknya bola jenis plastic amat senang untuk

menjaganya dan tidak mudah diresapi air.Berat bola hoki ialah antara 156 g

hingga 163 g.
Rajah 1.5 Bola dan kayu hoki

PAKAIAN

Mana-mana pakaian yang agak selesa bagi pemain atau pasukan boleh

digunakan dalam permainan hoki.Untuk mengelakkan daripada kemalangan atau

cedera pemain perlu menjauhkan daripada memakai benda yang tajam.Juga

dinasihatkan supaya setiap pemain menukar pakaian selepas bermain, iaitu

menggunakan pakaian yang bersih dan kering.Ini adalah untuk menjauhkan dari

mendapat selesema

Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua set jersi yang berlainan

warna dan bernombor di belakangnya.Seluar pendek digunakan oleh pemain

lelaki, tetapi mereka boleh juga menggunakan track bottom.Yang pasti pakaian

itu hendaklah selesa bagi pemain semasa bermain.Undang-undang hoki

antarabangsa telah menetapkan, iaitu pemain perempuan memakai skirt pendek

(tunic) ketika bermain dalam perlawanan antarabangsa atau pertandingan yang

diiktirafkan.
Peralatan lain yang diperlukan oleh pemain hoki ialah but stoking

panjang dan shin pad.Pemakaian but amat penting terutamanya jka padang

basah atau lembut bagi mengelakkan pemain daripada terjatuh.

Rajah 1.6 Jersi hoki

KASUT

Walaupun anda boleh memakai apa sahaja jenis kasut, tetapi daripada

segi keselamatan, kasut yang mempunyai pancang (spike), tetungku yang

terjulur (protruding studs) dan paku-paku (nails) tidak dibenarkan.Kasut yang

mempunyai tetungku getah atau bars dicadangkan.

Untuk permukaan tiruan, kasut khas harus digunakan.Kegunaan padang

yang mempunyai permukaan tiruan sangat popular sekarang.Kasut khas untuk

kegunaan di atas permukaan tiruan membenarkan anda mempunyai tempat

berpijak yang baik di atas permukaan basah tanpa tergelincir dan pada masa

yang sama membenarkan anda menukar arah dengan cepat tanpa kasut

tersekat oleh rumput (turf)


ALATAN PENJAGA GOL

Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik disebabkan peranannya di

dalam pasukan.Penjaga gol mesti memakai ped di kakinya.Ped dipakai daripada

pergelangan kaki sehingga ke lutut dan cukup ringan untuk bergerak.Sekarang,

ped fibre-glass dengan penutup kulit adalah popular.Ped-ped lama yang

dipasang dengan ‘kickers’dan diisi dengan kapas, sabut dan gentian lain kurang

popular kerana berat dan kecenderungannya meresap air di padang basah dan

menjadi lebih berat.Ini akan meletihkan penjaga gol apabila permainan

diteruskan dan ped-ped bertambah berat.

Hari ini ped-ped mempunyai ‘kicker’ pasang tanggal.’Kickers’mesti menutup

keseluruhan kaki dan memberi perlindungan yang sempurna

kepadanya.Biasanya tempat yang mudah cedera ialah di kekuda kaki dan

tempat di man aped-ped disambung kepada ‘kickers’ di atas pergelangan kaki.

Sarung tangan penjaga gol mesti mempunyai sarung untuk setiap

bahagian jari tanpa selaput jari.Gunakan sarung tangan yang lembut dan boleh

memegang hoki dengan kukuh.Jika penjaga gol hanya memakai sebelah sarung

tangan sahaja, mesti memakainnya di tangan kiri dan memegang kayu hoki di

tangan kanan, supaya dia bersedia untuk menggunakan kedua-dua tangan atau

salah satu tangannya.

Perlindungan kemola untuk penjaga gol lelaki, pelindung dari ped-ped

bahu, penutup muka dan seluar berped melengkapi alatan penjaga gol.
Pelindung kemola diperbuat daripada plastic atau fibre-glass yang dipakai di

bahagian kemola dan kadang-kadang ditambah dengan sekeping ped di atasnya

untuk perlindungan abdomen bawah.

Pelindung dada dan ped-ped bahu melindungi tubuh badan dan bahu.Ia dipakai

di bawah jersi penjaga gol.

Pelindung mulut adalah sama seperti yang digunakan oleh ahli-ahli tinju,

bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi penjaga-penjaga gol.Ada pelbagai

jenis penutup muka, di negara kita yang merupai topi keledar nampaknya sangat

popular.

Rajah 1.7 Peralatan penjaga gol

PENGADIL

Satu-satu perlawanan hoki diadili oleh dua orang pengadil.Pengadil mempunyai

kuasa mutlak le atas setiap perlawanan.Walaupun terdapat dua orang pengadil mereka

saling bekerjasama di antara satu sama lain di samping masing-masing membuat

keputusan dalam kawasan yang ditetukan.Pemain diingatkan agar bermain mengikut

arahan pengadil.Jika pemain didapati melakukan kesalahan mereka boleh dihukum


oleh pengadil.Pengadil yang baik , cekap dan jujur boleh menjamin permainan yang

baik dan bermutu.

Walaupun pengadil memunyai kuasa mutlak dan keputusan mereka adalah

muktamad, namun bantahan boleh dibuat ke atas keputusan yang dianggap tidak wajar

atau salah.Caranya ialah dengan mengemukakan bantahan secara bertulis dan

hendaklah diberikan kepada jawatankuasa atau orang yang bertangungjawab dalam

satu-satu perlawanan atau kejohanan.

Selain dari itu dalam perlawanan hoki disediakan juga penjaga waktu.Penjaga waktu

akan menentukan masa permainan dimainkan dalam jangka waktu yang ditetapkan ,

iaitu 35 minit bagi satu tempoh permainan, tidak termasuk rehat dan masa kecederaan.

Pada setiap perlawanan hoki , pihak penganjur juga menyediakan peralatan dan

kemudahan perubatan dan pertolongan cemas.Ini penting kerana untuk memberikan

rawatan segera kepada mana-mana pemain yang tercedera dalam permainan

KEMAHIRAN ASAS

Kemahiran hoki amat kompleks kerana adanya penggunaan kayu untuk meukul bola

yang mana pergerakan pemain-pemainnya dikawal oleh beberapa undang-undang

tertentu.Untuk membolehkan seseorang itu bermain hoki, ia perlu memperoleh bebrapa

kemahiran asas,terutama sekali dalam aspek kawalan.Dalam kemahiran asas


pengawalan, terdapat beberapa pergerakan yang sering juga disebut kemahira-

kemahiran secara khusus atau berasingan.Kemahiran asas itu adalah seperti berikut:

1. Mengawal bola

2. Mengelecek

3. Menyerkap

4. Mebuat elakan

5. Menjaga gol.

1. MENGAWAL BOLA

Berikut terdapat beberapa panduan pengajaran yang boleh digunakan untuk

kemahiran mengawal bola.

i) Berdiri dan mula melangkah dengan kaki kiri di hadapan.

ii) Kayu hoki dipegang di hadapan badan selari dengan tanah.

iii) Bahagian kepala kayu berada di sebelah kanan badan pemain dengan

tangan kanan memegang sejarak lebih kurang 15.2cm dari kepala kayu

tersebut.

iv) Tangan kiri berada tidak berapa jauh dari tangan kanan di bahagian

berdekatan dengan pemegang kayu.

v) Bahagian leper kayu, iaitu permukaan ratanya, hendaklah menghala ke

langit.

vi) Bola dikenakan pada permukaan rata supaya melantun seberapa banyak

ulangan yang boleh.

vii) Mata pelaku hendaklah sentiasa melihat pergerakan bola.


LATIHAN

Kemahiran mengawal bola boleh dilantik menerusi gerak kerja secara berperingkat-

peringkat seperti berikut.

1. Secara perseorangan.Pemain melantun bola sambil berjalan perlahan-lahan dan

diikuti dengan berjalan cepat dan berlari anak.

2. Secara perseorangan.Pemain melantun bola dengan mengenakannya pada

semua bahagian kayu pemukul.

3. Secara berpasangan dan berhadapan antara satu dengan lain.Pemain melantun

bola secara bergilir-gilir.

PERMAINAN KECIL

Bertiga.Tiga orang pemain diperlukan.Seorang memegang kayu hoki sebagai jaring

setinggi paras dada.Dua orang lagi berada di sebelah jaring dengan

menghadapkannya.Mereka cuba melantunkan bola supaya melepasi jaring dengan

menggunakan kayu `hoki dan bola itu hendaklah tidak jatuh ke tanah.Bola hendaklah

dikenakan pada kayu hoki semasa berada di bawah paras jaring.Satu mata

kemenangan diberikan jika lawan tidak dapat menyambut bola dengan kayu hoki.Masa

penamat boleh dibahsuai mengikut keadaan masa.Pada kebiasaannya lima mata amat

sesuai digunakan.

XI X2 X3

Pemain Jaring Pemain


2. MENGELECEK

Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis cara mengelecek yang biasa digunakan

oleh pemain hoki, iaitu mengelecek di sebelah kanan (close dribbling) dan

mengelecek di hadapan (Indian dribbling)

i) Mengelecek di sebelah kanan

Beberapa panduan seperti berikut adalah perlu semasa mendedahkan

kemahiran mengelecek.

a) Pemain berdiri serta melangkah dengan kaki kiri di hadapan.

b) Tangan kiri pemain berada di sebelah hujung kayu dengan pagangan

berbentuk V menghala ke kepala kayu.

c) Tangan kanan pemain memegang kayu di sebelah bawah tangan kiri

sejarak lebih kurang 15.2 cm dengan tapaknya mengenakan di

bahagian belakang kayu.

d) Bola berada di sebelah kaki kanan pemain dan selari dengan hujung

kaki kirinya serta di bawah arah dahi.

e) Kayu diletakkan dengan sebelah permukaan ratanya mengenakan

bola serta melentangkannya sedikit.Permukaan rata kayu hendaklah

mengarahkan ke tempat arah bola.

f) Mata pemain hendaklah melihat bola dengan badan membongkok

sedikit.

g) Bola ditolak dengan mengenakan permukaan kayu.


Rajah 1.8 Mengelecek di sebelah kanan

LATIHAN

1. Secara perseorangan.Pemain berjalan biasa tanpa bola sambil mengelecek

dengan mengunakan kayu hoki.

2. Secara perseorangan.Pemain berjalan biasa sambil mengelecek bola dengan

mengunakan kayu hoki, diikuti dengan lari perlahan-lahan.

3. Mengelecek melalui halangan sebaris.

4. Mengelecek dalam satu kawasan berbentuk bulatan atau segiempat.Apabila

diisyaratkan, pemain meninggalkan bola dan mara ke hadapan untuk

mengelecek bola lain yang ditinggalkan oleh rakan.

ii)Mengelecek di hadapan

a) Pemain berdiri dengan menganggkangkan kaki.

b) Kayu diletakkan di atas tanah dan di hadapan badan pemain supaya permukaan

ratanya mengenakan tanah.

c) Hujung kayu hendaklah berdekatan dengan kaki pemain.

d) Tangan kiri pemain memegang hujung kayu dengan dalam bentuk V sambil

tangan tersebut menghala kearah belakang kayu.


e) Tangan kanan pemain berada di bawah tangan kirinya sejarak lebih kurang 15.2

cm dengan tapak tangan dikenakan pada sebelah belakang kayu.

f) Bola berada di sebelah kaki kanan dan di bawah aras dahi pemain.

g) Badan pemain dibongkokkan sedikit serta mengenakan bahagian permukaan

kayu di belakang bola.

h) Mata pemain hendaklah sentiasa melihat bola.

i) Bola ditolak di hadapan kaki kiri pemain sambil melangkahkannya.Pada ketika itu

kayu hendaklah berada di hadapan bola sambil melungkupkannya.Kilasan

dilakukan dengan melonggarkan genggaman tangan kanan dan diketatkan

semula apabila kayu berada di hadapan bola.

j) Selepas itu bola ditolak ke kanan sambil kaki kanan pemain melangkah.

k) Pemain mengembalikan kayu hoki seperti asal untuk persediaan tolak ke kiri.

Rajah 1.9 Menggelecek Indian

LATIHAN

1. Secara perseorangan.Pemain berjalan sambil mengelecek bola dengan

menggunakan kayu hoki ke suatu jarak yang ditetapkan dan dikuti dengan larian

perlahan.
2. Mengelecek melalui halangan sebaris.Pemain berlari sambil mengelecek bola

melalui halangan.

3. Mengelecek dalam satu kawasan berbentuk bulatan atau segi empat.Apabila

diisyaratkan , pemain meninggalkan bola dan mara ke adapan untuk mengelecek

bola lain yang ditinggalkan oleh rakan.

4. Mengelecek di atas garisan D.Pemain mengelecek bola di sepanjang garis D

seorang demi seorang tanpa halangan.

KESILAPAN

1. Memukul bola dan bukannya menolak bola

2. Memukul bola serta mengejarinya dan bukannya mengekalkan kawalan terhadap

bola.

3. Menentukan bola di bahagian sebelah kanan badan pemain.

4. Gagal menyekat bola semasa berada di sebelah kiri badan.

5. Kayu hoki tidak dipegang supaya berdiri tegak.

6. Tangan kanan pemain memegang kayu hoki padabahagian bawah yang

berhampiran dengan bahagian kepalanya.

3. MENYERKAP

Pada kebiasaannya terdapat dua jenis atau cara menyerkap atau menahan bola

yang digunakan oleh pemain hoki, iaitu menyerkap di hadapan badan dan

menyerkap di kiri badan.


i) Menyerkap di Hadapan Badan.

a) Pemain berdiri mengangkang menghadap kea rah bola.

b) Tangan kiri pemain memegang bahagian pangkal kayu dengan tangan kanan

menghadap ke badan.

c) Tangan kanan pemain berada lebih kurang 15.2cm di bawah tangan kiri, iaitu

berdekatan dengan hujung kepala kayu hoki dengan tapak tangannya

menghala ke hadapan.

d) Bentuk V yang dibuat oleh ibu jari kiri pemain menghala ke hujung kepala

kayu.

e) Apabila bola datang dan menuju kearah pemain, kayu ditunjukkan kea rah

bola sambil menegakkannya.

f) Lengan kiri pemain dibengkokan dan sikunya berada lebih tinggi dari tangan

g) Lengan kanan pemain berada dalam keadaan agak lurus.

h) Badan pemain dibengkokan sedikit.

i) Pastikan kedudukan agar arah bola menghala ke kaki kanan di mana kayu

ditempatkan dan mata memandang bola.

j) Bola hendaklah dikenakan pada bahagian rata dan dibahagian lurus kayu.

k) Semasa bola menyentuh kayu,kepala kayu hendaklah dirapatkan ke tanah

dan juga dicondongkan sedikit ke hadapan.


Rajah 1.10 Menyerkap di hadapan Badan

LATIHAN

Kemahiran menyerkap di hadapan badan boleh dilatih dengan menggunakan gerak

kerja berikut mengikut peringkat yang diberikan.

1. Secara perseorangan.Pemain melakukan kemahiran menyerkapdi hadapan

tanpa mengunakan bola.

2. Berdua.Pemai menyerkap bola yang digulingkan oleh rakan dari jarak 5 meter.

3. Secara berdua.Pemain menyerkap bola yang dipukul oleh rakan secara terkawal

4. Secara berdua.Pemain menyerkap bola yang dipukul oleh rakan secara

terkawal.

5. Secara bertiga dan pemain-pemain berada dalam satu baris.Peserta di tengah

cuba menyerkap bola hasil dari tolakan oleh dua peserta lain secara berselang.

6. Secara bertiga dan pemain-pemain berada dalam satu baris.Pemain di tengah

cuba menyerkap bola hasil tolakan dua peserta lain secara berselang.
ii) Menyerkap di kiri Badan

a) Berdiri sambil mengangkangkan kaki dan menghadap bola.

b) Tangan kiri berada di pangkal kayu hoki dengan tapaknya menghala ke

badan.

c) Tangan kanan berada lebih kurang 15.2 cm di bawah tangan kiri dengan

tapaknya menghala ke hadapan.

d) Tangan kiri dengan bentuk V menghala ke hujung kepala kayu hoki.

e) Apabila bola menuju kea rah kaki.Kaki kanan dilangkahkan ke kiri dan

mengilaskannya supaya hujung kepalanya menyentuh tanah.Kilasan ini

dilakukan secara melonggarkan genggaman tangan kanan dengan

pergerakan kea rah menentang pusingan jam.

f) Bahagian rata kayu menghala kea rah bola

g) Mata memandang pada bola dan badan membongkok dengan lutut kanan

dibengkokkan.

Rajah 1.10 Menyerkap di Kiri Badan


LATIHAN

Kemahiran menyerkap di kiri badan boleh dilatih dengan menggunakan gerak kerja

berikut:

a) Secara perseorangan.Lakukan kemahiran menyerkap di kiri badan sambil

bergerak tanpa menggunakan bola.

b) Berdua.Serkap bolayang digulingkan oleh rakan di kiri badan dari jarak 4 meter.

c) Berdua.Serkapbola yang ditolak oleh rakan di kiri badan.

d) Bertiga dalam satu baris.Pemain di tengah cuba menyerkap bola di sebelah kiri

badan hasil dari pukulan dua peserta lain secara berselang.

e) Bertiga dalam satu baris.Pemain di tengah cuba menyerkap bola di sebelah kiri

badan hasil dari tolakan dua peserta lain secara berselang.

Kesilapan

1. Memukul bola dan bukanya menarik kayu hoki untuk mengurangkan

pergerakannya

2. Menyerkap bola yang terlalu dekat dengan kaki

3. Kaki dihalakan kearah bola dan bukannya kea rah yang akan ditujui oleh pemain.

4. Tidak bergerak untuk mendapatkan bola semasa ia menuju kea rah pemain,

iaitu menunggu kedatangan bola.

MENGELAK
Terdapat dua jenis mengelak (dodging) yang biasa digunakan oleh pemain hoki, iaitu

mengelak ke kanan dan mengela ke kiri.

a) Mengelak ke kanan

Berikut terdapat beberapa panduan yang sesuai digunakan semasa melakukan

kemahiranmengelak ke kanan.

1. Berdiri mengangkang serta kayu hoki berada di tangan dengan badan

membongkok sedikit ke depan.

2. Bola berada di hadapan badan dan di bawah paras dahi.

3. Badan dicondongkan ke kiri dan elakkan semula kekanan.

4. Langkah kaki kiri ke hadapan kaki kanan sambil menolak bola ke kanan dan

ke hadapan serta maju.

LATIHAN.

Kemahiran mengelak ke kanan oleh dilatih dengan menggunkan gerak kerja berikut.

1. Secara peseorangan, mengelak ke kanan tanpa menggunakan bola sambil

berjalan.

2. Secara perseorangan.mengelak ke kana tanpa menggunakan bola sambil berlari

anak.

3. Secara perseorangan.mengelak ke kanan dengan menggunkan bola dengan

bergerak selangkah dua.

4. Secara perseorangan.Mengelak ke kanan dengan menggunakan bola sambil

berlari.
5. Secara berpasangan.Seorang mengelak ke kanan dengan bola dan seorang lagi

menunggu.

6. Secara berpasangan.Seorang mengelak ke kanan dengan bola dan seorang lagi

cuba menghalang.

b) Mengelak ke Kiri

Berikut adalah beberapa panduan yang sesuai untuk kemahiran mengelak ke kiri

1. Berdiri mengangkang dengan kayu di tangan dan badan membongkok ke

depan.

2. Bola berada di hadapan badan dan di bawah aras dahi.

3. Badan dicondongkan ke kanan dan elakkan semula ke kiri.

4. Langkah kaki kanan ke hadapan kaki kiri sambil menolak bola ke kiri dan ke

hadan serta maju.

LATIHAN

1. Tanpa bola sambil bergerak selangkah dua, diikuti dengan berjalan, berlari anak

dab berlari biasa.

2. Dengan bola sambil bergerak selangkah dua, diikuti dengan berjalan, berlari

anak dan berlari biasa.

3. Latihan tersebut boleh dijalankan secara

a) Perseorangan dengan menggunakan satu atau beberapa halangan atau


b) Berdua dengan seorang darinya menunggu atau berdua dengan seorang

darinya cuba menghalang.

KESILAPAN

1. Mengelak terlalu awal atau terlalu lewat.

2. Mengurangkan kelajuan apabila menghadap pemain lawan.

3. Mencondongkan badan ke arah yang akan dilakukannmengelak.

PENJAGA GOL

Oleh kerana penjaga gol adalah pemain yang penting, dia mesti mempunyai

kemahiran-kemahiran sukan yang diperlukan untuk seorang penjaga gol hoki.Ia mesti

berkebolehan menggunakan kedua-dua kakinya untuk menahan, memesong,

menjauhkan atau untuk menghantar bola.Dia mesti boleh menggunakan tangannya

untuk menyelamatkan bola.Dia mesti boleh menggunaka kayunya untuk memukul ,

menolak dan menguis bola daripadanya atau untuk menghantar bola kepada pemain
pasukannya untuk memulakan serangan.Dia juga harus menggunakan badannya

semasa dia terbaring untuk mengadang sudut pintu gol.Ringkasnya, seorang penjaga

gol memerlukan:

a) Kemahiran sukan – menggunakan kaki tangan, badan dan kayu

b) Kemahiran fisiologi – kepantasan, kekuatan, ketangkasan, fleksibiliti, koordinasi

tangan-mata dan imbangan.

c) Kualiti mental – konsentrasi, keyakinan dan tenang.

d) Kualiti social – kepimpinan dan kerjasama.

ALATAN PENJAGA GOL

Seorang penjaga gol harus memakai banyak alatan perlindungan tambahan kerana

peranannya di dalam pasukan adalah berbahaya.Antara peralatannya ialah

a) 1 pasang - pelindung kaki / ped-ped

b) 1 pasang - kickers (disambungkan kepada ped-ped)

c) 1 - pelindung abdomen/pelindung groin (untuk lelaki)

d) 1 pasang - sarung tanga (dengan sarung tangan bahagian dalam jika

Diperlukan.

e) 1 pasang - seluar penjaga gol yang berped

f) 1 - kayu hoki

g) 1 - pelindung mulut

h) 1 pasang - ped siku

i) 1 - pelindung dada

j) 1 - topi keledar
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENJAGA GOL

Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan seperti di bawah:

1. Cara asas berdiri dan pergerakan melintasi gol.

2. Kemahiran menggunakan kaki atau ped-ped

3. Kemahiran menggunakan tangan atau sarung tangan

4. Kemahiran menggunakan tubuh badan

5. Kemahiran menggunakan kayu hoki.

POSISI BERSEDIA UNTUK PENJAGA GOL

Posisi asas seorang penjaga gol diambil apabila dia mendapati jaringan akan dilakukan

atau apabila penyerang sedang bergerak ke dalam kawasan D adalah sangat

penting.Cara berdiri dengan betul akan membolehkan dia menahan jaringan dengan

senang dan juga membolehkannya bergerak ke hadapan atau ke belakang, meluncur,


menerpa atau melompat dengan cepat untuk menyelamatkan gol.Di bawah adalah

posisi yang dicadangkan:

a) Berdiri menghadap bola

b) Kaki rapat supaya kedua-dua ped bersentuhan,membentuk satu dinding.

c) Lutut-lutut dibengkokan sedikit pada sudut 120-130 di belakang lutut.Ini akan

membolehkan pergerakan yang lebih cepat.

d) Badan dibengkokkan sedikit dengan pusat gravity di hadapan jari kaki.Jika posisi

anda betul anda akan berdiri di atas bebola kaki anda.(dengan membengkokkan

lutut-lutut anda akan membonkokkan badan dan menurunkan pusat gravity

anda- ini membolehkan anda bergerak cepat ke mana-mana arah).Selain

daripada itu, adalah lebih senang memandang bola daripada posisi ini, terutama

di dalam kumpulan ramai atau keadaan kelam-kabut.

e) Kayu hoki dipegang di tangan kanan dengan pegangan hampir di atas bahagian

tengah.Ia sepatutnya memberi anda satu keadaan yang selesa untuk mengambil

satu pukulan cepat dengan sebelah tangan.

f) Tangan kiri berada dekat badan dengan siku menghadap ke bawah dan lengan

bawah ke atas, dan buka dengan selesa untuk bermain jikalau berlaku apa-apa

jaringan di udara.
MENGHALANG ATAU MEREBUT BOLA

Berikut terdapat beberapa panduan yang perlu semasa melakukan kemahiran

menghalang atau merebut bola.

1. Berdiri melangkah dengan kaki kiri berada di hadapan badan.

2. Tangan kanan memegang kayu hoki pada bahagian hujungnya dan bentuk V

yang dibuat oleh ibu jari menghala ke hujung kepala kayu hoki.

3. Tangan kanan berada di bawah tangan kiri sejarak lebih kurang 20cm dengan

tapaknya di bahagian belakag kayu hoki.

4. Mata memandang pada kayu yang dikelecek.

5. Semasa bola berada pada jarak yang sesuai, tangan kiri mengayun kayu hoki

dengan tangan kanan mengawasinya.

6. Kayu hoki hendaklah diayun dengan kuat dan tepat pada sasaran.
LATIHAN

Untuk membolehkan seseorang itu mahir dalam kemahiran menghalang atau merebut

bola, gerak kerja berikut boleh digunakan semasa menjalani latihan.

1. Berdua.Salah seorang pemain cuba menghalang bola yang dikelecek oleh

rakannya.pemain akan cuba menghalang secara

a) Tanpa bergerak

b) Sambil berjalan

c) Sambil berlari anak

d) Sambil berlari pantas.

2. Bertiga.Salah seorang pemain cuba menghalang bola yang dikelecek oleh dua

orang rakannya secara sambil

a) Berjalan

b) Berlari anak

c) Berlari pantas
KESILAPAN

1. Mengenakan bola yang berada di kayu pemain lawan

2. Menerpa kayu hoki kea rah bola dan bukannya menempatkan kayu hoki ke bola

dengan pegangan yang kemas.

3. Bahu kiri tidak mendahului badan.

4. Kayu hoki berada secara bersudut kea rah depan.

MEMBUAT HANTARAN

Membuat hantaran dalam permainan hoki mempunyai beberapa kemahiran yang

berlainan.Di antara kemahiran tersebut termasuk memukul biasa, membuat pukulan

sudut, membuat tolakan, menguis dan membuat pukulan penalty.

MEMUKUL

Berikut terdapat beberapa panduan yang sesuia untuk menededahkan kemahiran

memukul.

1. Berdiri dan mengangkang sedikit dengan bahu kiri menghala kea rah penujuan.

2. Kedua-dua belah tangan berada berdekatan, memegang kayu hoki berhampiran

pangkalnya dengan erat.

3. Bahagian rata kayu menghala kea rah kiri badan.

4. Kedua-dua tangan dikilas ke dalam

5. Bola berada di hadapan kaki kiri sejarak yang agak selesa.

6. Kayu dan lengan diayun ke kanan dan berat badan berada di atas kaki kanan.

7. Kayu diayun kembali untuk melakukan pukulan.


8. Semasa memukul bola berat badan ditukar ke kaki kiri.

9. Kayu hendaklah pada setiap masa berada di bawah aras bahu dan mata

hendaklah memandang bola.

10. Selepas memukul, kayu hendaklah dengan segera dilungkupkan dan berada

dalam keadaan ikut terus serta menunjukkan arak bola dengan mata

memandang kea rah bola.

Teknik – Teknik memukul

LATIHAN

1. Secara perseorangan.Pemain berlatih memukul tanpa bola

2. Secara perseorangan atau berdua.Pemain berlatih memukul bola tanpa

melangkah.

3. Secara perseorangan atau berdua.pemain berlatih memukul bola dengan

mengambil beberapa langkah

a) Menuju jarak 22 meter dan

b) Dari atas garis D kea rah gol.


4. Mengelecek di sebelah kanan (mendekat) dan juga mengelecek di hadapan di

atas garis D kemudian memukul bola kea rah gol.

KESILAPAN

1. Gagal merapatkan kedua-dua belah tangan

2. Semasa ayunan kea rah belakang, kepala kayu hoki tidak terkawal

3. Kedua-dua pergelangan tangan terlampau kaku semasa menghayun kayu ke

belakang dan juga kea rah depan.

4. Bola tidak dipukul dengan menggunakan kekuatan tangan kanan.

5. Pegangan kayu tidak kemas menyebabkan ia memutar semasa memukul bola.

MENOLAK

1. Kepentingan kemahiran menolak

Walaupun kemahiran ini tidak mempunyai kuasa yang sama jika dibandingkan

dengan kemahiran memukul, kemahiran menolak boleh dilakukan dengan serta

merta tanpa disedari oleh pihak lawan.Kemahiran menolak sangat berguna untuk

clearance cepat atau jaringan.Kemahiran ini juga boleh dilakukan daripada

kedudukan yang sukar di mana kemahiran memukul tidak boleh

digunakan.Kemahiran menolak mempunyai hantaran lengkung yang luas dan

boleh dilakukan semasa pemain bergerak dengan cepat.Kelebihan strok ini

adalah ia dapat melindungi niat pemain.Ini kerana pemain tidak menggunakan


hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawan melihat dan

menjangka bila dan ke mana bola akan dihantar.

Kemahiran Menolak

2. Mekanik menolak dan butiran mengajar

Pegangan

Tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang dengan

kuat di tengah kayu.

Cara berdiri

Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran.Kaki berjarak untuk mendapat

tapak yang kukuh.Jari kaki kiri menunjuk ke arah sasaran.Strok ini adalah cara

menolak bola dengan kuat di atas tanah.Hayunan tidak digunakan dan

keseluruhan aksi dilakukan dengan pergelangan tangan yang kukuh, dan

pemindahan berat badan daripada kaki ke kaki.Memegang kayu hoki dengan

cara yang sama untuk menggelecek dan menerima bola.Letakkan bola di

sebelah kaki kanan.Letakkan kayu hoki di belakang bola dan menyentuh

bola.Berat badan di kaki belakang .Pastikan kepala berada di atas bola, bergerak
ke hadapan (dengan memindahkan berat badan) ke kaki depan, dan serentak

menolak bola dengan kuat, ikut lajak kayu hoki kearah mana anda hendak bola

bergerak.Pastikan tidak ada bunyi semasa kayu hoki menyentuh bola dan bola

patut bergolek dengan licin di atas tanah.Uangi latihan kemahiran ini sehingga

tolakan menjadi kuat, rata, tetap dan cepat pada masa ia dilakukan.

3. Kesilapan biasa dan pembetulan

Kesilapan

a) Tidak menolak bola kea rah yang hendak bola bergerak.Kayu hoki membuat

satu ‘arc’ di hadapan badan.

Pembetulan

Menolak bola kearah ia hendak digerakkan.Kayu hoki bergerak mengikut garisan

di mana kuasa ditumpukan.

Kesilapan

b) Tolakan naik ke udara.Bola terlalu di hadapan kaki depan.Kayu hoki

menyentuh bola dengan bersudut.

Pembetulan

Bola harus bergerak ke atas tanah.


MENGUIT / MENGUIS

1.Kepentingan kemahiran mengui

Untuk menjaringkan gol kemahiran menguit adalah penting kerana ia tidak

Memerlukan pergerakan persediaan untuk menguit bola dengan terkawal.Ia juga

boleh mengelirukan pemain lawan ke mana bola akan dihantar.Kemahiran menguit

adalah sangat berguna untuk melepaskan bola daripada kayu hoki pihak lawan dan

menghantar hantaran jauh kepada pemain forward pasukan anda.

2.Mekanik menguit dan butiran mengajar

Kemahiran menguit adalh strok tolakan yang dinaikkan dan selalu

berpusing.Pegangan dan cara melakukan kemahiran menolak.Persamaan di

antara kedua-dua kemahiran ini ialah pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada

hayunan belakang kerana pergerakan bermula dengan kayu hoki di belakang bola,

memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan ikut lajak yang baik.

Keduduka kayu hoki ketika menguit dan menolak bola


Bola

Letakkan bola di hadapan kaki depan.

Strok

Berat badan berada di kaki belakang sehingga kayu hoki diletakkan di bawah bola,

sebelum berat badan dipindahkan ke kaki depan.Ini akan menyebabkan bola mendapat

peluncuran yang baik untuk melakukan sesuatu hantaran panjang atau jaringan.

Semasa melakukan kemahiran menguit , satu pergerakan putaran yang cepat dengan

pergelangan tangan akan menyebabkan kuitan itu berputar.Strok ini sangat sukar untuk

dikawal olah penjaga gol.

Kayu

Semasa menyentuh bola, kayu hoki hendaklah menghadap ke atas sedikit.Putaran

adalah bahagian strok yang paling susah.Bahagian rata kayu hoki melakukan

putaran.Cuba kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh,

sentuhan bermula dengan sebelah kanan bola, kemudian sebelah bawah bola, sebelah

kiri bola dan akhirnya kuit dengan ‘jari’ kayu hoki.

3.Kesilapan biasa dan pembetulan


Kesilapan

Tumpuan diberikan kepada menaikkan bola dan tidak kepada tolakan yang kuat.

Pembetulan

Tumpuan patut diberikan kepada tolakan yang kuat ke udara.


RUJUKAN

Helen Ten Hong Beng & M.P.Haridas (1994).Panduan Mengajar Hoki.Fajar

Bakti Sdn.Bhd. Shah Alam.

Yusoff Ismail (1990).Hoki.Fajar Bakti Sdn.Bhd.Shah Alam.

Mahamd Amran Kamsi (1993).Siri Sukan Amiza Hoki.Amiza

Publising.Sdn.Bhd.Petaling Jaya

You might also like