You are on page 1of 1

Hidup mewah ternak cacing

Rujukan : www.kosmo.com.my

SHAH ALAM - Jika sebelum ini kegiatan penternakan lintah dijalankan


secara besar-besaran, kini peluang mula terbuka luas untuk aktiviti
pembiakan cacing tanah pula.
Walaupun cacing menyebabkan ramai berasa geli, penternaknya pula
boleh meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka ekoran
permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik,
pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan
ternakan dan pembuatan kosmetik.

Ketua Pegawai Eksekutif AZR Agro Centre, Mustafa Abdul Wahab


berkata, kegiatan itu hanya memerlukan modal rendah iaitu RM450
untuk sekilogram benih cacing selain kos penyediaan kandang
mengikut keluasan.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh memperoleh benih cacing


daripada syarikatnya di samping mendapatkan bimbingan dan
nasihat.

''Setakat ini kami telah menghasilkan 30 usahawan bumiputera dalam


kegiatan penternakan cacing secara komersial,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian


seminar penternakan cacing secara komersial yang disempurnakan
oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Noorazimah
Taharim di sini semalam.

Berhubung dari segi pemasaran pula, Mustafa menjelaskan, para


petani yang mengeluarkan hasil produk masing-masing seperti baja
organik boleh menjual kembali kepada syarikatnya atau wakil
pemasaran yang dipilih sendiri.

Dalam pada itu, Noorazimah pula berkata, kerajaan negeri


menyediakan peruntukkan sebanyak RM14 juta dalam sektor
pertanian termasuk kegiatan penternakan cacing yang termasuk
dalam sub sektor padi pada tahun ini.

You might also like