Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
8Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
inkuiri penemuan

inkuiri penemuan

Ratings: (0)|Views: 1,140|Likes:

More info:

Published by: Norazima Mansor Azie on May 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

10/19/2013

pdf

text

original

 
 
Amalan Dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Di Kalangan GuruPelatih Sains Semasa Praktikum: Satu Kajian Kes
oleh
Thangavelo MarimuthuAzman JusohRodziah Ismail
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim.O8000 Sungai Petani, Kedah
 ABSTRAK
Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan untuk mengenalpastimasalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh guru pelatih pengajiansains semasa melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran sainssecara inkuiri-penemuan. Seramai tiga orang guru pelatih kursus diploma perguruan malaysia pengajian sains telah dipilih sebagai responden kajiankes ini. Data kajian diperolehi melalui pemerhatian terus sesi pengajaranguru pelatih, temubual dan transkrip rakaman video pengajaran guru pelatih semasa praktikum. Ketiga-tiga guru pelatih merancang danmelaksanakan sesi pengajaran sains berasaskan model konstruktisme lima fasa needham. Data yang diperolehi dianalisis secara kualitatif. Antaradapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih tidak dapat mengaplikasikan pendekatan inkuiri-penemuan dalam pengajaran merekakerana guru pelatih kurang mahir dalam teknik penyoalan berasaskaninkuiri dan kurang kemahiran fasilitator.
1.0
 
PENGENALAN.
Semua murid perlu diberi peluang mengkaji persekitaran mereka dengan menikmatikeindahan alam sekitar. Murid dapat pengalaman yang sebenar dan autentik apabilamereka terlibat secara langsung dalam penyiasatan sesuatu fenomena yang berlaku dipersekitaran. Sains merupakan bidang kajian tentang alam sekitar secara sistematik danmenerangkan fenomena-fenomena yang berlaku. Apabila murid mempelajari sains secarainkuiri-penemuan, murid dapat menyiasat alam sekitarnya dengan lebih bermakna keranamurid sendiri akan mencari maklumat dan memberi maknanya secara saintifik. Oleh sebabitu, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) memilihpendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sainssekolah rendah dan menengah di negara ini.Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yangberlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaransecara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemuioleh murid sendiri. Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid mempelajarikemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Gurusains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepadamurid untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan
 
 berkomunikasi apa yang dipelajari.
 National Science Teachers Association
AmerikaSyarikat mencirikan inkuiri-penemuan sebagai:
 
Penyoalan dan penyediaan masalah yang boleh diselesaikan (
Questioning and  formulating solvable problems
).
 
Membuat refleksi dan membina pengetahuan daripada data (
 Reflecting on, and constructing knowledge from data
).
 
Berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan (
Collaborating and exchanging information while seeking solutions
).
 
Membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal (
 Developing concepts and relationships from empirical data
).Secara umumnya, inkuiri-penemuan merupakan proses yang aktif terlibat dalam pemikiransains (
scientific thinking
), penyiasatan dan membina pengetahuan.Kebaikan sains sebagai inkuiri-penemuan dapat dihayati melalui kata-kata Kessen (1964)di bawah;
There is joy in the search of knowledge; there is excitement in seeing however  partially, into the workings of the physical and biological world; there isintellectual power to be gained in learning the scientist's approach to thesolutions of human problems. The first task and central purpose of scienceeducation is to awaken in the child, whether or not he will become a professional scientist, a sense of the joy, the excitement and the intellectual power of science.( Kessen, 1964: 4 )
Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaranyang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatandan pencarian maklumat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukankemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagaipemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan,
 prescriber of appropriate activities
,
stimulator of curiosity
, pencabar idea murid dan sumber rujukan(
resource person
). Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sainsyang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihatsebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaituseseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea danpembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai tujuantersebut.Mengajar sains dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan bukanlahsesuatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi guru pelatih. Setelah mengikuti limasemester input akademik dan kaedah pengajaran sains di maktab-maktab perguruan, gurupelatih diharapkan boleh mengajar sains secara inkuiri-penemuan semasa merekamenjalani praktikum. Sungguh pun begitu, beberapa persoalan mungkin timbul semasaguru pelatih menjalani praktikum iaitu; adakah guru pelatih mengajar mata pelajaran sainssecara inkuiri-penemuan? Apakah masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh gurupelatih ini semasa mereka mengajar mata pelajaran sains secara inkuiri-penemuan? Untuk menjawab persoalan ini, satu kajian perlu dilakukan untuk menyediakan jawapan kepadapersoalan tersebut.
 
 
1.1
 
RASIONAL KAJIAN.
Memahami proses inkuiri-penemuan yang berlaku dalam bilik darjah sains adalah satutugas yang kompleks. Inkuiri-penemuan tidak boleh dipandang sebagai satu proses yangmengandungi beberapa langkah yang tetap. Proses pembelajaran secara inkuiri-penemuanadalah satu proses yang dinamik. Menurut Dewey (1958), inkuiri-penemuan adalahhubungan
dialectical
antara guru dan murid. Penggunaan soalan adalah sangat penting danmerupakan ciri utama proses pembelajaran secara inkuiri-penemuan. Oleh yang demikian,guru perlu merancang soalan secara sistematik untuk menggalakkan murid berfikir secarainduktif atau deduktif. Urutan soalan, jenis soalan dan konteks soalan yang ditanya jugaharuslah mempunyai makna yang tersendiri dan difahami oleh guru. Sehubungan denganitu, kebolehan guru pelatih untuk mengolah soalan yang efektif di dalam bilik darjahadalah sangat penting dan merupakan salah satu ciri yang harus dimiliki oleh bakal gurusains yang berkesan. Selain itu, kebolehan guru membimbing murid untuk mentafsir datadengan betul dan membina teori sendiri juga sangat penting dalam proses pembelajaransecara inkuiri-penemuan.Oleh kerana kurang pengalaman mengajar guru pelatih mungkin menghadapibanyak masalah apabila mereka cuba mengajar secara inkuiri-penemuan. Maka, satukajian mengenai masalah guru pelatih yang mengajar sains secara inkuiri-penemuanadalah wajar dijalankan kerana dapatan kajian nanti mungkin dapat mendedahkanmasalah-masalah yang dihadapi dan seterusnya boleh digunakan oleh pelbagai pihak untuk merangka tindakan seterusnya yang boleh diambil.
1.2
 
LATAR BELAKANG KAJIAN
Guru pelatih pengajian sains major mengikuti Kursus Diploma PengurusanMalaysia (KDPM) selama 6 semester di maktab-maktab perguruan di seluruh Malaysia(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Matlamat Pengajian Sains major adalah untuk melahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran dalammelaksanakan kurikulum sains dengan berkesan di sekolah-sekolah dimana merekaditempatkan.Pada umumnya, sukatan pelajaran pengajian sains major KDPM mengandungi duakomponen iaitu; Akademik dan Kaedah. Komponen Akademik memberi peluang kepadaguru pelatih untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang fakta, konsep,prinsip dan teori sains menerusi empat tema iaitu Alam Kehidupan, Alam Fizikal, AlamBahan serta Alam Semesta dan Teknologi. Tema-tema ini sejajar dengan susunankandungan dalam Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah, KBSR. Komponen kaedahmemberi peluang kepada guru pelatih untuk menguasai kemahiran pedagogi, perancangan,pengurusan kurikulum dan penilaian ke atas enam bidang kajian seperti ditunjukkan dalamJadual 1. Tumpuan diberikan kepada proses pembelajaran yang diperolehi melaluipengalaman supaya guru dapat mengubah peranannya daripada penyampai maklumatkepada fasilitator yang memudahkan proses pengajaran.

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Norasikin Yahaya liked this
^___^ liked this
Yap Siewkim liked this
Wardatul Safiyah liked this
Din Qaisara liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->