Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pemahaman Bacaan Bahan Grafik

Pemahaman Bacaan Bahan Grafik

Ratings: (0)|Views: 356|Likes:
Published by ainaim
Kerja khusus ini berkaitan pemahaman murid dalam bacaan berbentuk bahan grafik
Kerja khusus ini berkaitan pemahaman murid dalam bacaan berbentuk bahan grafik

More info:

Published by: ainaim on May 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/23/2013

pdf

text

original

 
 1
KEUPAYAAN MURID TAHUN 5 DAN TAHUN 6 MEMAHAMI BAHAN BACAANBERBENTUK PETIKAN DAN GAMBAR TUNGGAL BAGI KEMAHIRANMEMBACA.
OlehAHMAD NAZRI BIN ABDUL KHORIDIjazah Md.(Psikologi) UKMSarjana Pend.(B.Melayu) UM
1
. Pengenalan
Kemahiran membaca merupakan empat cabang utama dalam kemahiran bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembacaan seseorang itu mampu untuk memahami apa yang terkandung dalam bahan bacaan. Selain daripada itu, seseorang yangmembaca akan boleh merasai pengalaman yang baru tanpa kita melaksanakannya. Misalnyaseorang murid itu membaca tentang pengalaman pengembaraan dia akan merasa seolah-olahdia sendiri pergi ke tempat tersebut.Semenjak di peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar untuk mengenal huruf danmembaca. Hal yang demikian disebabkan kebolehan murid-murid membaca adalah satu kayu pengukur di peringkat sekolah rendah lagi. Maka sebab itulah Kurikulum Bersepadu SekolahRendah (KBSR) telah menekankan aspek membaca ini. Dalam bidang sosial pula kebolehanseseorang membaca juga bukan sahaja dapat membantu seseorang berdikari tetapi juga akanmembantu dirinya kepada membangunkan masyarakat setempat. Menurut Wardhaugh(1969)
Success in reading is therefore assumed to be closely related to success inliving and to personel and emotional adjustment. The successful reader is tosome extent also the successful citizen 
( dalam Kamarudin Hj. Husin,1996)Selain itu pula tugas seorang guru tidak tertumpu pada menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata. Guru juga berperanan dalam mengembangkan potensi individudan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Selain itu guru juga berperanan sebagai penggalak, pengilham, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasi kritikal dalam
 
 2
diri murid (Faridah Karim, 1999). Oleh itu para guru seharusnya mempunyai daya kreativitiuntuk menyampaikan ilmu kepada murid.Dalam proses penyampaian ilmu ini, guru sememangnya memerlukan bahan mengajar  bagi membantu guru menjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan. Selain itu, bahan tadi juga boleh digunakan oleh para murid untuk membuat aktiviti pengukuhan dan pemulihan.Menurut Mok Soon Sang , 1986 ( dalam Musa bin Sulaiman ) yang telah dibuat oleh pakar- pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperoleh oleh manusia75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3%daripada deria rasa dan 3% daripada bau.Penggunaan bahan bantuan mengajar khususnya bahan berbentuk grafikmerupakansalah satu pelengkap dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tujuan utama guru adalah mudah iaitu murid dapat memahamiapa yang diajar oleh guru mereka. Namun sesetengah murid masih berasa kabur atau kurang jelas dalam memahami pengajaran guru mereka. Namun menjadi satu tanda tanya kepada para guru dan masyarakat sama ada paramurid ini memahami dan mengetahui akan penggunaan bahan ini. Ini disebabkankemungkinan kepada para murid bahan ini mungkin merupakan satu bahan atau maklumatyang baru kepada mereka. Misalnya peta dan carta mungkin perkara yang asing bagi paramurid di peringkat sekolah rendah. Oleh itu menjadi peranan seorang guru untuk mengajar kepada para murid untuk mencari maklumat dengan betul melalui bahan-bahan grafik ini.Jika guru dapat menggunakan bahan grafik kepada murid. Adakah bahan ini benar- benar membantu kepada penguasaan kemahiran membaca kepada murid ? . Inilah persoalanyang ingin dihuraikan.
2
. Pengertian Konsep
.Menurut Kamus Dewan, 2005 µkeupayaan¶ bermaksud kesanggupan atau kebolehanuntuk mencapai atau melakukan sesuatu. Manakala µmembaca¶ pula boleh diertikan sebagaisuatu proses memerhatikan isi yang tertulis atau dicetak dengan teliti dan memahamkanmakna kandungannya. Bahan bacaan bermaksud bahan yang mengandungi perkataan danayat termasuk gambar rajah, lukisan, simbol yang digunakan untuk menyampaikan idea atau
 
 3
maklumat. Manakala Tay (2005) pula menjelaskan proses membaca adalah satu proses aktif yang melibatkan pemahaman, penilaian dan menginterpretasikan secara berterusan tentangsesuatu mesej.Maka kesimpulan yang boleh dibuat mengenai tajuk ini ialah perlakuan murid untuk memproses secara aktif daripada bentuk-bentuk huruf dan simbol kepada sebutan dan pemahaman dengan tafsiran sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada dan seterusnyamengubah tingkah laku seseorang.
3
. Proses membaca dan pemilihan bahan bacaan.
Menurut Kamaruddin dan Siti Hajar, 1998 terdapat beberapa perkara yang melibatkan proses membaca. Antara proses-proses itu ialah:a. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. b. Mengaitkan lambang atau perkataan itu dengan bunyi atau makna.c. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya kepadaapa yang telah sedia ada dalam kepala.d. Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga menjadi sebuahidea yang lengkap.e. Menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang dapati untuk diri sendirirakan, guru dan ibu bapa.Hal Gasper ( dalam Ahmad Nazri, 2008 ) telah menggariskan cara untuk menentukan bahawa bahan itu benar-benar baik. Di antaranya ialah :i. sesuatu idea konsep itu telah diperakui sejak dahulu lagi dan konsep itu telah berkembang dengan modifikasi yang jelas. Idea itu juga harus telah diterima bagi zaman dahulu dan zaman sekarang.ii. konsep-konsep saintifik dan idea logik haruslah serasi dengan ideologi, pemikiran , rohani dan jasmani kepada bakal penerima dan pencari maklumattersebut.iii. ideologi serta konsep yang ditulis itu mestilah universal dan sejagat.iv. konsep yang dituliskan itu mestilah praktis yang membolehkan pencari bahan boleh menterjemahkan kepada penulisan yang sebenar.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->