Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
43Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perbezaan Budaya Kehidupan Yang Menjadi Halangan Untuk Mewujudkan Perpaduan Dan Integrasi Dalam Kalangan Etnik Di Malaysia

Perbezaan Budaya Kehidupan Yang Menjadi Halangan Untuk Mewujudkan Perpaduan Dan Integrasi Dalam Kalangan Etnik Di Malaysia

Ratings:

3.0

(1)
|Views: 13,751|Likes:
Published by Astera Mckee

More info:

Published by: Astera Mckee on May 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

04/17/2015

 
 
HUBUNGAN ETNIK
8
PERBEZAAN BUDAYA KEHIDUPAN YANG MENJADI HALANGAN UNTUKMEWUJUDKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KALANGAN ETNIK DIMALAYSIA4.0 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang amat bertuah kerana didiami olehpelbagai kaum yag terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai budaya, agama,kepercayaan, kesenian dan adat resam yang unik. Kepelbagaian ini menjadikanMalaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Malaysia jugamerupakan sebuah negara yang sedang mengorak langkah menuju ke arah sebuahnegara maju hasil daripada kemerdekaan yang diperolehi. Impian ini mampu dicapaidengan adanya perpaduan yang kukuh dan hubungan yang baik antara semua etnikyang ada. Hubungan antara kaum ini telah terbentuk sejak dahulu lagi di manakemerdekaan itu sendiri tercapai hasil daripada perpaduan dan tolak ansur antaraetnik. Malaysia dilihat dimata dunia sebagai sebuah negara yang harmoni keranasemua bangsa tidak mengira agama, warna kulit, fahaman dan kepercayaan dapatduduk semeja tanpa sebarang rasa terancam. Walau bagaimanapun, masih terdapatkeluhan dan pandangan dari sesetengah pihak yang menimbulkan isu tentanghubungan etnik. Perkara ini sekiranya tidak diambil serius dan dipandang berat akanmenimbulkan masalah perpaduan seterusnya menggugat keharmonian dankeamanan hubungan etnik di negara kita.Perbezaan budaya kehidupan yang menjadi faktor utama yang menghalangwujudnya perpaduan dan integrasi antara etnik di Malaysia yang mampu menggugatkeharmonian hubungan etnik di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga iaitu dariaspek :i. Sosialii. Ekonomiiii. Politik
 
 
HUBUNGAN ETNIK
9
 
4.1 ASPEK SOSIAL
D
isebalik keharmonian yang kita kecapi, masih terdapat sedikit kepincangan dalamusaha mempertahankan keamanan hubungan antara etnik.
D
ari segi aspek sosial,masalah yang sering dihadapi dapat dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu :i. Bahasaii. Agama dan Kepercayaaniii. Penempataniv. Pendidikanv. Adat resamKepincangan dalam memelihara hubungan sosial yang baik antara kaum akanmenimbulkan pelbagai isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan yang wujud.4.1.1 BahasaFaktor perbezaan bahasa yang wujud dalam kalangan masyarakat di Malaysia bolehmenyebabkan kesukaran berinteraksi seterusnya menyebabkan jarak sosial yangketara dalam kalangan masyarakat. Kekangan bahasa dan kesukaran memahamibahasa lain akan membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Hal inibukan sahaja wujud akibat tidak memahami bahasa tetapi juga disebabkan olehsalah faham yang timbul akibat tidak memahami apa yang diperkatakan.
D
enganmemahami bahasa, interaksi sosial antara kaum dapat diperkukuh. Sekiranya setiapkaum di Malaysia berusaha untuk memahami bahasa kaum yang lain, salah fahamdapat dielakkan. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi setiap individu dalammasyarakat untuk cuba memahami bahasa kaum lain agar tidak berlakunya salahfaham seterusnya dapat membina interaksi yang positif. Antara strategi yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan jurang persefahaman dalam aspek bahasa adalah dengan penggunaan satu bahasayang yang sama yang mana merupakan alat yang paling berkesan dalam memupukperpaduan dalam kalangan etnik yang berbeza dari segi bahasa ibunda ini. Usaha ini
 
 
HUBUNGAN ETNIK
10
 
membolehkan semua kaum berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurnadan harmoni. Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaanadalah bahasa Melayu dan sesuai digunakan oleh segenap masyarakat di Malaysia.4.1.2 Agama dan KepercayaanSetiap etnik di Malaysia mempunyai agama dan kepercayaan yang berbezamengikut etnik masing-masing. Sebagai contoh, etnik Melayu secara amnyamenganuti agama Islam, etnik Cina menganuti agama Buddha, dan etnik Indiamenganuti agama Hindu. Setiap agama mempunyai kepercayaan dan fahaman yangtersendiri. Walau bagaimanapun, faktor agama tidak menimbulkan sebarangpermasalahan dalam perpaduan kerana setiap agama tidak menganjurkanpengikutnya memusuhi agama lain, tetapi masalah yang timbul adalah disebabkanoleh kejahilan pengikut sesuatu agama itu yang menyebabkan perselisihan dansalah fahaman etnik lain terhadap agama tersebut. Banyak perkara yang dilakukansecara tidak sengaja oleh pengikut yang jahil menyebabkan berlakunya salah fahamdan menyinggung perasaan etnik yang lain. Terdapat juga individu dalam sesuatuetnik yang menganggap bahawa hanya agama mereka yang terbaik hinggamenguatkan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara kaum yangpelbagai agama dan kepercayaan.Sikap saling memahami dan menghormati agama lain adalah perlu agar keharmonian dan perpaduan dapat dibina dan dipertahankan. Apabila sesuatu kaumitu tidak memahami agama sesuatu kaum yang lain, kelancaran hidupbermasyarakat tidak dapart dikekalkan. Sebagai contoh, dalam agama Islammelarang lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersentuhan. Adalah perlu bagipengikut agama lain memahami perkara tersebut agar tidak menjadikannya sebagaiisu yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan dan hubungan etnik yangterjalin. Sikap toleransi dan saling memahami serta menghormati agama dankepercayaan agama lain adalah pemangkin yang penting dalam prosesmemantapkan perpaduan masyarakat di Malaysia.

Activity (43)

You've already reviewed this. Edit your review.
PutriMalaya liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
gobi58605 liked this
Nur Syazana liked this
Zainab Rahmat liked this
Haiku Apple liked this
Haiku Apple liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->