You are on page 1of 193

1

FACULTI OF EDUCATIAN AND LANGUAGE

Bachelor Of Teaching (Pre School) With Honour

JAN/2011

HBEF3103MAC 11

TUTOR:EN OTHMAN ABD.AZIZ

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MODEL ASSURE

NO. MATRIKULASI :750115065094001

NO. KAD PENGENALAN :750115065094

NO.TELEFON : 0128158175

E-MEL : asmidarasahari@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN :SABAH LEARNING CENTRE

2

SEJAMBAK PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Segala pujian bagi Allah Pemilik sekalian alam serta selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Syukur ke hadrat Allah kerana Taufik dan inayahNya,telah mengizinkan saya

menyempurnakan tugasan ini seadanya,dan besar harapan saya semoga tugasan
ini member manfaat kepada sekalian guru serta pelajar dalam mendokong
Falsafah Pendidikan Negara dengan jayanya.Sebarang kesilapan harap
dimaafkan dan teguran yang membina amatlah dialukan. Buat murid-muridku
yang dikasihi,semoga kehidupanmu mendapat restu dari Ilahi…Abadikanlah!
Semoga kalian beroleh kesejahteraan dalam hidup dan kejayaan di dunia dan
akhirat

Sekian,wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

3

ISI KANDUNGAN

Topik Perbahasan Halaman

Sejambak Penghargaan 1
Isi kandungan 2

Bab 1 : Pengenalan

1.1 .Latar belakang masalah

1.2. Pengenalan Teknologi dalam Pendidikan

1.3 Pengertian Rancangan Pengajaran Harian

1.4 Pengenalan Model Assure

Bab 2: Rancangan Pengajaran Harian

2.1. Huraian Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Model Assure

2.2 Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Kesimpulan

Rujukan
4

1.PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Teknologi dalam pendidikan

Di abad ini masyarakat hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan Sains dan
Teknologi. Masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan Sains dan Teknologi dalam
semua aspek kehidupan dan pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat
penting dalam amalan hidup seharian. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah
membawa perubahan kepada kehidupan manusia masa kini termasuk sektor pendidikan, jika
dahulu proses pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan 'chalk and talk' tetapi kini
komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.

Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1993) banyak perisian komputer boleh digunakan
dalam setiap aspek pendidikan. Penggunaan alat bantu dalam pengajaran biasanya
digunakan untuk membantu guru menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Penggunaan media yang tepat dalam pengajaran boleh memotivasikan,
meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap
pelajaran serta meningkatkan keberkesanan penggunaan media dalam pengajaran adalah
bergantung sepenuhnya ke atas guru sendiri.

Guru yang cemerlang harus peka terhadap perkembangan teknologi baru dan peluang yang
tersedia untuk menggunakannya ke arah menambah baik proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Paling tidak ia dapat mengurangkan kadar kebosanan dalam kelas
bagi guru dan pelajar. Pembelajaran biasanya amat berkesan dan kekal apabila semua deria
diguna secara optimum. .

Apa itu Reka Bentuk Pengajaran (RP) ?

Menurut Dick dan Reiser (1989), RP ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk,
membangun, melaksanakan dan menilai pengajaran.
Richey (1986), RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci
untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boleh
5

memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu
mata pelajaran. Enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu:

a)Menentukan keperluan pelajar;

b)Menentukan matlamat dan objektif;
c)Membina prosedur penilaian;
d)Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;
e)Mencuba sistem pengajaran; dan
f)Menilai keseluruhan system

2. MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA

2.1 PENGERTIAN MEDIA

Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat-alat,
perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran. Media pendidikan dan media
pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen
tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang-
dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau
mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif
matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai
dan dibaiki oleh guru.

Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran
komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen
atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari
golongan bahan-bahan mendidik."

Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses
atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang
dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik".

Menurut Kemp dan Smellie (1994),media pengajaran boleh didefinisikan sebagai segala
urusan yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada
6

penerima sehingga dapat meransang fikiran,perasaan,perhatian,minat serta perhatian

pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

2.2 FUNGSI MEDIA

Membuat Pengajaran Lebih Tersusun

Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran.
Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan
sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem
juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan
pelajar dan objektif pembelajaran.
 
Memberi maklumat
Berbagai media yang didapati seperti TV pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya.
 
Pembelajaran Menjadi Lebih Dekat

Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara
tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke kelas seperti foto.
 
Memperkayakan pengalaman
Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid seolah-olah murid sendiri
mengalami persekitaran seperti itu. Contoh seperti salji.
 
Pembelajaran Lebih Seronok

Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem,
televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa
seronok kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril.

Pengajaran Lebih Bersifat Individu

Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan
semua murid pada setiap masa.Tetapi boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun
pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja.
7

3.Definisi Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakanlebih awal oleh guru sebelum
menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran.Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para
guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat
menyampaikan input pembelajarankepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru
telahmembuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.Rancangan Pengajaran
Harian yang dibina haruslah berdasarkan RancanganTahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan
dalam Rancangan PengajaranHarian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan
objektif,kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.Ia juga boleh berpandukan
jenis-jenis model pengajaran dan pembelajaran yang sesuai .

2.3 MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASSURE

Di antara model yangmenggunakan media yang diperkenalkan ialah Model Assure. Model ini
telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989). Assure bermaksud memastikan
sesuatu berlaku. .Ini dapat diperjelaskan berdasarkan Rajah 1 di bawah:
8

Rajah 1;Model Assure

Singkatan akronim ASSURE bermaksud,

A - Analyse learner (Analisis pelajar)

S - State objective (nyatakan objektif)

S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)

U - Use media (gunakan media)

R - Require learner response (keperluan tindakan)

E - Evaluate materials (menilai)

 Analyse learner (analisis pelajar)

Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan
tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar
untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
 
9

 State objective (nyatakan objektif)

Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.
 
 Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)

Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif
pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki
terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan
objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai
dengan tajuk dan objektif pengajaran.
 
 Use media (gunakan media)

Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan
untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta
yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan
juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.
 
 Require learner response (keperluan tindakbalas)

Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang
berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.
 
 Evaluate materials (menilai)

Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.

 Adakah objektif tercapai?

 Bahan yang digunakan membantu P&P?
 Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?
 Adakah suasana P&P selesa?
 Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
10

http://docs.google.com/gview?url=http%3A%2F%2Fwww.sabah.edu.my%2Fskpmtdon
%2Fnotes%2FContoh%20Rancangan
%20Mengajar.pdf&docid=4a7d35d7234a7a4c1631143
11
12
13

8212cf87e&a=bi&pagenumber=1&w=703
14

Subjek: PENDIDIKAN ISLAM

Topik : TAYAMMUM

Tahun : 5

Sub Topik / Aktiviti

Objektif Pembelajaran / Sumber TMK
Bidang / Hasil Pembelajaran
Konsep P&P (CIPS)
Kandungan

2. Di akhir pengajaran dan Di akhir pengajaran dan Set Induksi: 1. Slaid

pembelajaran(60 minit) murid dapat :
PowerPoint.
yammum: pembelajaran (60 minit) 1. Tayangan slaid MS PowerPoint
1. Memahami Takrif bergambar. Soal jawab.
murid dapat : 2. Perisian MS
Takrif Tayammum
Tayammum Langkah: Excel
Rukun
Tayammum 2. Mengetahui sebab-
Sebab-sebab sebab yang 1. Menyatakan secara 2. Guru memaparkan maksud
mengharuska Tayammum menggunakan slaid 3. Akses
mengharuskan lisan dan
n tayammum MS PowerPoint internet
Tayammum bertulisTakrif
Tayammum
dengan betul.
3. Mengetahui Rukun- 3. Murid menghafaz maksud
rukun Tayammum Tayammum secara latih tubi .
2. Menyatakan secara
lisan 3 dan bertulis
4. Mengetahui cara sebab-sebab 4. Sumbangsaran sebab-sebab
melayari internet, diharuskan diharuskan bertayammum.Guru
‘Copy’,’Paste’ dan tayammum dengan menayangkan slaid MS
‘Save As’ betul. PowerPoint

5. Mengetahui cara 3. Menyatakan Rukun 5. Guru menerangkan rukun

menggunakan Tayammum Tayammum menggunakan slaid
perisian MS Excel. mengikut urutan MS PowerPoint
yang betul
6. Murid menulis takrif tayammum,
4. Melayari internet, sebab-sebab dan rukun
‘Copy’,’Paste’ ke Tayammum diatas kertas yang
MS Word dan disediakan
‘Save As’ dengan
langkah-langkah
Penutup:
yang betul

5. Menggunakan MS
7. Guru menerangkan langkah-
Excel untuk
langkah membuka fail perisian
menjawab soalan
MS Excel(Latihan)
latihan dengan
8. Murid membuat latihan
langkah-langkah
9. Guru membuat rumusan tajuk
yang betul.
15

hari ini.

3.1 Contoh Rancangan Pengajaran Harian Berdasarkan Model ASSURE

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh :7 April 2011

Masa :8.45 - 9.45 pagi

Tahun. :1 Bestari

Topik : Cara-cara berwuduk

Bidang :Ibadah

Hasil Pemb. :Murid dapat mengenal,menyebut dan menunjukkan anggota wuduk

dengan sempurna.

Objektif :Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Aras i.Menyatakan pengertian wuduk.

Aras ii.Menyatakan anggota-anggota wuduk yang wajib dan sunat.

Aras iii.Menjelaskan 3 hikmah berwuduk.

Aras iii.Membuat latihan berdasarkan soalan yang disediakan

pada slaid Ms Power point.

Aktiviti P& P :
16

1.Guru menunjukkan slaid perkataan wuduk dan bersoaljawab

dengan murid-murid tentang pengertian wuduk.

2.Guru memperkenalkan anggota wuduk yang wajib melalui slaid.

3.Guru memperkenalkan anggota wuduk yang sunat.

4.Guru meminta pelajar memikirkan tentang hikmah wuduk.

5.Menjawab soalan latihan yang disediakan melalui slaid power point.

Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik

Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif, Kontekstual

Kemahiran Generik :Kemahiran berfikir

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):

 Bahan elektronik / bahan bercetak / bahan autentik:Komputer

 Kad tugasan :
 Templat pelajar :
 Borang penilaian aktiviti p&p :

Pengetahuan Sedia Ada:

 Pelajar telah mengenali anggota badan.

 Pelajar biasa menyaksikan perlakuan wuduk.

Penerapan Nilai : Berdisiplin, menjaga kebersihan.

Gabungjalin : Sains, Matematik, PJK

17

TEMPLAT PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

BERPANDUKAN MODEL ASSURE.

Langkah Isi pelajaran Aktiviti Kemahiran/BBM

Pendahuluan Bacaan Doa 1.Guru mengarahkan murid

membaca doa penerang
(1 minit)
hati beramai-ramai.

Set induksi Slaid air mutlak 1.Guru menayangkan

slaid air mutlak.
(4 minit)

2.Guru menerangkan jenis

dan kegunaan air mutlak.

Langkah 1 Pengertian wuduk 1.Bersoaljawab mengenai

(20 minit) pengetahuan murid

berkaitan wuduk.

2. Guru menerangkan

pengertian wuduk

melalui slaid

.
18

Langkah 2 Pengenalan anggota 1.Guru menunjukkan

wuduk
(20 minit) anggota wuduk melalui

slaid.

2. Guru menerangkan

anggota wajib dan sunat.

Langkah 3 Menjawab soalan 1.Guru memaparkan slaid

(10 minit) soalan.

2. Murid menjawab soalan

dengan bimbingan guru.

Penutup Nasyid tentang anggota 1.Guru memperdengarkan

wuduk. nasyid dan meminta pelajar
(5 minit)
menasyidkan bersama.

Catatan/Refleksi: Murid dapat menyatakan semula anggota wuduk dengan betul.

3.2 Huraian Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Model ASSURE

Berikut pula dihuraikan enam langkah model ASSURE untuk menghasilkan satu pakej
pembelajaran bagi satu sub topik pelajaran.

 Mata Pelajaran:Pendidikan Agama Islam

 Bidang:Ibadat
 Tajuk:Cara-cara Berwuduk
19

 Menganalisis pelajar
Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga perkara yang
boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia
ada serta gaya pembelajaran pelajar.
 Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi tajuk Cara-cara Berwuduk ialah jantina, taraf
sosio ekonomi dan penempatan. Guru bolehlah menganalisis tahap penjagaan
kesihatan dan kebersihan diri pelajar lelaki dan perempuan melalui rupa dan pakaian
mereka. Seandainya rupa dan pakaian mereka kotor, maka dapat ditafsirkan bahawa
tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri adalah rendah dan begitulah sebaliknya.
Selain itu, tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri juga boleh dilihat melalui taraf
sosio ekonomi keluarga murid-murid. Jika taraf sosio ekonomi keluarga murid-murid
adalah rendah, maka dapat diandaikan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan diri
murid-murid adalah rendah dan begitulah sebaliknya. Seandainya murid tinggal di
kawasan pedalaman, dapat diandaikan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan diri
mereka adalah rendah.
 Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Kesihatan
Diri boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis. Seandainya diadakan sesi
soal jawab, guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai tajuk
Kesihatan Diri bagi memanggil semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut.
Sebagai contoh, guru menanya dan berbincang dengan murid mengenai cara
penjagaan kebersihan gigi. Seandainya ujian pra bertulis diadakan, guru bolehlah
memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji
tahap pengetahuan murid-murid. Guru juga boleh menganalisis gaya pembelajaran
pelajar tentang tajuk Kesihatan Diri melalui penggunaan media bercetak seperti poster
penyakit akibat tidak menjaga kebersihan diri. Melalui penggunaan poster tersebut,
murid-murid akan dapat menanggap, berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi
apabila melihat poster tersebut. Contohnya, dapat dilihat murid-murid akan menanggap
bahawa sakit gigi atau gigi berlubang dalah disebabkan tidak menggosok gigi. Mereka
juga akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka mengenai poster tersebut selain
menunjukkan reaksi muka dan emosi yang takut akibat melihat penyakit disebabkan
20

tidak menjaga kebersihan diri.

 Menyatakan Objektif :
Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa
yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran
tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk Cara-cara Berwuduk, objektif
pembelajaran boleh dibahagikan kepada objektif kognitif dan objektif afektif. Contoh
bagi objektif kognitif, murid-murid dapat menyatakan cara-cara mengambil airb wuduk
dengan cara dan kaedah yang betul. Contoh bagi objektif afektif ialah murid- murid
dapat menerapkan nilai penjagaan kebersihan dan disiplin ke dalam diri mereka.
 Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber Bagi tajuk Cara-Cara Berwuduk
Contoh kaedah yang dapat dijalankan adalah kaedah main peranan.Guru bolehlah
memanggil beberapa orang murid ke depan bagi membuat demonstrasi mengambil
wuduk dengan cara dan kaedah yang betul.
Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Cara-Cara Berwuduk ini
adalah seperti video mengenai cara-cara mengambil wuduk yang betul. Tayangan
video ini akan membolehkan murid-murid lebih memahami dan nampak dengan jelas
cara perlakuan mengambil wuduk yang betul.
Bahan sumber yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Cara-Cara Berwuduk
adalah bahan maujud seperti model air mutlak,paip dan bilik wuduk .Model ini boleh
digunakan semasa sesi main peranan di mana beberapa orang murid dipanggil ke
depan untuk membuat demonstrasi berwuduk dengan betul.
 Menggunakan Media dan Bahan Bagi pengajaran tajuk Kesihatan Diri:
Guru perlulah mengkaji bahan sumber seperti model air mutlak ,paip dan bilik wuduk
sama ada berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelum digunakan. Selepas itu,
guru perlu menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukup untuk digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancang penggunaan model-model
tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan dalam sesi main peranan. Guru
perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun model tersebut agar
21

mudah dicapai dalam sesi main peranan. Penggunaan model-model tersebut perlulah
secara optimum dalam sesi main peranan.

 Memerlukan Penglibatan Pelajar Dalam pengajaran tajuk Cara-Cara Berwuduk:

Penggunaan bahan sumber seperti model-model air mutlak ,paip,bilik wuduk dalam sesi
main peranan akan dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan
pelajar dalam pembelajran. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan perubahan tingkah
laku yang diharapkan iaitu murid-murid dapat mempraktikkan cara mengambil wuduk
serta membersihkan anggota badan dengan cara yang betul.
 Penggunaan video semasa sesi induksi mengenai tajuk Cara-Cara Berwuduk
adalah sangat sesuai. Tayangan video dapat membolehkan murid-murid nampak
dengan jelas sesuatu maklumat pembelajaran, dapat diulang tayang seberapa kali yang
mahu serta dapat menjana idea murid-murid. Dalam tajuk Cara-Cara Berwuduk,guru
boleh menayangkan pelbagai video berkenaan dengan tajuk seperti video budak
mengambil wuduk,video budak bersolat betul dan khusyuk atau video cara menjaga
kebersihan diri.Media bercetak seperti petikan kisah teladan zaman Rasulullah saw
samada dari akhbar,majalah atau buku ilmiah juga sesuai digunakan semasa sesi
induksi tajuk Cara-Cara Berwuduk.
 Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk Cara-Cara Berwuduk
adalah seperti sesi main peranan iaitu demonstrasi cara-cara mengambil wuduk dan
permainan kerusi panas, lakonan bapa mengajar si anak berwuduk. Selain itu, boleh
diadakan sesi pemerhatian video berkenaan langkah-langkah berwuduk serta sesi
perbincangan selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah
memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai,
menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang melibatkan murid perlulah
bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid. Perlu dipastikan bahawa isi
yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Jangan biarkan isi yang ingin
disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat murid- murid berasa bosan.
 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian Selepas tamat sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan yang bertajuk Cara-Cara Berwuduk,
guru perlulah melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid. Guru boleh
22

mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi mengetahui apa yang telah
diperolehi oleh murid-murid daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan. Sesi refleksi ini juga dapat membantu guru menilai kelemahan yang terdapat
dalam pengajarannya.

REFLEKSI

Refleksi daripada tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang
telah saya terima dan selesaikan, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai
kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelum memulakan sesuatu
sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Perkara
inilah yang sering terlupa atau terabaikan oleh guru-guru disekolah pada masa sekarang.
Langkah menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat
mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya.
Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi
pengajaran yang lebih berkesan kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada
murid-muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu.

Selain daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenai kepentingan
penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran. Model reka bentuk
pengajaran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses
pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan agar murid-murid
tidak berasa bosan.

Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat
penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya di dalam kelas. Bagi
saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding
model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Diharapkan agar apabila
tamat pembelajaran saya di OUM kelak, saya dapat mempraktikkan penggunaan model reka
bentuk pengajaran ASSURE di sekolah,insyaallah.
23

Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlulah mengguna dan mempraktikkan model reka
bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di kelas.

. Model ASSURE merupakan salah satu model reka bentuk pengajaranberorientasikan

bilik darjah yang mana merupakan model reka bentukpengajaran berskala kecil
yang tertumpu kepada perancangan bagi satumasa pengajaran. Model ini bertujuan
menyediakan panduan merancang danmengendalikan pengajaran yang memerlukan
penggunaan media.Model ASSURE mengandungi enam langkah iaitu analisis
pelajar (Analyze learners), nyatakan objektif atau hasil pembelajaran
(Stateobjectives), pilih kaedah, media dan bahan sumber (Select methods, mediaand
materials), gunakan media dan bahan sumber (Utilize media andmaterials), libatkan
pelajar dalam proses pembelajaran (Require learner participation) dan yang akhirnya
nilai dan semak semula (Evaluate andrevise).

Rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dirancang dengan teliti(sila rujuk
Lampiran A) adalah berdasarkan model ASSURE. Langkahpertama dalam model
ASSURE ialah analisis pelajar, dari segi ciri-ciri umummurid-murid saya, sasaran murid
saya terdiri daripada kanak-kanak yangberumur enam tahun. Dalam kelas Prasekolah
Sri Tanjung terdiri daripada 20orang murid yang mana 12 orang adalah murid
perempuan dan 8 orangadalah murid lelaki. Prasekolah Sri Tanjung terdiri daripada
murid-murid yangberlainan kaum iaitu 5 orang Melayu, 11 orang Cina dan 4 orang
India. Latar belakang sosioekonomi bagi kebanyakan murid adalah rendah dan ada
yangdari keluarga yang sederhana. Kelas Prasekolah Sri Tanjung terdapat duaorang
murid yang merupakan anak yatim.Dari aspek kompetensi khusus peringkat masuk,
kebanyakan murid telah sedar dengan ahli keluarga masing-masing. Sebahagian besar
muriddapat mengenal ahli-ahli keluarga tetapi hanya dari sebutan sahaja. Murid-murid
belum dapat menguasai ejaan perkataan-perkataan terhadap ahlikeluarga. Oleh itu,
murid-murid ingin tahu tentang ahli-ahli keluarga yang adadan juga dapat mengeja
dengan betul perkataan-perkataan tersebut. Denganitu, apa yang akan murid-murid
mempelajari selepas proses pengajaran danpembelajaran ini ialah murid-murid dapat
24

mengeja dan membatang suku katadengan betul dan juga dapat menyebut dengan
sebutan yang betul dan tepat.Stail pembelajaran murid-murid adalah pelbagai.
Dalam kelasPrasekolah Sri Tanjung, lebih kurang 70% murid-murid tidak suka
membaca

buku yang terdapat banyak perkataan tetapi suka dengan menonton video-video yang
boleh menyalurkan maklumat kepada mereka. Murid-murid sukamendengar kepada
muzik dan juga bergerak semasa muzik atau lagudimainkan. Selain itu, murid-murid
Prasekolah Sri Tanjung juga suka untukmelukis dan mewarna yang mana aktiviti ini
boleh mengekspresikan perasaanatau emosi masing-masing. Dengan itu, RPH telah
dirancang mengikut stailpembelajaran murid-murid yang ada. Sebagai contoh, guru
yang berceritapada set induksi tidak menggunakan buku cerita yang banyak
perkataan,tetapi bercerita melalui media komputer yang terdapat warna, animasi
dangambar serta audio. Murid-murid akan lebih tertarik dengan cara
pengajarantersebut berbanding dengan menggunakan buku cerita yang
seringdigunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Langkah kedua dalam model ASSURE ialah menyatakan objektif.Objektif yang

ditentukan bukanlah untuk menyekat perkembangan murid-murid tetapi objektif yang
ditetapkan adalah pencapaian minimum yangdiharapkan untuk dicapai selepas proses
pengajaran dan pembelajaran.Objektif yang ditentukan dalam rancangan pengajaran
harian (RPH) adalahberdasarkan kumpulan sasaran 20 orang murid tersebut. Selepas
prosespengajaran dan pembelajaran, 20 orang murid ini diharapkan untuk
mendapatmengenalpasti bunyi dan sebutan perkataan, membaca, membatangkan
sukukata dan mengeja sekurang-kurangnya tiga daripada lima perkataan denganbetul.
Inilah tahap pencapaian yang minimum yang diharap dapat dikuasaioleh murid-murid.
Murid-murid digalakkan untuk mencapai yang lebih tinggitetapi sekiranya ada murid
yang tidak mencapai objektif iaitu kurang daripadatiga perkataan, maka guru
hendaklah menjalankan tindakan pemulihanterhadap murid tersebut.Langkah ketiga
ialah memilih kaedah, media dan bahan sumber.Mengikut RPH yang dirancang,
guru akan bercerita kepada murid pada setinduksi dan seterusnya mengajar dengan
perkataan-perkataan. Selepas itumurid-murid akan menyelesaikan soalan-soalan yang
disediakan oleh gurudengan menggunakan komputer. Pada langkah ketiga, murid-
25

murid diberipinggan kertas untuk melukiskan gambar keluarga masing-masing

danakhirnya membentangkan hasil kerja masing-masing di depan kelas untukmelatih
keberanian dan keyakinan diri. Murid-murid diberi peluanguntukmencuba dengan usaha
sendiri iaitu semasa membuat latihan denganmenggunakan komputer dalam langkah
kedua mengikut RPH.Media yang dirancang untuk digunakan untuk sesi pengajaran
danpembelajaran ialah tayangan komputer multimedia, audio, gambar danpetikan.
Media yang dipilih untuk menyampaikan pengajaran kepada muridberhasrat untuk
membantu murid-murid menguasai isi pengajaran denganlebih berkesan. Tayangan
komputer multimedia, audio, gambar adalah lebihmenarik berbanding dengan buku-
buku teks atau latihan. Hal ini demikiankerana tayangan tersebut mengandungi animasi
dan audio yang menarik.Bahan sumber yang dipilih dalam RPH yang telah dirancang
menepatidengan kurikulum dan objektif yang ditetapkan. Teknologi dipilih sebagaisalah
satu bahan sumber membantu murid-murid supaya tidak ketinggalandengan
perkembangan teknologi di dunia ini. Cerita yang dipilih untuk sesi setinduksi sesuai
dengan tahap pencapaian murid kerana laras bahasa yangjelas dan mudah difahami
oleh murid-murid.

Pada langkah ketiga, murid-murid dikehendaki untuk melukis gambar keluarga dengan
menggunakankertas pinggan dapat menarik minat murid-murid untuk mencuba
keranamurid-murid biasanya melukis di atas kertas lukisan sahaja. Bahan yanghendak
digunakan iaitu kertas pinggan dan benang untuk sesi pengajarandan pembelajaran
juga mudah untuk didapatkan dan tidak menjadi satumasalah untukmendapatkan
bahan-bahan tersebut.

Selepas memilih kaedah, media dan bahan, langkah yang seterusnyaialah

menggunakan media dan bahan sumber yang dipilih. Media dan bahansumber yang
hendak digunakan seperti LCD, pembesar suara dansebagainya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan dicubasebelum kelas sebenar. Tindakan ini
adalah untuk memastikan bahan-bahanyang dipilih sesuai dengan kumpulan sasaran,
objektif pengajaran dan bahanitu berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Selepas memastikanbahan-bahan yang dipilih sesuai digunakan dalam proses
pengajaran danpembelajaran, bahan-bahan tersebut hendaklah digunakan dengan
optimumbagi membawa kesan yang positif kepada murid dalam proses pengajarandan
pembelajaran. Selain daripada itu, bilangan yang cukup untuk digunakanoleh murid
26

juga hendaklah dikenalpastikan. Sebagai contoh, dalam langkahketiga RPH, pinggan

kertas dan benang yang hendak digunakan hendaklah

dipastikan dengan adanya bilangan yang cukup atau berlebihan untuk murid-murid
menjalankan aktiviti. Sekiranya bilangannya tidak cukup, maka prosespengajaran dan
pembelajaran akan diganggu dan objektif pengajaran akanterjejas dan dipengaruhi

.Langkah kelima dalam model ASSURE ialah melibatkan pelajar dalamproses

pembelajaran. Sekiranya murid-murid tidak terlibat dalam prosespengajaran dan
pembelajaran, maka sesi ini tidak berkesan. Pada set induksiyang dirancang, murid-
murid mendengar cerita guru dan sesi soal jawab akandijalankan selepas guru
bercerita. Tindakan ini adalah untuk mengenalpastibahawa setiap pelajar menumpukan
perhatian terhadap sesi tersebut. Guruyang sedang mengajar dengan perkataan-
perkataan pada langkah pertamajuga akan memastikan setiap murid adalah sentiasa
bersama dengan gurudan tidak ada murid yang berkhayal atau buat kerja yang lain
supaya murid-murid dapat menguasai perkataan-perkataan yang diajar. Pada
langkahkedua, murid-murid dibahagi ke dalam lima kumpulan dan setiap
kumpulanterdapat empat murid yang akan menyelesaikan masalah
denganmenggunakan komputer mengikut giliran. Seterusnya, murid-murid akanbekerja
secara individu dalam melukis dan mewarna gambar keluargamasing-masing dan
akan membentangkan hasil kerja masing-masing padasesi penutup. Penglibatan murid
secara aktif dalam proses pengajaran danpembelajaran adalah sangat penting untuk
memastikan pengajaran danpembelajaran berkesan.Langkah yang terakhir iaitu menilai
dan semak semula perancangan.Untuk penilaian pembelajaran, murid-murid dapat
dinilai melalui pemerhatiansepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan
untuk menanganimasalah pembelajaran murid-murid boleh diambil seperti mengubah
kaedah,memudahkan bahasa dan sebagainya. Langkah ini diambil adalah
untukmemastikan bahawa tindakan susulan yang sesuai dapat diambil dalam kadar
segera seperti tindakan pemulihan untuk murid-murid yang lemah supayakeadaan tidak
menjadi lebih teruk dan tindakan pengukuhan untuk murid-murid yang dapat menguasai
sesuatu kemahiran bagi memperkembangkanmereka dengan optimum. Sebagai
contoh, dalam langkah ketiga iaitu melukisgambar keluarga di atas pinggan kertas
27

boleh menunjukkan hubungan antaramurid dengan ahli keluarga. Aktiviti ini boleh
menunjukkan keadaan emosi

murid-murid terutamanya murid-murid yang merupakan anakanak yatim.Sekiranya

didapati murid mengalami emosi negatif, saya dapat mengambiltindakan segera untuk
membantu murid saya.Penilaian pengajaran pula difokuskan terhadap guru yang
merancangpengajaran tersebut. Guru dapat mengambil tindakan membetulkan
langkahpengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang
berkesandalam perancangan seterusnya. Sekiranya didapati kumpulan sasaran
sayatidak dapat belajar dengan menggunakan komputer secara berkesan,
makatindakan saya adalah mengubah kaedah ini dengan kaedah yang lain
sepertikaedah simulasi, main peranan dan sebagainya. Dengan itu,
perancanganseterusnya akan menjadi lebih baik dan berkesan.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, model ASSURE adalah panduan kepada setiap gurudalam membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Rancanganyang dibuat berdasarkan
model ASSURE akan menjadi lebih menyeluruh danteliti serta membawa kesan yang
positif kepada murid-murid dan juga gurudalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, perancangan yangdibuat dengan berdasarkan model ASSURE akan
membawa manfaat kepadaguru dan juga murid-murid yang sedang menuntut ilmu
pengetahuan

1.0 Pendahuluan

Sebelum kita dapat memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami tingkah
laku serta tindak balasnya dalam satu-satu situasi. Kajian yang dibuat secara sistematik dan saintifik
terhadap tingkah laku manusia disebut psikologi. Perkataan ini berasal dari tamadun Greek purba iaitu
psyche yang bererti ‘jiwa’ dan perkataan logos yang bererti ‘kajian tentang sesuatu’.

Menurut Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai kajian mengenai proses mental dan
pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan
perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Menurut Davidov (1976) psikologi merupakan kajian saintifik mengenai tingkah laku manusia dan
28

haiwan secara nyata (overt) atau selindung (covert). Kajian tingkah laku secara overt merujuk kepada
kajian tingkah laku yang boleh diperhatikan, dinilai atau diukur sebaliknya kajian tingkah laku secara
covert merupakan kajiaan keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya yang bersifat
‘tidak nampak’ dan berupa dalaman.

Psikologi pendidikan pula merupakan dua bidang yang digabung dan mempunyai perkaitan
antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan pendidikan bermaksud mendidik, pengetahuan
mendidik, didikan, latihan, ajaran. Oleh yang demikian Psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik
tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran.
Setiap guru yang menitikberatkan potensi dan pencapaian muridnya akan berusaha mendalami bidang
ini untuk meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajarannya. Guru perlu memahami dan
mengenalpasti kebolehan, pengalaman, perhubungan, pengaruh persekitaran dalam membentuk
sahsiah dan minat murid.

Borich dan Tombari (1977) menyatakan psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang memfokus
kajian kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirical mengenai pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ahli-ahli psikologi mengaplikasikan prinsip psikologi pendidikan bagi
mengkaji proses-proses pertumbuhan dan perkembangan serta perbezaan individu, proses belajar,
strategi pengajaran dan pembelajaran dan kaedah untuk menilai pencapaian yang secara tidak
langsung dapat mengembangkan minat dan bakat murid supaya akhirnya dapat membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Penjelasan di atas jelas menunjukkan kepentingan psikologi dalam mengkaji tingkah laku
manusia yang sentiasa berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan yang digunakan. Antara
pendekatan yang utama ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan kognitif, pendekatan humanis,
pendekatan psikoanalitik dan pendekatan neurobiologi. Kelima-lima prespektif ini digunakan sebagai
satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga
memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan
sesuai. Setiap prespektif mempunyai kebaikan masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan
aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan.
29

Bagi melihat pendekatan psikologi yang dinyatakan dengan tingkah laku murid dalam bilik
darjah, penulisan ini akan menjadikan murid-murid yang mundur atau lembam sebagai satu ikon untuk
menunjukkan perkaitan pendekatan psikologi tersebut bagi mencari punca mengapa keadaan ini
berlaku seterusnya mencari satu remidi berdasarkan pendekatan tersebut untuk meningkatkan lagi
pencapaiannya. Masalah yang berkaitan dengan pengendalian dan pendidikan murid mundur atau
lembam memang merupakan masalah yang membimbangkan, mengganggu serta mencabar
keupayaan guru dan ibu bapa semenjak bermulanya pendidikan formal. Oleh yang demikian, adalah
diharapkan penulisan ini dapat dijadikan rujukan bagaimana untuk menangani keadaan ini berdasarkan
pendekatan ahli-ahli psikologi yang dinyatakan.
30

2.0 Pendekatan Psikologi

2.1 Pendekatan Behaviorisme

Pendekatan Behaviorisme menekankan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dan
diukur. Pendekatan ini dipelopori oleh John B. Watson di Universiti John Hopkins Amerika
Syarikat pada tahun 1913 yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh
persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-idea Watson
inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah
laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini, tingkah
laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini
dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G. Selain J.B Watson,
ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah B.F Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike.
31

Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan
berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.
Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan
dan gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran
yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan
pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka
panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut
beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah
penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Bagi E.L. Thorndike, walaupun
pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas)
seperti pendapat Pavlov dan Skinner, beliau memberi penekanan terhadap pembelajaran cuba
jaya dan pengulangan. Contohnya, Ghazali, seorang murid dalam tahun enam akan terus
memperbaiki kelemahan matematiknya hasil dari tunjuk ajar, galakan dan pujian dari gurunya
setelah ia berjaya menyelesaikan masalah matematik yang diberikan kepadanya.

2.2 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan ini dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang berpendapat bahawa
sebahagian besar tingkah laku dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar yang
merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta harapan yang tidak disedari oleh seseorang
termasuk perlakuan normal dan abnormal hasil daripada faktor ganetik dan persekitaran. Ahli
teori pendekatan psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu dan percaya
bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi
individu.

Teori struktur personaliti Sigmund Freud membahagikan struktur psikik kepada tiga iaitu
id, ego dan superego. Id merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, mementingkan
diri sendiri dan tidak ada pengaruh kepada dunia realiti dan mempengaruhi tingkah laku bayi
apabila dorongan atau kemahuannya begitu kuat. Ego pula cuba perlahan-lahan mengambil
tanggungjawab mendorong id supaya mengikut kehendak moral dan etika masyarakat
sementara superego pula berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral yang
berkembang daripada didikan agama kepada ego yang mengawal id. Mengikut pendekatan ini,
32

sekiranya id dan superego cukup kuat untuk menguasai ego biasanya konflik dalaman akan
berlaku dalam diri individu. Teori Freud menyarankan sekiranya konflik antara id, ego dan
superego tidak selesai ia akan membawa kepada kecelaruan mental. Contohnya, Zulkarnain
seorang murid dalam tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR akan belajar dan
berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan tersebut dengan selalu mengulangkaji pelajaran, bertanya
kepada guru dan bersaing dengan rakan-rakannya dalam setiap ujian dan peperiksaan
percubaan yang dijalankan.

2.3 Pendekatan Kognitivisme

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,

menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan
Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran
individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang
dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Menurut
mereka dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognatif dalam ingatannya.
Setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun pengalaman yang dipelajari dan
menyimpannya dalam ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai
keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala
pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan ia menghubungkaitkan pengalaman tersebut
dengan masalah yang dihadapi. Kebolehan ini dikenali sebagai ‘celik akal’.

Menurut Gagne (1970), proses pembelajaran bergerak dari peringkat yang paling
mudah kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada
pembelajaran pada aras yang rendah. Kajian Teori Bruner mendapati kanak-kanak dapat
berfikir dengan menggunakan bahasa iaitu dua proses penguasaan; superordinat dan
kompleksif. Superordinat merujuk kepada proses penggunaan konsep, prinsip atau hukum yang
semakin berkembang selaras dengan perkembangan keupayaan mental dan peringkat umur
manakala kompleksif proses pengurangan penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep
atau prinsip selaras dengan perkembangan dan keupayaan mental. Implikasinya semakin
berkembangan pemikiran seseorang individu, semakin banyak konsep baru yang akan
33

diperolehinya. Contohnya, Hisyamuddin, murid tahun enam telah mahir menulis esei panjang
dengan mempraktikkan teknik menulis esei setelah mempelajarinya secara berperingkat
semenjak dari tahun empat lagi.

2.4 Pendekatan Humanistik

Ahli Psikologi dalam pendekatan ini adalah seperti Abraham Maslow, Rollo May, Carls
Rogers dan Gordon Allport. Teori pendekatan Humanistik memberi tumpuan kepada apa yang
berlaku dalam diri seorang individu seperti perasaan atau emosinya. Teori ini menyatakan
bahawa individu terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai satu kemahuan
atau keperluan dan bertanggungjawab di atas segala tindakkannya. Menurut pendekatan ini,
kuasa motivasi seseorang individu adalah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai
hasrat diri (self-actualization). Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk
mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Walaupun terdapat halangan,
kecenderungan semulajadi adalah untuk mencapai hasrat diri atau mengembangkan potensi ke
tahap yang maksimum. Konsep ini (pencapaian hasrat diri) sebenarnya dipelopori oleh
Abraham Maslow yang juga merupakan ahli psikologi humanis.

Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan

andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut
Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi,
keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan
sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha
memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers
berpendapat bahawa manusia lahir dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan
memandunya menjadi insan yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih
memberi tumpuan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta
kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Karim murid tahun enam yang
tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik
beradiknya yang lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya
sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.
34

2.5 Pendekatan Biologi

Pendekatan Biologi cuba mengaitkan tingkah laku manusia dengan kejadian dalam otak
dan sistem saraf manusia. Kajian-kajian baru menunjukkan adanya pertalian rapat antara
aktiviti otak dengan tingkah laku dan pengalaman. Pendekatan ini juga dikenali sebagai
pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit (Disesease Model) atau Model
Perubatan yang berpandangan bahawa masalah yang dihadapi adalah hasil kecacatan tubuh
badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak.

Reaksi emosi seperti ketakutan dan kemaharan telah ditonjolkan oleh haiwan dan
manusia ketika dilakukan rangsangan elektrik di kawasan-kawasan tertentu di dalam otak
seperti eksperimen yang telah dijalankan oleh Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav Fritsch
(1839-1907) terhadap anjing yang dimasukkan dua batang dawai ke permukaan kortikal
otaknya. Eksperimen ini jelas menunjukkan tindak balas akan berlaku apabila rangsangan
elektrik diberikan dan seterusnya memberi kesan ke atas tingkah lakunya. Oleh yang demikian,
salah satu fokus dalam pendekatan ini adalah peranan sistem saraf pusat yang
bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia. Contohnya, Salmah
murid tahun enam, mengikut rekod kelahirannya telah mengalami masalah yang menyebabkan
otaknya tidak memperolehi oksigen secukupnya kerana lambat dilahirkan dalam proses
tersebut , telah memberi kesan kepada kemampuan mindanya untuk menerima dan mengingat
suatu maklumat seperti tidak mampu mengingat sifir dua.
35

3.0 Murid Mundur dari Prespektif Psikologi.

Murid mundur merupakan murid lembam yang tidak mempunyai kebolehan untuk mengikuti
pelajaran secara normal seperti murid lain, dan oleh itu mereka tidak mempunyai kebolehan untuk
maju secara normal di sekolah. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang
sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Mereka biasanya tidak dapat
mengikuti kurikulum sekolah yang biasa dan juga tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru
yang menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa. Burt (1950) menyifatkan murid
mundur sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk
mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan
umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan kepada
kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya.

Apa jua interpretasi yang digunakan untuk menunjukkan istilah kemunduran, perkara yang
mencirikannya adalah ‘ketandusan pendidikan’. Kemunduran mungkin berbentuk khusus atau umum.
Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau lembam (otak lembap),
walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang mundur tetapi tidak
lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan
persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap
36

mental dan emosi yang tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang
lemah. Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada
hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil gabungan sifat
yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan yang akhirnya mempengaruhi
personaliti individu.

Dalam penulisan ini kajian dilakukan pada lima orang murid tahun enam dalam sebuah sekolah
yang mempunyai masalah kemunduran yang ketara dalam pelajaran. Murid-murid tersebut ialah
Ghazali, Zulkarnain, Hisyamuddin, Karim dan Salmah yang telah dinyatakan dalam penerangan
pendekatan psikologi di atas. Murid-murid ini dipilih kerana mempunyai berbagai masalah termasuklah
kecelaruan personaliti, hilang keyakinan diri, lambat menguasai suatu kemahiran, gagal mengikuti
pengajaran guru, masalah kemurungan dalam bilik darjah dan sebagainya yang menyebabkan
berlakunya kemunduran dalam pelajaran mereka. Kemunduran ini akan dikupas dan dijelaskan melalui
pendekatan ahli-ahli psikologi.

3.1 Pendekatan Behaviorisme

Melalui prespektif aliran ini, peranan persekitaran terhadap kemunduran murid adalah
sama, sama ada di bandar atau di luar bandar. Terdapat murid hidupnya berada dalam
persekitaran yang biasa dengan penghinaan, cemuh mencemuh dan merendah-rendahkan
orang lain. Walaupun sikap ini dianggap biasa di sesetengah tempat , bahkan biasa bagi
sesetengah orang dewasa ditempat tersebut, tetapi ia mempunyai kesan yang merugikan
apabila murid-murid ini hilang keyakinan diri dan merasa malu untuk bergaul dan belajar
bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Terdapat juga murid yang bergaul dengan kumpulan yang ahlinya suka melakukan
perbuatan nakal; tidak ada suatu kebaikkan yang diharapkan daripada mereka. Kumpulan
seperti inilah yang bertanggungjawab menyebabkan bilangan delinkuens. Kesannya murid-
murid ini biasanya bertingkahlaku menyeleweng jauh daripada tingkah laku yang diterima oleh
sosial dan prinsip yang diterima oleh masyarakat termasuk tabiat rajin belajar.
37

Ibu bapa murid ini biasanya tidak memberi perhatian dan menyediakan persekitaran
yang kondusif kepada pelajaran anak-anak mereka. Murid-murid yang mempunyai ibu bapa
seperti ini bukan sahaja mengalami kemunduran akademik bahkan sesetengahnya kembali
menjadi buta huruf. Murid-murid yang mempunyai kecenderungan untuk bersikap resesif, terlalu
agresif, sentiasa bimbang, gemuruh, tiada keyakinan diri biasanya jauh tertinggal dalam
pencapaian akademik. Tanda dan tingkah laku bermasalah ini timbul akibat penjagaan ibu bapa
yang salah, yang dinyatakan melalui penyisihan mereka, terlalu menguasai atau terlalu
memanjakan atau apabila hubungan antara ibu bapa jauh tidak memuaskan.

3.2 Pendekatan Psikoanalitik

Keadaan emosi dan moral dalam persekitaran tempat tinggal murid juga boleh
mempengaruhinya terhadap kemajuan pendidikannya. Jika kehidupan harian di rumah dicirikan
oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku, garang dan dominan
ataupun terlalu mengongkong atau gangguan neurotik, mereka akan membesar dalam suasana
emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang
penting untuk mencapai kemajuan dalam persekolahannya.

Murid-murid yang terlalu dimanjakan dari lahir sehingga tidak pernah berpeluang untuk
berusaha sendiri akan mengembangkan sikap bergantung kepada orang lain dan tidak
mempunyai inisiatif untuk memajukan diri. Mereka yang telah dikenakan disiplin yang terlalu
ketat dan menjalani kehidupan dengan mengikut arahan mungkin keinginan untuk berusaha
sendiri. Akibatnya, murid-murid yang datang dari keluarga seperti ini mempunyai
perkembangan ego yang lemah di mana mereka tidak mempunyai motif yang lebih tinggi untuk
bekerja keras menyebabkan mereka segera berubah menjadi malas dan lembap. Ini
disemarakkan lagi jika suasana dalam keluarga dirosakkan oleh sikap ibu bapa yang sambil
lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan mengelakkan tanggungjawab. Sikap seperti ini
akan menggalakkan murid tersebut menjadi tidak berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak
mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah sehingga
mengakibatkan kemunduran akademik. Dari keterangan di atas jelas menunjukkan perkaitan
dengan teori ahli psikoanalitik yang menekankan kepentingan zaman awal individu dan
mempercayai bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan dalam perkembangan individu.
38

3.3 Pendekatan Kognitivisme

Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental

sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka melalui
proses-proses pekembangan pemikiran sepertimana penekanan yang diberikan dalam aliran
kognitivisme. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan melalui satu siri urutan
yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7
tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas).
Ibu bapa murid mundur juga seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat
keputusan dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan
pemikiran. Jika murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat
umur yang sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat
bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai
kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi.
Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi kandungan ilmu pengetahuan dan
pencapaian dalam pelajaran.

3.4 Pendekatan Humanistik

Disamping faktor-faktor persekitaran, didikan dalam keluarga, hubungan sosial dan

kecerdasan yang rendah seperti yang telah dibincangkan di atas, faktor kemiskinan juga
menjadi faktor dalam kemunduran akademik. Salah satu aspek kemiskinan adalah rumah yang
sesak terutama apabila bilangan ahli dalam keluarga ramai dan sumber kewangan atau sumber
perbelanjaan terhad. Dalam keluarga besar yang keupayaannya terhad, taraf kehidupan
biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk
perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau
penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak
yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang
kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya
39

masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada
kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas
manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat
dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika
tidak sempurna atau gagal dipenuhi.

3.5 Pendekatan Biologi

Perkembangan fizikal yang subnormal adalah salah satu daripada penyebab

kemunduran yang penting. Sesetengah murid yang mundur dilahirkan dengan mewarisi ciri-ciri
tertentu yang boleh menjadi penyebab kemunduran, antaranya kekurangan tenaga iaitu lemah
dari segi dorongan dan keazaman untuk berkembang yang menyebabkan mereka berkembang
pada kadar yang perlahan (Shanker, 1957). Burt (1953) pula mendapati bahawa 79% daripada
murid-murid yang mundur dalam pelajaran mengalami sejenis kerencatan perkembangan atau
kerencatan fesiologi. Kemunduran juga mungkin disebabkan kerencatan mental. Kerencatan
mental ini mungkin diakibatkan oleh banyak sebab antaranya; genetik keadaan semasa dalam
kandungan ibu, keadaan semasa dilahirkan, keadaan selepas dilahirkan dan sebab-sebab
budaya. Ketegori umum ini meliputi sebab-sebab khusus seperti penyakit yang dialami oleh ibu
semasa mengandung (phenylketonuria dan rubella) , tidak dapat cukup oksigen semasa
dilahirkan, kerosakan otak, dadah dan keadaan ekonomi keluarga. Gejala ini biasanya akan
memberi kesan terhadap perkembangan mental individu.

Selain daripada faktor ganguan mental yang dijelaskan di atas, murid-murid mundur
juga dipengaruhi oleh kecacatan fizikal dan penyakit seperti kecacatan penglihatan,
pendengaran, kekidalan, dan juga penyakit seperti penyakit hidung dan kerongkong, brongkotis,
penyakit tonsil atau adenoids, demam panas, penghadaman dan penyakit kelenjar yang lain.
Menurut Burt (1953 dan Kirk (1972) penyakit ini atau penyakit-penyakit lain yang dihadapi akan
40

menganggu proses pembelajaran murid-murid ini sama ada di rumah atau di sekolah hingga
menyebabkan pencapaian akademiknya lebih rendah daripada tahap normal dalam
matapelajaran tertentu atau menyebabkan kemunduran secara umum. Kecacatan fizikal pada
sesetengah murid mundur bererti sesetengah pancainderanya tidak berfungsi dengan baik yang
akan menyebabkan diskriminasi yang salah atau cacat, pertimbangan yang salah dan lemah
pemikiran.
41

4.0 Kaedah Mengatasi Kemunduran Menurut Pendekatan Psikologi

Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek
perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik
di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya kerana terdapat interaksi antara
perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk
membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya,
dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah
untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan secara terperinci melalui pendekatan oleh
ahli psikologi.

4.1 Pendekatan Behaviorisme

Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis, bukannya
hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang konkrit, dan
berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka yang hanya pandai
menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan Behaviorisme murid-murid mundur
memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun, pertimbangan yang bersimpati terhadap
kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan di pihak guru atau orang yang membimbingnya.
42

Guru tersebut bukan sahaja dapat menerima kekurangan murid tersebut bahkan menyedari
murid-murid ini bukanlah tidak sempurna sehingga tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada
kualiti yang berguna. Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama
saintifik. Sekali lagi, guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah seorang pemimpin dan
pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa undang-
undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

4.2 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan yang diterangkan di atas membawa kita kepada menghadapi murid-murid

mundur yang mempunyai masalah emosi, pembawaan dan konflik mental. Justeru itu
pendekatan psikoanalitik perlu digunakan untuk menghadapinya. Usaha-usaha perlu diambil
untuk mewujudkan penyesuaian semula di rumah dan juga di sekolah. Pendidikan ibu bapa
yang bertujuan untuk mengubah kaedah pengasuhan ibu bapa kepada satu kaedah yang lebih
sesuai, merupakan satu sistem perkhidmatan sosial yang bertujuan untuk memperbaiki
persekitaran fizikal di rumah dan di luar rumah. Dalam hal ini, kerjasama dari guru bimbingan
kaunseling, guru, dan ibu bapa adalah diperlukan. Jika terdapat faktor emosi di rumah yang
menyebabkan kekerapan tidak hadir ke sekolah, lawatan ke rumah atau pertolongan pegawai
kebajikan masyarakat adalah perlu. Klinik bimbingan murid mundur juga memainkan peranan
yang penting dalam memberi pendedahan dan latihan untuk menangani seterusnya
menstabilkan kecelaruan emosi. Kemahiran interpersonal dan penerapan nilai-nilai murni
merupakan salah satu elemen yang penting dalam pendekatan psikoanalitik.

4.3 Pendekatan Kognitivisme

Setelah masalah emosi dapat diatasi melalui penerangan di atas, pemeringkatan

pembelajaran pula perlu dilaksanakan menurut pendekatan kognitivisme. Dalam hal ini, kaedah
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlulah dapat menuntun dan membina
pengetahuan murid dari konkrit dan analogi kepada masalah yang lebih abstrak. Setiap tajuk
pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini membolehkan penyampaian tajuk pelajaran
43

daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah. Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran
yang disediakan perlu selaras dengan perkembangan kognitif murid-murid mundur. Jika tidak,
bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan mereka atau didapati terlalu
sukar bagi mereka. Aktiviti pelajaran ini seharusnya mengandungi tugas-tugas konkrit atau topik
yang wujud dari minat semulajadi murid-murid tersebut dan kehidupan seharian seperti
“makanan kita”, “kesihatan kita”, “jiran tetangga kita” dan sebagainya. Penggunaan alat
pandang dengar seperti kad gambar, filem, carta dan model menolong mereka membina tabung
maklumat yang berguna yang maknanya jelas bagi mereka. Salah satu prinsip kaedah
mengajar yang baik bagi murid mundur adalah keyakinan diri mereka perlu diwujudkan
perlahan-lahan melalui tabiat kejayaan. Guru perlu membimbing mereka dengan sabar dan
perlahan-lahan, menentukan yang setiap langkah benar-benar telah dikuasai sebelum
memperkenalkan yang lain dengan latihan yang lebih kerap lagi.

4.4 Pendekatan Humanistik

Melalui pendekatan humanistik, murid-murid yang mundur atau lembam perlu diberi
perhatian dan kasih sayang sebagaimana dalam Hireaki Maslow. Guru yang mengajar mereka
seharusnya sanggup turut sama bergaul dengan mesra dan melayan mereka sebagai individu
dengan penuh kesabaran Guru yang mengajar mereka terlalu cepat akan menyebabkan timbul
kekeliruan dalam fikiran mereka seterusnya mematikan semangat dan motivasi mereka. Ini
akan menyebabkan mereka tidak berkeupayaan atau tidak ada motivasi untuk belajar walaupun
tentang perkara yang mereka ada kebolehan untuk mempelajarinya. Ini memerlukan
pengajaran individu dalam kumpulan kecil. Pelajaran perlu disusun agar murid-murid tersebut
mempelajari sesuatu yang bermakna. Apabila ini berlaku, murid akan mempunyai hasrat untuk
belajar, berkembang, meneroka dan mencipta. Pembelajaran huministik menitikberatkan
perkembangan secara bebas dan bertujuan untuk membantu mereka menangani tekanan
keluarga dan masyarakat. Hasil sosial dan emosi lebih dipentingkan daripada hasil akademik .
Ahli-ahli pembelajaran humanistik berpendapat bahawa pada akhirnya, pencapaian akademik
murid akan menjadi lebih baik berbanding dengan sistem pembelajaran tradisional. Ini berlaku
kerana dalam pengajaran humanistik, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan. Cara ini
menyebabkan pembelajaran menjadi amat bermakna dan berupaya menggembirakan murid.
44

4.5 Pendekatan Biologi

Salah satu dari punca kemunduran yang dinyatakan adalah kecacatan fizikal dan badan
yang tidak sihat. Menurut Arnold Gesell (1880-1961), baka yang dikaitkan dengan endogen
merupakan faktor penting perkembangan kanak-kanak yang membentuk tingkah laku. Oleh
yang demikaian, pemeriksaan doktor perubatan khusus terhadap murid-murid mundur perlu
diberikan. Kemudahan patut disediakan untuk memulihkan penyakit atau kecacatan yang
didapati melalui pemeriksaan itu. Bantuan cermin mata boleh diberikan kepada murid mundur
yang disebabkan oleh masalah penglihatan begitu juga dengan alat bantuan pendengaran
untuk mereka yang mengalami masalah pendengaran. Kaunseling kepada ibu bapa harus
diberikan kerana ada diantara mereka yang berasa malu atau gagal mengesan kecacatan
mental yang dihadapi oleh anak mereka yang mundur.

Kajiselidik dalam mengenalpasti faktor biologi sebagai penyebab kecelaruan mood yang
menyebabkan kemunduran adalah pesat dijalankan. Bidang penyelidikan tersebut adalah
termasuk kajian genetik dalam bidang neuribiokimia. Fokus pendekatan biomedik pada unipolar
depression kebelakangan ini adalah pada hipotesis catecholamine; iaitu teori yang
menyarankan bahawa kemurungan murid mundur adalah hasil kurangnya aktiviti
neurotransmitters-norepinephrine dan serotonin. Rawatan biologi masalah ini adalah dengan
meningkatkan aktiviti neurotransmitters tersebut. Beberapa strategi telah menunjukkan
kejayaan termasuk penggunaan dadah (trcylics, MAO inhibitors, dan PROZAC),
‘electroconvulsive shock therapy’ dan latihan aerobik.
45

5.0 Kesimpulan

Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep-

konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara pendekatan yang digunakan
adalah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik, pendekatan kognitivisme, pendekatan
humanistik dan pendekatan biologi. Pendekatan-pendekatan ini mempunyai kekuatan tersendiri dan
kadangkala berkesinambungan antara satu pendekatan dengan pendekatan yang lain.

Pendekatan Behaviorisme menekankan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan

tingkah laku individu yang menggunakan elemen ganjaran dan pelaziman dalam pendekatannya.
Pemikiran yang tidak sedar pula dijelaskan dalam teori psikoanalitik yang membahaskan
keseimbangan id, ego dan superego yang banyak menekankan perlunya keseimbangan mental dan
emosi dalam pendekatan yang digunakannya dalam perkembangan tingkah laku individu. Disamping
kesimbangan emosi yang lahir dari keyakinan diri, koordinasi proses pemikiran individu juga perlu
46

diberi perhatian dalam pendekatan kognitivisme. Pendekatan ini menyarankan agar dilakukan
pemeringkatan dalam membina tahap pemikiran individu sesuai dengan perkembangannya.
Keperluan-keperluan asas dalam diri individu perlu dipenuhi mengikut pendekatan humanistik. Rasa
kasih sayang dan hormat menghormati dalam interaksi individu akan mempengaruhi perkembangan
tingkah lakunya. Faktor-faktor biologi seperti kecacatan mental dan fizikal seterusnya tahap kesihatan
tubuh seseorang individu juga boleh mempengaruhi tingkah lakunya. Dalam hal ini, pendekatan biologi
boleh digunakan untuk mengatasinya yang antara lain menitikberatkan soal pemakanan, pengambilan
ubat-ubatan dan terapi.

Pendekatan-pendekatan psikologi yang dibincangkan boleh disepadu dan digunakan dalam

membantu murid-murid mundur yang dijadikan ikon dalam penulisan ini. Murid-murid mundur
mempunyai masalah yang khusus tetapi mempunyai keperluan asas yang sama seperti murid-murid
yang lain. Kemunduran mental adalah hasil dari berbagai faktor; genetik, kecacatan fizikal, perkara
atau penyakit yang dialami oleh ibu semasa dalam kandungan kecerdasan yang rendah, penyakit dan
keadaan sosio ekonomi dan persekitaran di mana ia dibesarkan. Adalah penting masalah ini
dikenalpasti awal supaya bantuan dan bimbingan dapat diberikan segera. Kerjasama antara guru dan
ibu bapa adalah perlu dalam membimbing murid-murid mundur. Tugas utama guru dalam hal ini adalah
mengkoordinasikan murid-murid mundur dalam mengenalpasti, memberi pengajaran dan perhatian
seterusnya mengambil langkah-langkah perlu menggunakan pendekatan-pendekatan yang disarankan
oleh ahli-ahli psikologi.
47

Rujukan

Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Burt, C. (1950). The Backward Child. London ; Universiti of London Press.

Burt, C. (1953). The Causes and Treatment of Backwardness. London; Universiti of London Press.

E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005.

Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia University. Atas
talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/

education.htm 1 Ogos 2005.

George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University. Atas talian
http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 1 Ogos 2005.

Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya.
Longman Malaysia.

Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; UNITEM
Sdn. Bhd.
48

Kirk, S. (1972). Educating Exceptional Children. Boston ; Houghton Mifflin.

Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Medline Plus. Trusted Help Information For You U.S. National Laibrary of Medicine Atas talian
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/prenatalcare.

html 1 Ogos 2005.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2001). Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala Lumpur, Mc
Graw Hill.

Schonell, F.J (1949). Backwardness in Basic School Subjects. Edinburgh; Oliver and Boyd.

Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distrubutors
Sdn. Bhd.
49

Bibliografi
 
1. Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1994.
2.  Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
3.  R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
1994.
4.  R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
1994.
5.  Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor :
PSPN. 1999.
6.  Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999.
7.  Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri
Pendidikan Fajar Bakti. 1997.
8. Buku : Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional
Technology and Media for Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey,
2005.
9. Internet : http://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhakcipta.php
10. http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Contoh%20Rancangan%20Mengajar.pdf
11. http://www.scribd.com/doc/46591001/6-Model-Assure

12.members.fortunecity.com/uniforce/mediahtml.htm - Cached – Similar

13.www.scribd.com › ... › Study Guides, Notes, & Quizzes - Cached - Similar

14.www.pdfking.net/pdf/model-assure-dalam-pengajaran.html - Cached

1.0 Pendahuluan

Sebelum kita dapat memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami
tingkah laku serta tindak balasnya dalam satu-satu situasi. Kajian yang dibuat secara
sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku manusia disebut psikologi. Perkataan ini
50

berasal dari tamadun Greek purba iaitu psyche yang bererti ‘jiwa’ dan perkataan logos
yang bererti ‘kajian tentang sesuatu’.

Menurut Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai kajian mengenai proses mental
dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola
pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan
memahami sifat manusia. Menurut Davidov (1976) psikologi merupakan kajian saintifik
mengenai tingkah laku manusia dan haiwan secara nyata (overt) atau selindung (covert).
Kajian tingkah laku secara overt merujuk kepada kajian tingkah laku yang boleh
diperhatikan, dinilai atau diukur sebaliknya kajian tingkah laku secara covert merupakan
kajiaan keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya yang bersifat
‘tidak nampak’ dan berupa dalaman.

Psikologi pendidikan pula merupakan dua bidang yang digabung dan mempunyai
perkaitan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan pendidikan bermaksud
mendidik, pengetahuan mendidik, didikan, latihan, ajaran. Oleh yang demikian Psikologi
pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-
prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran. Setiap guru yang menitikberatkan
potensi dan pencapaian muridnya akan berusaha mendalami bidang ini untuk
meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajarannya. Guru perlu memahami dan
mengenalpasti kebolehan, pengalaman, perhubungan, pengaruh persekitaran dalam
membentuk sahsiah dan minat murid.

Borich dan Tombari (1977) menyatakan psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang
memfokus kajian kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirical mengenai
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ahli-ahli psikologi mengaplikasikan
prinsip psikologi pendidikan bagi mengkaji proses-proses pertumbuhan dan
perkembangan serta perbezaan individu, proses belajar, strategi pengajaran dan
pembelajaran dan kaedah untuk menilai pencapaian yang secara tidak langsung dapat
mengembangkan minat dan bakat murid supaya akhirnya dapat membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
51

Penjelasan di atas jelas menunjukkan kepentingan psikologi dalam mengkaji tingkah laku
manusia yang sentiasa berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan yang digunakan.
Antara pendekatan yang utama ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan kognitif,
pendekatan humanis, pendekatan psikoanalitik dan pendekatan neurobiologi. Kelima-
lima prespektif ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia
daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik
mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Setiap prespektif
mempunyai kebaikan masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan aspek-aspek
baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan.

Bagi melihat pendekatan psikologi yang dinyatakan dengan tingkah laku murid dalam
bilik darjah, penulisan ini akan menjadikan murid-murid yang mundur atau lembam
sebagai satu ikon untuk menunjukkan perkaitan pendekatan psikologi tersebut bagi
mencari punca mengapa keadaan ini berlaku seterusnya mencari satu remidi
berdasarkan pendekatan tersebut untuk meningkatkan lagi pencapaiannya. Masalah
yang berkaitan dengan pengendalian dan pendidikan murid mundur atau lembam
memang merupakan masalah yang membimbangkan, mengganggu serta mencabar
keupayaan guru dan ibu bapa semenjak bermulanya pendidikan formal. Oleh yang
demikian, adalah diharapkan penulisan ini dapat dijadikan rujukan bagaimana untuk
menangani keadaan ini berdasarkan pendekatan ahli-ahli psikologi yang dinyatakan.
52

2.0 Pendekatan Psikologi

2.1 Pendekatan Behaviorisme

Pendekatan Behaviorisme menekankan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dan
diukur. Pendekatan ini dipelopori oleh John B. Watson di Universiti John Hopkins Amerika
Syarikat pada tahun 1913 yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh
persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-idea
Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea
bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut
pendekatan ini, tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya
rangsangan. Pendekatan ini dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau
ringkasnya R-G. Selain J.B Watson, ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah B.F
Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike.
53

Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan berlaku
pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pelaziman
bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan dan
gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran
yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju
dengan pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan
dalam jangka panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada
perlakuan kompleks. Menurut beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan
tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang
berkesan. Bagi E.L. Thorndike, walaupun pembelajaran berlaku hasil gabungan antara
stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas) seperti pendapat Pavlov dan Skinner,
beliau memberi penekanan terhadap pembelajaran cuba jaya dan pengulangan.
Contohnya, Ghazali, seorang murid dalam tahun enam akan terus memperbaiki
kelemahan matematiknya hasil dari tunjuk ajar, galakan dan pujian dari gurunya setelah
ia berjaya menyelesaikan masalah matematik yang diberikan kepadanya.

2.2 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan ini dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang berpendapat bahawa
sebahagian besar tingkah laku dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar yang
merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta harapan yang tidak disedari oleh
seseorang termasuk perlakuan normal dan abnormal hasil daripada faktor ganetik dan
persekitaran. Ahli teori pendekatan psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal
individu dan percaya bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat
pada keadaan psikologi individu.

Teori struktur personaliti Sigmund Freud membahagikan struktur psikik kepada tiga iaitu
id, ego dan superego. Id merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi,
mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh kepada dunia realiti dan
mempengaruhi tingkah laku bayi apabila dorongan atau kemahuannya begitu kuat. Ego
pula cuba perlahan-lahan mengambil tanggungjawab mendorong id supaya mengikut
kehendak moral dan etika masyarakat sementara superego pula berfungsi sebagai
54

penghantar maklumat nilai moral yang berkembang daripada didikan agama kepada ego
yang mengawal id. Mengikut pendekatan ini, sekiranya id dan superego cukup kuat untuk
menguasai ego biasanya konflik dalaman akan berlaku dalam diri individu. Teori Freud
menyarankan sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai ia akan
membawa kepada kecelaruan mental. Contohnya, Zulkarnain seorang murid dalam tahun
enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR akan belajar dan berusaha
bersungguh-sungguh dalam pelajarannya untuk mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan tersebut dengan selalu mengulangkaji pelajaran, bertanya kepada
guru dan bersaing dengan rakan-rakannya dalam setiap ujian dan peperiksaan
percubaan yang dijalankan.

2.3 Pendekatan Kognitivisme

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,

menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan
Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses
pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar
dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner
dan Ausubel. Menurut mereka dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur
kognatif dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun
pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya dalam ingatan. Mereka juga
berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola,
menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan
untuk membolehkan ia menghubungkaitkan pengalaman tersebut dengan masalah yang
dihadapi. Kebolehan ini dikenali sebagai ‘celik akal’.

Menurut Gagne (1970), proses pembelajaran bergerak dari peringkat yang paling mudah
kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada
pembelajaran pada aras yang rendah. Kajian Teori Bruner mendapati kanak-kanak dapat
berfikir dengan menggunakan bahasa iaitu dua proses penguasaan; superordinat dan
kompleksif. Superordinat merujuk kepada proses penggunaan konsep, prinsip atau
hukum yang semakin berkembang selaras dengan perkembangan keupayaan mental
55

dan peringkat umur manakala kompleksif proses pengurangan penggunaan bahasa yang
tidak bercorak konsep atau prinsip selaras dengan perkembangan dan keupayaan
mental. Implikasinya semakin berkembangan pemikiran seseorang individu, semakin
banyak konsep baru yang akan diperolehinya. Contohnya, Hisyamuddin, murid tahun
enam telah mahir menulis esei panjang dengan mempraktikkan teknik menulis esei
setelah mempelajarinya secara berperingkat semenjak dari tahun empat lagi.

2.4 Pendekatan Humanistik

Ahli Psikologi dalam pendekatan ini adalah seperti Abraham Maslow, Rollo May, Carls
Rogers dan Gordon Allport. Teori pendekatan Humanistik memberi tumpuan kepada apa
yang berlaku dalam diri seorang individu seperti perasaan atau emosinya. Teori ini
menyatakan bahawa individu terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai
satu kemahuan atau keperluan dan bertanggungjawab di atas segala tindakkannya.
Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu adalah kecenderungannya
untuk berkembang dan mencapai hasrat diri (self-actualization). Ini bermakna setiap
individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksimum.
Walaupun terdapat halangan, kecenderungan semulajadi adalah untuk mencapai hasrat
diri atau mengembangkan potensi ke tahap yang maksimum. Konsep ini (pencapaian
hasrat diri) sebenarnya dipelopori oleh Abraham Maslow yang juga merupakan ahli
psikologi humanis.

Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan

andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai.
Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan
asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri
seterusnya keperluan sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan bahawa
manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal
perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat bahawa manusia lahir dengan
kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan memandunya menjadi insan yang
matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih memberi tumpuan kepada
kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan mereka
56

untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Karim murid tahun enam yang tidak mendapat
kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik beradiknya yang
lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga
menjejaskan pelajarannya.

2.5 Pendekatan Biologi

Pendekatan Biologi cuba mengaitkan tingkah laku manusia dengan kejadian dalam otak
dan sistem saraf manusia. Kajian-kajian baru menunjukkan adanya pertalian rapat antara
aktiviti otak dengan tingkah laku dan pengalaman. Pendekatan ini juga dikenali sebagai
pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit (Disesease Model) atau
Model Perubatan yang berpandangan bahawa masalah yang dihadapi adalah hasil
kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke
atas otak.
Reaksi emosi seperti ketakutan dan kemaharan telah ditonjolkan oleh haiwan dan
manusia ketika dilakukan rangsangan elektrik di kawasan-kawasan tertentu di dalam otak
seperti eksperimen yang telah dijalankan oleh Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav
Fritsch (1839-1907) terhadap anjing yang dimasukkan dua batang dawai ke permukaan
kortikal otaknya. Eksperimen ini jelas menunjukkan tindak balas akan berlaku apabila
rangsangan elektrik diberikan dan seterusnya memberi kesan ke atas tingkah lakunya.
Oleh yang demikian, salah satu fokus dalam pendekatan ini adalah peranan sistem saraf
pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia.
Contohnya, Salmah murid tahun enam, mengikut rekod kelahirannya telah mengalami
masalah yang menyebabkan otaknya tidak memperolehi oksigen secukupnya kerana
lambat dilahirkan dalam proses tersebut , telah memberi kesan kepada kemampuan
mindanya untuk menerima dan mengingat suatu maklumat seperti tidak mampu
mengingat sifir dua.
57

3.0 Murid Mundur dari Prespektif Psikologi.

Murid mundur merupakan murid lembam yang tidak mempunyai kebolehan untuk
mengikuti pelajaran secara normal seperti murid lain, dan oleh itu mereka tidak
mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Jika dibandingkan dengan
murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang
nyata dalam pelajaran. Mereka biasanya tidak dapat mengikuti kurikulum sekolah yang
biasa dan juga tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan
kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa. Burt (1950) menyifatkan murid mundur
sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk
mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai
dengan umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label
yang diberikan kepada kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah
daripada kebolehan semula jadinya.

Apa jua interpretasi yang digunakan untuk menunjukkan istilah kemunduran, perkara
yang mencirikannya adalah ‘ketandusan pendidikan’. Kemunduran mungkin berbentuk
khusus atau umum. Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek
atau lembam (otak lembap), walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana
ramai juga murid yang mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan
58

disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor

ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang
tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah.
Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada
hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil
gabungan sifat yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan
yang akhirnya mempengaruhi personaliti individu.

Dalam penulisan ini kajian dilakukan pada lima orang murid tahun enam dalam sebuah
sekolah yang mempunyai masalah kemunduran yang ketara dalam pelajaran. Murid-
murid tersebut ialah Ghazali, Zulkarnain, Hisyamuddin, Karim dan Salmah yang telah
dinyatakan dalam penerangan pendekatan psikologi di atas. Murid-murid ini dipilih kerana
mempunyai berbagai masalah termasuklah kecelaruan personaliti, hilang keyakinan diri,
lambat menguasai suatu kemahiran, gagal mengikuti pengajaran guru, masalah
kemurungan dalam bilik darjah dan sebagainya yang menyebabkan berlakunya
kemunduran dalam pelajaran mereka. Kemunduran ini akan dikupas dan dijelaskan
melalui pendekatan ahli-ahli psikologi.

3.1 Pendekatan Behaviorisme

Melalui prespektif aliran ini, peranan persekitaran terhadap kemunduran murid adalah
sama, sama ada di bandar atau di luar bandar. Terdapat murid hidupnya berada dalam
persekitaran yang biasa dengan penghinaan, cemuh mencemuh dan merendah-
rendahkan orang lain. Walaupun sikap ini dianggap biasa di sesetengah tempat , bahkan
biasa bagi sesetengah orang dewasa ditempat tersebut, tetapi ia mempunyai kesan yang
merugikan apabila murid-murid ini hilang keyakinan diri dan merasa malu untuk bergaul
dan belajar bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Terdapat juga murid yang bergaul dengan kumpulan yang ahlinya suka melakukan
perbuatan nakal; tidak ada suatu kebaikkan yang diharapkan daripada mereka.
Kumpulan seperti inilah yang bertanggungjawab menyebabkan bilangan delinkuens.
Kesannya murid-murid ini biasanya bertingkahlaku menyeleweng jauh daripada tingkah
59

laku yang diterima oleh sosial dan prinsip yang diterima oleh masyarakat termasuk tabiat
rajin belajar.
Ibu bapa murid ini biasanya tidak memberi perhatian dan menyediakan persekitaran yang
kondusif kepada pelajaran anak-anak mereka. Murid-murid yang mempunyai ibu bapa
seperti ini bukan sahaja mengalami kemunduran akademik bahkan sesetengahnya
kembali menjadi buta huruf. Murid-murid yang mempunyai kecenderungan untuk
bersikap resesif, terlalu agresif, sentiasa bimbang, gemuruh, tiada keyakinan diri
biasanya jauh tertinggal dalam pencapaian akademik. Tanda dan tingkah laku
bermasalah ini timbul akibat penjagaan ibu bapa yang salah, yang dinyatakan melalui
penyisihan mereka, terlalu menguasai atau terlalu memanjakan atau apabila hubungan
antara ibu bapa jauh tidak memuaskan.

3.2 Pendekatan Psikoanalitik

Keadaan emosi dan moral dalam persekitaran tempat tinggal murid juga boleh
mempengaruhinya terhadap kemajuan pendidikannya. Jika kehidupan harian di rumah
dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku,
garang dan dominan ataupun terlalu mengongkong atau gangguan neurotik, mereka
akan membesar dalam suasana emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan
kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang penting untuk mencapai kemajuan dalam
persekolahannya.

Murid-murid yang terlalu dimanjakan dari lahir sehingga tidak pernah berpeluang untuk
berusaha sendiri akan mengembangkan sikap bergantung kepada orang lain dan tidak
mempunyai inisiatif untuk memajukan diri. Mereka yang telah dikenakan disiplin yang
terlalu ketat dan menjalani kehidupan dengan mengikut arahan mungkin keinginan untuk
berusaha sendiri. Akibatnya, murid-murid yang datang dari keluarga seperti ini
mempunyai perkembangan ego yang lemah di mana mereka tidak mempunyai motif yang
lebih tinggi untuk bekerja keras menyebabkan mereka segera berubah menjadi malas
dan lembap. Ini disemarakkan lagi jika suasana dalam keluarga dirosakkan oleh sikap ibu
bapa yang sambil lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan mengelakkan
tanggungjawab. Sikap seperti ini akan menggalakkan murid tersebut menjadi tidak
60

berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak mempunyai peraturan, sanggup menipu dan
tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah sehingga mengakibatkan kemunduran akademik.
Dari keterangan di atas jelas menunjukkan perkaitan dengan teori ahli psikoanalitik yang
menekankan kepentingan zaman awal individu dan mempercayai bahawa peristiwa
masa kecil mempunyai kesan dalam perkembangan individu.

3.3 Pendekatan Kognitivisme

Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental

sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka
melalui proses-proses pekembangan pemikiran sepertimana penekanan yang diberikan
dalam aliran kognitivisme. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan
melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2
tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan
peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga seringkali
jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak mendedahkan
mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika murid-murid ini
tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang sepatutnya
mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat bahawa 65%
hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai kesukaran
dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi.
Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi kandungan ilmu
pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran.

3.4 Pendekatan Humanistik

Disamping faktor-faktor persekitaran, didikan dalam keluarga, hubungan sosial dan

kecerdasan yang rendah seperti yang telah dibincangkan di atas, faktor kemiskinan juga
menjadi faktor dalam kemunduran akademik. Salah satu aspek kemiskinan adalah rumah
yang sesak terutama apabila bilangan ahli dalam keluarga ramai dan sumber kewangan
atau sumber perbelanjaan terhad. Dalam keluarga besar yang keupayaannya terhad,
61

taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat
yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu
lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara
ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan
rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan
menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan
yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian
akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang rendah sehinggalah
keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow
akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal
dipenuhi.

3.5 Pendekatan Biologi

Perkembangan fizikal yang subnormal adalah salah satu daripada penyebab

kemunduran yang penting. Sesetengah murid yang mundur dilahirkan dengan mewarisi
ciri-ciri tertentu yang boleh menjadi penyebab kemunduran, antaranya kekurangan
tenaga iaitu lemah dari segi dorongan dan keazaman untuk berkembang yang
menyebabkan mereka berkembang pada kadar yang perlahan (Shanker, 1957). Burt
(1953) pula mendapati bahawa 79% daripada murid-murid yang mundur dalam pelajaran
mengalami sejenis kerencatan perkembangan atau kerencatan fesiologi. Kemunduran
juga mungkin disebabkan kerencatan mental. Kerencatan mental ini mungkin diakibatkan
oleh banyak sebab antaranya; genetik keadaan semasa dalam kandungan ibu, keadaan
semasa dilahirkan, keadaan selepas dilahirkan dan sebab-sebab budaya. Ketegori umum
ini meliputi sebab-sebab khusus seperti penyakit yang dialami oleh ibu semasa
mengandung (phenylketonuria dan rubella) , tidak dapat cukup oksigen semasa
dilahirkan, kerosakan otak, dadah dan keadaan ekonomi keluarga. Gejala ini biasanya
akan memberi kesan terhadap perkembangan mental individu.
62

Selain daripada faktor ganguan mental yang dijelaskan di atas, murid-murid mundur
juga dipengaruhi oleh kecacatan fizikal dan penyakit seperti kecacatan penglihatan,
pendengaran, kekidalan, dan juga penyakit seperti penyakit hidung dan kerongkong,
brongkotis, penyakit tonsil atau adenoids, demam panas, penghadaman dan penyakit
kelenjar yang lain. Menurut Burt (1953 dan Kirk (1972) penyakit ini atau penyakit-penyakit
lain yang dihadapi akan menganggu proses pembelajaran murid-murid ini sama ada di
rumah atau di sekolah hingga menyebabkan pencapaian akademiknya lebih rendah
daripada tahap normal dalam matapelajaran tertentu atau menyebabkan kemunduran
secara umum. Kecacatan fizikal pada sesetengah murid mundur bererti sesetengah
pancainderanya tidak berfungsi dengan baik yang akan menyebabkan diskriminasi yang
salah atau cacat, pertimbangan yang salah dan lemah pemikiran.
63

4.0 Kaedah Mengatasi Kemunduran Menurut Pendekatan Psikologi

Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk setiap
aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran
murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya
kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua
kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan
membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak
melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya.
Kaedah untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan secara terperinci
melalui pendekatan oleh ahli psikologi.

4.1 Pendekatan Behaviorisme

Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis, bukannya
hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang konkrit, dan
berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka yang hanya
pandai menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan Behaviorisme murid-
murid mundur memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun, pertimbangan yang
bersimpati terhadap kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan di pihak guru atau
orang yang membimbingnya. Guru tersebut bukan sahaja dapat menerima kekurangan
murid tersebut bahkan menyedari murid-murid ini bukanlah tidak sempurna sehingga
tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada kualiti yang berguna. Dia mestilah bersikap
berperikemanusiaan dan pada masa yang sama saintifik. Sekali lagi, guru yang baik
untuk murid-murid mundur adalah seorang pemimpin dan pendiagnosis dan bukannya
64

setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa undang-undang dengan

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

4.2 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan yang diterangkan di atas membawa kita kepada menghadapi murid-murid

mundur yang mempunyai masalah emosi, pembawaan dan konflik mental. Justeru itu
pendekatan psikoanalitik perlu digunakan untuk menghadapinya. Usaha-usaha perlu
diambil untuk mewujudkan penyesuaian semula di rumah dan juga di sekolah.
Pendidikan ibu bapa yang bertujuan untuk mengubah kaedah pengasuhan ibu bapa
kepada satu kaedah yang lebih sesuai, merupakan satu sistem perkhidmatan sosial yang
bertujuan untuk memperbaiki persekitaran fizikal di rumah dan di luar rumah. Dalam hal
ini, kerjasama dari guru bimbingan kaunseling, guru, dan ibu bapa adalah diperlukan.
Jika terdapat faktor emosi di rumah yang menyebabkan kekerapan tidak hadir ke
sekolah, lawatan ke rumah atau pertolongan pegawai kebajikan masyarakat adalah perlu.
Klinik bimbingan murid mundur juga memainkan peranan yang penting dalam memberi
pendedahan dan latihan untuk menangani seterusnya menstabilkan kecelaruan emosi.
Kemahiran interpersonal dan penerapan nilai-nilai murni merupakan salah satu elemen
yang penting dalam pendekatan psikoanalitik.

4.3 Pendekatan Kognitivisme

Setelah masalah emosi dapat diatasi melalui penerangan di atas, pemeringkatan

pembelajaran pula perlu dilaksanakan menurut pendekatan kognitivisme. Dalam hal ini,
kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlulah dapat menuntun dan
membina pengetahuan murid dari konkrit dan analogi kepada masalah yang lebih
abstrak. Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini membolehkan
penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang
susah. Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan
perkembangan kognitif murid-murid mundur. Jika tidak, bahan atau aktiviti pelajaran
tersebut mungkin akan membosankan mereka atau didapati terlalu sukar bagi mereka.
65

Aktiviti pelajaran ini seharusnya mengandungi tugas-tugas konkrit atau topik yang wujud
dari minat semulajadi murid-murid tersebut dan kehidupan seharian seperti “makanan
kita”, “kesihatan kita”, “jiran tetangga kita” dan sebagainya. Penggunaan alat pandang
dengar seperti kad gambar, filem, carta dan model menolong mereka membina tabung
maklumat yang berguna yang maknanya jelas bagi mereka. Salah satu prinsip kaedah
mengajar yang baik bagi murid mundur adalah keyakinan diri mereka perlu diwujudkan
perlahan-lahan melalui tabiat kejayaan. Guru perlu membimbing mereka dengan sabar
dan perlahan-lahan, menentukan yang setiap langkah benar-benar telah dikuasai
sebelum memperkenalkan yang lain dengan latihan yang lebih kerap lagi.

4.4 Pendekatan Humanistik

Melalui pendekatan humanistik, murid-murid yang mundur atau lembam perlu diberi
perhatian dan kasih sayang sebagaimana dalam Hireaki Maslow. Guru yang mengajar
mereka seharusnya sanggup turut sama bergaul dengan mesra dan melayan mereka
sebagai individu dengan penuh kesabaran Guru yang mengajar mereka terlalu cepat
akan menyebabkan timbul kekeliruan dalam fikiran mereka seterusnya mematikan
semangat dan motivasi mereka. Ini akan menyebabkan mereka tidak berkeupayaan atau
tidak ada motivasi untuk belajar walaupun tentang perkara yang mereka ada kebolehan
untuk mempelajarinya. Ini memerlukan pengajaran individu dalam kumpulan kecil.
Pelajaran perlu disusun agar murid-murid tersebut mempelajari sesuatu yang bermakna.
Apabila ini berlaku, murid akan mempunyai hasrat untuk belajar, berkembang, meneroka
dan mencipta. Pembelajaran huministik menitikberatkan perkembangan secara bebas
dan bertujuan untuk membantu mereka menangani tekanan keluarga dan masyarakat.
Hasil sosial dan emosi lebih dipentingkan daripada hasil akademik . Ahli-ahli
pembelajaran humanistik berpendapat bahawa pada akhirnya, pencapaian akademik
murid akan menjadi lebih baik berbanding dengan sistem pembelajaran tradisional. Ini
berlaku kerana dalam pengajaran humanistik, pembelajaran arah kendiri amat
ditekankan. Cara ini menyebabkan pembelajaran menjadi amat bermakna dan berupaya
menggembirakan murid.
66

4.5 Pendekatan Biologi

Salah satu dari punca kemunduran yang dinyatakan adalah kecacatan fizikal dan badan
yang tidak sihat. Menurut Arnold Gesell (1880-1961), baka yang dikaitkan dengan
endogen merupakan faktor penting perkembangan kanak-kanak yang membentuk
tingkah laku. Oleh yang demikaian, pemeriksaan doktor perubatan khusus terhadap
murid-murid mundur perlu diberikan. Kemudahan patut disediakan untuk memulihkan
penyakit atau kecacatan yang didapati melalui pemeriksaan itu. Bantuan cermin mata
boleh diberikan kepada murid mundur yang disebabkan oleh masalah penglihatan begitu
juga dengan alat bantuan pendengaran untuk mereka yang mengalami masalah
pendengaran. Kaunseling kepada ibu bapa harus diberikan kerana ada diantara mereka
yang berasa malu atau gagal mengesan kecacatan mental yang dihadapi oleh anak
mereka yang mundur.

Kajiselidik dalam mengenalpasti faktor biologi sebagai penyebab kecelaruan mood

yang menyebabkan kemunduran adalah pesat dijalankan. Bidang penyelidikan tersebut
adalah termasuk kajian genetik dalam bidang neuribiokimia. Fokus pendekatan biomedik
pada unipolar depression kebelakangan ini adalah pada hipotesis catecholamine; iaitu
teori yang menyarankan bahawa kemurungan murid mundur adalah hasil kurangnya
aktiviti neurotransmitters-norepinephrine dan serotonin. Rawatan biologi masalah ini
adalah dengan meningkatkan aktiviti neurotransmitters tersebut. Beberapa strategi telah
menunjukkan kejayaan termasuk penggunaan dadah (trcylics, MAO inhibitors, dan
PROZAC), ‘electroconvulsive shock therapy’ dan latihan aerobik.
67

5.0 Kesimpulan

Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan

konsep-konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara
pendekatan yang digunakan adalah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik,
pendekatan kognitivisme, pendekatan humanistik dan pendekatan biologi. Pendekatan-
pendekatan ini mempunyai kekuatan tersendiri dan kadangkala berkesinambungan
antara satu pendekatan dengan pendekatan yang lain.

Pendekatan Behaviorisme menekankan pengaruh persekitaran terhadap

perkembangan tingkah laku individu yang menggunakan elemen ganjaran dan pelaziman
dalam pendekatannya. Pemikiran yang tidak sedar pula dijelaskan dalam teori
psikoanalitik yang membahaskan keseimbangan id, ego dan superego yang banyak
menekankan perlunya keseimbangan mental dan emosi dalam pendekatan yang
digunakannya dalam perkembangan tingkah laku individu. Disamping kesimbangan
emosi yang lahir dari keyakinan diri, koordinasi proses pemikiran individu juga perlu diberi
perhatian dalam pendekatan kognitivisme. Pendekatan ini menyarankan agar dilakukan
pemeringkatan dalam membina tahap pemikiran individu sesuai dengan
perkembangannya. Keperluan-keperluan asas dalam diri individu perlu dipenuhi mengikut
pendekatan humanistik. Rasa kasih sayang dan hormat menghormati dalam interaksi
individu akan mempengaruhi perkembangan tingkah lakunya. Faktor-faktor biologi seperti
kecacatan mental dan fizikal seterusnya tahap kesihatan tubuh seseorang individu juga
boleh mempengaruhi tingkah lakunya. Dalam hal ini, pendekatan biologi boleh digunakan
68

untuk mengatasinya yang antara lain menitikberatkan soal pemakanan, pengambilan

ubat-ubatan dan terapi.

Pendekatan-pendekatan psikologi yang dibincangkan boleh disepadu dan digunakan

dalam membantu murid-murid mundur yang dijadikan ikon dalam penulisan ini. Murid-
murid mundur mempunyai masalah yang khusus tetapi mempunyai keperluan asas yang
sama seperti murid-murid yang lain. Kemunduran mental adalah hasil dari berbagai
faktor; genetik, kecacatan fizikal, perkara atau penyakit yang dialami oleh ibu semasa
dalam kandungan kecerdasan yang rendah, penyakit dan keadaan sosio ekonomi dan
persekitaran di mana ia dibesarkan. Adalah penting masalah ini dikenalpasti awal supaya
bantuan dan bimbingan dapat diberikan segera. Kerjasama antara guru dan ibu bapa
adalah perlu dalam membimbing murid-murid mundur. Tugas utama guru dalam hal ini
adalah mengkoordinasikan murid-murid mundur dalam mengenalpasti, memberi
pengajaran dan perhatian seterusnya mengambil langkah-langkah perlu menggunakan
pendekatan-pendekatan yang disarankan oleh ahli-ahli psikologi.

1.0 Pendahuluan

Sebelum kita dapat memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami tingkah
laku serta tindak balasnya dalam satu-satu situasi. Kajian yang dibuat secara sistematik dan saintifik
terhadap tingkah laku manusia disebut psikologi. Perkataan ini berasal dari tamadun Greek purba iaitu
psyche yang bererti ‘jiwa’ dan perkataan logos yang bererti ‘kajian tentang sesuatu’.

Menurut Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai kajian mengenai proses mental dan
pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan
perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Menurut Davidov (1976) psikologi merupakan kajian saintifik mengenai tingkah laku manusia dan
haiwan secara nyata (overt) atau selindung (covert). Kajian tingkah laku secara overt merujuk kepada
kajian tingkah laku yang boleh diperhatikan, dinilai atau diukur sebaliknya kajian tingkah laku secara
covert merupakan kajiaan keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya yang bersifat
‘tidak nampak’ dan berupa dalaman.
69

Psikologi pendidikan pula merupakan dua bidang yang digabung dan mempunyai perkaitan
antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan pendidikan bermaksud mendidik, pengetahuan
mendidik, didikan, latihan, ajaran. Oleh yang demikian Psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik
tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran.
Setiap guru yang menitikberatkan potensi dan pencapaian muridnya akan berusaha mendalami bidang
ini untuk meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajarannya. Guru perlu memahami dan
mengenalpasti kebolehan, pengalaman, perhubungan, pengaruh persekitaran dalam membentuk
sahsiah dan minat murid.

Borich dan Tombari (1977) menyatakan psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang memfokus
kajian kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirical mengenai pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ahli-ahli psikologi mengaplikasikan prinsip psikologi pendidikan bagi
mengkaji proses-proses pertumbuhan dan perkembangan serta perbezaan individu, proses belajar,
strategi pengajaran dan pembelajaran dan kaedah untuk menilai pencapaian yang secara tidak
langsung dapat mengembangkan minat dan bakat murid supaya akhirnya dapat membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Penjelasan di atas jelas menunjukkan kepentingan psikologi dalam mengkaji tingkah laku
manusia yang sentiasa berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan yang digunakan. Antara
pendekatan yang utama ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan kognitif, pendekatan humanis,
pendekatan psikoanalitik dan pendekatan neurobiologi. Kelima-lima prespektif ini digunakan sebagai
satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga
memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan
sesuai. Setiap prespektif mempunyai kebaikan masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan
aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan.

Bagi melihat pendekatan psikologi yang dinyatakan dengan tingkah laku murid dalam bilik
darjah, penulisan ini akan menjadikan murid-murid yang mundur atau lembam sebagai satu ikon untuk
menunjukkan perkaitan pendekatan psikologi tersebut bagi mencari punca mengapa keadaan ini
berlaku seterusnya mencari satu remidi berdasarkan pendekatan tersebut untuk meningkatkan lagi
pencapaiannya. Masalah yang berkaitan dengan pengendalian dan pendidikan murid mundur atau
lembam memang merupakan masalah yang membimbangkan, mengganggu serta mencabar
70

keupayaan guru dan ibu bapa semenjak bermulanya pendidikan formal. Oleh yang demikian, adalah
diharapkan penulisan ini dapat dijadikan rujukan bagaimana untuk menangani keadaan ini berdasarkan
pendekatan ahli-ahli psikologi yang dinyatakan.
71

2.0 Pendekatan Psikologi

2.1 Pendekatan Behaviorisme

Pendekatan Behaviorisme menekankan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dan
diukur. Pendekatan ini dipelopori oleh John B. Watson di Universiti John Hopkins Amerika
Syarikat pada tahun 1913 yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh
persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-idea Watson
inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah
laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini, tingkah
laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini
dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G. Selain J.B Watson,
ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah B.F Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike.

Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan
berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.
Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan
dan gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran
yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan
pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka
panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut
72

beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah
penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Bagi E.L. Thorndike, walaupun
pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas)
seperti pendapat Pavlov dan Skinner, beliau memberi penekanan terhadap pembelajaran cuba
jaya dan pengulangan. Contohnya, Ghazali, seorang murid dalam tahun enam akan terus
memperbaiki kelemahan matematiknya hasil dari tunjuk ajar, galakan dan pujian dari gurunya
setelah ia berjaya menyelesaikan masalah matematik yang diberikan kepadanya.

2.6 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan ini dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang berpendapat bahawa
sebahagian besar tingkah laku dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar yang
merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta harapan yang tidak disedari oleh seseorang
termasuk perlakuan normal dan abnormal hasil daripada faktor ganetik dan persekitaran. Ahli
teori pendekatan psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu dan percaya
bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi
individu.

Teori struktur personaliti Sigmund Freud membahagikan struktur psikik kepada tiga iaitu
id, ego dan superego. Id merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, mementingkan
diri sendiri dan tidak ada pengaruh kepada dunia realiti dan mempengaruhi tingkah laku bayi
apabila dorongan atau kemahuannya begitu kuat. Ego pula cuba perlahan-lahan mengambil
tanggungjawab mendorong id supaya mengikut kehendak moral dan etika masyarakat
sementara superego pula berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral yang
berkembang daripada didikan agama kepada ego yang mengawal id. Mengikut pendekatan ini,
sekiranya id dan superego cukup kuat untuk menguasai ego biasanya konflik dalaman akan
berlaku dalam diri individu. Teori Freud menyarankan sekiranya konflik antara id, ego dan
superego tidak selesai ia akan membawa kepada kecelaruan mental. Contohnya, Zulkarnain
seorang murid dalam tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR akan belajar dan
berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan tersebut dengan selalu mengulangkaji pelajaran, bertanya
73

kepada guru dan bersaing dengan rakan-rakannya dalam setiap ujian dan peperiksaan
percubaan yang dijalankan.

2.7 Pendekatan Kognitivisme

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,

menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan
Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran
individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang
dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Menurut
mereka dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognatif dalam ingatannya.
Setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun pengalaman yang dipelajari dan
menyimpannya dalam ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai
keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala
pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan ia menghubungkaitkan pengalaman tersebut
dengan masalah yang dihadapi. Kebolehan ini dikenali sebagai ‘celik akal’.

Menurut Gagne (1970), proses pembelajaran bergerak dari peringkat yang paling
mudah kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada
pembelajaran pada aras yang rendah. Kajian Teori Bruner mendapati kanak-kanak dapat
berfikir dengan menggunakan bahasa iaitu dua proses penguasaan; superordinat dan
kompleksif. Superordinat merujuk kepada proses penggunaan konsep, prinsip atau hukum yang
semakin berkembang selaras dengan perkembangan keupayaan mental dan peringkat umur
manakala kompleksif proses pengurangan penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep
atau prinsip selaras dengan perkembangan dan keupayaan mental. Implikasinya semakin
berkembangan pemikiran seseorang individu, semakin banyak konsep baru yang akan
diperolehinya. Contohnya, Hisyamuddin, murid tahun enam telah mahir menulis esei panjang
dengan mempraktikkan teknik menulis esei setelah mempelajarinya secara berperingkat
semenjak dari tahun empat lagi.
74

2.8 Pendekatan Humanistik

Ahli Psikologi dalam pendekatan ini adalah seperti Abraham Maslow, Rollo May, Carls
Rogers dan Gordon Allport. Teori pendekatan Humanistik memberi tumpuan kepada apa yang
berlaku dalam diri seorang individu seperti perasaan atau emosinya. Teori ini menyatakan
bahawa individu terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai satu kemahuan
atau keperluan dan bertanggungjawab di atas segala tindakkannya. Menurut pendekatan ini,
kuasa motivasi seseorang individu adalah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai
hasrat diri (self-actualization). Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk
mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Walaupun terdapat halangan,
kecenderungan semulajadi adalah untuk mencapai hasrat diri atau mengembangkan potensi ke
tahap yang maksimum. Konsep ini (pencapaian hasrat diri) sebenarnya dipelopori oleh
Abraham Maslow yang juga merupakan ahli psikologi humanis.

Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan

andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut
Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi,
keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan
sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha
memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers
berpendapat bahawa manusia lahir dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan
memandunya menjadi insan yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih
memberi tumpuan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta
kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Karim murid tahun enam yang
tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik
beradiknya yang lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya
sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.

2.9 Pendekatan Biologi

75

Pendekatan Biologi cuba mengaitkan tingkah laku manusia dengan kejadian dalam otak
dan sistem saraf manusia. Kajian-kajian baru menunjukkan adanya pertalian rapat antara
aktiviti otak dengan tingkah laku dan pengalaman. Pendekatan ini juga dikenali sebagai
pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit (Disesease Model) atau Model
Perubatan yang berpandangan bahawa masalah yang dihadapi adalah hasil kecacatan tubuh
badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak.

Reaksi emosi seperti ketakutan dan kemaharan telah ditonjolkan oleh haiwan dan
manusia ketika dilakukan rangsangan elektrik di kawasan-kawasan tertentu di dalam otak
seperti eksperimen yang telah dijalankan oleh Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav Fritsch
(1839-1907) terhadap anjing yang dimasukkan dua batang dawai ke permukaan kortikal
otaknya. Eksperimen ini jelas menunjukkan tindak balas akan berlaku apabila rangsangan
elektrik diberikan dan seterusnya memberi kesan ke atas tingkah lakunya. Oleh yang demikian,
salah satu fokus dalam pendekatan ini adalah peranan sistem saraf pusat yang
bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia. Contohnya, Salmah
murid tahun enam, mengikut rekod kelahirannya telah mengalami masalah yang menyebabkan
otaknya tidak memperolehi oksigen secukupnya kerana lambat dilahirkan dalam proses
tersebut , telah memberi kesan kepada kemampuan mindanya untuk menerima dan mengingat
suatu maklumat seperti tidak mampu mengingat sifir dua.
76

5.0 Murid Mundur dari Prespektif Psikologi.

Murid mundur merupakan murid lembam yang tidak mempunyai kebolehan untuk mengikuti
pelajaran secara normal seperti murid lain, dan oleh itu mereka tidak mempunyai kebolehan untuk
maju secara normal di sekolah. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang
sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Mereka biasanya tidak dapat
mengikuti kurikulum sekolah yang biasa dan juga tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru
yang menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa. Burt (1950) menyifatkan murid
mundur sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk
mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan
umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan kepada
kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya.

Apa jua interpretasi yang digunakan untuk menunjukkan istilah kemunduran, perkara yang
mencirikannya adalah ‘ketandusan pendidikan’. Kemunduran mungkin berbentuk khusus atau umum.
Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau lembam (otak lembap),
walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang mundur tetapi tidak
lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan
persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap
mental dan emosi yang tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang
lemah. Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada
hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil gabungan sifat
yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan yang akhirnya mempengaruhi
personaliti individu.
77

Dalam penulisan ini kajian dilakukan pada lima orang murid tahun enam dalam sebuah sekolah
yang mempunyai masalah kemunduran yang ketara dalam pelajaran. Murid-murid tersebut ialah
Ghazali, Zulkarnain, Hisyamuddin, Karim dan Salmah yang telah dinyatakan dalam penerangan
pendekatan psikologi di atas. Murid-murid ini dipilih kerana mempunyai berbagai masalah termasuklah
kecelaruan personaliti, hilang keyakinan diri, lambat menguasai suatu kemahiran, gagal mengikuti
pengajaran guru, masalah kemurungan dalam bilik darjah dan sebagainya yang menyebabkan
berlakunya kemunduran dalam pelajaran mereka. Kemunduran ini akan dikupas dan dijelaskan melalui
pendekatan ahli-ahli psikologi.

5.1 Pendekatan Behaviorisme

Melalui prespektif aliran ini, peranan persekitaran terhadap kemunduran murid adalah
sama, sama ada di bandar atau di luar bandar. Terdapat murid hidupnya berada dalam
persekitaran yang biasa dengan penghinaan, cemuh mencemuh dan merendah-rendahkan
orang lain. Walaupun sikap ini dianggap biasa di sesetengah tempat , bahkan biasa bagi
sesetengah orang dewasa ditempat tersebut, tetapi ia mempunyai kesan yang merugikan
apabila murid-murid ini hilang keyakinan diri dan merasa malu untuk bergaul dan belajar
bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Terdapat juga murid yang bergaul dengan kumpulan yang ahlinya suka melakukan
perbuatan nakal; tidak ada suatu kebaikkan yang diharapkan daripada mereka. Kumpulan
seperti inilah yang bertanggungjawab menyebabkan bilangan delinkuens. Kesannya murid-
murid ini biasanya bertingkahlaku menyeleweng jauh daripada tingkah laku yang diterima oleh
sosial dan prinsip yang diterima oleh masyarakat termasuk tabiat rajin belajar.

Ibu bapa murid ini biasanya tidak memberi perhatian dan menyediakan persekitaran
yang kondusif kepada pelajaran anak-anak mereka. Murid-murid yang mempunyai ibu bapa
seperti ini bukan sahaja mengalami kemunduran akademik bahkan sesetengahnya kembali
menjadi buta huruf. Murid-murid yang mempunyai kecenderungan untuk bersikap resesif, terlalu
agresif, sentiasa bimbang, gemuruh, tiada keyakinan diri biasanya jauh tertinggal dalam
pencapaian akademik. Tanda dan tingkah laku bermasalah ini timbul akibat penjagaan ibu bapa
78

yang salah, yang dinyatakan melalui penyisihan mereka, terlalu menguasai atau terlalu
memanjakan atau apabila hubungan antara ibu bapa jauh tidak memuaskan.

5.2 Pendekatan Psikoanalitik

Keadaan emosi dan moral dalam persekitaran tempat tinggal murid juga boleh
mempengaruhinya terhadap kemajuan pendidikannya. Jika kehidupan harian di rumah dicirikan
oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku, garang dan dominan
ataupun terlalu mengongkong atau gangguan neurotik, mereka akan membesar dalam suasana
emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang
penting untuk mencapai kemajuan dalam persekolahannya.

Murid-murid yang terlalu dimanjakan dari lahir sehingga tidak pernah berpeluang untuk
berusaha sendiri akan mengembangkan sikap bergantung kepada orang lain dan tidak
mempunyai inisiatif untuk memajukan diri. Mereka yang telah dikenakan disiplin yang terlalu
ketat dan menjalani kehidupan dengan mengikut arahan mungkin keinginan untuk berusaha
sendiri. Akibatnya, murid-murid yang datang dari keluarga seperti ini mempunyai
perkembangan ego yang lemah di mana mereka tidak mempunyai motif yang lebih tinggi untuk
bekerja keras menyebabkan mereka segera berubah menjadi malas dan lembap. Ini
disemarakkan lagi jika suasana dalam keluarga dirosakkan oleh sikap ibu bapa yang sambil
lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan mengelakkan tanggungjawab. Sikap seperti ini
akan menggalakkan murid tersebut menjadi tidak berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak
mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah sehingga
mengakibatkan kemunduran akademik. Dari keterangan di atas jelas menunjukkan perkaitan
dengan teori ahli psikoanalitik yang menekankan kepentingan zaman awal individu dan
mempercayai bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan dalam perkembangan individu.

5.3 Pendekatan Kognitivisme

79

Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental

sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka melalui
proses-proses pekembangan pemikiran sepertimana penekanan yang diberikan dalam aliran
kognitivisme. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan melalui satu siri urutan
yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7
tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas).
Ibu bapa murid mundur juga seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat
keputusan dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan
pemikiran. Jika murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat
umur yang sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat
bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai
kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi.
Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi kandungan ilmu pengetahuan dan
pencapaian dalam pelajaran.

5.4 Pendekatan Humanistik

Disamping faktor-faktor persekitaran, didikan dalam keluarga, hubungan sosial dan

kecerdasan yang rendah seperti yang telah dibincangkan di atas, faktor kemiskinan juga
menjadi faktor dalam kemunduran akademik. Salah satu aspek kemiskinan adalah rumah yang
sesak terutama apabila bilangan ahli dalam keluarga ramai dan sumber kewangan atau sumber
perbelanjaan terhad. Dalam keluarga besar yang keupayaannya terhad, taraf kehidupan
biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk
perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau
penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak
yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang
kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya
masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada
kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas
manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat
dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika
tidak sempurna atau gagal dipenuhi.
80

5.5 Pendekatan Biologi

Perkembangan fizikal yang subnormal adalah salah satu daripada penyebab

kemunduran yang penting. Sesetengah murid yang mundur dilahirkan dengan mewarisi ciri-ciri
tertentu yang boleh menjadi penyebab kemunduran, antaranya kekurangan tenaga iaitu lemah
dari segi dorongan dan keazaman untuk berkembang yang menyebabkan mereka berkembang
pada kadar yang perlahan (Shanker, 1957). Burt (1953) pula mendapati bahawa 79% daripada
murid-murid yang mundur dalam pelajaran mengalami sejenis kerencatan perkembangan atau
kerencatan fesiologi. Kemunduran juga mungkin disebabkan kerencatan mental. Kerencatan
mental ini mungkin diakibatkan oleh banyak sebab antaranya; genetik keadaan semasa dalam
kandungan ibu, keadaan semasa dilahirkan, keadaan selepas dilahirkan dan sebab-sebab
budaya. Ketegori umum ini meliputi sebab-sebab khusus seperti penyakit yang dialami oleh ibu
semasa mengandung (phenylketonuria dan rubella) , tidak dapat cukup oksigen semasa
dilahirkan, kerosakan otak, dadah dan keadaan ekonomi keluarga. Gejala ini biasanya akan
memberi kesan terhadap perkembangan mental individu.

Selain daripada faktor ganguan mental yang dijelaskan di atas, murid-murid mundur
juga dipengaruhi oleh kecacatan fizikal dan penyakit seperti kecacatan penglihatan,
pendengaran, kekidalan, dan juga penyakit seperti penyakit hidung dan kerongkong, brongkotis,
penyakit tonsil atau adenoids, demam panas, penghadaman dan penyakit kelenjar yang lain.
Menurut Burt (1953 dan Kirk (1972) penyakit ini atau penyakit-penyakit lain yang dihadapi akan
menganggu proses pembelajaran murid-murid ini sama ada di rumah atau di sekolah hingga
menyebabkan pencapaian akademiknya lebih rendah daripada tahap normal dalam
matapelajaran tertentu atau menyebabkan kemunduran secara umum. Kecacatan fizikal pada
sesetengah murid mundur bererti sesetengah pancainderanya tidak berfungsi dengan baik yang
akan menyebabkan diskriminasi yang salah atau cacat, pertimbangan yang salah dan lemah
pemikiran.
81
82

6.0 Kaedah Mengatasi Kemunduran Menurut Pendekatan Psikologi

Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek
perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik
di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya kerana terdapat interaksi antara
perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk
membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya,
dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah
untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan secara terperinci melalui pendekatan oleh
ahli psikologi.

4.4 Pendekatan Behaviorisme

Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis, bukannya
hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang konkrit, dan
berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka yang hanya pandai
menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan Behaviorisme murid-murid mundur
memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun, pertimbangan yang bersimpati terhadap
kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan di pihak guru atau orang yang membimbingnya.
Guru tersebut bukan sahaja dapat menerima kekurangan murid tersebut bahkan menyedari
murid-murid ini bukanlah tidak sempurna sehingga tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada
kualiti yang berguna. Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama
saintifik. Sekali lagi, guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah seorang pemimpin dan
pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa undang-
undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
83

4.5 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan yang diterangkan di atas membawa kita kepada menghadapi murid-murid

mundur yang mempunyai masalah emosi, pembawaan dan konflik mental. Justeru itu
pendekatan psikoanalitik perlu digunakan untuk menghadapinya. Usaha-usaha perlu diambil
untuk mewujudkan penyesuaian semula di rumah dan juga di sekolah. Pendidikan ibu bapa
yang bertujuan untuk mengubah kaedah pengasuhan ibu bapa kepada satu kaedah yang lebih
sesuai, merupakan satu sistem perkhidmatan sosial yang bertujuan untuk memperbaiki
persekitaran fizikal di rumah dan di luar rumah. Dalam hal ini, kerjasama dari guru bimbingan
kaunseling, guru, dan ibu bapa adalah diperlukan. Jika terdapat faktor emosi di rumah yang
menyebabkan kekerapan tidak hadir ke sekolah, lawatan ke rumah atau pertolongan pegawai
kebajikan masyarakat adalah perlu. Klinik bimbingan murid mundur juga memainkan peranan
yang penting dalam memberi pendedahan dan latihan untuk menangani seterusnya
menstabilkan kecelaruan emosi. Kemahiran interpersonal dan penerapan nilai-nilai murni
merupakan salah satu elemen yang penting dalam pendekatan psikoanalitik.

4.6 Pendekatan Kognitivisme

Setelah masalah emosi dapat diatasi melalui penerangan di atas, pemeringkatan

pembelajaran pula perlu dilaksanakan menurut pendekatan kognitivisme. Dalam hal ini, kaedah
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlulah dapat menuntun dan membina
pengetahuan murid dari konkrit dan analogi kepada masalah yang lebih abstrak. Setiap tajuk
pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini membolehkan penyampaian tajuk pelajaran
daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah. Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran
yang disediakan perlu selaras dengan perkembangan kognitif murid-murid mundur. Jika tidak,
bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan mereka atau didapati terlalu
sukar bagi mereka. Aktiviti pelajaran ini seharusnya mengandungi tugas-tugas konkrit atau topik
yang wujud dari minat semulajadi murid-murid tersebut dan kehidupan seharian seperti
“makanan kita”, “kesihatan kita”, “jiran tetangga kita” dan sebagainya. Penggunaan alat
pandang dengar seperti kad gambar, filem, carta dan model menolong mereka membina tabung
maklumat yang berguna yang maknanya jelas bagi mereka. Salah satu prinsip kaedah
84

mengajar yang baik bagi murid mundur adalah keyakinan diri mereka perlu diwujudkan
perlahan-lahan melalui tabiat kejayaan. Guru perlu membimbing mereka dengan sabar dan
perlahan-lahan, menentukan yang setiap langkah benar-benar telah dikuasai sebelum
memperkenalkan yang lain dengan latihan yang lebih kerap lagi.

4.4 Pendekatan Humanistik

Melalui pendekatan humanistik, murid-murid yang mundur atau lembam perlu diberi
perhatian dan kasih sayang sebagaimana dalam Hireaki Maslow. Guru yang mengajar mereka
seharusnya sanggup turut sama bergaul dengan mesra dan melayan mereka sebagai individu
dengan penuh kesabaran Guru yang mengajar mereka terlalu cepat akan menyebabkan timbul
kekeliruan dalam fikiran mereka seterusnya mematikan semangat dan motivasi mereka. Ini
akan menyebabkan mereka tidak berkeupayaan atau tidak ada motivasi untuk belajar walaupun
tentang perkara yang mereka ada kebolehan untuk mempelajarinya. Ini memerlukan
pengajaran individu dalam kumpulan kecil. Pelajaran perlu disusun agar murid-murid tersebut
mempelajari sesuatu yang bermakna. Apabila ini berlaku, murid akan mempunyai hasrat untuk
belajar, berkembang, meneroka dan mencipta. Pembelajaran huministik menitikberatkan
perkembangan secara bebas dan bertujuan untuk membantu mereka menangani tekanan
keluarga dan masyarakat. Hasil sosial dan emosi lebih dipentingkan daripada hasil akademik .
Ahli-ahli pembelajaran humanistik berpendapat bahawa pada akhirnya, pencapaian akademik
murid akan menjadi lebih baik berbanding dengan sistem pembelajaran tradisional. Ini berlaku
kerana dalam pengajaran humanistik, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan. Cara ini
menyebabkan pembelajaran menjadi amat bermakna dan berupaya menggembirakan murid.

4.5 Pendekatan Biologi

Salah satu dari punca kemunduran yang dinyatakan adalah kecacatan fizikal dan badan
yang tidak sihat. Menurut Arnold Gesell (1880-1961), baka yang dikaitkan dengan endogen
merupakan faktor penting perkembangan kanak-kanak yang membentuk tingkah laku. Oleh
85

yang demikaian, pemeriksaan doktor perubatan khusus terhadap murid-murid mundur perlu
diberikan. Kemudahan patut disediakan untuk memulihkan penyakit atau kecacatan yang
didapati melalui pemeriksaan itu. Bantuan cermin mata boleh diberikan kepada murid mundur
yang disebabkan oleh masalah penglihatan begitu juga dengan alat bantuan pendengaran
untuk mereka yang mengalami masalah pendengaran. Kaunseling kepada ibu bapa harus
diberikan kerana ada diantara mereka yang berasa malu atau gagal mengesan kecacatan
mental yang dihadapi oleh anak mereka yang mundur.

Kajiselidik dalam mengenalpasti faktor biologi sebagai penyebab kecelaruan mood yang
menyebabkan kemunduran adalah pesat dijalankan. Bidang penyelidikan tersebut adalah
termasuk kajian genetik dalam bidang neuribiokimia. Fokus pendekatan biomedik pada unipolar
depression kebelakangan ini adalah pada hipotesis catecholamine; iaitu teori yang
menyarankan bahawa kemurungan murid mundur adalah hasil kurangnya aktiviti
neurotransmitters-norepinephrine dan serotonin. Rawatan biologi masalah ini adalah dengan
meningkatkan aktiviti neurotransmitters tersebut. Beberapa strategi telah menunjukkan
kejayaan termasuk penggunaan dadah (trcylics, MAO inhibitors, dan PROZAC),
‘electroconvulsive shock therapy’ dan latihan aerobik.
86

5.0 Kesimpulan

Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep-

konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara pendekatan yang digunakan
adalah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik, pendekatan kognitivisme, pendekatan
humanistik dan pendekatan biologi. Pendekatan-pendekatan ini mempunyai kekuatan tersendiri dan
kadangkala berkesinambungan antara satu pendekatan dengan pendekatan yang lain.

Pendekatan Behaviorisme menekankan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan

tingkah laku individu yang menggunakan elemen ganjaran dan pelaziman dalam pendekatannya.
Pemikiran yang tidak sedar pula dijelaskan dalam teori psikoanalitik yang membahaskan
keseimbangan id, ego dan superego yang banyak menekankan perlunya keseimbangan mental dan
emosi dalam pendekatan yang digunakannya dalam perkembangan tingkah laku individu. Disamping
kesimbangan emosi yang lahir dari keyakinan diri, koordinasi proses pemikiran individu juga perlu
diberi perhatian dalam pendekatan kognitivisme. Pendekatan ini menyarankan agar dilakukan
pemeringkatan dalam membina tahap pemikiran individu sesuai dengan perkembangannya.
Keperluan-keperluan asas dalam diri individu perlu dipenuhi mengikut pendekatan humanistik. Rasa
kasih sayang dan hormat menghormati dalam interaksi individu akan mempengaruhi perkembangan
tingkah lakunya. Faktor-faktor biologi seperti kecacatan mental dan fizikal seterusnya tahap kesihatan
tubuh seseorang individu juga boleh mempengaruhi tingkah lakunya. Dalam hal ini, pendekatan biologi
boleh digunakan untuk mengatasinya yang antara lain menitikberatkan soal pemakanan, pengambilan
ubat-ubatan dan terapi.
87

Pendekatan-pendekatan psikologi yang dibincangkan boleh disepadu dan digunakan dalam

membantu murid-murid mundur yang dijadikan ikon dalam penulisan ini. Murid-murid mundur
mempunyai masalah yang khusus tetapi mempunyai keperluan asas yang sama seperti murid-murid
yang lain. Kemunduran mental adalah hasil dari berbagai faktor; genetik, kecacatan fizikal, perkara
atau penyakit yang dialami oleh ibu semasa dalam kandungan kecerdasan yang rendah, penyakit dan
keadaan sosio ekonomi dan persekitaran di mana ia dibesarkan. Adalah penting masalah ini
dikenalpasti awal supaya bantuan dan bimbingan dapat diberikan segera. Kerjasama antara guru dan
ibu bapa adalah perlu dalam membimbing murid-murid mundur. Tugas utama guru dalam hal ini adalah
mengkoordinasikan murid-murid mundur dalam mengenalpasti, memberi pengajaran dan perhatian
seterusnya mengambil langkah-langkah perlu menggunakan pendekatan-pendekatan yang disarankan
oleh ahli-ahli psikologi.
88

Rujukan

Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Burt, C. (1950). The Backward Child. London ; Universiti of London Press.

Burt, C. (1953). The Causes and Treatment of Backwardness. London; Universiti of London Press.

E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005.

Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia University. Atas
talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/

education.htm 1 Ogos 2005.

George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University. Atas talian
http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 1 Ogos 2005.

Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya.
Longman Malaysia.

Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; UNITEM
Sdn. Bhd.

Kirk, S. (1972). Educating Exceptional Children. Boston ; Houghton Mifflin.

Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Medline Plus. Trusted Help Information For You U.S. National Laibrary of Medicine Atas talian
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/prenatalcare.

html 1 Ogos 2005.

89

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2001). Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala Lumpur, Mc
Graw Hill.

Schonell, F.J (1949). Backwardness in Basic School Subjects. Edinburgh; Oliver and Boyd.

Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distrubutors
Sdn. Bhd.

Rujukan
90

Burt, C. (1953). The Causes and Treatment of Backwardness. London; Universiti of
London Press.
E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005.
Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia
University. Atas talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/
education.htm 1 Ogos 2005.
George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University.
Atas talian http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 1 Ogos 2005.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.
Petaling Jaya. Longman Malaysia.
Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd.
Kirk, S. (1972). Educating Exceptional Children. Boston ; Houghton Mifflin.
Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Medline Plus. Trusted Help Information For You U.S. National Laibrary of Medicine Atas
talian http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/prenatalcare.
html 1 Ogos 2005.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2001). Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala
Lumpur, Mc Graw Hill.
Schonell, F.J (1949). Backwardness in Basic School Subjects. Edinburgh; Oliver and
Boyd.
Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications &
Distrubutors Sdn. Bhd.
91

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

Kelas : Tahun 5 Gemilang

Tempoh : 60 Minit

Bilangan murid : 25 orang

Mata pelajaran : Sains

Tema : Rantai Makanan

Liputan Kurikulum : a. Mengetahui jenis tumbuhan dan haiwan yang terlibat dalam
Rantai Makanan.
b. Memperkenalkan istilah pengeluar, pengguna pertama
(primer), pengguna kedua (sekunder), dan pengguna ketiga
(Tertiar).
c. Memperkenalkan simbol ‘’ yang bermaksud ‘dimakan
oleh’.
d. Membentuk Rantai Makanan.

Hasil Pembelajaran : Memahami Rantai Makanan sebagai hubungan makanan antara

hidupan

Objektif : Di akhir pengajaran ini, murid dapat:

Pembelajaran
a. Matapelajaran
 Membina sekurang-kurangnya tiga contoh rantai
makanan.
 Memberi secara lisan sekurang-kurangnya tiga contoh
pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan
pengguna tertiar.
b. Kemahiran saintifik (Kemahiran Proses Sains)

 Membuat ramalan terhadap situasi yang diberikan oleh

guru mengenai rantai makanan.
 Berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru di dalam
keadaan terkawal semasa aktiviti sedang dijalankan.
c. Sikap saintifik dan nilai murni
a. Hormat-menghormati dan bekerja sama antara guru dan
rakan sebaya di dalam aktiviti pembelajaran.
92

b. Menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup

boleh menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.

Pengetahuan Perlu : a. Murid perlu tahu tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan
Ada omnivor.
b. Murid perlu tahu bahawa tumbuhan hijau boleh membina
makanannya sendiri.

Keperluan Khas : a. Sebuah komputer dan satu projektor LCD untuk keperluan
guru.
c. Transparensi dan OHP untuk pembentangan perbincangan
murid dalam kumpulan.

Persediaan Guru : a. Persembahan Perisian Pembelajaran PSN1 yang

menunjukkan gambaran perkaitan Rantai Makanan.
b. Cakra Padat SND1 yang merupakan nyanyian lagu ‘Bangau
Oh Bangau’.
c. ‘Roll up White Board’ WB1 yang mengandungi ruangan untuk
murid menulis hidupan dan makanannya.
d. Kad Gambar GSN1 yang menunjukkan simbol ‘’
e. Kad Gambar GSN2 yang menunjukkan contoh-contoh
hidupan pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan
pengguna tertiar.
f. Lembaran kerja LK1 yang meminta murid melengkapkan
nota tidak lengkap.

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

Permulaan Arahkan seorang murid memimpin

membaca doa belajar.

Guru sediakan alat-alat yang akan

digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
93

Set induksi Pengenalan Pasangkan lagu “Bangau Oh Bangau” Strategi P&P:

kepada tajuk: dari cakera padat SND 1 dan minta
murid mendengar dengan teliti.
Kaedah: Kelas
Rantai Makanan
Teknik : Soal Jawab
berlaku apabila Minta murid jawab soalan berikut:
suatu benda Alat:
1)Haiwan apakah yang makan
hidup dimakan
rumput?  Cakera padat Lagu
oleh benda hidup
SND 1.
yang lain. 2)Apakah makanan bangau?
 Komputer.
3)Apakah istilah haiwan yang makan Kemahiran berfikir:
daging sahaja?
Istilah: Kritis & Kreatif

Herbivor Nilai:
Perkenalkan tajuk pelajaran hari ini.
Karnivor Hormat menghormati

Omnivor

Langkah 1 Penerangan Buat perkaitan tentang lagu tadi Strategi P&P:

mengenai dengan tajuk bagi menjelaskan
hidupan yang tumbuhan hijau (rumput) yang
terlibat dalam dimakan oleh haiwan herbivor Kaedah: Kelas
Rantai Makanan. (kerbau).
Teknik : Penerangan

Alat: Roll up White

Board’
Minta murid pula memberi contoh
haiwan yang makan herbivor (kerbau)
secara lisan.

Kemahiran berfikir:
Minta murid tulis di ‘Roll up White
Kritis & Kreatif
Board’ RWB1 satu jenis tumbuhan
dan haiwan mengikut tabiat makan Nilai:
yang terlibat dalam lagu.
94

Yakin Diri

Langkah 2 Mengenalkan Arahkan murid teliti kandungan Strategi P&P:

istilah yang perisian pembelajaran “Rantai
Pemerhatian
terdapat dalam Makanan” PSN 1 yang menunjukkan
Rantai Makanan. perkaitan antara istilah pengeluar, Kaedah: Kelas
primer ,skunder dan tertiar.
Teknik :

 Penerangan
Perkenalkan istilah berdasarkan
 Perbincangan
contoh tumbuhan dan haiwan
Alat:
seperti dalam PSN1:
1)Rumput - pengeluar  Perisian
Pembelajaran
2)Kerbau – pengguna pertama
PSN1.
(primer)
 Komputer.
3)Ular – pengguna kedua (sekunder) Kemahiran berfikir:

4)Helang-pengguna ketiga (tertiar) Kritis & Kreatif

Nilai:

Minta murid beri contoh hidupan lain Hormat-menghormati

secara lisan dan membina perkaitan
antara pengeluar, pengguna primer,
pengguna skunder dan pengguna
tertiar

Langkah 3 Menerangkan Tunjuk simbol anak panah GSN 1 Strategi P&P:

konsep: melalui kad imbasan dan jelaskan
konsep arah anak panah dan
 bermaksud
maksudnya . Kaedah:
dimakan oleh
 Kelas
 Individu.
Minta murid lekatkan arah simbol
Teknik : Penerangan
anak panah GSN1 pada contoh yang
mereka berikan di ‘Roll up White Alat:
Board’ dalam langkah 1
95

menggantikan perkataan ‘dimakan  Kad Gambar GSN

oleh’. 1.
 Papan Hitam
Kemahiran berfikir:

Kritis & Kreatif

Nilai: Yakin

Langkah 4 Perbincangan Bentuk lima kumpulan dan lantik Strategi P&P:

dalam kumpulan: ketua.
Membina Rantai
Makanan Kaedah: Kumpulan
Arahkan setiap kumpulan bina tiga
Teknik :
Rantai Makanan pada transparensi
berdasarkan gambar hidupan GSN 2  Perbincangan
yang diberi.  Bimbingan

Alat:
Guru bertindak sebagai fasilitator dan
beredar dari satu kumpulan ke satu  Kad Gambar GSN
kumpulan lain. 2
 Transperensi
Kemahiran berfikir:

Kritis & Kreatif

Nilai:

Tolong Menolong

Langkah 5 Pembentangan Minta ketua membentangkan hasil Strategi P&P:

perbincangan yang dijalankan dalam
Hipotesis
kumpulan.
Kaedah: Kelas
96

Buat ramalan berdasarkan situasi Teknik :

yang diberi hasil pembentangan
 Penerangan
kumpulan.
 Sumbangsaran
Alat:

Contoh situasi:  Transperansi

Apa akan jadi pada kambing jika  OHP

rumput berkurangan? Kemahiran Belajar:

Kritis & Kreatif
Apa pula akan terjadi jika bilangan
harimau bertambah? Nilai:

Hormat Menghormati

Minta murid buat ramalan

berdasarkan situasi yang diberi guru
hasil dari pembentangan kumpulan.

Rumusan Kesimpulan Edarkan LK1 dan minta murid Strategi P&P:

lengkapkan Lembaran Kerja yang
mengandungi Nota Tidak Lengkap
dengan bimbingan guru. Kaedah: Kelas

Teknik : Bimbingan
Guru membincangkan kembali apa
Alat:
yang dipelajari hari ini.
Lembaran Kerja LK1

Kemahiran Belajar:
Kritis & Kreatif

Nilai:

Bersyukur
97

Penutup Membina Buku Murid diarahkan membuat Buku

Skrap Skrap dengan membina tujuh
rantai makanan menggunakan
gambar yang diambil dari majalah
secara berkumpulan sebagai
tugasan di rumah.

Minta seorang murid memimpin

membaca tasbih kifarah dan surah
al Asr.

Penilaian:

1) Pencapaian objektif A dapat dinilai berdasarkan aktiviti dalam langkah empat.

2) Pencapaian objektif B dapat dinilai berdasarkan pembentangan hasil dalam kumpulan seperti
dalam langkah lima.
3) Pencapaian objektif C dapat dinilai melalui pemerhatian yang dijalankan dalam langkah dua,
tiga empat dan lima.
98

1.0 PENGENALAN

Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan
pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran,
media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup
untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa
menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari
pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan
pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina
bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan
kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan
media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi
memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model
ini iaitu:

 A- Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur,
tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum
sesuatu media dipilih dan digunakan.
 S- Menyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif prestasi dalam merancang
sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu
mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar
selepas mengikuti pelajaran.
 S- Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) : Memilih
bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan
multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta
kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.
 U- Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus terlebih
dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan,
lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau
membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.
 R- Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media pengajaran yang
baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang
99

disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu
atau berkumpulan.
 E- Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat secara
berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran
sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan
dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE

2.1 Analisa Pelajar (Analyze Learners)

Analisis Pelajar merujuk kepada analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap
persekolahan, tahap kemahiran intelektual, sikap dan stail pembelajaran, sebelum satu-satu
rancangan pengajaran dibina termasuk dalam pemilihan media yang akan digunakan dalam
100

satu-satu pengajaran. Analisi ini perlu diambil perhatian kerana ia akan mempengaruhi
perkembangan dan kepantasan pengajaran disamping guru dapat merancang pendekatan dan
penglibatan murid dalam kelas sederhana dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan
dijalankan.

Bagi tajuk “Rantai Makanan” yang akan diajar, murid mesti tahu bahawa
tumbuhan hijau boleh membina makanannya sendiri melalui proses fotosentisis Selain
daripada itu, murid mesti mengetahui tabiat makan haiwan yang terbahagi kepada tiga
iaitu herbivor, karnivor dan omnivor. Penguasaan ini penting supaya murid tahu dan
dapat mengkategorikan sama ada hidupan hanya tergolong dari pemakan daging,
tumbuhan atau kedua-duanya kerana pencirian ini ada kaitannya dengan pembinaan
Rantai Makanan. Dalam hal ini, selain dari pembelajaran secara formal murid-murid
dalam kelas telah mengetahui tabiat makan ini kerana latar belakang mereka yang
berasal dari luar bandar, telah biasa melihat dan memahami sebahagian besar haiwan
yang terlibat.

Dalam analisis pelajar ini juga, guru dapat mengenal pasti stail pembelajaran
murid sama ada dari kategori murid visual, auditori atau kinestetik. Penggunaan lagu
‘Bangau Oh Bangau’ dalam Set Induksi dapat menarik perhatian murid terutamanya
murid auditori untuk mengikuti pembelajaran. Penggunaan perisian pembelajaran yang
mengandungi animasi, grafik dan video memberi satu keseronokan kepada murid visual
yang perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya. Aktiviti murid
melekatkan simbol () untuk menggantikan perkataan ‘dimakan oleh’ pada Roll up
White Board menarik minat murid kinestatik kerana mereka akan belajar dengan lebih
baik jika ada penglibatan pergerakan fizikal.

Pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran murid yang telah dikenal pasti
amat membantu guru dalam menyediakan media dan kaedah pengajaran yang sesuai
disamping menjangka hasil pembelajaran yang diharapkan seterusnya memudahkan
murid memahami pengajaran guru.
101

2.2 Menyatakan Objektif (State Objective)

Menyatakan objektif merupakan suatu penyataan yang menentukan tingkah laku

spesifik yang boleh diukur dan dilakukan oleh murid setelah mengikuti sesuatu
pengajaran. Pernyataan objektif ini penting bagi guru dalam merancang sesuatu
pengajaran untuk menentukan langkah dan bahan pengajaran yang ingin digunakan
bagi menjangka dan mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau
ditunjukkan oleh murid selepas mengikuti pelajaran. Selain dari itu, ia juga dapat
menentukan aktiviti dan tugasan yang sesuai untuk murid serta memudahkan guru
menilai pencapaian murid melalui aktiviti susulan dan latihan yang diberikan.

Dalam menentukan objektif, guru seharusnya menyatakan dengan jelas dalam

rancangannya. Objektif mestilah tepat dan selari dengan tajuk yang hendak
disampaikan dan disusun mengikut kebolehan, minat, nilai, sikap dan kemampuan
murid dengan dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah dan yang
penting harus berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

2.1.1 Objektif Matapelajaran

Dalam Rancangan Pengajaran yang dibina, objektif difokuskan kepada

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru dipelajari oleh murid daripada
pengajaran yang dijalankan. Pengetahuan bermaksud mengingat kembali
perkara-perkara khusus, kaedah, universal, proses dan juga struktur.
Pengetahuan mengenai perkara-perkara khusus, iaitu termasuk terminologi
seperti simbol, lisan dan pengetahuan fakta seperti mengetahui kejadian yang
sebenar. Aspek pengetahuan juga ada kaitannya dengan cara mengkritik,
mempertimbangkan , mengkaji dan mengolah. Dalam situasi begini murid-murid
seharusnya berkemampuan untuk memehami peraturan, urutan sesuatu
102

peristiwa, mengklasifikasikan , menyusun kreteria dan mempunyai pengetahuan

dalam kaedah metodologi.

Melalui objektif yang terdapat dalam rancangan pengajaran yang

dirancangkan di atas, murid mengetahui, mempelajari konsep seterusnya
memahami komponen-komponen yang terlibat dalam Rantai Makanan
Kemahiran memahami sesuatu perkara juga berhubung rapat dengan objektif
tingkah laku. Bagi memahami sesuatu proses mengingat adalah diutamakan.
Dengan mengingat sesuatu seorang murid dapat mengeluarkan pendapatnya
dalam bentuk tulisan dan lisan, menterjemahkan daripada satu bahasa kepada
suatu bahasa dan menginterpretasikannya seperti yang terdapat dalam langkah
ke dua rancangan pengajaran dimana selepas murid memahami konsep Rantai
Makanan melalui perisian pembelajaran, mereka dikehendakki mengaplikasikan
pemahaman mereka untuk membina beberapa contoh Rantai Makanan dan
memberikan contoh pada setiap komponen yang terlibat seperti dalam langkah
pengajaran ke tiga dan ke empat. Oleh yang demikian, dengan pengetahuan
tentang sifat pemakanan haiwan yang dipelajari, murid dapat membuat hubung
kait antara haiwan herbivor, karnivor dan omnivor seterusnya dapat membina
Rantai Makanan.

2.1.2 Objektif Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoal sesuatu dan

mencari jawapan secara bersistem melalui aplikasi yang dijalankan dalam
langkah pengajaran ke tiga dan ke empat. Sesungguhnya aplikasi sangat
penting kepada seorang murid sekiranya mereka mahu menghubungkaitaknnya
dengan situasi yang lain dengan cara menggunakan prinsip, teori dan peraturan
yang dipelajari. Kemahiran proses sains yang terlibat dalam rancangan
pengajaran ini ialah kemahiran meramal iaitu kebolehan membuat jangkaan
tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau data yang
103

boleh dipercayai. Dalam hal ini, murid dekehendaki membuat ramalan terhadap
situasi yang diberikan oleh guru mereka mengenai rantai makanan seperti dalam
langkah pengajaran yang ke lima. Dalam langkah ini juga murid mengaplikasikan
kemahiran proses sains seterusnya yang ingin dicapai dalam objektif pengajaran
iaitu kemahiran berkomunikasi. Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran di
mana murid dapat mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk seperti lisan,
tulisan, graf, gambarajah, model atau jadual. Kemahiran proses sains di atas
dapat ditunjukkan melalui graf dan gambar yang dilakarkan oleh murid di atas
transparensi semasa sesi pembentangan kumpulan dalam langkah ke lima.

2.1.3 Nilai Murni

Nilai murni yang dapat diterapkan dalam keseluruhan proses pengajaran

dan pembelajaran ini adalah sikap hormat menghormati dan bekerjasama antara
guru dan rakan sebaya. Pencapaian objektif ini boleh dilihat melalui interaksi
murid semasa perbincangan dalam kumpulan dalam langkah yang ke empat dan
pembentangan hasil perbincangan dalam langkah ke lima. Sikap ini juga dapat
diperhatikan melalui interaksi guru dan murid dalam proses mereka memahami
konsep Rantai Makanan melalui langkah pengajaran ke dua dan ketiga. Selain
dari itu, murid juga dapat menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup
boleh menjadi makanan kepada benda hidup yang lain seterusnya mensyukuri
rezeki dan nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan.
104

2.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan

(Select Methods, Media and Materials)

Media dan sumber pengajaran adalah merujuk kepada bahan pengajaran seperti alat
bantu mengajar dalam suatu pengajaran, bahan rujukan seperti sukatan pelajaran dan juga
bahan pembelajaran seperti buku teks termasuk buku-buku kerja yang berkaitan. Bahan-bahan
ini perlulah digunakan sesuai dengan objektif dan tajuk bagi menarik minat murid untuk belajar
dan menguasai pelajaran dengan sepenuhnya dalam sesuatu masa. Guru haruslah kreatif
untuk mencipta atau memilih alat-alat dan bahan pengajaran dan menyampaikannya dengan
kaedah yang difikirkan sesuai dengan tajuk yang hendak diajar. Penggunaan alat mengajar
yang lama atau telah lapuk dan tidak mempunyai fungsi yang nyata ditambah dengan kaedah
penyampaian yang primitif akan menjemukan murid. Jelas di sini bahawa kaedah, media dan
pemilihan bahan yang sesuai dapat mempengaruhi suatu pengajaran berdasarkan kreteria
yang perlu difikirkan.

2.3.1 Mengandungi unsur-unsur menghiburkan.

Bahan yang dibina atau dipilih perlulah menimbulkan suasana yang

menyeronokkan dan mengandungi unsur-unsur yang menghiburkan seperti nyanyian
lagu “Bangau Oh Bangau” dalam Set Induksi. Murid-murid yang berada di dalam alam
kanak-kanak cenderung kepada hiburan dan ini akan memudahkan guru menarik minat
mereka mengikuti pelajaran. Menurut Hargie dan rakan-rakan (1981) Set Induksi adalah
suatu proses untuk mendapatkan perhatian atau penggerak daripada murid supaya
bersedia untuk belajar. Ia juga merupakan satu set untuk membina aliran fikiran.
Menggunakan pendekatan kaedah kelas dengan nyanyian sebagai medium pengajaran
secara tidak langsung murid memperolehi gambaran awal mengenali bentuk konsep
“Rantai Makanan”. Proses membuka minda murid ini disusuli dengan teknik soal jawab
untuk menguji kesediaan murid untuk mengikuti pelajaran yang akan disampaikan.
105

2.3.2 Menarik minat dan mencetuskan motivasi.

Selain mengandungi unsur-unsur yang menghiburkan, bahan tersebut perlulah

menarik minat dan dapat mencetuskan motivasi murid di mana ia memudahkan mereka
menjalankan kegiatan yang berbentuk kajian, menyelesaikan masalah, dan membuat
kesimpulan dari apa yang dilihat. Melalui kaedah kelas penggunaan perisian
pembelajaran “Rantai Makanan” yang mengandungi klip video menunjukkan perkaitan
komponen rantai makanan dalam langkah pengajaran ke dua dapat menyediakan
pengalaman yang sebenarnya kepada murid. Animasi hidupan yang terdapat
didalamnya juga membantu mereka membina hubungan berkenaan konsep Rantai
Makanan yang dipelajari. Kaedah kelas digunakan dalam langkah ini kerana ia
menjimatkan masa guru untuk menerangkan konsep yang baru dipelajari. Menurut Mat
Nor Hussein (1988) penerangan kepada suatu perkara yang baru untuk satu masalah
yang serupa adalah membuang masa dan tenaga jika dilaksanakan secara
berkumpulan.

2.3.3 Dapat menghubungkait antara perkara yang konkrit dan abstrak.

Penggunaan klip video yang terdapat dalam perisian pembelajaran seperti dalam
langkah dua juga dapat memberikan gambaran kepada murid dalam memahami
perkaitan antara tabiat makan haiwan sehingga terbentuknya rantai makanan. Klip video
haiwan dan tumbuhan yang dipaparkan mempunyai unsur suara dan bunyi serta
pergerakan memberi peluang kepada murid mengenali hidupan tersebut dengan lebih
dekat lagi. Selain penggunaan perisian pembelajaran guru juga boleh menggunakan
simbol-simbol dan grafik yang sesuai untuk membina pemahaman murid menguasai isi
pelajaran. Dalam langkah pengajaran ke tiga guru telah menggunakan simbol anak
panah () untuk menggantikan perkataan ‘dimakan oleh’ bagi memudahkan murid
membina konsep Rantai Makanan dari contoh-contoh hidupan yang diberikan. Selain
106

menggunakan kaedah kelas untuk menyampaikan konsep ini guru juga telah meminta
beberapa orang murid untuk melekatkan simbol ini menggantikan perkataan ‘dimakan
oleh’ pada Roll up White Board untuk memperkukuh pelajaran yang disampaikan.

2.3.4 Memperkaya perbendaharaan kata dan maklumat.

Maklumat dalam bahan pengajaran yang dipilih mestilah tepat dan terkini
terutama sekali di dalam penggunaan istilah seperti herbior , karnivor dan omnivor yang
dahulu dikenali dengan maun, maging dan maserba. Selain daripada memperkaya
perbendaharaan kata dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami ia
juga membekalkan maklumat-maklumat terkini supaya menjadikan proses pengajaran
menjadi lebih bermakna dan berkesan. Pengenalan istilah-istilah ini dapat dilihat dalam
langkah pengajaran guru yang pertama di mana perisian pembelajaran yang
mengandungi komponen rantai makanan seperti pengeluar, pengguna primer,
pengguna skunder dan pengguna tertiar yang terdiri daripada tumbuhan, haiwan
herbivor, haiwan karnivor dan haiwan omnivor digunakan melalui kaedah pengajaran
secara kelas untuk menerangkan istilah dan konsep rantai makanan.

2.3.5 Mempunyai teknikal kualiti yang baik

Bahan yang digunakan seharusnya perlu mempunyai teknikal kualiti yang baik
pada gambar dan suara. Kualiti gambar adalah jelas atau tidak kabur dan
menggunakan warna yang menarik sesuai dengan tahap murid yang berada pada
Tahun 5. Suara dan bunyi juga mesti terang dan nyata sebutannya supaya tidak
menjejaskan tumpuan murid untuk meneruskan pelajarannya. Selain daripada kriteria di
atas, pemilihan media pengajaran mestilah berdasarkan pada umur dan tahap pelajar.
Bagi pengajaran sains Tahun 5 di dalam tajuk “Rantai Makanan”, pelajar-pelajar terdiri
daripada kanak-kanak yang memerlukan lebih panduan dalam mengendalikan pelbagai
jenis media. Justeru itu, setiap media pengajaran yang dipilih di dalam pengajaran ini
107

seperti cakera padat, komputer, LCD dan sebagainya perlu mempunyai buku panduan
bagaimana cara mengendalikannya.

2.4 Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials)

Apabila pemilihan bahan yang akan digunakan dalam langkah pengajaran telah
dilaksanakan, guru perlu merancang bagaimana bahan yang dipilih tersebut dapat digunakan
secara optimum untuk mencapai objektif pengajaran. Bagi memastikan bahan tersebut
digunakan secara optimum beberapa langkah perlu diambil oleh guru baik sebelum atau
semasa pengajaran sedang berlangsung.

Sebelum penggunaan bahan yang dipilih atau dibina, guru harus terlebih dahulu
mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran
atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca
teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. Bahan-bahan tersebut perlu dikendalikan
dengan baik oleh guru pada setiap tahap penyampaian isi pelajaran kerana ia akan memberi
kesan yang positif atau sebaliknya kepada pembelajaran. Guru mestilah mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media pengajaran. Sebagai contoh,
penggunaan komputer, LCD, OHP, papan layar, klip video tumbuhan dan haiwan mesti
dikendali dengan baik supaya pelajar dapat memahami konsep sehingga boleh membentuk
beberapa contoh rantai makanan. Perkara ini perlu dilaksanakan terutamanya jika bahan yang
dipilih melibatkan dengan teknologi-teknologi terkini yang memerlukan latihan untuk
mengendalikannya. Selain dari itu, keperluan bilik yang akan digunakan juga perlu diambil
perhatian seperti keamatan cahaya, punca kuasa dan sebagainya.

Setelah persiapan dilaksanakan barulah bahan tadi digunakan dalam pengajaran yang
telah dirancangkan. Semasa bahan sedang digunakan bagi mencapai objektif matapelajaran,
108

dalam langkah kedua guru perlu memastikan murid menumpukan perhatian sepenuhnya
kepada perisian pembelajaran yang dipaparkan melalui komputer yang dipancarkan ke layar
melalui LCD kerana kandungannya merupakan isi pelajaran mengenai konsep Rantai Makanan.
Pembelajaran sains yang berbantukan komputer seperti ini menambah minat murid untuk
meneroka isi pelajaran yang akan disampaikan. Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam
kajiannya ‘Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan Komputer’ mendapati
pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya
berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional. Sementara kajian ilmiah
yang dijalankan oleh Kulik (1983, 1984, 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dengan erti
kata lain penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi
pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation)

Menurut Wan Abdul Kadir (2005) bagi memastikan proses pembelajaran berlaku, murid
perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi,
kuiz, projek dan sebagainya. Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon
pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas.
Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan menggunakan berbagai
teknik pengajaran.

Kaedah perbincangan boleh digunakan untuk melibatkan murid dalam proses

pengajaran seperti dalam set induksi seterusnya sehingga langkah ke dua dan ke empat.
Dalam langkah ini murid berbincang dengan guru dan rakan sekelas mengenai konsep rantai
makanan, hidupan yang terlibat dalam komponen rantai makanan dan seterusnya pembinaan
rantai makanan. Dalam kaedah ini perancangan adalah perlu untuk memastikan perbincangan
dibawa kepada halatuju yang dikehendaki. Guru yang berkesan adalah guru yang mengetahui
bagaimana menyesuaikan bahan yang digunakan dengan objektif pengajaran seterusnya
dengan perbincangan yang sedang berjalan. Dalam set induksi misalnya, selepas murid
mendengar lagu ‘Bangau Oh Bangau’ mereka diajak berbincang dengan dorongan guru untuk
109

menyatakan hidupan yang terlibat melalui soalan-soalan yang diajukan kepada mereka. Melalui
langkah ke dua pula selepas meneliti perisian pembelajaran murid berbincang dengan guru
mengenai konsep rantai makanan dan perkaitan antara komponen-komponen sehingga
terbentuknya rantai makanan.

Selain dari kaedah perbincangan, penglibatan murid dalam pembelajaran melalui media
yang digunakan juga boleh dibuat melalui sumbangsaran. Sumbangsaran merupakan satu cara
yang berkesan untuk mendapatkan banyak idea daripada murid dan kemudian menentukan
idea yang paling sesuai untuk digunakan dalam menyelesaikan suatu masalah ( Wan Abdul
Kadir, 2005). Kaedah ini dapat dilihat melalui langkah pengajaran yang ke lima dimana murid
sama-sama berbincang dan membina transparensi seterusnya membentangkan hasil
perbincangan mereka. Dalam sesi ini tidak sesiapa dibenarkan mengkritik atau mentertawakan
idea yang diberikan oleh rakan mereka. Ia adalah untuk menggalakkan penglibatan murid
dalam memberi idea. Idea yang kurang baik mungkin merupakan salah satu cara
menyelesaikan masalah atau boleh dikembangkan dan membawa kepada idea yang lebih baik.
Setelah selesai memberi idea, pilih idea yang dikehendaki untuk menyelesaikan masalah dari
ramalan yang diberikan seperti mana dalam langkah pengajaran ke lima.

2.6 Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise)

Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta
menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media
yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran
yang dikehendaki. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah
tercapai. Kita dapat mengetahui pencapaian dan aras kefahaman murid melalui tindak balas
dan perlakuan yang baik, iaitu hasil daaripada aktiviti termasuklah latihan bertulis atau soalan
lisan. Di samping itu, kebolehan murid mengaplikasikan segala konsep yang baru dipelajari
menandakan juga mereka dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Dalam rancangan
pelajaran di atas, murid dikehendaki mengisi tempat kosong pada nota tidak lengkap dengan
bimbingan guru. Dalam Nota tidak lengkap ini terdapat ruang-ruang yang perlu diisi oleh murid
di mana ia mengandungi intipati pelajaran yang telah disampaikan mengenai Rantai Makanan.
110

Melalui penelitian guru terhadap keupayaan murid melengkapkan nota, guru dapat menilai
pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang terkandung dalam
objektif pengajaran. Dengan itu, guru juga dapat menilai keberkesanan kaedah, media dan
bahan yang digunakan dalam pengajaran seterusnya merancang strategi pengajaran yang
akan datang.

3.0 KESIMPULAN

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat
mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan
jujur dan penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka
merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu
dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
tercapai. Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE boleh digunakan untuk
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan
perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan
dan sikap yang diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka
terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang
sistematik dan menarik.
111

Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Pelajar sangat perlu jika sesuatu media
hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, pengetahuan
perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama ada dari kalangan pelajar auditori, visual atau
kinestatik. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari dan ia merupakan tahap minimum yang
perlu dicapai oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu, kaedah pengajaran
yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan
kumpulan sasaran atau pelajar kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang
memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan atau individu.
Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan keperluan penggunaanya
dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada, mengubah suai atau mereka
bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu, pelajar juga harus dilibatkan dalam aktiviti
pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek bagi memastikan proses pembelajaran berlaku.
Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada
sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek pencapaian pelajar dan
pembelajaran yang dihasilkan seterusnya keberkesanan media dan kaedah pengajaran yang
digunakan.

Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi

elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar
matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat
mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu
yang perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif,
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah
Pendidikan Negara
112

PSN1

PANDUAN PENGGUNA

Perisian Multimedia Pendidikan Interaktif

Rantai Makanan
ABSTRAK

Perisian ini dibangunkan bagi memenuhi

keperluan tugasan Prinsip Teknologi Pengajaran
(HBEF3103), Pra-Sarjana Muda Pengajaran, Open
University Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada En Omar bin

Zakaria, Pensyarah Prinsip Teknologi Pengajaran,
Maktab Perguruan Batu Pahat, di atas bimbingan dan
nasihat yang diberikan.
113

Sekian, terima kasih

Dibangunkan Oleh:

Norli bin Darlu 730916-01-6729

Lokman bin Mohamad 721013-01-6029

OBJEKTIF

Dengan menggunakan perisian multimedia interaktif ini

diharapkan pelajar dapat :

1. Menerangkan maksud Rantai Makanan.

2. Menerangkan prinsip dalam menulis Rantai Makanan

menggunakan simbol anak panah (  ).

3. Menerangkan bagaimana perkaitan hubungan makanan

antara hidupan sehingga dapat membentuk Rantai Makanan

4. Memberi contoh-contoh pengeluar, pengguna primer,

pengguna sekunder dan pengguna tertiar dalam Rantai
Makanan.

5. Membuat ramalan terhadap situasi yang diberi dalam

Rantai Makanan.

6. Membuat perbandingan antara unsur dalam Rantai

Makanan dari segi habitat, kelebihan dan kekurangan dalam
memenuhi keperluan makanannya.
114

7. Membina tiga contoh Rantai Makanan

8. Berkomunikasi antara rakan dan guru dalam keadaan

terkawal semasa aktiviti sedang berjalan.

KUMPULAN SASARAN

Khas - Pelajar Tahun 5

Am - Pelajar Tahap 2

KEPERLUAN MINIMA

 IBM PC atau yang serasi

 Pentium III 600MHz
 Microsoft Windows 9x
 Monitor SVGA, Warna 16 bit
 64 MB RAM, 300 MB ruang cakera keras
 MPC dengan kad bunyi yang serasi
 Pemacu cakera kelajuan minima 30x

SINOPSIS

Perisian ini memfokuskan kepada pembelajaran

dalam pelajaran Sains Tahun 5 dibawah tajuk Rantai
Makanan ( Bidang Alam Kehidupan). Isi kandungan
perisian ini menjelaskan perkaitan dalam hubungan
makananan antara haiwan dan tumbuhan yang terdiri
daripada pengeluar, pengguna primer, pengguna
sekunder dan pengguna tertiar sehingga membentuk
Rantai Makanan.

Segala keterangan yang diberi di sokong dengan

contoh beranimasi atau klip video yang dirakamkan dari
habitat haiwan semulajadi untuk memudahkan
pengguna memahami keadaan yang sebenar.
115

Kemahiran Proses Sains yang terkandung dalam

isi pelajaran perisian ini meliputi aspek:
 memerhati
 meramal
 mengkelas
 menganalisa
 mentafsir dan
 berkomunikasi

STRUKTUR PERISIAN

1. Pengenalan 5. Pengguna Tertiar

2. Pengeluar 6. Latihan

3. Pengguna Primer 7. Bantuan

4. Pengguna Sekunder
Butang Menu
FUNGSI IKON DAN BUTANG

Butang Menu Aktif

Butang Menu Pasif

Butang Keluar dari perisian

Butang Keluar dari perisian

aktif

Butang Keluar dari perisian

pasif

Butang Kembali ke menu

Butang Kembali ke sub menu

116

CARA MEMULA DAN MENGGUNAKAN PERISIAN

Masukkan CD ke dalam pemacu cakera untuk

memulakan perisian :

1. Perisian ini boleh dijalankan terus (autorun).

Masukkan CD-ROM “Menyiasat Alam Haiwan – Rantai
Makanan” ke dalam pemacu cakera. Perisian ini akan
berjalan secara automatik, atau

2. Dengan menggunakan Windows

Explorer, salin semua fail cabang (directory)
D:\Rantai Makanan atau E:\Rantai Makanan
dari CD-ROM ke dalam cakera keras anda.
Anda memerlukan lebih kurang 700MB ruang
cakera keras untuk memasukkan perisian.
117

3. Klik berganda pada ikon Rantai Makanan.exe

untuk memulakan perisian ini.

4. Paparan-paparan skrin berikut akan muncul

dalam perisian tersebut:

PAPARAN INTRO 1 (TAJUK)

SKRIN 1

Teks dalam bentuk flash animation dengan muzik latar.

118

PAPARAN INTRO 2 (MONTAJ)

SKRIN 2

Video beberapa imej kehidupan haiwan di dalam hutan.

PAPARAN PILIHAN OBJEKTIF

SKRIN 3

Capaian

Ya  skrin
4

Tidak 
119

Skrin 5

Pengguna akan ditanya dan diminta membuat pilihan sama

ada ia kali pertama menggunakan perisian ini.

PAPARAN OBJEKTIF PERISIAN

SKRIN 4

Capaian

MASUK 
skrin 5

Objektif penggunaan perisian ini dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.
120

PAPARAN PENGENALAN
SKRIN 5

Capaian

Cerita 

skrin 7

Pengeluar

 skrin 8

Primer

 skrin 12

Sekunder
Gunakan Scroll bar untuk membaca teks pengenalan.
 skrin 17

Tertiar

 skrin 21

Latihan

 skrin 26

Bantuan

 skrin 39

Keluar

 skrin 40
121

PAPARAN PENGENALAN – MOUSE OVER CERITA

SKRIN 6

Keterangan apabila mouse dilalukan pada perkataan cerita

dalam keterangan gambar.

PAPARAN PENGENALAN - CERITA

SKRIN 7

Capaian

Stop 
skrin 5
122

Cerita dalam bentuk video. Gunakan kemudahan movie

panel stop untuk keluar.

PAPARAN PAPARAN SKRIN PENGELUAR

SKRIN 8
Capaian

Contoh 1 
skrin 10

Contoh 2

 skrin 11

Pengenalan

 skrin 5

Primer

 skrin 12

Gunakan scroll bar untuk membaca teks pengeluar. Sekunder

 skrin 17

Tertiar

 skrin 21

Latihan

 skrin 26

Bantuan

 skrin 39

Keluar

 skrin 40
123

PAPARAN PENGELUAR – MOUSE OVER FOTOSINTESIS

SKRIN 9

Keterangan bila mouse dilalukan pada perkataan fotosintesis

PAPARAN PENGELUAR – CONTOH 1 (ANIMASI)

SKRIN 10

Capaian

Kembali 
skrin 8
124

Contoh dalam bentuk animasi beserta keterangan dalam teks

dan suara. Gunakan butang kembali untuk ke sub menu.

PAPARAN PENGELUAR – CONTOH 2 (ANIMASI)

SKRIN 11

Capaian

Kembali 
skrin 8

Contoh dalam bentuk animasi beserta keterangan dalam teks

dan suara. Gunakan butang kembali untuk ke sub menu.

PAPARAN PENGGUNA PRIMER Capaian

SKRIN 12

Contoh 1 

skrin 14

Contoh 2 
skrin 16

Contoh 3 
skrin 17
125

Pengeluar

 skrin 8

Pengenalan

 skrin 5

Sekunder

 skrin 17

Tertiar

 skrin 21

Latihan

 skrin 26

Bantuan

 skrin 39
Gunakan scroll bar untuk membaca teks Pengguna Primer.

Keluar

 skrin 40

PAPARAN PENGGUNA PRIMER – MOUSE OVER HERBIVOR

SKRIN 13

Keterangan bila mouse dilalukan pada perkataan herbivor.

126

PAPARAN PENGGUNA PRIMER – CONTOH 1 (VIDEO)

SKRIN 14

Capaian

Kembali 
skrin 12

Contoh dalam bentuk video dengan keterangan teks.

PAPARAN PENGGUNA PRIMER – CONTOH 2 (VIDEO)

SKRIN 15

Capaian

Kembali 
skrin 12
127

Contoh dalam bentuk video dengan keterangan teks.

PAPARAN PENGGUNA PRIMER – CONTOH 3 (VIDEO)

SKRIN 16

Capaian

Kembali 
skrin 12

Contoh dalam bentuk video dengan keterangan teks.

PAPARAN PENGGUNA SEKUNDER Capaian

SKRIN 17

Contoh 1 
skrin 18

Contoh 2 
skrin 19
128

Contoh 3 
skrin 20

Capaian

Pengeluar

 skrin 8

Primer

 skrin 12

pengenalan

 skrin 5
Gunakan scroll bar untuk membaca teks Pengguna Sekunder Tertiar

 skrin 21

Latihan

 skrin 26

Bantuan

 skrin 39

Keluar

 skrin 40

PAPARAN PENGGUNA SEKUNDER – CONTOH 1 (VIDEO)

SKRIN 18

Capaian

Kembali 
skrin 17
129

Contoh dalam bentuk video dengan keterangan teks.

PAPARAN PENGGUNA SEKUNDER – CONTOH 2 (VIDEO)

SKRIN 19

Capaian

Kembali 
skrin 17

Contoh dalam bentuk video dengan keterangan teks.

130

PAPARAN PENGGUNA SEKUNDER – CONTOH 3 (VIDEO)

SKRIN 20

Capaian

Kembali 
skrin 17

Contoh dalam bentuk video dengan keterangan teks

PAPARAN PENGGUNA TERTIAR Capaian

SKRIN 21

Contoh 1 
skrin 23

Contoh 2 
skrin 24

Contoh 3 
skrin 25

Pengeluar

 skrin 8
131

Primer

 skrin 12

Sekunder

 skrin 17

Pengenalan

 skrin 5

Latihan

 skrin 26

Bantuan
Gunakan scroll bar untuk membaca teks Pengguna Tertiar.
 skrin 39

Keluar

 skrin 40

PAPARAN PENGGUNA TERTIAR – MOUSE OVER KARNIVOR

SKRIN 22
132

Keterangan bila mouse dilalukan pada perkataan karnivor.

PAPARAN PENGGUNA TERTIAR – CONTOH 1 (VIDEO)

SKRIN 23

Capaian

Kembali 
skrin 21

Contoh dalam bentuk video dengan keterangan teks.

PAPARAN PENGGUNA TERTIAR – CONTOH 2 (VIDEO)

SKRIN 24

Capaian

Kembali 
skrin 21
133

Contoh dalam bentuk video dengan keterangan teks.

PAPARAN PENGGUNA TERTIAR – CONTOH 3 (VIDEO)

SKRIN 25

Capaian

Kembali 
skrin 21

Contoh dalam bentuk video dengan keterangan teks.

PAPARAN LATIHAN Capaian

SKRIN 26

Objektif 
skrin 27

Subjektif 
skrin 31

Padanan 
skrin 35
134

Pengeluar

 skrin 8

Primer

 skrin 12

Sekunder

 skrin 17

Tertiar

 skrin 21

Pilihan untuk soalan objektif, subjektif atau padanan. Pengenalan

 skrin 5

Bantuan

 skrin 39

Keluar

 skrin 40

PAPARAN LATIHAN – OBJEKTIF (ARAHAN)

SKRIN 27
135

Arahan bagi soalan objektif

PAPARAN LATIHAN – OBJEKTIF ( CONTOH SOALAN)

SKRIN 28

Capaian

Salah 
skrin 29

Betul 
skrin 30

Contoh paparan soalan objektif. Klik pada jawapan yang

dipilih. Pengguna hanya diberi peluang menjawab sekali
sahaja pada setiap soalan.
136

PAPARAN LATIHAN – OBJEKTIF ( RESPON JAWAPAN SALAH)

SKRIN 29

Respon jawapan yang salah akan dipaparkan selama 2 saat

sahaja.

PAPARAN LATIHAN – OBJEKTIF (RESPON JAWAPAN BETUL)

SKRIN 30
137

Respon jawapan yang salah akan dipaparkan selama 2 saat

sahaja.

PAPARAN LATIHAN – SUBJEKTIF (ARAHAN)

SKRIN 31
138

Arahan bagi soalan objektif

PAPARAN LATIHAN – SUBJEKTIF (CONTOH SOALAN)

SKRIN 32

Capaian

Salah 
skrin 33

Betul 
skrin 34

Contoh paparan soalan subjektif. Isikan kemudian tekan

Enter. Pengguna hanya diberi peluang menjawab dua kali
sahaja pada setiap soalan.

PAPARAN LATIHAN – SUBJEKTIF (RESPON JAWAPAN SALAH)

SKRIN 33
139

Respon jawapan yang salah akan dipaparkan selama 3 saat

sahaja.

PAPARAN LATIHAN – SUBJEKTIF (RESPON JAWAPAN BETUL)

SKRIN 34

Respon jawapan yang salah akan dipaparkan selama 3 saat

sahaja.

PAPARAN LATIHAN – PADANAN (CONTOH SOALAN)

140

SKRIN 35

Capaian

Salah 
skrin 36

Betul 
skrin 37

Paparan soalan padanan. Pengguna perlu memilih gambar

yang sesuai untuk dipadankan dan heret ke dalam kawasan
yang disediakan.

PAPARAN LATIHAN – PADANAN (RESPON JAWAPAN SALAH)

SKRIN 36
141

Respon jawapan jika pengguna gagal meletakkan gambar

pada tempat yang betul.

PAPARAN LATIHAN – PADANAN (RESPON JAWAPAN BETUL)

SKRIN 37

Respon jawapan jika pengguna berjaya meletakkan gambar

pada tempat yang betul.

PAPARAN LATIHAN – PAPARAN MARKAH

SKRIN 38
142

Markah akan diberi pada akhir setiap latihan objektif dan

subjektif beserta ulasan pencapaian.

PAPARAN BANTUAN
SKRIN 39

Fungsi butang-butang dan ikon yang terdapat dalam perisian

ini.
143

PAPARAN KELUAR – PILIHAN

SKRIN 40

Capaian

Ya  skrin
41

Tidak 
skrin 5

Pengguna akan ditanya sama ada mahu keluar dari perisian

ini atau membatalkannya.

PAPARAN KELUAR – KREDIT

SKRIN 41
144

Pengguna boleh mendapatkan maklumat pembangun

perisian ini sebelum keluar dalam bentuk flash animation
dengan muzik latar.

SND1

Lirik Lagu Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau, Api oh api,

kenapa engkau kurus? kenapa engkau tak menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
Macam-mana aku tak kurus, kayu api basah.
145

ikan tak mahu timbul. kayu api basah.

ikan tak mahu timbul.
Kayu oh kayu,
Ikan oh ikan, kenapa engkau basah?
kenapa engkau tak timbul?
Macam-mana aku tak basah,
Macam-mana aku nak timbul, hujan timpa aku.
rumput panjang sangat. hujan timpa aku.
rumput panjang sangat.
Hujan oh hujan,
Rumput oh rumput, kenapa timpa kayu?
kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak timpa,
Macam-mana aku tak panjang, katak panggil aku.
kerbau tak makan aku. katak panggil aku.
kerbau tak makan aku.
Katak oh katak,
Kerbau oh kerbau, kenapa panggil hujan?
kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku tak panggil,
Macam-mana aku nak makan, ular nak makan aku.
perut aku sakit. ular nak makan aku.
perut aku sakit.
Ular oh ular,
Perut oh perut, kenapa nak makan katak?
kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak makan,
Macam-mana aku tak sakit, memang makanan aku
makan nasi mentah. memang makanan aku......
makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?

Macam-mana aku tak mentah,

api tak menyala.
api tak menyala.

GSN 1

Contoh-contoh kad imbasan yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran “Rantai
Makanan”
146
147

GSN 2

Kad Gambar
148

Bina lima rantai makanan berdasarkan gambar-gambar di atas.

LK 1

Nota Tidak Lengkap

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Dalam rantai makanan, tumbuhan hijau dikenali sebagai _____________.

2. Herbivor, Karnivor dan Omnivor dikenali sebagai ___________________.

3. _________________ adalah haiwan yang makan daging dan tumbuhan .

4. Sekunder terdiri dari haiwan______________________.

5. Maksud anak panah  ialah _____________________.

6. Lembu dan kerbau akan kekurangan makanan sekiranya banyak _________________ yang

mati.

7. Pengguna _________________________ merupakan pengguna ketiga.

8. Anak panah akan menghala ke ______________dalam rantai makanan.

149

9. Tumbuhan hijau boleh _______________________makanannya sendiri.

10. Manusia juga tergolong di dalam haiwan _________________________.

RUJUKAN

Abd Wahab Ibrahim.(1994). PULSAR Modul 5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Azwan bin Abidin & Rozita bt Nawi.(2002)E-Learning:penerokaan media pembelajaran terkini. Atas
talian.http:www.elearning.unimas.my/Articles /archives /000002.html. 30 Julai 2005.

Berita Harian, 20 Julai 2002. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris. hal 4.

Heinich, R., Molenda M., Russel J.D dan Smaldino, S.E. 2002. Instructional Media and Technologies
for Learning. Edisi 7. New Jersey: Prentice Hall.

Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2002). Macromedia Authorware 6 Asas Pembangunan Aplikasi
Multimedia Interaktif Siri 1. Kuala Lumpur. Venton Publishing (M) Sdn Bhd.
150

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2002). Macromedia Authorware 6 Pengenalan Kepada Fungsi dan
Pembolehubah Siri 2. Kuala Lumpur. Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2002). Macromedia Authorware 6 Projek Interaktif Aras Tinggi Siri
3. Kuala Lumpur. Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). (1997). The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint,
Kuala Lumpur. Ministry of Education.

Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1983). Effect of computer based teaching on secondry students.
Journal of educational Psychology, 75 (1): 19-26.

Rio Sumarni Sharifuddin. (1997). Pengajaran dan Pembelajaran Sains berbantukan komputer. Jurnal
Pendidikan UTM. Jilid 3 Bil. 1. April 1995: hal. 1-5.

Rosenberg, M.J (2000). E-Learning. New York:McGraw Hill.

Schramm, W.(1977). Big Media, Little Media, Beverelly Hills, CA: Sage Publication.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bab 12.

Som Hj. Nor & Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfifkir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK).
Kuala Lumpur. Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Wan Abd Kadir Wan Ahmad, Ramlah Hamzah, Rosini Abu (2005). Prinsip teknologi Pengajaran. Kuala
Lumpur. OUM

Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd.

Zakaria Kasa & Aida Suraya Md. Yunus (2001). Modul Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan.
Serdang. IDEAL

1.0 Pendahuluan
151

Sebelum kita dapat memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami tingkah
laku serta tindak balasnya dalam satu-satu situasi. Kajian yang dibuat secara sistematik dan saintifik
terhadap tingkah laku manusia disebut psikologi. Perkataan ini berasal dari tamadun Greek purba iaitu
psyche yang bererti ‘jiwa’ dan perkataan logos yang bererti ‘kajian tentang sesuatu’.

Menurut Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai kajian mengenai proses mental dan
pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan
perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Menurut Davidov (1976) psikologi merupakan kajian saintifik mengenai tingkah laku manusia dan
haiwan secara nyata (overt) atau selindung (covert). Kajian tingkah laku secara overt merujuk kepada
kajian tingkah laku yang boleh diperhatikan, dinilai atau diukur sebaliknya kajian tingkah laku secara
covert merupakan kajiaan keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya yang bersifat
‘tidak nampak’ dan berupa dalaman.

Psikologi pendidikan pula merupakan dua bidang yang digabung dan mempunyai perkaitan
antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan pendidikan bermaksud mendidik, pengetahuan
mendidik, didikan, latihan, ajaran. Oleh yang demikian Psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik
tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran.
Setiap guru yang menitikberatkan potensi dan pencapaian muridnya akan berusaha mendalami bidang
ini untuk meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajarannya. Guru perlu memahami dan
mengenalpasti kebolehan, pengalaman, perhubungan, pengaruh persekitaran dalam membentuk
sahsiah dan minat murid.

Borich dan Tombari (1977) menyatakan psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang memfokus
kajian kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirical mengenai pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ahli-ahli psikologi mengaplikasikan prinsip psikologi pendidikan bagi
mengkaji proses-proses pertumbuhan dan perkembangan serta perbezaan individu, proses belajar,
strategi pengajaran dan pembelajaran dan kaedah untuk menilai pencapaian yang secara tidak
langsung dapat mengembangkan minat dan bakat murid supaya akhirnya dapat membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
152

Penjelasan di atas jelas menunjukkan kepentingan psikologi dalam mengkaji tingkah laku
manusia yang sentiasa berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan yang digunakan. Antara
pendekatan yang utama ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan kognitif, pendekatan humanis,
pendekatan psikoanalitik dan pendekatan neurobiologi. Kelima-lima prespektif ini digunakan sebagai
satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga
memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan
sesuai. Setiap prespektif mempunyai kebaikan masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan
aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan.

Bagi melihat pendekatan psikologi yang dinyatakan dengan tingkah laku murid dalam bilik
darjah, penulisan ini akan menjadikan murid-murid yang mundur atau lembam sebagai satu ikon untuk
menunjukkan perkaitan pendekatan psikologi tersebut bagi mencari punca mengapa keadaan ini
berlaku seterusnya mencari satu remidi berdasarkan pendekatan tersebut untuk meningkatkan lagi
pencapaiannya. Masalah yang berkaitan dengan pengendalian dan pendidikan murid mundur atau
lembam memang merupakan masalah yang membimbangkan, mengganggu serta mencabar
keupayaan guru dan ibu bapa semenjak bermulanya pendidikan formal. Oleh yang demikian, adalah
diharapkan penulisan ini dapat dijadikan rujukan bagaimana untuk menangani keadaan ini berdasarkan
pendekatan ahli-ahli psikologi yang dinyatakan.
153

2.0 Pendekatan Psikologi

2.1 Pendekatan Behaviorisme

154

Pendekatan Behaviorisme menekankan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dan
diukur. Pendekatan ini dipelopori oleh John B. Watson di Universiti John Hopkins Amerika
Syarikat pada tahun 1913 yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh
persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-idea Watson
inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah
laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini, tingkah
laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini
dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G. Selain J.B Watson,
ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah B.F Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike.

Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan
berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.
Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan
dan gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran
yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan
pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka
panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut
beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah
penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Bagi E.L. Thorndike, walaupun
pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas)
seperti pendapat Pavlov dan Skinner, beliau memberi penekanan terhadap pembelajaran cuba
jaya dan pengulangan. Contohnya, Ghazali, seorang murid dalam tahun enam akan terus
memperbaiki kelemahan matematiknya hasil dari tunjuk ajar, galakan dan pujian dari gurunya
setelah ia berjaya menyelesaikan masalah matematik yang diberikan kepadanya.

2.10 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan ini dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang berpendapat bahawa
sebahagian besar tingkah laku dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar yang
merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta harapan yang tidak disedari oleh seseorang
termasuk perlakuan normal dan abnormal hasil daripada faktor ganetik dan persekitaran. Ahli
teori pendekatan psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu dan percaya
155

bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi
individu.

Teori struktur personaliti Sigmund Freud membahagikan struktur psikik kepada tiga iaitu
id, ego dan superego. Id merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, mementingkan
diri sendiri dan tidak ada pengaruh kepada dunia realiti dan mempengaruhi tingkah laku bayi
apabila dorongan atau kemahuannya begitu kuat. Ego pula cuba perlahan-lahan mengambil
tanggungjawab mendorong id supaya mengikut kehendak moral dan etika masyarakat
sementara superego pula berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral yang
berkembang daripada didikan agama kepada ego yang mengawal id. Mengikut pendekatan ini,
sekiranya id dan superego cukup kuat untuk menguasai ego biasanya konflik dalaman akan
berlaku dalam diri individu. Teori Freud menyarankan sekiranya konflik antara id, ego dan
superego tidak selesai ia akan membawa kepada kecelaruan mental. Contohnya, Zulkarnain
seorang murid dalam tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR akan belajar dan
berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan tersebut dengan selalu mengulangkaji pelajaran, bertanya
kepada guru dan bersaing dengan rakan-rakannya dalam setiap ujian dan peperiksaan
percubaan yang dijalankan.

2.11 Pendekatan Kognitivisme

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,

menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan
Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran
individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang
dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Menurut
mereka dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognatif dalam ingatannya.
Setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun pengalaman yang dipelajari dan
menyimpannya dalam ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai
keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala
pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan ia menghubungkaitkan pengalaman tersebut
dengan masalah yang dihadapi. Kebolehan ini dikenali sebagai ‘celik akal’.
156

Menurut Gagne (1970), proses pembelajaran bergerak dari peringkat yang paling
mudah kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada
pembelajaran pada aras yang rendah. Kajian Teori Bruner mendapati kanak-kanak dapat
berfikir dengan menggunakan bahasa iaitu dua proses penguasaan; superordinat dan
kompleksif. Superordinat merujuk kepada proses penggunaan konsep, prinsip atau hukum yang
semakin berkembang selaras dengan perkembangan keupayaan mental dan peringkat umur
manakala kompleksif proses pengurangan penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep
atau prinsip selaras dengan perkembangan dan keupayaan mental. Implikasinya semakin
berkembangan pemikiran seseorang individu, semakin banyak konsep baru yang akan
diperolehinya. Contohnya, Hisyamuddin, murid tahun enam telah mahir menulis esei panjang
dengan mempraktikkan teknik menulis esei setelah mempelajarinya secara berperingkat
semenjak dari tahun empat lagi.

2.12 Pendekatan Humanistik

Ahli Psikologi dalam pendekatan ini adalah seperti Abraham Maslow, Rollo May, Carls
Rogers dan Gordon Allport. Teori pendekatan Humanistik memberi tumpuan kepada apa yang
berlaku dalam diri seorang individu seperti perasaan atau emosinya. Teori ini menyatakan
bahawa individu terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai satu kemahuan
atau keperluan dan bertanggungjawab di atas segala tindakkannya. Menurut pendekatan ini,
kuasa motivasi seseorang individu adalah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai
hasrat diri (self-actualization). Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk
mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Walaupun terdapat halangan,
kecenderungan semulajadi adalah untuk mencapai hasrat diri atau mengembangkan potensi ke
tahap yang maksimum. Konsep ini (pencapaian hasrat diri) sebenarnya dipelopori oleh
Abraham Maslow yang juga merupakan ahli psikologi humanis.

Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan

andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut
Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi,
157

keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan

sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha
memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers
berpendapat bahawa manusia lahir dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan
memandunya menjadi insan yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih
memberi tumpuan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta
kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Karim murid tahun enam yang
tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik
beradiknya yang lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya
sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.

2.13 Pendekatan Biologi

Pendekatan Biologi cuba mengaitkan tingkah laku manusia dengan kejadian dalam otak
dan sistem saraf manusia. Kajian-kajian baru menunjukkan adanya pertalian rapat antara
aktiviti otak dengan tingkah laku dan pengalaman. Pendekatan ini juga dikenali sebagai
pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit (Disesease Model) atau Model
Perubatan yang berpandangan bahawa masalah yang dihadapi adalah hasil kecacatan tubuh
badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak.

Reaksi emosi seperti ketakutan dan kemaharan telah ditonjolkan oleh haiwan dan
manusia ketika dilakukan rangsangan elektrik di kawasan-kawasan tertentu di dalam otak
seperti eksperimen yang telah dijalankan oleh Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav Fritsch
(1839-1907) terhadap anjing yang dimasukkan dua batang dawai ke permukaan kortikal
otaknya. Eksperimen ini jelas menunjukkan tindak balas akan berlaku apabila rangsangan
elektrik diberikan dan seterusnya memberi kesan ke atas tingkah lakunya. Oleh yang demikian,
salah satu fokus dalam pendekatan ini adalah peranan sistem saraf pusat yang
bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia. Contohnya, Salmah
murid tahun enam, mengikut rekod kelahirannya telah mengalami masalah yang menyebabkan
otaknya tidak memperolehi oksigen secukupnya kerana lambat dilahirkan dalam proses
tersebut , telah memberi kesan kepada kemampuan mindanya untuk menerima dan mengingat
suatu maklumat seperti tidak mampu mengingat sifir dua.
158

7.0 Murid Mundur dari Prespektif Psikologi.

Murid mundur merupakan murid lembam yang tidak mempunyai kebolehan untuk mengikuti
pelajaran secara normal seperti murid lain, dan oleh itu mereka tidak mempunyai kebolehan untuk
maju secara normal di sekolah. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang
sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Mereka biasanya tidak dapat
mengikuti kurikulum sekolah yang biasa dan juga tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru
yang menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa. Burt (1950) menyifatkan murid
mundur sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk
mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan
159

umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan kepada
kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya.

Apa jua interpretasi yang digunakan untuk menunjukkan istilah kemunduran, perkara yang
mencirikannya adalah ‘ketandusan pendidikan’. Kemunduran mungkin berbentuk khusus atau umum.
Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau lembam (otak lembap),
walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang mundur tetapi tidak
lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan
persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap
mental dan emosi yang tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang
lemah. Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada
hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil gabungan sifat
yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan yang akhirnya mempengaruhi
personaliti individu.

Dalam penulisan ini kajian dilakukan pada lima orang murid tahun enam dalam sebuah sekolah
yang mempunyai masalah kemunduran yang ketara dalam pelajaran. Murid-murid tersebut ialah
Ghazali, Zulkarnain, Hisyamuddin, Karim dan Salmah yang telah dinyatakan dalam penerangan
pendekatan psikologi di atas. Murid-murid ini dipilih kerana mempunyai berbagai masalah termasuklah
kecelaruan personaliti, hilang keyakinan diri, lambat menguasai suatu kemahiran, gagal mengikuti
pengajaran guru, masalah kemurungan dalam bilik darjah dan sebagainya yang menyebabkan
berlakunya kemunduran dalam pelajaran mereka. Kemunduran ini akan dikupas dan dijelaskan melalui
pendekatan ahli-ahli psikologi.

7.1 Pendekatan Behaviorisme

Melalui prespektif aliran ini, peranan persekitaran terhadap kemunduran murid adalah
sama, sama ada di bandar atau di luar bandar. Terdapat murid hidupnya berada dalam
persekitaran yang biasa dengan penghinaan, cemuh mencemuh dan merendah-rendahkan
orang lain. Walaupun sikap ini dianggap biasa di sesetengah tempat , bahkan biasa bagi
sesetengah orang dewasa ditempat tersebut, tetapi ia mempunyai kesan yang merugikan
160

apabila murid-murid ini hilang keyakinan diri dan merasa malu untuk bergaul dan belajar
bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Terdapat juga murid yang bergaul dengan kumpulan yang ahlinya suka melakukan
perbuatan nakal; tidak ada suatu kebaikkan yang diharapkan daripada mereka. Kumpulan
seperti inilah yang bertanggungjawab menyebabkan bilangan delinkuens. Kesannya murid-
murid ini biasanya bertingkahlaku menyeleweng jauh daripada tingkah laku yang diterima oleh
sosial dan prinsip yang diterima oleh masyarakat termasuk tabiat rajin belajar.

Ibu bapa murid ini biasanya tidak memberi perhatian dan menyediakan persekitaran
yang kondusif kepada pelajaran anak-anak mereka. Murid-murid yang mempunyai ibu bapa
seperti ini bukan sahaja mengalami kemunduran akademik bahkan sesetengahnya kembali
menjadi buta huruf. Murid-murid yang mempunyai kecenderungan untuk bersikap resesif, terlalu
agresif, sentiasa bimbang, gemuruh, tiada keyakinan diri biasanya jauh tertinggal dalam
pencapaian akademik. Tanda dan tingkah laku bermasalah ini timbul akibat penjagaan ibu bapa
yang salah, yang dinyatakan melalui penyisihan mereka, terlalu menguasai atau terlalu
memanjakan atau apabila hubungan antara ibu bapa jauh tidak memuaskan.

7.2 Pendekatan Psikoanalitik

Keadaan emosi dan moral dalam persekitaran tempat tinggal murid juga boleh
mempengaruhinya terhadap kemajuan pendidikannya. Jika kehidupan harian di rumah dicirikan
oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku, garang dan dominan
ataupun terlalu mengongkong atau gangguan neurotik, mereka akan membesar dalam suasana
emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang
penting untuk mencapai kemajuan dalam persekolahannya.

Murid-murid yang terlalu dimanjakan dari lahir sehingga tidak pernah berpeluang untuk
berusaha sendiri akan mengembangkan sikap bergantung kepada orang lain dan tidak
mempunyai inisiatif untuk memajukan diri. Mereka yang telah dikenakan disiplin yang terlalu
ketat dan menjalani kehidupan dengan mengikut arahan mungkin keinginan untuk berusaha
161

sendiri. Akibatnya, murid-murid yang datang dari keluarga seperti ini mempunyai
perkembangan ego yang lemah di mana mereka tidak mempunyai motif yang lebih tinggi untuk
bekerja keras menyebabkan mereka segera berubah menjadi malas dan lembap. Ini
disemarakkan lagi jika suasana dalam keluarga dirosakkan oleh sikap ibu bapa yang sambil
lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan mengelakkan tanggungjawab. Sikap seperti ini
akan menggalakkan murid tersebut menjadi tidak berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak
mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah sehingga
mengakibatkan kemunduran akademik. Dari keterangan di atas jelas menunjukkan perkaitan
dengan teori ahli psikoanalitik yang menekankan kepentingan zaman awal individu dan
mempercayai bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan dalam perkembangan individu.

7.3 Pendekatan Kognitivisme

Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental

sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka melalui
proses-proses pekembangan pemikiran sepertimana penekanan yang diberikan dalam aliran
kognitivisme. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan melalui satu siri urutan
yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7
tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas).
Ibu bapa murid mundur juga seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat
keputusan dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan
pemikiran. Jika murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat
umur yang sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat
bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai
kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi.
Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi kandungan ilmu pengetahuan dan
pencapaian dalam pelajaran.

7.4 Pendekatan Humanistik

162

Disamping faktor-faktor persekitaran, didikan dalam keluarga, hubungan sosial dan

kecerdasan yang rendah seperti yang telah dibincangkan di atas, faktor kemiskinan juga
menjadi faktor dalam kemunduran akademik. Salah satu aspek kemiskinan adalah rumah yang
sesak terutama apabila bilangan ahli dalam keluarga ramai dan sumber kewangan atau sumber
perbelanjaan terhad. Dalam keluarga besar yang keupayaannya terhad, taraf kehidupan
biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk
perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau
penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak
yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang
kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya
masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada
kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas
manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat
dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika
tidak sempurna atau gagal dipenuhi.

7.5 Pendekatan Biologi

Perkembangan fizikal yang subnormal adalah salah satu daripada penyebab

kemunduran yang penting. Sesetengah murid yang mundur dilahirkan dengan mewarisi ciri-ciri
tertentu yang boleh menjadi penyebab kemunduran, antaranya kekurangan tenaga iaitu lemah
dari segi dorongan dan keazaman untuk berkembang yang menyebabkan mereka berkembang
pada kadar yang perlahan (Shanker, 1957). Burt (1953) pula mendapati bahawa 79% daripada
murid-murid yang mundur dalam pelajaran mengalami sejenis kerencatan perkembangan atau
kerencatan fesiologi. Kemunduran juga mungkin disebabkan kerencatan mental. Kerencatan
mental ini mungkin diakibatkan oleh banyak sebab antaranya; genetik keadaan semasa dalam
kandungan ibu, keadaan semasa dilahirkan, keadaan selepas dilahirkan dan sebab-sebab
budaya. Ketegori umum ini meliputi sebab-sebab khusus seperti penyakit yang dialami oleh ibu
163

semasa mengandung (phenylketonuria dan rubella) , tidak dapat cukup oksigen semasa
dilahirkan, kerosakan otak, dadah dan keadaan ekonomi keluarga. Gejala ini biasanya akan
memberi kesan terhadap perkembangan mental individu.

Selain daripada faktor ganguan mental yang dijelaskan di atas, murid-murid mundur
juga dipengaruhi oleh kecacatan fizikal dan penyakit seperti kecacatan penglihatan,
pendengaran, kekidalan, dan juga penyakit seperti penyakit hidung dan kerongkong, brongkotis,
penyakit tonsil atau adenoids, demam panas, penghadaman dan penyakit kelenjar yang lain.
Menurut Burt (1953 dan Kirk (1972) penyakit ini atau penyakit-penyakit lain yang dihadapi akan
menganggu proses pembelajaran murid-murid ini sama ada di rumah atau di sekolah hingga
menyebabkan pencapaian akademiknya lebih rendah daripada tahap normal dalam
matapelajaran tertentu atau menyebabkan kemunduran secara umum. Kecacatan fizikal pada
sesetengah murid mundur bererti sesetengah pancainderanya tidak berfungsi dengan baik yang
akan menyebabkan diskriminasi yang salah atau cacat, pertimbangan yang salah dan lemah
pemikiran.
164

8.0 Kaedah Mengatasi Kemunduran Menurut Pendekatan Psikologi

Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek
perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik
di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya kerana terdapat interaksi antara
perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk
membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya,
dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah
untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan secara terperinci melalui pendekatan oleh
ahli psikologi.
165

4.7 Pendekatan Behaviorisme

Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis, bukannya
hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang konkrit, dan
berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka yang hanya pandai
menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan Behaviorisme murid-murid mundur
memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun, pertimbangan yang bersimpati terhadap
kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan di pihak guru atau orang yang membimbingnya.
Guru tersebut bukan sahaja dapat menerima kekurangan murid tersebut bahkan menyedari
murid-murid ini bukanlah tidak sempurna sehingga tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada
kualiti yang berguna. Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama
saintifik. Sekali lagi, guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah seorang pemimpin dan
pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa undang-
undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

4.8 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan yang diterangkan di atas membawa kita kepada menghadapi murid-murid

mundur yang mempunyai masalah emosi, pembawaan dan konflik mental. Justeru itu
pendekatan psikoanalitik perlu digunakan untuk menghadapinya. Usaha-usaha perlu diambil
untuk mewujudkan penyesuaian semula di rumah dan juga di sekolah. Pendidikan ibu bapa
yang bertujuan untuk mengubah kaedah pengasuhan ibu bapa kepada satu kaedah yang lebih
sesuai, merupakan satu sistem perkhidmatan sosial yang bertujuan untuk memperbaiki
persekitaran fizikal di rumah dan di luar rumah. Dalam hal ini, kerjasama dari guru bimbingan
kaunseling, guru, dan ibu bapa adalah diperlukan. Jika terdapat faktor emosi di rumah yang
menyebabkan kekerapan tidak hadir ke sekolah, lawatan ke rumah atau pertolongan pegawai
kebajikan masyarakat adalah perlu. Klinik bimbingan murid mundur juga memainkan peranan
yang penting dalam memberi pendedahan dan latihan untuk menangani seterusnya
menstabilkan kecelaruan emosi. Kemahiran interpersonal dan penerapan nilai-nilai murni
merupakan salah satu elemen yang penting dalam pendekatan psikoanalitik.
166

4.9 Pendekatan Kognitivisme

Setelah masalah emosi dapat diatasi melalui penerangan di atas, pemeringkatan

pembelajaran pula perlu dilaksanakan menurut pendekatan kognitivisme. Dalam hal ini, kaedah
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlulah dapat menuntun dan membina
pengetahuan murid dari konkrit dan analogi kepada masalah yang lebih abstrak. Setiap tajuk
pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini membolehkan penyampaian tajuk pelajaran
daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah. Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran
yang disediakan perlu selaras dengan perkembangan kognitif murid-murid mundur. Jika tidak,
bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan mereka atau didapati terlalu
sukar bagi mereka. Aktiviti pelajaran ini seharusnya mengandungi tugas-tugas konkrit atau topik
yang wujud dari minat semulajadi murid-murid tersebut dan kehidupan seharian seperti
“makanan kita”, “kesihatan kita”, “jiran tetangga kita” dan sebagainya. Penggunaan alat
pandang dengar seperti kad gambar, filem, carta dan model menolong mereka membina tabung
maklumat yang berguna yang maknanya jelas bagi mereka. Salah satu prinsip kaedah
mengajar yang baik bagi murid mundur adalah keyakinan diri mereka perlu diwujudkan
perlahan-lahan melalui tabiat kejayaan. Guru perlu membimbing mereka dengan sabar dan
perlahan-lahan, menentukan yang setiap langkah benar-benar telah dikuasai sebelum
memperkenalkan yang lain dengan latihan yang lebih kerap lagi.

4.4 Pendekatan Humanistik

Melalui pendekatan humanistik, murid-murid yang mundur atau lembam perlu diberi
perhatian dan kasih sayang sebagaimana dalam Hireaki Maslow. Guru yang mengajar mereka
seharusnya sanggup turut sama bergaul dengan mesra dan melayan mereka sebagai individu
dengan penuh kesabaran Guru yang mengajar mereka terlalu cepat akan menyebabkan timbul
kekeliruan dalam fikiran mereka seterusnya mematikan semangat dan motivasi mereka. Ini
akan menyebabkan mereka tidak berkeupayaan atau tidak ada motivasi untuk belajar walaupun
tentang perkara yang mereka ada kebolehan untuk mempelajarinya. Ini memerlukan
167

pengajaran individu dalam kumpulan kecil. Pelajaran perlu disusun agar murid-murid tersebut
mempelajari sesuatu yang bermakna. Apabila ini berlaku, murid akan mempunyai hasrat untuk
belajar, berkembang, meneroka dan mencipta. Pembelajaran huministik menitikberatkan
perkembangan secara bebas dan bertujuan untuk membantu mereka menangani tekanan
keluarga dan masyarakat. Hasil sosial dan emosi lebih dipentingkan daripada hasil akademik .
Ahli-ahli pembelajaran humanistik berpendapat bahawa pada akhirnya, pencapaian akademik
murid akan menjadi lebih baik berbanding dengan sistem pembelajaran tradisional. Ini berlaku
kerana dalam pengajaran humanistik, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan. Cara ini
menyebabkan pembelajaran menjadi amat bermakna dan berupaya menggembirakan murid.

4.5 Pendekatan Biologi

Salah satu dari punca kemunduran yang dinyatakan adalah kecacatan fizikal dan badan
yang tidak sihat. Menurut Arnold Gesell (1880-1961), baka yang dikaitkan dengan endogen
merupakan faktor penting perkembangan kanak-kanak yang membentuk tingkah laku. Oleh
yang demikaian, pemeriksaan doktor perubatan khusus terhadap murid-murid mundur perlu
diberikan. Kemudahan patut disediakan untuk memulihkan penyakit atau kecacatan yang
didapati melalui pemeriksaan itu. Bantuan cermin mata boleh diberikan kepada murid mundur
yang disebabkan oleh masalah penglihatan begitu juga dengan alat bantuan pendengaran
untuk mereka yang mengalami masalah pendengaran. Kaunseling kepada ibu bapa harus
diberikan kerana ada diantara mereka yang berasa malu atau gagal mengesan kecacatan
mental yang dihadapi oleh anak mereka yang mundur.

Kajiselidik dalam mengenalpasti faktor biologi sebagai penyebab kecelaruan mood yang
menyebabkan kemunduran adalah pesat dijalankan. Bidang penyelidikan tersebut adalah
termasuk kajian genetik dalam bidang neuribiokimia. Fokus pendekatan biomedik pada unipolar
depression kebelakangan ini adalah pada hipotesis catecholamine; iaitu teori yang
menyarankan bahawa kemurungan murid mundur adalah hasil kurangnya aktiviti
neurotransmitters-norepinephrine dan serotonin. Rawatan biologi masalah ini adalah dengan
meningkatkan aktiviti neurotransmitters tersebut. Beberapa strategi telah menunjukkan
168

kejayaan termasuk penggunaan dadah (trcylics, MAO inhibitors, dan PROZAC),

‘electroconvulsive shock therapy’ dan latihan aerobik.

5.0 Kesimpulan
169

Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep-

konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara pendekatan yang digunakan
adalah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik, pendekatan kognitivisme, pendekatan
humanistik dan pendekatan biologi. Pendekatan-pendekatan ini mempunyai kekuatan tersendiri dan
kadangkala berkesinambungan antara satu pendekatan dengan pendekatan yang lain.

Pendekatan Behaviorisme menekankan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan

tingkah laku individu yang menggunakan elemen ganjaran dan pelaziman dalam pendekatannya.
Pemikiran yang tidak sedar pula dijelaskan dalam teori psikoanalitik yang membahaskan
keseimbangan id, ego dan superego yang banyak menekankan perlunya keseimbangan mental dan
emosi dalam pendekatan yang digunakannya dalam perkembangan tingkah laku individu. Disamping
kesimbangan emosi yang lahir dari keyakinan diri, koordinasi proses pemikiran individu juga perlu
diberi perhatian dalam pendekatan kognitivisme. Pendekatan ini menyarankan agar dilakukan
pemeringkatan dalam membina tahap pemikiran individu sesuai dengan perkembangannya.
Keperluan-keperluan asas dalam diri individu perlu dipenuhi mengikut pendekatan humanistik. Rasa
kasih sayang dan hormat menghormati dalam interaksi individu akan mempengaruhi perkembangan
tingkah lakunya. Faktor-faktor biologi seperti kecacatan mental dan fizikal seterusnya tahap kesihatan
tubuh seseorang individu juga boleh mempengaruhi tingkah lakunya. Dalam hal ini, pendekatan biologi
boleh digunakan untuk mengatasinya yang antara lain menitikberatkan soal pemakanan, pengambilan
ubat-ubatan dan terapi.

Pendekatan-pendekatan psikologi yang dibincangkan boleh disepadu dan digunakan dalam

membantu murid-murid mundur yang dijadikan ikon dalam penulisan ini. Murid-murid mundur
mempunyai masalah yang khusus tetapi mempunyai keperluan asas yang sama seperti murid-murid
yang lain. Kemunduran mental adalah hasil dari berbagai faktor; genetik, kecacatan fizikal, perkara
atau penyakit yang dialami oleh ibu semasa dalam kandungan kecerdasan yang rendah, penyakit dan
keadaan sosio ekonomi dan persekitaran di mana ia dibesarkan. Adalah penting masalah ini
dikenalpasti awal supaya bantuan dan bimbingan dapat diberikan segera. Kerjasama antara guru dan
ibu bapa adalah perlu dalam membimbing murid-murid mundur. Tugas utama guru dalam hal ini adalah
mengkoordinasikan murid-murid mundur dalam mengenalpasti, memberi pengajaran dan perhatian
seterusnya mengambil langkah-langkah perlu menggunakan pendekatan-pendekatan yang disarankan
oleh ahli-ahli psikologi.
170

Rujukan

Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Burt, C. (1950). The Backward Child. London ; Universiti of London Press.

Burt, C. (1953). The Causes and Treatment of Backwardness. London; Universiti of London Press.
171

E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005.

Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia University. Atas
talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/

education.htm 1 Ogos 2005.

George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University. Atas talian
http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 1 Ogos 2005.

Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya.
Longman Malaysia.

Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; UNITEM
Sdn. Bhd.

Kirk, S. (1972). Educating Exceptional Children. Boston ; Houghton Mifflin.

Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Medline Plus. Trusted Help Information For You U.S. National Laibrary of Medicine Atas talian
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/prenatalcare.

html 1 Ogos 2005.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2001). Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala Lumpur, Mc
Graw Hill.

Schonell, F.J (1949). Backwardness in Basic School Subjects. Edinburgh; Oliver and Boyd.

Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distrubutors
Sdn. Bhd.

1.0 Pendahuluan
172

Sebelum kita dapat memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami
tingkah laku serta tindak balasnya dalam satu-satu situasi. Kajian yang dibuat secara
sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku manusia disebut psikologi. Perkataan ini berasal
dari tamadun Greek purba iaitu psyche yang bererti ‘jiwa’ dan perkataan logos yang bererti
‘kajian tentang sesuatu’.

Menurut Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai kajian mengenai proses mental
dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola
pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan
memahami sifat manusia. Menurut Davidov (1976) psikologi merupakan kajian saintifik
mengenai tingkah laku manusia dan haiwan secara nyata (overt) atau selindung (covert).
Kajian tingkah laku secara overt merujuk kepada kajian tingkah laku yang boleh diperhatikan,
dinilai atau diukur sebaliknya kajian tingkah laku secara covert merupakan kajiaan keperluan,
emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya yang bersifat ‘tidak nampak’ dan berupa
dalaman.

Psikologi pendidikan pula merupakan dua bidang yang digabung dan mempunyai
perkaitan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan pendidikan bermaksud mendidik,
pengetahuan mendidik, didikan, latihan, ajaran. Oleh yang demikian Psikologi pendidikan
merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-prinsip yang
menggalakkan peningkatan pembelajaran. Setiap guru yang menitikberatkan potensi dan
pencapaian muridnya akan berusaha mendalami bidang ini untuk meningkatkan mutu serta
keberkesanan pengajarannya. Guru perlu memahami dan mengenalpasti kebolehan,
pengalaman, perhubungan, pengaruh persekitaran dalam membentuk sahsiah dan minat
murid.

Borich dan Tombari (1977) menyatakan psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang
memfokus kajian kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirical mengenai
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ahli-ahli psikologi mengaplikasikan prinsip
psikologi pendidikan bagi mengkaji proses-proses pertumbuhan dan perkembangan serta
perbezaan individu, proses belajar, strategi pengajaran dan pembelajaran dan kaedah untuk
menilai pencapaian yang secara tidak langsung dapat mengembangkan minat dan bakat
173

murid supaya akhirnya dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.

Penjelasan di atas jelas menunjukkan kepentingan psikologi dalam mengkaji tingkah

laku manusia yang sentiasa berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan yang digunakan.
Antara pendekatan yang utama ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan kognitif,
pendekatan humanis, pendekatan psikoanalitik dan pendekatan neurobiologi. Kelima-lima
prespektif ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada
beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari
tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Setiap prespektif mempunyai kebaikan
masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang tingkah laku
manusia dari beberapa sudut yang berlainan.

Bagi melihat pendekatan psikologi yang dinyatakan dengan tingkah laku murid dalam
bilik darjah, penulisan ini akan menjadikan murid-murid yang mundur atau lembam sebagai
satu ikon untuk menunjukkan perkaitan pendekatan psikologi tersebut bagi mencari punca
mengapa keadaan ini berlaku seterusnya mencari satu remidi berdasarkan pendekatan
tersebut untuk meningkatkan lagi pencapaiannya. Masalah yang berkaitan dengan
pengendalian dan pendidikan murid mundur atau lembam memang merupakan masalah yang
membimbangkan, mengganggu serta mencabar keupayaan guru dan ibu bapa semenjak
bermulanya pendidikan formal. Oleh yang demikian, adalah diharapkan penulisan ini dapat
dijadikan rujukan bagaimana untuk menangani keadaan ini berdasarkan pendekatan ahli-ahli
psikologi yang dinyatakan.
174

2.0 Pendekatan Psikologi

2.1 Pendekatan Behaviorisme

Pendekatan Behaviorisme menekankan kepada tingkah laku yang boleh dilihat

dan diukur. Pendekatan ini dipelopori oleh John B. Watson di Universiti John Hopkins
Amerika Syarikat pada tahun 1913 yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi
oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-
idea Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan
idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran.
Menurut pendekatan ini, tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan
wujudnya rangsangan. Pendekatan ini dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak
175

balas atau ringkasnya R-G. Selain J.B Watson, ahli-ahli psikologi behaviorisme yang
lain ialah B.F Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike.

Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak

balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan
gerak balas. Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan
antara rangsangan dan gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik
pula adalah pembelajaran yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F.
Skinner (1904-1990) bersetuju dengan pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa
tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka panjang supaya dapat mengubah
perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut beliau, bimbingan,
latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi
menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Bagi E.L. Thorndike, walaupun
pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response
(gerak balas) seperti pendapat Pavlov dan Skinner, beliau memberi penekanan
terhadap pembelajaran cuba jaya dan pengulangan. Contohnya, Ghazali, seorang
murid dalam tahun enam akan terus memperbaiki kelemahan matematiknya hasil dari
tunjuk ajar, galakan dan pujian dari gurunya setelah ia berjaya menyelesaikan masalah
matematik yang diberikan kepadanya.

2.14 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan ini dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang berpendapat

bahawa sebahagian besar tingkah laku dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak
sedar yang merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta harapan yang tidak disedari
oleh seseorang termasuk perlakuan normal dan abnormal hasil daripada faktor ganetik
dan persekitaran. Ahli teori pendekatan psikoanalitik menekankan kepentingan zaman
awal individu dan percaya bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang
hayat pada keadaan psikologi individu.

Teori struktur personaliti Sigmund Freud membahagikan struktur psikik kepada

tiga iaitu id, ego dan superego. Id merupakan sumber dorongan dan nafsu yang
176

diwarisi, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh kepada dunia realiti dan
mempengaruhi tingkah laku bayi apabila dorongan atau kemahuannya begitu kuat. Ego
pula cuba perlahan-lahan mengambil tanggungjawab mendorong id supaya mengikut
kehendak moral dan etika masyarakat sementara superego pula berfungsi sebagai
penghantar maklumat nilai moral yang berkembang daripada didikan agama kepada
ego yang mengawal id. Mengikut pendekatan ini, sekiranya id dan superego cukup kuat
untuk menguasai ego biasanya konflik dalaman akan berlaku dalam diri individu. Teori
Freud menyarankan sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai ia akan
membawa kepada kecelaruan mental. Contohnya, Zulkarnain seorang murid dalam
tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR akan belajar dan berusaha
bersungguh-sungguh dalam pelajarannya untuk mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan tersebut dengan selalu mengulangkaji pelajaran, bertanya kepada
guru dan bersaing dengan rakan-rakannya dalam setiap ujian dan peperiksaan
percubaan yang dijalankan.

2.15 Pendekatan Kognitivisme

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,

menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Pendekatan Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus
kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget,
Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Menurut mereka dalam proses pembelajaran,
pelajar membentuk struktur kognatif dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu
itu belajar, dia akan menyusun pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya dalam
ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan
mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala
pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan ia menghubungkaitkan pengalaman
tersebut dengan masalah yang dihadapi. Kebolehan ini dikenali sebagai ‘celik akal’.

Menurut Gagne (1970), proses pembelajaran bergerak dari peringkat yang paling
mudah kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung
177

kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Kajian Teori Bruner mendapati kanak-
kanak dapat berfikir dengan menggunakan bahasa iaitu dua proses penguasaan;
superordinat dan kompleksif. Superordinat merujuk kepada proses penggunaan
konsep, prinsip atau hukum yang semakin berkembang selaras dengan perkembangan
keupayaan mental dan peringkat umur manakala kompleksif proses pengurangan
penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep atau prinsip selaras dengan
perkembangan dan keupayaan mental. Implikasinya semakin berkembangan pemikiran
seseorang individu, semakin banyak konsep baru yang akan diperolehinya. Contohnya,
Hisyamuddin, murid tahun enam telah mahir menulis esei panjang dengan
mempraktikkan teknik menulis esei setelah mempelajarinya secara berperingkat
semenjak dari tahun empat lagi.

2.16 Pendekatan Humanistik

Ahli Psikologi dalam pendekatan ini adalah seperti Abraham Maslow, Rollo May,
Carls Rogers dan Gordon Allport. Teori pendekatan Humanistik memberi tumpuan
kepada apa yang berlaku dalam diri seorang individu seperti perasaan atau emosinya.
Teori ini menyatakan bahawa individu terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana
mempunyai satu kemahuan atau keperluan dan bertanggungjawab di atas segala
tindakkannya. Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu adalah
kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai hasrat diri (self-actualization). Ini
bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke
tahap maksimum. Walaupun terdapat halangan, kecenderungan semulajadi adalah
untuk mencapai hasrat diri atau mengembangkan potensi ke tahap yang maksimum.
Konsep ini (pencapaian hasrat diri) sebenarnya dipelopori oleh Abraham Maslow yang
juga merupakan ahli psikologi humanis.

Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow

dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah
dicapai. Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu
keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan
kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan
178

bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan

mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat bahawa manusia lahir
dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan memandunya menjadi insan
yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih memberi tumpuan
kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan
mereka untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Karim murid tahun enam yang tidak
mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik
beradiknya yang lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada
dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.

2.17 Pendekatan Biologi

Pendekatan Biologi cuba mengaitkan tingkah laku manusia dengan kejadian

dalam otak dan sistem saraf manusia. Kajian-kajian baru menunjukkan adanya
pertalian rapat antara aktiviti otak dengan tingkah laku dan pengalaman. Pendekatan ini
juga dikenali sebagai pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit
(Disesease Model) atau Model Perubatan yang berpandangan bahawa masalah yang
dihadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang
selalunya mempunyai kesan ke atas otak.
Reaksi emosi seperti ketakutan dan kemaharan telah ditonjolkan oleh haiwan
dan manusia ketika dilakukan rangsangan elektrik di kawasan-kawasan tertentu di
dalam otak seperti eksperimen yang telah dijalankan oleh Edward Hitzig (1893-1927)
dan Gustav Fritsch (1839-1907) terhadap anjing yang dimasukkan dua batang dawai ke
permukaan kortikal otaknya. Eksperimen ini jelas menunjukkan tindak balas akan
berlaku apabila rangsangan elektrik diberikan dan seterusnya memberi kesan ke atas
tingkah lakunya. Oleh yang demikian, salah satu fokus dalam pendekatan ini adalah
peranan sistem saraf pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan
pergerakan manusia. Contohnya, Salmah murid tahun enam, mengikut rekod
kelahirannya telah mengalami masalah yang menyebabkan otaknya tidak memperolehi
oksigen secukupnya kerana lambat dilahirkan dalam proses tersebut , telah memberi
kesan kepada kemampuan mindanya untuk menerima dan mengingat suatu maklumat
seperti tidak mampu mengingat sifir dua.
179

9.0 Murid Mundur dari Prespektif Psikologi.

Murid mundur merupakan murid lembam yang tidak mempunyai kebolehan untuk
mengikuti pelajaran secara normal seperti murid lain, dan oleh itu mereka tidak mempunyai
kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam
lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran.
Mereka biasanya tidak dapat mengikuti kurikulum sekolah yang biasa dan juga tidak dapat
mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah dan prosedur
pengajaran yang biasa. Burt (1950) menyifatkan murid mundur sebagai murid yang pada
pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas
satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan umurnya. Mengikut Kirk
(1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan kepada kes murid yang
pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya.
180

Apa jua interpretasi yang digunakan untuk menunjukkan istilah kemunduran, perkara
yang mencirikannya adalah ‘ketandusan pendidikan’. Kemunduran mungkin berbentuk khusus
atau umum. Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau lembam
(otak lembap), walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang
mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan kerencatan
intelek tatapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti kaedah mengajar
yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran,
penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah. Walaupun kemunduran pada asasnya
menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau
sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil gabungan sifat yang diwarisi dan pengaruh
persekitaran dalam proses perkembangan yang akhirnya mempengaruhi personaliti individu.

Dalam penulisan ini kajian dilakukan pada lima orang murid tahun enam dalam sebuah
sekolah yang mempunyai masalah kemunduran yang ketara dalam pelajaran. Murid-murid
tersebut ialah Ghazali, Zulkarnain, Hisyamuddin, Karim dan Salmah yang telah dinyatakan
dalam penerangan pendekatan psikologi di atas. Murid-murid ini dipilih kerana mempunyai
berbagai masalah termasuklah kecelaruan personaliti, hilang keyakinan diri, lambat
menguasai suatu kemahiran, gagal mengikuti pengajaran guru, masalah kemurungan dalam
bilik darjah dan sebagainya yang menyebabkan berlakunya kemunduran dalam pelajaran
mereka. Kemunduran ini akan dikupas dan dijelaskan melalui pendekatan ahli-ahli psikologi.

9.1 Pendekatan Behaviorisme

Melalui prespektif aliran ini, peranan persekitaran terhadap kemunduran murid

adalah sama, sama ada di bandar atau di luar bandar. Terdapat murid hidupnya berada
dalam persekitaran yang biasa dengan penghinaan, cemuh mencemuh dan merendah-
rendahkan orang lain. Walaupun sikap ini dianggap biasa di sesetengah tempat ,
bahkan biasa bagi sesetengah orang dewasa ditempat tersebut, tetapi ia mempunyai
kesan yang merugikan apabila murid-murid ini hilang keyakinan diri dan merasa malu
untuk bergaul dan belajar bersama rakan-rakan mereka yang lain.
181

Terdapat juga murid yang bergaul dengan kumpulan yang ahlinya suka
melakukan perbuatan nakal; tidak ada suatu kebaikkan yang diharapkan daripada
mereka. Kumpulan seperti inilah yang bertanggungjawab menyebabkan bilangan
delinkuens. Kesannya murid-murid ini biasanya bertingkahlaku menyeleweng jauh
daripada tingkah laku yang diterima oleh sosial dan prinsip yang diterima oleh
masyarakat termasuk tabiat rajin belajar.
Ibu bapa murid ini biasanya tidak memberi perhatian dan menyediakan
persekitaran yang kondusif kepada pelajaran anak-anak mereka. Murid-murid yang
mempunyai ibu bapa seperti ini bukan sahaja mengalami kemunduran akademik
bahkan sesetengahnya kembali menjadi buta huruf. Murid-murid yang mempunyai
kecenderungan untuk bersikap resesif, terlalu agresif, sentiasa bimbang, gemuruh,
tiada keyakinan diri biasanya jauh tertinggal dalam pencapaian akademik. Tanda dan
tingkah laku bermasalah ini timbul akibat penjagaan ibu bapa yang salah, yang
dinyatakan melalui penyisihan mereka, terlalu menguasai atau terlalu memanjakan atau
apabila hubungan antara ibu bapa jauh tidak memuaskan.

9.2 Pendekatan Psikoanalitik

Keadaan emosi dan moral dalam persekitaran tempat tinggal murid juga boleh
mempengaruhinya terhadap kemajuan pendidikannya. Jika kehidupan harian di rumah
dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku,
garang dan dominan ataupun terlalu mengongkong atau gangguan neurotik, mereka
akan membesar dalam suasana emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan
kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang penting untuk mencapai kemajuan dalam
persekolahannya.

Murid-murid yang terlalu dimanjakan dari lahir sehingga tidak pernah berpeluang
untuk berusaha sendiri akan mengembangkan sikap bergantung kepada orang lain dan
tidak mempunyai inisiatif untuk memajukan diri. Mereka yang telah dikenakan disiplin
yang terlalu ketat dan menjalani kehidupan dengan mengikut arahan mungkin keinginan
untuk berusaha sendiri. Akibatnya, murid-murid yang datang dari keluarga seperti ini
mempunyai perkembangan ego yang lemah di mana mereka tidak mempunyai motif
182

yang lebih tinggi untuk bekerja keras menyebabkan mereka segera berubah menjadi
malas dan lembap. Ini disemarakkan lagi jika suasana dalam keluarga dirosakkan oleh
sikap ibu bapa yang sambil lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan mengelakkan
tanggungjawab. Sikap seperti ini akan menggalakkan murid tersebut menjadi tidak
berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak mempunyai peraturan, sanggup menipu dan
tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah sehingga mengakibatkan kemunduran akademik.
Dari keterangan di atas jelas menunjukkan perkaitan dengan teori ahli psikoanalitik
yang menekankan kepentingan zaman awal individu dan mempercayai bahawa
peristiwa masa kecil mempunyai kesan dalam perkembangan individu.

9.3 Pendekatan Kognitivisme

Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental

sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka
melalui proses-proses pekembangan pemikiran sepertimana penekanan yang diberikan
dalam aliran kognitivisme. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan
melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2
tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan
peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga seringkali
jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak mendedahkan
mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika murid-murid ini
tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang sepatutnya
mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat bahawa 65%
hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai kesukaran
dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi.
Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi kandungan ilmu
pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran.

9.4 Pendekatan Humanistik

183

Disamping faktor-faktor persekitaran, didikan dalam keluarga, hubungan sosial

dan kecerdasan yang rendah seperti yang telah dibincangkan di atas, faktor kemiskinan
juga menjadi faktor dalam kemunduran akademik. Salah satu aspek kemiskinan adalah
rumah yang sesak terutama apabila bilangan ahli dalam keluarga ramai dan sumber
kewangan atau sumber perbelanjaan terhad. Dalam keluarga besar yang
keupayaannya terhad, taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup
makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang
sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat
kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa
kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak
mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah
gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan
tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas
manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang
terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap
perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi.

9.5 Pendekatan Biologi

Perkembangan fizikal yang subnormal adalah salah satu daripada penyebab

kemunduran yang penting. Sesetengah murid yang mundur dilahirkan dengan mewarisi
ciri-ciri tertentu yang boleh menjadi penyebab kemunduran, antaranya kekurangan
tenaga iaitu lemah dari segi dorongan dan keazaman untuk berkembang yang
menyebabkan mereka berkembang pada kadar yang perlahan (Shanker, 1957). Burt
(1953) pula mendapati bahawa 79% daripada murid-murid yang mundur dalam
pelajaran mengalami sejenis kerencatan perkembangan atau kerencatan fesiologi.
Kemunduran juga mungkin disebabkan kerencatan mental. Kerencatan mental ini
mungkin diakibatkan oleh banyak sebab antaranya; genetik keadaan semasa dalam
kandungan ibu, keadaan semasa dilahirkan, keadaan selepas dilahirkan dan sebab-
184

sebab budaya. Ketegori umum ini meliputi sebab-sebab khusus seperti penyakit yang
dialami oleh ibu semasa mengandung (phenylketonuria dan rubella) , tidak dapat
cukup oksigen semasa dilahirkan, kerosakan otak, dadah dan keadaan ekonomi
keluarga. Gejala ini biasanya akan memberi kesan terhadap perkembangan mental
individu.

Selain daripada faktor ganguan mental yang dijelaskan di atas, murid-murid

mundur juga dipengaruhi oleh kecacatan fizikal dan penyakit seperti kecacatan
penglihatan, pendengaran, kekidalan, dan juga penyakit seperti penyakit hidung dan
kerongkong, brongkotis, penyakit tonsil atau adenoids, demam panas, penghadaman
dan penyakit kelenjar yang lain. Menurut Burt (1953 dan Kirk (1972) penyakit ini atau
penyakit-penyakit lain yang dihadapi akan menganggu proses pembelajaran murid-
murid ini sama ada di rumah atau di sekolah hingga menyebabkan pencapaian
akademiknya lebih rendah daripada tahap normal dalam matapelajaran tertentu atau
menyebabkan kemunduran secara umum. Kecacatan fizikal pada sesetengah murid
mundur bererti sesetengah pancainderanya tidak berfungsi dengan baik yang akan
menyebabkan diskriminasi yang salah atau cacat, pertimbangan yang salah dan lemah
pemikiran.
185

10.0 Kaedah Mengatasi Kemunduran Menurut Pendekatan Psikologi

Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk setiap
aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-
murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya kerana
terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang
hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian
yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan
oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kemunduran
ini akan dijelaskan secara terperinci melalui pendekatan oleh ahli psikologi.

4.10 Pendekatan Behaviorisme

Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis,
bukannya hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang
konkrit, dan berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka
yang hanya pandai menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan
Behaviorisme murid-murid mundur memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun,
186

pertimbangan yang bersimpati terhadap kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan
di pihak guru atau orang yang membimbingnya. Guru tersebut bukan sahaja dapat
menerima kekurangan murid tersebut bahkan menyedari murid-murid ini bukanlah
tidak sempurna sehingga tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada kualiti yang
berguna. Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama
saintifik. Sekali lagi, guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah seorang
pemimpin dan pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau
penguatkuasa undang-undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
kondusif.

4.11 Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan yang diterangkan di atas membawa kita kepada menghadapi murid-

murid mundur yang mempunyai masalah emosi, pembawaan dan konflik mental.
Justeru itu pendekatan psikoanalitik perlu digunakan untuk menghadapinya. Usaha-
usaha perlu diambil untuk mewujudkan penyesuaian semula di rumah dan juga di
sekolah. Pendidikan ibu bapa yang bertujuan untuk mengubah kaedah pengasuhan ibu
bapa kepada satu kaedah yang lebih sesuai, merupakan satu sistem perkhidmatan
sosial yang bertujuan untuk memperbaiki persekitaran fizikal di rumah dan di luar
rumah. Dalam hal ini, kerjasama dari guru bimbingan kaunseling, guru, dan ibu bapa
adalah diperlukan. Jika terdapat faktor emosi di rumah yang menyebabkan kekerapan
tidak hadir ke sekolah, lawatan ke rumah atau pertolongan pegawai kebajikan
masyarakat adalah perlu. Klinik bimbingan murid mundur juga memainkan peranan
yang penting dalam memberi pendedahan dan latihan untuk menangani seterusnya
menstabilkan kecelaruan emosi. Kemahiran interpersonal dan penerapan nilai-nilai
murni merupakan salah satu elemen yang penting dalam pendekatan psikoanalitik.

4.12 Pendekatan Kognitivisme

Setelah masalah emosi dapat diatasi melalui penerangan di atas, pemeringkatan

pembelajaran pula perlu dilaksanakan menurut pendekatan kognitivisme. Dalam hal ini,
187

kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlulah dapat menuntun
dan membina pengetahuan murid dari konkrit dan analogi kepada masalah yang lebih
abstrak. Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini membolehkan
penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang
susah. Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan
perkembangan kognitif murid-murid mundur. Jika tidak, bahan atau aktiviti pelajaran
tersebut mungkin akan membosankan mereka atau didapati terlalu sukar bagi mereka.
Aktiviti pelajaran ini seharusnya mengandungi tugas-tugas konkrit atau topik yang
wujud dari minat semulajadi murid-murid tersebut dan kehidupan seharian seperti
“makanan kita”, “kesihatan kita”, “jiran tetangga kita” dan sebagainya. Penggunaan alat
pandang dengar seperti kad gambar, filem, carta dan model menolong mereka
membina tabung maklumat yang berguna yang maknanya jelas bagi mereka. Salah
satu prinsip kaedah mengajar yang baik bagi murid mundur adalah keyakinan diri
mereka perlu diwujudkan perlahan-lahan melalui tabiat kejayaan. Guru perlu
membimbing mereka dengan sabar dan perlahan-lahan, menentukan yang setiap
langkah benar-benar telah dikuasai sebelum memperkenalkan yang lain dengan latihan
yang lebih kerap lagi.

4.4 Pendekatan Humanistik

Melalui pendekatan humanistik, murid-murid yang mundur atau lembam perlu

diberi perhatian dan kasih sayang sebagaimana dalam Hireaki Maslow. Guru yang
mengajar mereka seharusnya sanggup turut sama bergaul dengan mesra dan
melayan mereka sebagai individu dengan penuh kesabaran Guru yang mengajar
mereka terlalu cepat akan menyebabkan timbul kekeliruan dalam fikiran mereka
seterusnya mematikan semangat dan motivasi mereka. Ini akan menyebabkan mereka
tidak berkeupayaan atau tidak ada motivasi untuk belajar walaupun tentang perkara
yang mereka ada kebolehan untuk mempelajarinya. Ini memerlukan pengajaran
individu dalam kumpulan kecil. Pelajaran perlu disusun agar murid-murid tersebut
mempelajari sesuatu yang bermakna. Apabila ini berlaku, murid akan mempunyai
hasrat untuk belajar, berkembang, meneroka dan mencipta. Pembelajaran huministik
menitikberatkan perkembangan secara bebas dan bertujuan untuk membantu mereka
188

menangani tekanan keluarga dan masyarakat. Hasil sosial dan emosi lebih
dipentingkan daripada hasil akademik . Ahli-ahli pembelajaran humanistik berpendapat
bahawa pada akhirnya, pencapaian akademik murid akan menjadi lebih baik
berbanding dengan sistem pembelajaran tradisional. Ini berlaku kerana dalam
pengajaran humanistik, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan. Cara ini
menyebabkan pembelajaran menjadi amat bermakna dan berupaya menggembirakan
murid.

4.5 Pendekatan Biologi

Salah satu dari punca kemunduran yang dinyatakan adalah kecacatan fizikal dan
badan yang tidak sihat. Menurut Arnold Gesell (1880-1961), baka yang dikaitkan
dengan endogen merupakan faktor penting perkembangan kanak-kanak yang
membentuk tingkah laku. Oleh yang demikaian, pemeriksaan doktor perubatan khusus
terhadap murid-murid mundur perlu diberikan. Kemudahan patut disediakan untuk
memulihkan penyakit atau kecacatan yang didapati melalui pemeriksaan itu. Bantuan
cermin mata boleh diberikan kepada murid mundur yang disebabkan oleh masalah
penglihatan begitu juga dengan alat bantuan pendengaran untuk mereka yang
mengalami masalah pendengaran. Kaunseling kepada ibu bapa harus diberikan kerana
ada diantara mereka yang berasa malu atau gagal mengesan kecacatan mental yang
dihadapi oleh anak mereka yang mundur.

Kajiselidik dalam mengenalpasti faktor biologi sebagai penyebab kecelaruan

mood yang menyebabkan kemunduran adalah pesat dijalankan. Bidang penyelidikan
tersebut adalah termasuk kajian genetik dalam bidang neuribiokimia. Fokus pendekatan
biomedik pada unipolar depression kebelakangan ini adalah pada hipotesis
catecholamine; iaitu teori yang menyarankan bahawa kemurungan murid mundur
adalah hasil kurangnya aktiviti neurotransmitters-norepinephrine dan serotonin.
Rawatan biologi masalah ini adalah dengan meningkatkan aktiviti neurotransmitters
tersebut. Beberapa strategi telah menunjukkan kejayaan termasuk penggunaan dadah
(trcylics, MAO inhibitors, dan PROZAC), ‘electroconvulsive shock therapy’ dan latihan
aerobik.
189

5.0 Kesimpulan

Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan

konsep-konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara pendekatan
yang digunakan adalah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik, pendekatan
kognitivisme, pendekatan humanistik dan pendekatan biologi. Pendekatan-pendekatan ini
mempunyai kekuatan tersendiri dan kadangkala berkesinambungan antara satu pendekatan
dengan pendekatan yang lain.

Pendekatan Behaviorisme menekankan pengaruh persekitaran terhadap

perkembangan tingkah laku individu yang menggunakan elemen ganjaran dan pelaziman
dalam pendekatannya. Pemikiran yang tidak sedar pula dijelaskan dalam teori psikoanalitik
yang membahaskan keseimbangan id, ego dan superego yang banyak menekankan perlunya
190

keseimbangan mental dan emosi dalam pendekatan yang digunakannya dalam

perkembangan tingkah laku individu. Disamping kesimbangan emosi yang lahir dari keyakinan
diri, koordinasi proses pemikiran individu juga perlu diberi perhatian dalam pendekatan
kognitivisme. Pendekatan ini menyarankan agar dilakukan pemeringkatan dalam membina
tahap pemikiran individu sesuai dengan perkembangannya. Keperluan-keperluan asas dalam
diri individu perlu dipenuhi mengikut pendekatan humanistik. Rasa kasih sayang dan hormat
menghormati dalam interaksi individu akan mempengaruhi perkembangan tingkah lakunya.
Faktor-faktor biologi seperti kecacatan mental dan fizikal seterusnya tahap kesihatan tubuh
seseorang individu juga boleh mempengaruhi tingkah lakunya. Dalam hal ini, pendekatan
biologi boleh digunakan untuk mengatasinya yang antara lain menitikberatkan soal
pemakanan, pengambilan ubat-ubatan dan terapi.

Pendekatan-pendekatan psikologi yang dibincangkan boleh disepadu dan digunakan

dalam membantu murid-murid mundur yang dijadikan ikon dalam penulisan ini. Murid-murid
mundur mempunyai masalah yang khusus tetapi mempunyai keperluan asas yang sama
seperti murid-murid yang lain. Kemunduran mental adalah hasil dari berbagai faktor; genetik,
kecacatan fizikal, perkara atau penyakit yang dialami oleh ibu semasa dalam kandungan
kecerdasan yang rendah, penyakit dan keadaan sosio ekonomi dan persekitaran di mana ia
dibesarkan. Adalah penting masalah ini dikenalpasti awal supaya bantuan dan bimbingan
dapat diberikan segera. Kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah perlu dalam membimbing
murid-murid mundur. Tugas utama guru dalam hal ini adalah mengkoordinasikan murid-murid
mundur dalam mengenalpasti, memberi pengajaran dan perhatian seterusnya mengambil
langkah-langkah perlu menggunakan pendekatan-pendekatan yang disarankan oleh ahli-ahli
psikologi.
191

Rujukan

Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Burt, C. (1950). The Backward Child. London ; Universiti of London Press.
Burt, C. (1953). The Causes and Treatment of Backwardness. London; Universiti of London
Press.
E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005.
Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia
University. Atas talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/
education.htm 1 Ogos 2005.
George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University. Atas
talian http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 1 Ogos 2005.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling
Jaya. Longman Malaysia.
Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur;
UNITEM Sdn. Bhd.
Kirk, S. (1972). Educating Exceptional Children. Boston ; Houghton Mifflin.
Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Medline Plus. Trusted Help Information For You U.S. National Laibrary of Medicine Atas talian
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/prenatalcare.
html 1 Ogos 2005.
192

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2001). Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala Lumpur,
Mc Graw Hill.
Schonell, F.J (1949). Backwardness in Basic School Subjects. Edinburgh; Oliver and Boyd.
Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications &
Distrubutors Sdn. Bhd.

You might also like