You are on page 1of 1

Cara menangani Gejala gengsterisme atau kegiatan samseng di kalangan murid adalah gejala di mana

kumpulan murid ini mengganggu ketenteraman sekolah dan murid-murid lain dengan cara mengancam,
mengugut atau memeras wang

Institusi Keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik-beradik juga rakan-rakan adalah pihak yang
paling memainkan peranan penting dalam membantu menangani gejala gengsterisme ini. Komunikasi
yang baik dan didikan sedari kecil lagi oleh ibu bapa mampu membantu anak-anak mereka dari terjebak
ke dalam mana-mana gejala tidak sihat bukan sahaja gengsterisme. Pendedahan terhadap ilmu agama
perlu dititikberatkan agar anak-anak menyedari tindakan yang dilakukan sama ada betul ataupun tidak.
Ibu bapa perlu memberi didikan dan perhatian sepenuhnya dan memantau setiap aktiviti yang dilakukan
oleh anak-anak mereka.

Di kalangan rakan-rakan pula, adalah penting pelajar saling mewujudkan pergaulan yang sihat dan
mempunyai semangat saling membimbing antara satu sama lain. Hal ini dapat dilakukan hanya dengan
memilih rakan yang baik sahaja dalam pergaulan dan mengelak daripada bergaul dengan pelajar atau
rakan yang terlibat dengan gejala-gejala tidak sihat dan berupaya mempengaruhi kehidupan mereka

Di sekolah, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan-tindakan pencegahan sebagai langkah
awal dalam menangani gejala gangsterisme di kalangan pelajar. Langkah pertama yang mungkin boleh
diambil adalah dengan memperbanyakkan pendedahan mengenai keburukan kegiatan gengsterisme
kepada pelajar. Pihak pengurusan sekolah dengan kerjasama pengetua, semua guru dan staf sekolah
perlu sentiasa mengingatkan pelajar agar tidak melibatkan diri dengan gejala tidak sihat ini. Peringatan
mungkin boleh dilakukan semasa perhimpunan sekolah, semasa proses pengajaran mata pelajaran
agama dan moral, melalui aktiviti-aktiviti lain di dalam dan luar bilik darjah serta ceramah- ceramah dan
program motivasi di sekolah.

You might also like