You are on page 1of 13

AKTIVITI

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU
(NOORUL
MASTERI
NADHIRAH BT YAAKUB
HUZWA BT A.RASHID
)
PISMP PEMULIHAN
SEMESTER 3
STRATEGI
Guru sebagai
PEMBELAJARAN
tenaga pengajar
MASTERI

PERANAN GURU
Guru sebagai
DALAM
MASTERI PEMBELAJARAN
pengurus
pembelajaran
MASTERI
PERANAN MURID
Guru sebagai
DALAM
penilai
PEMBELAJARAN
pembelajaran
MASTERI
APA ITU PEMBELAJARAN MASTERI?
1. Pembelajaran masteri ialah pembelajaran yang membantu murid
mencapai atau menguasai hasil pembelajaran melalui pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti.
2. Setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk
menguasai (master) apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya
mereka mendapat pembelajaran yang berkualiti dan memenuhi
keperluan mereka serta mempunyai masa yang mencukupi untuk
belajar.
3. Secara ringkasnya, pembelajaran masteri ialah pembelajaran
yang membolehkan murid berupaya mencapai objektif
pembelajaran jika diberikan situasi yang sesuai dan
memberansangkan serta masa yang mencukupi.
4. Kata kuncinya ialah:
PEMBELAJARAN MASTERI = P&P berkualiti + MASA mencukupi
STRATEGI PEMBELAJARAN MASTERI
1. Terdapat dua faktor yang menentukan keberkesanan
pembelajaran masteri iaitu:
~ masa
~ kualiti pengajaran dan pembelajaran
2. Masa yang mencukupi diperlukan oleh murid dalam
menguasai pembelajarannya.
3. Pengajaran yang berkualiti dapat meningkatkan keupayaan
murid dalam menguasai kemahiran yang diajarkan oleh
guru.
4. Antara langkah yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan
strategi pembelajaran masteri ialah:
a) perlaksanaanya berasaskan tahap kemajuan murid
b) bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada
beberapa segmen kecil dikenali sebagai unit pembelajaran
c) setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil
pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran
d) aras masteri bagi setiap hasil pembelajaran atau objektif
ditetapkan pada aras 80 % tinggi
e) proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit
pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbaai strategi dan
kaedah serta bahan yang sesuai, menarik dan mecabar sama ada
dalam kelas, kumpulan, berpasangan atau individu
f) menggunakan ujian yang bersifat diagnostik untuk mengesan
kemajuan pembelajaran murid
g) menggunakan maklum balas yang tepat tentang hasil
pembelajaran yang telah dikuasai atau belum dikuasai oleh murid
PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN
MASTERI
1. Guru berperanan besar dalam merancang, mengurus dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
dalam memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran
tercapai.
2. Antara peranan guru dalam pembelajaran masteri ialah guru
sebagai tenaga pengajar, pengurus pembelajaran, dan penilai
pembelajaran.
3. Guru sebagai tenaga pengajar:
a) menyedari bahawa semua muridnya mampu belajar dan
memberikan peluang yang mencukupi kepada murid untuk
menguasai hasil pembelajaran seperti yang termaktub dalam
Huraian Sukatan Pembelajaran
b) Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar
dan fasilitator sesuai dengan strategi yang digunakan.
c) Guru merancang dan mengenalpasti hasil pembelajaran
setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai.
d) Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan sesuai
dengan hasil pembelajaran iaitu daripada mudah ke sukar
dan memastikan perkara asas diajar pada peringkat awal.
e) Guru memilih, mengubah suai dan merancang pelbagai
strategi, kaedah, aktiviti dan bahan untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pemulihan dan
penggayaan bagi murid menguasai hasil pembelajaran.
4. Guru sebagai pengurus pembelajaran:
a) Menentukan secara spesifik perkara, tajuk, atau isu yang perlu dipelajari
oleh murid
b) Memotivasikan murid untuk mempelajari dan meningkatkan ilmu
pengetahuan tentang tajuk atau isu yang ditetapkan
c) Menyediakan bahan bantu belajar yang sesuai dan menarik dengan tajuk
atau isu yang dipelajari
d) Menyediakan RPH yang lengkap dan menepati prinsip-prinsip penyediaan
Rancangan Pengajaran Semester, Mingguan dan Harian
e) Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut prosedur dan kadar
yang sesuai dengan murid
f) Memantau dan mengawasi kemajuan pembelajaran murid
g) Mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi dan menyediakan
jalan penyelesaian yang terbaik untuk murid
h) Memberi ganjaran melalui pujian dan galakan kepada murid yang
menunjukkan peningkatan
i) Menjalankan ulangkaji dan latihan yang boleh mengekalkan minat dan
semangat murid untuk terus belajar
5. Guru sebagai penilai pembelajaran
a) Merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif
seta membuat analisis item ujian dan respon murid
b) Melihat penilaian sumatif dan formatif sebagai alat
pengajaran dan pembelajaran
c) Mentadbir ujian dan memeriksa respon murid
d) Menganalisis dan mentafsir hasil ujian bagi mengenal pasti
murid yang telah menguasai
e) Menggalakkan murid yang telah menguasai hasil
pembelajaran menjalani aktiviti penggayaan atau menjadi
tutor kepada rakan sekelas atau ke unit pembelajaran
seterusnya
PERANAN MURID DALAM
PEMBELAJARAN MASTERI
1. Murid perlu belajar dan bukannya bertanding dengan rakan
yang lain
2. Murid perlu mempunyai sifat berdikari serta menguasai
kemahiran belajar dan berfikir
3. Murid perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya
serta hasil pembelajaran yang perlu dikuasai.
4. Murid perlu memaklumkan kepada guru jka masih belum
memahami dan menguasai pembelajaran
5. Murid haruslah bermotivasi, terarah kendiri dan tekun dalam
menghadapi pembembelajaran
6. Murid harus memiliki keyakinan diri, tidak putus asa, boleh
mengubahsuai cara berfikir dan bekerjasama dengan murid
lain.
RUJUKAN
1. Tuan Jah Tuan Yusof. 2011. Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
Model sistem 4MAT
• Dr. Bernice McCarthy :
• 4 Jenis murid
a) Murid imaginatif-mencari makna & sebab
b) Murid analitik-mencari fakta
c) Murid praktik-mencari kegunaan
d) Muid dinamik-mencari sesuatu yg baru
Cara pengajaran
a) Imaginatif - Gunakan benda atau pengalaman
maujud
b) Analitik - Galakkan analisis maklumat
c) Praktik - Beri latihan, kuiz, kerja
amali,eksperimen untuk pelajara mencuba
dengan sendiri
d) Dinamik - Beri projek, tugasan, atau masalah
dan galakkan pelajar berkongsi hasilnya.

You might also like