You are on page 1of 2

Semek binti Dollah

No.1111, Jalan Teratai 2A


Taman Puchong Perdana
47100 Puchong
Selangor Darul Ehsan

16 Mei 2020

Pengurus Sumber Manusia


Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia

Tuan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI


PERPUSTAKAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Salina bt Ithman (No K/P 833333-08-5333) amat berminat untuk memohon
jawatan sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan di tempat tuan.

2.    Sebelum ini, saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir bertaraf Pekerja
Khidmat Singkat (PKS) di Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan,
Putrajaya selama sembilan bulan. Saya bertanggungjawab membantu
menyelesaikan beberapa tugasan yang berkaitan dengan urusan biasiswa dan
pinjaman  dalam dan luar negeri bagi pegawai dalam perkhidmatan. Kini, saya
berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Sumber Manusia,
Putrajaya sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) juga. Di sini, saya
bertanggungjawab membantu memasukkan data calon yang ingin berkursus ke
dalam sistem serta membantu pegawai lain melaksanakan tugas-tugas semasa.

3.    Bersama-sama ini di sertakan resume dan sebagai rujukan pihak tuan . 

4.    Saya amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan dari

pihak tuan. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

…………………………….

(SEMEK BINTI DOLLAH)

UKM Permohonan : 03523287

 ------------

You might also like