You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NO. PERKARA M/SURAT

1 1.0 Pengenalan 2–3

2 2.0 Maklumat Tugasan 4

3 3.0 Jenis-jenis kerosakan. 5–6

4 4.0 Kaedah pembaikan 7–8

5 5.0 Kesimpulan 9

6 6.0 Rujukan 10

1
1.0 PENGENALAN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut BS 3811, Penyenggaraan didifinasikan sebagai “Gabungan kerja-kerja


teknikal dan pentadbiran yang bertujuan untuk memelihara sesuatu aset atau
memulihkan supaya dapat memenuhi fungsi yang dikehendaki”. Dua perkara yang
dapat di ambil dari definasi ini ialah:

1. Penyenggaraan melibatkan kerja memperbaiki

2. Penyenggaraan melibatkan kerja memelihara

Memperbaiki boleh dihuraikan sebagai membaikpulih atau mengganti komponen-


koponen yang rosak sementara memelihara lebih tertumpu kepada mencegah
daripaa berlakunya kerosakan

1.1 Kepentingan Penyelenggaraan.

Penyenggaraan diperlukan berdasarkan kepada beberapa perkara berikut :-

1. Untuk memanjangkan usia penggunaan sesuatu aset.


2. Untuk melindungi pengguna dan aset dari sebarang bahaya/bencana yang
mungkin timbul.
3. Untuk meminimakan kos operasi dan perbelanjaan pengeluaran.
4. Untuk memenuhi kehendak undang-undang, pihak berkuasa tempatan dan
saranan syarikat pembuat.
5. Untuk mempertingkatkan imej pengguna (masyarakat politeknik).

2
1.2 Perlaksanaan penyenggaraan

Melaksanakan sesuatu kerja penyenggaraan hendaklah di buat secara


sistematik dan mempunyai tahap profesionalsme yang tinggi serta memerlukan
penglibatan yang serius dari semua pihak. Melalui pendekatan ini, penyenggaraan
sesuatu aset dapat dijalankan dengan efektif, efisyen dan ekonomik.

Bagi merealisasikan perlaksanaan penyenggaraan beberapa aspek perlu


diberi perhatian khas. Antaranya ialah :

1. Menentukan keutamaan kerja penyenggaraan


2. Menentukan kerja penyenggaraan di buat melalui buruh langsung atau
kontraktor
3. Menyediakan anggaran kos
4. Menyediakan kerja-kerja peringkat pra kontrak dan pos kontrak

3
2.0 MAKLUMAT TUGASAN.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi tugasan ini, subjek atau item yang dipilih adalah penyelenggaraan pintu
kaca bingkai aluminium. Pintu ini kebiasaannya digunakan di pejabat, makmal dan
hospital. Pintu ini terdiri dari daun pintu kaca yang diperkukuhkan dengan rangka
aluminium. Oleh kerana pintu ini diperbuat dari kaca, ia memerlukan penjagaan dan
penyelenggaraan yang tersendiri.

4
3.0 JENIS-JENIS KEROSAKAN

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terdapat beberapa kerosakan biasa yang boleh dan kerap dikesan pada pintu kaca.
Antara kerosakan yang kerap dikenalpasti adalah seperti yang dinyatakan di bawah;

i. Kunci rosak
ii. Skru engsel pintu tercabut dan longgar
iii. Getah hitam putus dan tercabut
iv. Pintu tidak dapat tertutup dengan rapat
v. Frame pintu longgar

Melalui pemerhatian yang dibuat, dua kerosakan telah dikenalpasti dan perlu
diselenggara. Perincian kerosakan adalah seperti di bawah.

1. Kunci rosak.

Kunci rosak dan tidak dapat dikunci. Pemeriksaan yang dilakukan mendapati
mekanisma kunci sudah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi serta perlu
diganti.

5
2. Frame pintu longgar

Frame pintu longgar di sebabkan oleh skru yang tercabut pada engsel pintu
dan menyebabkan pintu tidak dapat di tutup dengan rapat.

6
4.0 KAEDAH PEMBAIKAN PINTU KACA ALUMINIUM

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerosakan yang dikenalpasti adalah kerosakan pada kunci atau lock dan juga
pintu tidak dapat ditutup rapat. Bagi masalah kunci, kerja penggantian kunci baru
perlu dilakukan memandangkan kunci yang lama tidak boleh digunakan lagi.
Manakala untuk masalah yang kedua, frame pintu didapati sudah longgar dan boleh
bergerak dari kedudukan asalnya. Masalah ini boleh diatasi dengan memasang skru
tambahan bagi memegang frame pintu pada kedudukannya.

A. Menggantikan lock atau kunci pintu.

i. Kunci yang telah rosak ditanggalkan menggunakan peralatan yang sesuai


iaitu pemutar skru mata philips. Setelah kunci atau lock yang rosak
ditanggalkan dari pintu, kunci yang baru dipasangkan pada tempatnya.
ii. Sama seperti kerja menanggalkan, kerja pemasangan turut menggunkan
alatan yang sama dan pemasangan dilakukan berpandukan modul yang
disertakan dengan kunci baru tersebut.
iii. Skru dipastikan dipasang dengan kemas dan ketat bagi mengelakkan
sebarang keroskan terhadap kunci yang baru.

7
B. Memasang skru untuk mengukuhkan frame pintu yang tidak dapat
ditutup dengan rapat.

i. Frame atau rangka pitu lama dikesan mengalami kerosakan di mana pintu
berkenaan tdak dapat ditutup rapat.
ii. Frame pintu yang sudah longgar menyebabkan pintu tidak dapat ditutup
dengan sempurna.
iii. Bagi menyatasi masalah ini, skru dipasangkan pada frame berkenaan dengan
tujuan memegang frame berkenaan pada tempatnya agar pintu dapat ditutup
rapat.
iv. Skru yang digunakan adalah dari jenis skru kepala benam.
v. Skru boleh dipasang menggunakan pemutar skru elektrik atau ‘drill’
memandangkan frame pintu diperbuat dari bahan yang keras.
vi. Skru diapsang pada beberapa tempat unruk mengukuhkan kedudukan frame
pintu.

8
5.0 KESIMPULAN

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara kesimpulannya sesuatu mesinwalaupun kesemua faktor , alatan atau


perabot perlu diselenggara untuk menjamin ketahanan dan mencapai jangkamasa
hayat ianya direkabentuk. Faktor – faktor luaran yang boleh menjejaskan ketahanan
mesin, alat taupun perabot tersebut perlu diambil kira lagi semasa di rekabentuk.
Walaupun kesemua faktor ini diambil kira semasa proses penghasilan, kerja
penyelenggaraan perlu sentiasa dijalankan mengikut keperluan.

Penyelenggaraan memerlukan dayausaha dan komitment semua pihak


terutamanya tuan punya mesin, alat atau perabot. Selain memastikan ia dapat
berfungsi dengan baik, ia turut menyumbang dalam memanjangkan jangka hayat
mesin, alatan atau perabut yang digunakan.

Kerja-kerja penyelenggaraam merupakan satu proses yang berterusan dan


dilakukan mengikut jadual. Pelaksanaan proses penyelenggaraan yang terancang
akan membantu memastikan keadaan mesin, alatan ataupun perabot berada dalam
keadaan yang baik dan berfungsi sepenuhnya apabila digunakan. Selain itu,
penyelenggaraan yang baik bukan sehaja menjamin ketahanan bahkan juga dapat
menjamin keselamatan individu yang menggunakan mesin, alat ataupun perabot
yang berkenaan.

9
6.0 RUJUKAN

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Amran Zakaria (1997). Keupayaan Guru-Guru Kemahiran Hidup Dalam


Pengurusan Dan Penyelenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sekolah-
Sekolah Menengah Kawasan Teluk Intan, Perak, Satu Tinjauan. Tesis Sarjana
Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

2. http://www.google.com.my

3. http://www.scribd.com/doc/13302535/BAB-3-Penyenggaraan

4. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Sukatan Pelajaran Kemahiran Hiudp


Bersepadu Untuk Sekolah Menengah, Tingkatan 1-3. Kuala Lumpur. Pusat
Perkembangan Kurikulum

5. www.khskpt.com/...kemahiran-hidup/44-contoh-buku-rekod-penyelenggaraan-
alatanbengkel-kemahiran-hidup.html

10

You might also like