You are on page 1of 3

REFLEKSI AMALI PENILAIAN PENDIDIKAN LUAR

PISMP PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER 3


2011

MOHAMMAD AKMAL ALIF BIN AZMAN


PISMP PENDIDIKAN JASMANI SEMSTER 3

Pada refleksi ini, ingin saya berkongsi pengalaman sebelum program pendidikan luar
yang sebenar berlangsung, yang utamanya saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan seperjuangan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk
menjadi ahli jawatankuasa kebajikan dan kerohanian. Tugas ini tidaklah sukar jika
dibandingkan dengan ahli jawatankuasa aktiviti, peralatan dan makanan.
Sebenarnya saya berasa sedikit gementar untuk bertanggungjawab dalam jawatan
ini kerana saya berpendapat saya berlatar belakang agama yang kurang. Sebaliknya
berlaku, saya berasa sungguh gembira kerana saya telah dibantu sedikit sebanyak
oleh rakan- rakan. Saya berasa sungguh terpanggil untuk menyiapkan diri dalam
menggalas tugas sebagai ahli jawatan kuasa ini. Di atas tanggungjawab, saya
belajar untuk membuat research seperti contoh ubatan sekiranya terkena sengat
obor- obor atau lebah. Saya gembira kerana rakan- rakan percaya akan kreadibiliti
saya dalam menyediakan ubatan, jadual waktu solat dan tazkirah. Semasa aktiviti,
perasaan saya amat gementar semasa memberikan tazkirah Maghrib pada hari
pertama sampai ke Pulau Tuba. Saya risau sekiranya rakan- rakan tidak hormat
saya ketika saya memberikan tazkirah kerana saya pada asalnya terkenal dengan
sikap yang gemar berjenaka. Alhamdulillah, saya belajar adab- adab ketika berada di
dalam majlis formal dan tidak formal, memberi keyakinan kepada saya untuk
memberi tazkirah. Saya amat- amat berharap agar keyakinan yang sedia terbina ini
akan terus berkekalan.

Ikhtiar hidup merupakan aktiviti yang paling mencabar bagi saya kerana kami
ditempatkan dengan seorang satu pulau, ditinggalkan pada waktu tengah hari dan di
ambil pada tengah hari keesokkannya. Kumpulan saya merupakan kumpulan
pertama bagi menjalani aktiviti ini dan ini memberi tamparan yang hebat kepada
saya. Perasaan saya amat takut apabila En Azemi memberi pilihan undian pulau
kepada saya. Namun begitu, saya sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan yang
bakal ditempuh pada malam tersebut. Ku sangka panas sehingga ke petang rupanya
hujan di tengah hari. Api yang saya nyalakan padam lebih kurang pada pukul 10.30
malam. Pada ketika itu saya tidak sedar akan risikonya sekiranya tidur dengan tanpa
bertemankan unggun api kerana itu saya telah mengantuk. Perasaan mengantuk
dan dimarahi pada masa yang sama menyebabkan saya berasa marah dan tidak
bersemangat untuk mendengar celoteh En Azemi. Namun begitu, sebenarnya saya
belajar banyak melalui celoteh beliau itu. Sesungguhnya dengan unggu api, kita
dapat mengelakkan daripada serangan binatang buas. Perasaan saya takut kembali
apabila sebelum En. Azemi, Puan Ashikin dan En Shukor pulang ke base kem, En
Azemi ada mengingatkan kepada saya untuk memperbanyak baca ayat- ayat Al-
Quran dan tidak menyuluh cahaya lampu suluh ke atas. Sejujurnya, saya memang
seorang yang penakut dan gemar berfikir perkara yang negetif. Akhinya, saya belajar
untuk bertindak cepat bagi mengatasi perasaan takut saya itu dengan mencari kayu-
kayu api. Ketika berada di pulau tersebut, bersendirian, sempat saya bermuhasabah
diri dan mencari kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri saya. Saya bersyukur
kerana dilahirkan dengan cukup sifat, dapat melihat, mendengar dan bercakap. Saya
dapat mendengar bunyi deruan ombak, melihat keindahan flora dan fauna serta
memuji keindahan ciptaan Allah. Nilai menghargai sesuatu amat penting kerana
kepentingannya itu tidak dapat dilihat pada masa itu sebaliknya akan berguna kelak.
Melalui penglibatan saya dalam aktiviti yang lain seperti orienteering, berkayak,
kembara ilmiah, khidmat komuniti dan abseiling, amat bermakna kepada saya.
Pelbagai ilmu saya pelajari setrusnya dapat diaplikasi dalam kehidupan saya sebagai
guru. Contohnya ikatan, cara untuk bertanya kepada orang kampung, berkayak dan
pengetahuan tentang Langkawi dapat saya pelajari dan amat bermakna kerana
pendekatan yang diterapkan dalam pembelajaran ini adalah secara hands on. Saya
dapat mengenalpasti bahawa ilmu yang ada pada setiap penyasarah perlu dicari
dengan rajin bertanya, bukannya tunggu untuk disuapkan.
Sepanjang penilaian pendidikan luar ini, perkara yang paling utama ialah masa. Saya
belajar untuk menguruskan dan menepati masa yang telah dirancang. Perancangan
yang jelas dan rapi sebenarnya penting kepada saya sebagai guru. Sesungguhnya
manusia sentiasa dalam kerugian bagi golongan yang tidak pandai mengurus masa
dengan baik.

You might also like