You are on page 1of 4

SOAL-JAWAB MENGENAI PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN YANG

SERING DIKEMUKAKAN OLEH BAHAGIAN DAN CAWANGAN

WAKIL AUTOMATIK KE PERWAKILAN BAHAGIAN

1. Sekiranya seseorang Ketua Cawangan meninggal dunia atau hak keahliannya digantung,
adakah Pemangku Ketua Cawangan mempunyai hak wakil secara automatik ke Perwakilan
Bahagian dan bolehkah tempat beliau sebagai Timbalan Ketua Cawangan ada pengganti?

Jawab : Pemangku Ketua Cawangan adalah secara automatik menjadi wakil ke Perwakilan
Bahagian, kerana beliau menjalankan tugas-tugas Ketua Cawangan. Sungguhpun begitu tempat
beliau sebagai Timbalan Ketua Cawangan tidak ada penggantinya ke Perwakilan Bahagian.
Hanya Ketua Cawangan (dalam hubungan ini Pemangku Ketua Cawangan) yang menjadi Ahli
Jawatankuasa Bahagian boleh melantik penggantinya terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan
Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan sebagaimana dinyatakan di bawah Fasal
14.4.3 Perlembagaan UMNO.

2. Adakah seseorang Ketua Pergerakan Cawangan yang juga menjadi Ketua Pergerakan
Sayap Bahagian mempunyai gantinya di Peringkat Perwakilan Bahagian?

Jawab : TIDAK. Merujuk Fasal 14.4.3 : “Hanya Ketua Cawangan yang menjadi Ahli
Jawatankuasa Bahagian sahaja berhak melantik gantinya.”

3. Adakah seseorang Ketua Pergerakan Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa


Bahagian mempunyai hak melantik gantinya di Peringkat Perwakilan Bahagian?

Jawab : TIDAK. Merujuk Fasal 14.4.3 : “Hanya Ketua Cawangan yang menjadi Ahli
Jawatankuasa Bahagian sahaja berhak melantik gantinya.”

4. Apakah status ke Perwakilan Bahagian bagi seseorang Ketua Pergerakan Cawangan yang
telah berjaya mengadakan Persidangan Pergerakan Cawangan tetapi Cawangannya gagal
mengadakan persidangan?

Jawab : KEKAL AUTOMATIK. Merujuk Fasal 8.5 Peraturan Persidangan : “Jika Cawangan
gagal mengadakan Persidangan Tahunannya, tidak menyebabkan Persidangan Pergerakan
Sayap-sayap yang diadakan tidak sah.” Fasal 14.4 menyebut:”Ketua-ketua Pergerakan yang
telah mengadakan Persidangan pada tahun berkenaan.”

STATUS PERSIDANGAN CAWANGAN / PERGERAKAN SAYAP-SAYAP YANG BARU


DITUBUHKAN (SEBELUM DAN SELEPAS 31 DISEMBER SETIAP TAHUN)

5. Apakah tindakan Bahagian dan status persidangan bagi Cawangan-cawangan baru, yang
permohonannya telah disokong oleh Bahagian sebelum 31 Disember, tetapi baru
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia selepas 31 Disember, dan begitu juga
dengan Pergerakan Sayap-sayap Cawangan yang baru ditubuhkan selepas 31 Disember
oleh Jawatankuasa Cawangan?

Jawab : Menurut Peraturan Persidangan (Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung,


Perwakilan Bahagian dan Persidangan Cawangan UMNO), di bawah Peraturan 8.4, iaitu
Cawangan-cawangan yang baru ditubuhkan dan telah menerima Sijil Pendaftaran pada / atau 31
Disember (telah mengadakan Persidangan Penubuhan Cawangannya bagi melantik Ahli
Jawatankuasa Cawangan yang baru bagi menggantikan Ahli Jawatankuasa Penaja,
sebelum 31 Disember), dalam satu-satu tahun, berhak mengadakan Persidangan pada tahun
berikutnya dan menghantar wakil penuh ke Perwakilan Bahagian. Demikian juga Cawangan
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang baru ditubuhkan dan telah mengadakan
persidangan berhak menghantar wakil ke Perwakilan Bahagian Pergerakan masing-masing.

Berasaskan peraturan tersebut di atas, Cawangan-cawangan yang baru diluluskan oleh


Pendaftar Pertubuhan Malaysia selepas 31 Disember, pada satu-satu tahun, hendaklah
mengadakan Persidangan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Cawangan itu diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan Malaysia, untuk melantik Ahli Jawatankuasa yang baru bagi menggantikan
Ahli Jawatankuasa Penaja. Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru ini hendaklah dilakukan di
dalam Persidangan Penubuhan Cawangan di bawah pengendalian Bahagian.

Manakala bagi Pergerakan Sayap-sayap yang baru ditubuhkan oleh Jawatankuasa Cawangan
selepas 31 Disember, bolehlah mengadakan pemilihan bagi memilih Ahli-ahli Jawatankuasa di
dalam Persidangan Penubuhan Pergerakan Sayap-Sayap Cawangan di bawah pengendalian
Cawangan. Urusan pemilihan barisan kepimpinannya tidak boleh dicampuri oleh mana-
mana pihak selain Ahli-ahli Persidangan Pergerakan Sayap-sayap Cawangan itu sendiri.

Mengenai status wakil Cawangan ke Perwakilan Bahagian dan wakil Pergerakan Sayap-sayap
Cawangan ke Perwakilan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian, adalah bertaraf Pemerhati.

6. Apakah boleh Cawangan-cawangan dan Pergerakan Sayap-sayap Cawangan yang telah


ditubuhkan sebelum 31 Disember, mengadakan Persidangan tahunannya pada tahun ini
sedangkan pemilihan Ahli Jawatankuasa belum lagi dilakukan?

Jawab : Ya boleh iaitu sebelum menjalankan Persidangan Tahunannya hendaklah mengadakan


pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan terlebih dahulu begitu juga dengan Pergerakan
Sayap-sayap Cawangan. Status wakil ke Perwakilan Bahagian bertaraf Pemerhati demikian juga
dengan Pergerakan saya-sayap Cawangan.

7. Bolehkah Penubuhan Pergerakan Sayap-sayap Cawangan yang keahlian mereka telah


mencukupi atau melebihi 15 orang berdasarkan Senarai Keahlian yang dikeluarkan oleh
Ibu Pejabat UMNO Malaysia yang berasaskan tarikh 31 Disember, dilakukan dan
bagaimana taraf wakilnya?

Jawab : Syaratnya hendaklah mendapat persetujuan dari Jawatankuasa Cawangan terlebih


dahulu. Setelah itu Cawangan hendaklah mengendalikan Persidangan Penubuhan Pergerakan
Sayap-sayap Cawangan dengan memilih Ahli-ahli Jawatankuasanya dan menghantar wakil ke
Perwakilan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian bertaraf wakil penuh.

8. Berasaskan Senarai Keahlian yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia, berakhir
pada 31 Disember, mendapati Pergerakan Sayap-sayap telah layak ditubuhkan dan
penubuhannya dilakukan selepas Persidangan Cawangan. Apakah taraf wakilnya ke
Perwakilan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian?

Jawab : Status wakil Pergerakan Sayap-sayap Cawangan ke Perwakilan Pergerakan Sayap-


sayap Bahagian adalah bertaraf pemerhati kerana Persidangan Cawangan telah dijalankan
terlebih dahulu. Sebaliknya jika Persidangan Penubuhan Pergerakan Sayap-sayap Cawangan
diadakan sebelum Persidangan Cawangan, wakil mereka bertaraf wakil penuh.

PERTUKARAN CAWANGAN

9. Seseorang Ahli yang telah membuat pertukaran Cawangan selepas 31 Disember, apakah ia
boleh hadir dan bertanding di Cawangan yang baru itu?

Jawab : Dalam situasi begini seseorang itu tidak boleh menggunakan haknya di Cawangan yang
baru dimasukinya (bertukar) kerana hak dan nama keahlian beliau yang dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat UMNO Malaysia, masih ada di Cawangan asal bagi tahun berkenaan.

STATUS PEMEGANG JAWATAN YANG CAWANGANNYA DIBATALKAN OLEH


PENDAFTAR PERTUBUHAN
10. Apakah statusnya Pemegang Jawatan di peringkat Bahagian dan di Cawangan yang
Cawangannya telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia?

Jawab : Merujuk kepada Peraturan 8.5 Peraturan Persidangan, iaitu ahli-ahli yang
Cawangannya telah dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan, bolehlah berpindah ke sebarang
Cawangan lain.

Ini bermakna bagi membolehkan pemegang jawatan di peringkat Bahagian kekal memegang
jawatannya, maka hendaklah mereka berpindah Cawangan. Namun begitu jawatan mereka
sebagai Ketua atau Ahli Jawatankuasa Cawangan di Cawangan yang telah dibubarkan itu,
adalah gugur dengan sendirinya.

STATUS PENGERUSI TETAP PEMUDA DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA


BAHAGIAN

11. Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian telah dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian,
maka apakah beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tetap Pemuda
Bahagian?

Jawab : Ya, jawatan Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian hendaklah dilepaskan kerana menurut
Fasal 12.5 Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO, Setiausaha UMNO Bahagian adalah dengan
sendirinya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian. Manakala Fasal 6.3.6 Perlembagaan
UMNO tidak membenarkan seseorang itu memegang jawatan di peringkat yang sama.

SYARAT KELAYAKAN SESUATU PERGERAKAN SAYAP-SAYAP CAWANGAN


MENGADAKAN PERSIDANGAN

12. Bolehkah Setiausaha Cawangan dikira untuk mencukupkan keahlian Pergerakan Sayap-
sayap Cawangan kepada 15 orang disebabkan terdapat hanya 14 orang ahli Pergerakan
Sayap-sayap Cawangan bagi mengadakan Pesidangan Tahunannya?

Jawab : Merujuk kepada Fasal 16.1 Peraturan Pergerakan Sayap-sayap, penubuhan sesuatu
Pergerakan Sayap-sayap Cawangan mestilah terdiri daripada Ahli-ahli Pergerakan Sayap-sayap
itu sendiri sekurang-kurangnya 15 orang.

Berasaskan Fasal di atas, bagi melayakkan sesuatu Pergerakan Sayap-sayap Cawangan


mengadakan Persidangan Tahunannya, hendaklah ada tidak kurang daripada 15 orang yang
telah menjelaskan yurannya. Dalam hubungan ini Setiausaha Cawangan tidak boleh dikira bagi
melayakkan sesuatu Pergerakan Sayap-sayap itu megadakan Persidangan, walaupun status
Setiausaha Cawangan adalah sebagai Setiausaha bagi Pergerakan Sayap-sayap menurut Fasal
17.3 Peraturan Pergerakan Sayap-sayap.

13. Apakah Status Pergerakan Puteri UMNO Bahagian yang Cawangan-cawangannya kian
berkurangan umpamanya tinggal 5 atau 6 Cawangan sahaja yang aktif? Sedangkan
semasa penajaan dahulu perlu ada 10 buah Cawangan?

Jawab : Setelah Peraturan Pergerakan Puteri UMNO diluluskan oleh Majlis Tertinggi pada 10
Mei, 2002, maka kedudukan Pergerakan Puteri Bahagian yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa
UMNO Bahagian tetap wujud, walaupun bilangan Cawangannya berkurangan daripada 10
seperti yang disyaratkan semasa penajaan.

CUKUP BILANG (KUORUM)


14. Mengenai Cukup Bilang (kuorum), bolehkah sesuatu Cawangan yang ahlinya seramai 250
orang, bilangan yang hadir tidak sampai ¼ iaitu 63 orang mengadakan Persidangan
Tahunannya?

Jawab : TIDAK. Merujuk Peraturan 11.1 Peraturan Persidangan, yang menjelaskan


“Sungguhpun cukup bilang bagi Persidangan ialah satu perempat (¼) daripada jumlah ahli
yang berhak hadir.”

PELBAGAI

15. Perlukah Pengerusi Pesidangan membaca ‘Surat Akuan Sumpah’ yang menyatakan
bahawa beliau tidak muflis sebelum sesuatu Persidangan itu dimulakan?

Jawab : Ya, Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap yang mempengerusikan sesuatu
Persidangan hendaklah mereka yang tidak muflis. Ini kerana di bawah Akta Pertubuhan 1966,
menyatakan bahawa seseorang muflis yang belum dilepaskan iaitu belum menerima perintah
pembatalan kebankrapannya dari mahkamah, tidak boleh memegang sebarang jawatan
(kelayakan memegang jawatan gugur). Dalam perkara ini jawatan Pengerusi Persidangan.
Sekiranya Pengerusi Persidangan didapati muflis sesudah berlangsungnya Persidangan, maka
Persidangan itu tidak sah dan perlu diadakan semula.

16. Bagaimana kedudukan Pergerakan Wanita Cawangan dalam Persidangan Tahunan


Pergerakannya apabila berlaku Ahli-ahli Jawatankuasanya telah meletakkan jawatan
melebihi dua pertiga?

Jawab : Apabila dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Wanita UMNO
Cawangan meletakkan jawatan, maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan
Jawatankuasa UMNO cawangan boleh mengadakan Persidangan Khas Wanita UMNO
Cawangan untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Pergerakan Wanita Cawangan itu dan
Jawatankuasa UMNO Cawangan akan menentukan tempoh perkhidmatannya. Sila rujuk Fasal
17.8 Peraturan Pergerakan Wanita UMNO.

Berhubung dengan Persidangan, setelah pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa baru dilakukan, maka
bolehlah menggunakan agenda persidangan seperti biasa termasuk boleh melantik wakil ke
Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian.

17. Bagaimanakah kedudukan seseorang pemegang jawatan di peringkat Bahagian yang


Cawangannya didapati termasuk ke dalam Bahagian lain ekoran persempadanan semula
yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum Pilihan Raya Umum 2004
diadakan?

Jawab : Jawatan beliau gugur dengan sendirinya, kerana ketika pemilihan dilakukan pada 2004
beliau berada di Bahagian lain, kecuali jawatan yang dipegang oleh beliau di peringkat
Cawangan tersebut. Begitu juga sebaliknya, iaitu sekiranya beliau ingin berpindah ke Cawangan
di dalam Bahagian sedia ada (tidak mahu kekal dalam Cawangan lama), jawatannya sebagai
Ahli Jawatankuasa Bahagian juga tetap gugur.

18. Sesuatu Cawangan yang tidak menubuhkan Pergerakan Sayap-sayap Cawangannya,


apakah boleh ahli-ahli Pergerakan Sayap-sayap yang berada di Cawangan tersebut
dicalonkan sebagai wakil Pergerakan Sayap-sayap Bahagian ke Perhimpunan Agung
Pergerakan Sayap-sayap UMNO Malaysia?

Jawab : Ya, dibolehkan. Sila rujuk Peraturan 28.2 Peraturan Persidangan, iaitu yang
menyatakan hak seseorang ahli itu untuk dicalonkan tidak boleh dinafikan dan Fasal 6.2.2
Perlembagaan UMNO pula memaktubkan bahawa tiap-tiap ahli mempunyai hak memilih, dipilih
dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.

You might also like