Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Soal-Jawab Perlembagaan UMNO 2011

Soal-Jawab Perlembagaan UMNO 2011

Ratings: (0)|Views: 109 |Likes:
Published by umnoonline
Soal-jawab mengenai perlembagaan dan peraturan yang sering dikemukakan oleh bahagian dan cawangan
Soal-jawab mengenai perlembagaan dan peraturan yang sering dikemukakan oleh bahagian dan cawangan

More info:

Published by: umnoonline on May 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/03/2011

pdf

text

original

 
SOAL-JAWAB MENGENAI PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN YANGSERING DIKEMUKAKAN OLEH BAHAGIAN DAN CAWANGAN
WAKIL AUTOMATIK KE PERWAKILAN BAHAGIAN
1. Sekiranya seseorang Ketua Cawangan meninggal dunia atau hak keahliannya digantung,adakah Pemangku Ketua Cawangan mempunyai hak wakil secara automatik ke Perwakilan Bahagian dan bolehkah tempat beliau sebagai Timbalan Ketua Cawangan ada pengganti? 
Jawab :
Pemangku Ketua Cawangan adalah secara automatik menjadi wakil ke PerwakilanBahagian, kerana beliau menjalankan tugas-tugas Ketua Cawangan. Sungguhpun begitu tempatbeliau sebagai Timbalan Ketua Cawangan tidak ada penggantinya ke Perwakilan Bahagian.Hanya Ketua Cawangan (dalam hubungan ini Pemangku Ketua Cawangan) yang menjadi AhliJawatankuasa Bahagian boleh melantik penggantinya terdiri daripada Pengerusi Tetap, TimbalanPengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan sebagaimana dinyatakan di bawah Fasal14.4.3 Perlembagaan UMNO.
2. Adakah seseorang Ketua Pergerakan Cawangan yang juga menjadi Ketua Pergerakan Sayap Bahagian mempunyai gantinya di Peringkat Perwakilan Bahagian? 
Jawab :
 
TIDAK
. Merujuk Fasal 14.4.3 : “Hanya Ketua Cawangan yang menjadi AhliJawatankuasa Bahagian sahaja berhak melantik gantinya.”
3. Adakah seseorang Ketua Pergerakan Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian mempunyai hak melantik gantinya di Peringkat Perwakilan Bahagian? 
Jawab :
 
TIDAK
. Merujuk Fasal 14.4.3 : “Hanya Ketua Cawangan yang menjadi AhliJawatankuasa Bahagian sahaja berhak melantik gantinya.”
4. Apakah status ke Perwakilan Bahagian bagi seseorang Ketua Pergerakan Cawangan yang telah berjaya mengadakan Persidangan Pergerakan Cawangan tetapi Cawangannya gagal mengadakan persidangan? 
Jawab :
 
KEKAL AUTOMATIK
. Merujuk Fasal 8.5 Peraturan Persidangan : “Jika Cawangangagal mengadakan Persidangan Tahunannya, tidak menyebabkan Persidangan PergerakanSayap-sayap yang diadakan tidak sah.” Fasal 14.4 menyebut:”Ketua-ketua Pergerakan yangtelah mengadakan Persidangan pada tahun berkenaan.”
STATUS PERSIDANGAN CAWANGAN / PERGERAKAN SAYAP-SAYAP YANG BARUDITUBUHKAN (SEBELUM DAN SELEPAS 31 DISEMBER SETIAP TAHUN)
5. Apakah tindakan Bahagian dan status persidangan bagi Cawangan-cawangan baru, yang permohonannya telah disokong oleh Bahagian sebelum 31 Disember, tetapi baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia selepas 31 Disember, dan begitu juga dengan Pergerakan Sayap-sayap Cawangan yang baru ditubuhkan selepas 31 Disember oleh Jawatankuasa Cawangan? 
Jawab :
Menurut Peraturan Persidangan (Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung,Perwakilan Bahagian dan Persidangan Cawangan UMNO), di bawah Peraturan 8.4, iaituCawangan-cawangan yang baru ditubuhkan dan telah menerima Sijil Pendaftaran pada / atau 31Disember
(telah mengadakan Persidangan Penubuhan Cawangannya bagi melantik AhliJawatankuasa Cawangan yang baru bagi menggantikan Ahli Jawatankuasa Penaja,sebelum 31 Disember)
, dalam satu-satu tahun, berhak mengadakan Persidangan pada tahunberikutnya dan menghantar wakil penuh ke Perwakilan Bahagian. Demikian juga Cawangan
 
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang baru ditubuhkan dan telah mengadakanpersidangan berhak menghantar wakil ke Perwakilan Bahagian Pergerakan masing-masing.Berasaskan peraturan tersebut di atas, Cawangan-cawangan yang baru diluluskan olehPendaftar Pertubuhan Malaysia selepas 31 Disember, pada satu-satu tahun, hendaklahmengadakan Persidangan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Cawangan itu diluluskan olehPendaftar Pertubuhan Malaysia, untuk melantik Ahli Jawatankuasa yang baru bagi menggantikanAhli Jawatankuasa Penaja. Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru ini hendaklah dilakukan didalam
Persidangan Penubuhan Cawangan
di bawah pengendalian Bahagian.Manakala bagi Pergerakan Sayap-sayap yang baru ditubuhkan oleh Jawatankuasa Cawanganselepas 31 Disember, bolehlah mengadakan pemilihan bagi memilih Ahli-ahli Jawatankuasa didalam
Persidangan Penubuhan Pergerakan Sayap-Sayap Cawangan
di bawah pengendalianCawangan.
Urusan pemilihan barisan kepimpinannya tidak boleh dicampuri oleh mana-mana pihak selain Ahli-ahli Persidangan Pergerakan Sayap-sayap Cawangan itu sendiri.
 Mengenai status wakil Cawangan ke Perwakilan Bahagian dan wakil Pergerakan Sayap-sayapCawangan ke Perwakilan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian, adalah bertaraf
Pemerhati
.
6. Apakah boleh Cawangan-cawangan dan Pergerakan Sayap-sayap Cawangan yang telah ditubuhkan sebelum 31 Disember, mengadakan Persidangan tahunannya pada tahun ini sedangkan pemilihan Ahli Jawatankuasa belum lagi dilakukan? 
Jawab :
Ya boleh iaitu sebelum menjalankan Persidangan Tahunannya hendaklah mengadakanpemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan terlebih dahulu begitu juga dengan PergerakanSayap-sayap Cawangan. Status wakil ke Perwakilan Bahagian bertaraf
Pemerhati
demikian jugadengan Pergerakan saya-sayap Cawangan.
7. Bolehkah Penubuhan Pergerakan Sayap-sayap Cawangan yang keahlian mereka telah mencukupi atau melebihi 15 orang berdasarkan Senarai Keahlian yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia yang berasaskan tarikh 31 Disember, dilakukan dan bagaimana taraf wakilnya? 
Jawab :
Syaratnya hendaklah mendapat persetujuan dari Jawatankuasa Cawangan terlebihdahulu. Setelah itu Cawangan hendaklah mengendalikan Persidangan Penubuhan PergerakanSayap-sayap Cawangan dengan memilih Ahli-ahli Jawatankuasanya dan menghantar wakil kePerwakilan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian bertaraf
wakil penuh
.
8. Berasaskan Senarai Keahlian yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia, berakhir pada 31 Disember, mendapati Pergerakan Sayap-sayap telah layak ditubuhkan dan penubuhannya dilakukan selepas Persidangan Cawangan. Apakah taraf wakilnya ke Perwakilan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian? 
Jawab :
Status wakil Pergerakan Sayap-sayap Cawangan ke Perwakilan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian adalah bertaraf
pemerhati
kerana Persidangan Cawangan telah dijalankanterlebih dahulu. Sebaliknya jika Persidangan Penubuhan Pergerakan Sayap-sayap Cawangandiadakan sebelum Persidangan Cawangan, wakil mereka bertaraf wakil penuh.
PERTUKARAN CAWANGAN
9. Seseorang Ahli yang telah membuat pertukaran Cawangan selepas 31 Disember, apakah ia boleh hadir dan bertanding di Cawangan yang baru itu? 
Jawab :
Dalam situasi begini seseorang itu tidak boleh menggunakan haknya di Cawangan yangbaru dimasukinya (bertukar) kerana hak dan nama keahlian beliau yang dikeluarkan oleh IbuPejabat UMNO Malaysia, masih ada di Cawangan asal bagi tahun berkenaan.
STATUS PEMEGANG JAWATAN YANG CAWANGANNYA DIBATALKAN OLEHPENDAFTAR PERTUBUHAN
 
 
10. Apakah statusnya Pemegang Jawatan di peringkat Bahagian dan di Cawangan yang Cawangannya telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia? 
Jawab :
Merujuk kepada Peraturan 8.5 Peraturan Persidangan, iaitu ahli-ahli yangCawangannya telah dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan, bolehlah berpindah ke sebarangCawangan lain.Ini bermakna bagi membolehkan pemegang jawatan di peringkat Bahagian kekal memegang jawatannya, maka hendaklah mereka berpindah Cawangan. Namun begitu jawatan merekasebagai Ketua atau Ahli Jawatankuasa Cawangan di Cawangan yang telah dibubarkan itu,adalah gugur dengan sendirinya.
STATUS PENGERUSI TETAP PEMUDA DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHABAHAGIAN
11. Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian telah dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian,maka apakah beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian? 
Jawab :
Ya, jawatan Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian hendaklah dilepaskan kerana menurutFasal 12.5 Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO, Setiausaha UMNO Bahagian adalah dengansendirinya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian. Manakala Fasal 6.3.6 PerlembagaanUMNO tidak membenarkan seseorang itu memegang jawatan di peringkat yang sama.
SYARAT KELAYAKAN SESUATU PERGERAKAN SAYAP-SAYAP CAWANGANMENGADAKAN PERSIDANGAN
12. Bolehkah Setiausaha Cawangan dikira untuk mencukupkan keahlian Pergerakan Sayap- sayap Cawangan kepada 15 orang disebabkan terdapat hanya 14 orang ahli Pergerakan Sayap-sayap Cawangan bagi mengadakan Pesidangan Tahunannya? 
Jawab :
Merujuk kepada Fasal 16.1 Peraturan Pergerakan Sayap-sayap, penubuhan sesuatuPergerakan Sayap-sayap Cawangan mestilah terdiri daripada Ahli-ahli Pergerakan Sayap-sayapitu sendiri sekurang-kurangnya 15 orang.Berasaskan Fasal di atas, bagi melayakkan sesuatu Pergerakan Sayap-sayap Cawanganmengadakan Persidangan Tahunannya, hendaklah ada tidak kurang daripada 15 orang yangtelah menjelaskan yurannya. Dalam hubungan ini Setiausaha Cawangan tidak boleh dikira bagimelayakkan sesuatu Pergerakan Sayap-sayap itu megadakan Persidangan, walaupun statusSetiausaha Cawangan adalah sebagai Setiausaha bagi Pergerakan Sayap-sayap menurut Fasal17.3 Peraturan Pergerakan Sayap-sayap.
13. Apakah Status Pergerakan Puteri UMNO Bahagian yang Cawangan-cawangannya kian berkurangan umpamanya tinggal 5 atau 6 Cawangan sahaja yang aktif? Sedangkan semasa penajaan dahulu perlu ada 10 buah Cawangan? 
Jawab :
Setelah Peraturan Pergerakan Puteri UMNO diluluskan oleh Majlis Tertinggi pada 10Mei, 2002, maka kedudukan Pergerakan Puteri Bahagian yang ditubuhkan oleh JawatankuasaUMNO Bahagian tetap wujud, walaupun bilangan Cawangannya berkurangan daripada 10seperti yang disyaratkan semasa penajaan.
CUKUP BILANG (KUORUM)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->