Professional Documents
Culture Documents
INTERAKSI ANTARA
TAMADUN
Tamadun perlu sentiasa berinteraksi
dan berhubung dengan tamadun lain
untuk menjamin perkembangan dan
kemajuannya demi kelangsungan
tamadun manusia itu sendiri.
Interaksi boleh membawa kebaikan dan
kadangkala membawa bencana.
Penyerapan ilmu saintifik daripada
Islam oleh tamadun Barat moden
PROSES INTERAKSI
Proses interaksi bermula sejak nabi Adam lagi.
Interaksi antara tamadun bermaksud hubungan,
pertemuan, komunikasi dan sebagainya antara
individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya
negara.
Proses interaksi ini mengambil masa yang agak
panjang kerana tamadun itu melampaui masa dan
tempat
Contohnya tamadun Melayu dapat dikesan melalui
aspek material seperti bangunan, tembikar, agama,
bahasa, pakaian, makanan, gaya hidup dll.
JENIS-JENIS INTERAKSI
Terdapat beberapa jenis interaksi antara
tamadun iaitu:
1) Interaksi fizikal
2) Interaksi teologi atau agama
3) Interaksi sains dan teknologi
4) Interaksi budaya
INTERAKSI FIZIKAL
Antaranya ialah :
1) Geografi
2) Perdagangan
3) Kepimpinan
4) Agama dan budaya
5) Pengalaman sejarah
1) GEOGRAFI
Kedudukan yang strategik iaitu jalan
perdagangan antara timur dan barat seperti di
Asia Tenggara.
Asia Tenggara pernah dipengaruhi oleh
Buddhisme kemudian Hinduisme dan
seterusnya ajaran agama Islam. Contohnya
di Srivijaya.
Faktor ini mewujudkan interaksi dua budaya
yang berbeza yang melahirkan budaya yang
istimewa. Contohnya di India iaitu India
Selatan (Dravidia) dan India Utara (Indo-
Arya).
2) PERDAGANGAN
Kepesatan perdagangan berkaitan dengan
kepentingan ekonomi
Contohnya kerajaan Melaka sebagai pusat
perdagangan yang berkunjung ke situ adalah
pedagang daripada Timur dan Barat.
Interaksi antara China dengan Asia Barat dan
Eropah agak perlahan. Jalan yang
menghubungkan China dengan kawasan
Asia Timur, Asia Barat dan Eropah dikenali
sebagai Jalan Sutera Lama, manakala jalan
laut yang menghubungkan China dengan
kawasan Asia Tenggara, India dan Afrika
dikenali sebagai jalan Sutera Maritim.
3) KEPIMPINAN
Kepimpinan Rasulullah s.a.w di Madinah.
Penerimaan kaum Aus dan Khazraj terhadap kaum
Muhajirin. Berlakunya interaksi antara kaum Yahudi
dan Kristian. Perlembagaan Madinah digubal dan
Rasulullah s.a.w memberi perlindungan kepada
orang Islam dan bukan Islam
Peristiwa keruntuhan Kesyogunan Tokugawa dan
pemulihan Meiji pada 1868. Maharaja Meiji dan
pemimpin2 berazam menjadikan Jepun sebuah
negara yang kaya,kuat dari segi ketenteraan dan
permodenan dari segi ekonomi, politik dan sosial
menurut garis panduan barat.
4) AGAMA DAN BUDAYA
Agama ada yang terbuka dan tertutup.
Agama yang terbuka ialah Islam, contohnya
di Andalusia yang dapat mengekalkan kuasa
sehingga 700 tahun. Masyarakat yang terdiri
daripada Yahudi dan Kristian. Agama Buddha
dan Hindu antara China dan India di mana
penterjemahan kitab2 Buddhisme daripada
bahasa Sanskrit atau Pali ke bahasa Cina.
Perkembangan unsur-unsur budaya seperti
kesenian (muzik)
5) PENGALAMAN SEJARAH
Sikap isolasi dipengaruhi pengalaman sejarah seperti
pencerobohan, eksploitasi ekonomi, perubahan
pemikiran dan sebagainya. Tamadun Cina dan Jepun
pernah mengambil dasar tutup pintu terhadap Barat
sehingga menggugat kestabilan pemerintahan
Maharaja di China dan Keshogunan di Jepun. China
120 tahun (dasar tutup pintu) yang menyebabkan
kemunduran.
Dasar buka pintu bermula pada akhir kurun ke-19.
Pengenalan Gerakan Kebudayaan Baru (golongan
intelektual menerima pendidikan sama ada di Jepun,
Eropah atau Amerika Syarikat. Perubahan berlaku
dari segi ekonomi,politik dan sosial.
INTERAKSI POSITIF DAN NEGATIF
Interaksi positif
Hinduisme dan Buddhisme
Yahudi dan Islam dengan Kristian
Muslim dan Buddhisme di Asia
tenggara
Muslim dan Hindu di India
Islam dan Konfusianisme
Interaksi negatif
• Hubungan antara Kristian dan Yahudi
• Islam dan yahudi