Professional Documents
Culture Documents
DALAM SUKAN
DISEDIAKAN OLEH
NORZAINIATUN BT MOHAMAD ISA
5 PISMP PJ/PK
ISU-ISU DALAM
SUKAN
WANITA & SUKAN
SEJARAH PENGLIBATAN WANITA DALAM SUKAN…
• GREEK..
Masyarakat Greek telah membina nilai-nilai kebudayaan dan
pendapatnya dalam bentuk dewa-dewi.
Dewi Greek diketahui telah mengambil bahagian dalam acara
menunggang kuda, memburu, berenang, dan berlari.
Namun, Dewi Greek bukanlah dicirikan sepenuhnya dengan sifat
begitu berkuasa.
Banyak pendapat tentang dewi-dewi Greek yang menonjolkan
kecemerlangan dan kecantikan wanita, walaupun hakikatnya
terdapat kelemahan-kelemahan tertentu.
Oleh itu, walaupun orang-orang Greek mengagumi dewi-
dewinya, mereka masih merendahkan wanita pada golongan
bawahan dibandingkan dengan lelaki.
• ROM PURBA
Keluarga orang-orang Rom diketuai oleh
lelaki.
Kaum wanita dilarang daripada aktif secara
fizikal dan ditegah juga menghadirkan diri di
tempat perlumbaan kuda, pedang dan apa
sahaja aktiviti berbentuk pertandingan/
pertarungan.
Namun, ada juga wanita yang mengambil
bahagian dalam aktiviti sukan walaupun
secara tertutup.
Untuk tempoh masa yang agak lama, tidak
banyak pendedahan tentang penglibatan
wanita dalam sukan.
Pada abad ke-14, sukan mula diterima
sebagai percubaan untuk kaum wanita.
Dua aktiviti yang diperkenalkan ialah luncur
ais dan lawan pedang dengan kuda.
Namun tidak berpanjangan kerana ia kurang
sesuai untuk wanita.
Terdapat suara-suara bantahan daripada wanita
sehinggalah Thomas Aguinas berpendapat
bahawa wanita adalah subjek untuk lelaki
berdasarkan keadaannya lemah, samada dari
segi fikiran mahupun fizikal. Ini adalah
berdasarkan undang-undang semulajadi dan
bukannya kata-kata pengabdian.
Pada akhir abad ke 16 penglibatan wanita dalam
sukan hanya diterima oleh golongan bangsawan
dan terhad dalam aktiviti seperti badminton,
menunggang kuda dan menari.
Kefahaman ini berlanjutan sehingga
perkembangan era sukan pada pertengahan
abad ke 18
PERANAN WANITA DALAM MASYARAKAT &
SUKAN…