You are on page 1of 6

BAB 6: UNSUR-USUR TRADISI DALAM

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
-AGAMA ISLAM
AZRAF HANIF, NORHAYATI,KHAIRUNNISA’A,ELLA FARINI,
FASEHAH
UNSUR-UNSUR TRADISI
• Bahasa Kebangsaan
• Agama Persekutuan
• Kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak.
• Pemerintahan Beraja
AGAMA ISLAM
• Kedudukan agama Islam terdapat dalam perkara
3(1), iaitu agama Islam ialh agama rasmi bagi
Persekutuan.
• Penerimaan perkara ini telah diteliti dengan melihat
komposisi penduduk tanah Melayu yang terdiri
daripada pelbagai golongan etnik.
• Hal ini, semasa penjajahan British, imigran Cina dan
India yang berhijrah ke Tanah Melayu telah
membawa sekali agama Kristian, Hindu dan Buddha (
Mohd . Salleh Abas,1985).
• Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan, iaitu
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
dimana-mana bahagian Persekutuan.
• Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan
terhadap semua agama, iaitu setiap orang mempunyai
hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan
setiap agama diberi hak untuk :
1. menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
2. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud
agama atau khairat dan
3. Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang
dan mentadbirnya mengikut undang-undang
• Oleh sebab Islam diterima sebagai agama bagi
Persekutuan, pihak kerajaan sama ada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
mempunyai kebebasan , kuasa dan
keistimewaan untuk menubuh atau
menyelenggara
• membantu penubuhan institusi islam dan
melaksanakan ajaran agama Islam serta
mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan
untuk tujuan itu.
• Kenyataan diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain
yang harus dibaca secara bersama dengan perkara 3 (1) iaitu :
Perkara 11 (4) : “undang-undang Negeri dan mengenai wilayah-wilayah
persekutuan Kuala lumpur dan labuan, undang-undang persekutuan
boleh mengawak atau menyekat pengembangan atau apa-apa iktikad
atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam.”
Perkara 12(2):
“… adalah sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atatu
menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu
dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa
perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu :”
Perkara121 (1A):
“… mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh
mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam
bidang kuasa mahkamah syariah.”

You might also like